Mama Papa Bawa Anak Kecil Bercuti Persediaan Ini Perlu Ada Baru Mood Anak Ok


Sebelum ada anak, kebanyakan daripada kita jika terasa nak bercuti tak akan fikir panjang. Siapkan sahaja beg dan buat sedikit persediaan dah boleh bergerak ke destinasi yang dituju. Bagaimanapun setelah mempunyai anak, terutama yang masih kecil, mama papa dah rasa terbatas pergerakan. Sebenarnya jangan risau kerana jika perancangan dilakukan dengan teliti, aktiviti percutian keluarga pasti akan memberi momen yang best buat ada seisi keluarga.
Berikut dikongsikan beberapa tip untuk mama papa membawa anak kecil bercuti tanpa rasa stress dan ‘enjoy’.
Pengurusan Masa
Pastinya jika mahu bercuti dengan anak kecil, pengurusan masa sangat penting. Sebelum keluar rumah, rancang dulu perjalanan, contoh berapa lama sampai ke destinasi percutian. Kalau anda bercuti menaiki kapal terbang pula, pastikan sampai awal di lapangan terbang dan sekurang-kurangnya ada tempoh bertenang untuk anak. Jika dari awal mood anak ok, perjalanan juga jadi lebih mudah seperti yang dirancang.

Rancang Jadual Perjalanan Percutian Keluarga
Bercuti dengan anak kecil sangat penting untuk rancang jadual perjalanan dari awal. Anggaran waktu kena bersesuaian dengan percutian bawa anak. Tak boleh buat ‘last minute’ kecuali keadaan itu tidak menganggu jadual dan lokasi juga selesa untuk anak.
Jangan lupa masukkan senarai tempat yang seronok dikunjungi kanak-kanak ketika bercuti nanti. Anak pasti gembira sepanjang percutian tersebut dan mereka boleh belajar sesuatu yang baru.
Buat Tempahan Awal
Kalau bawa anak kecil bercuti buatlah tempahan awal untuk elak beratur atau bersesak dengan pelancong lain. Ingat ya, kita hidup dengan norma baru. Buatlah tempahan awal untuk hotel, kedai makan, atau mana-mana tempat yang mungkin akan ramai orang kunjung. Kita perlu tahu bahawa anak kecil mudah bosan jika dibiarkan tunggu lama-lama.

Kurangkan Penggunaan Beg Kecil
Bila sudah bergelar mak orang ni, kita lupakan sahaja nak bawa bag kecil yang comel-comel. Iyalah, mana nak tengok beg, dukung anak, tolak stroller lagi. Alahai.. Banyaknya barang kena bawa! Jadi, jawapan yang mudah bawa sahaja beg galas belakang supaya mudah bergerak. Tidak perlu lagi nak pegang itu ini. Semuanya kita masukkan je satu beg. Bukan apa, bila bawa beg kecil dalam kuantiti yang banyak risau tertinggal di merata tempat.
Bawa Permainan/ Buku Aktiviti
Sebelum bercuti, bawa siap-siap mainan kesukaan anak. Nak bagi anak leka sedikit, boleh beli beberapa jenis mainan baru. Jika anak dah pandai pegang pensel, mama papa boleh beli buku aktiviti dan buat sama-sama aktiviti menulis atau mewarna. Masa ni kalau anak nak conteng pun layankan je. Dengan cara ini anak tak akan bosan sepanjang perjalanan yang mengambil masa berjam-jam lamanya.

Makanan Bayi/Kudapan Sihat
Untuk anak kecil dibawah 2 tahun, pastikan mama sediakan makanan dan kudapan sihat. Boleh bawa makanan seperti biskut atau snek untuk anak juga. Tidak semua tempat sediakan makanan untuk kanak-kanak dan kita tak tahu bila masa anak tiba-tiba rasa lapar dan nak makan.
Oleh itu, bagi memudahkan mama menyediakan makanan tanpa perlu nak bawa makanan yang dah disejuk beku, Baby Likes ada menawarkan makanan ‘ready to eat’ khusus buat anak dan paling penting cukup semua nutrisi.
Makanan bayi dengan jenama Baby Likes dihasilkan dengan 100 peratus sayur-sayuran organik, buah-buahan, herba dan daging halal.
Bagi memastikan ia senang dibawa ke mana-mana dan dapat digunakan pada bila-bila masa, semua produk Baby Likes tersedia dalam bentuk ‘pouch’. Produk ini telah mendapat pensijilan Halal dan dihasilkan di Perancis.
Kelebihan produk Baby Likes adalah semua bahan yang digunakan adalah semulajadi dan halal – tiada pengawet, tiada GMO dan tiada garam tambahan. Selain itu, ia cepat dan senang untuk disediakan kepada anak.
Baby Likes juga menawarkan 4 perisa yang sedap untuk memberi pilihan buat ibu bapa yang mahukan bahan terbaik dan halal kepada anak mereka. Antaranya Rice And Chicken, Carrot And Lamb Stew, Butternut Squash Rice & Lamb dan Tomato Pasta Chicken.
Dirumuskan dengan kerjasama pakar dalam bidang nutrisi bayi, produk ini dihasilkan mengikut standard yang tinggi untuk memenuhi keperluan peraturan EU dalam pengeluaran makanan bayi.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut boleh layari, website: www.babylikes.com.my, Facebook: babylikesmalaysia, Instagram: @babylikesmalaysia atau hubungi talian 011 36134064
Pa&Ma juga telah memberi anugerah Makanan Bayi ‘Ready To Eat’ Pilihan Pa&Ma kepada Baby Likes sempena Jenama Pilihan Pa&Ma 2022.

Kit Kecemasan
Ini antara keperluan penting ketika bercuti. Jadi sebagai langkah berjaga-jaga, bawa keperluan ubat-ubatan yang berkaitan bagi memudahkan urusan seisi keluarga. Kadang sesuatu perkara nak jadi di luar jangkaan.

Stroller & Baby Carrier
Jika nak bawa stroller, lagi mudah pilih yang jenis ‘compact’. Mama senang nak bawa dan anak pun boleh duduk dan tidur dengan selesa. Lagi satu jika pilih untuk bawa baby carrier mungkin boleh juga membantu jika di tempat yang sesak dengan orang ramai atau kawasan yang sempit.
Mama papa perlu faham, tip ini sebagai garis panduan untuk memudahkan percutian. Namun jika dalam tempoh itu ada perkara yang diluar jangkaan seperti anak tak beri kerjasama baik, enjoy je sebab percutian dengan anak kecil suatu pengalaman berharga!

Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera di sini https://toko.ideaktiv.com/product/gathering-mama-hamil-menawan-pama-x-numom/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 
 
The post Mama Papa Bawa Anak Kecil Bercuti, Persediaan Ini Perlu Ada. Baru Mood Anak Ok! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/mama-papa-bawa-anak-kecil-bercuti-persediaan-ini-perlu-ada-baru-mood-anak-ok/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Bakal Masuk Tadika Ini Tip Boleh Bantu Mama Papa Buat Pilihan Terbaik

Anak Bakal Masuk Tadika Ini Tip Boleh Bantu Mama Papa Buat Pilihan Terbaik

papar berkaitan - pada 24/11/2022 - jumlah : 226 hits
Setiap tahun kebanyakan ibu bapa yang mempunyai anak antara usia empat hingga enam tahun akan mula sibuk membuat pilihan tadika terbaik untuk anak masing masing Pelbagai kriteria mula difikirkan terutama membabitkan yuran pendaftaran yuran ...
Anak Suka Berlari Melompat Memanjat Sebenarnya Bagus Rugi Kalau Mama Papa Bising Larang

Anak Suka Berlari Melompat Memanjat Sebenarnya Bagus Rugi Kalau Mama Papa Bising Larang

papar berkaitan - pada 18/11/2022 - jumlah : 143 hits
Lumrah kanak kanak suka berlari melompat memanjat dan menjerit Kadang kadang penat melihat gelagat mereka yang tak duduk diam tak tahu erti penat dan mungkin ianya memberikan anda rasa sakit kepala tetapi itu tandanya anak papa mama berada ...
Hiburan Solat Dengan Cara Ini Susah Nak Beribadat Ketika Jaga Anak Kecil Di Hospital Ini Penyelesaiannya

Hiburan Solat Dengan Cara Ini Susah Nak Beribadat Ketika Jaga Anak Kecil Di Hospital Ini Penyelesaiannya

papar berkaitan - pada 10/11/2022 - jumlah : 217 hits
Tidak dinafikan bukan mudah untuk ibu bapa menjaga anak yang masih bayi ketika berada di wad hospital kerana kecenderungan mereka untuk clingy dan ingin berada di samping penjaga setiap masa Seperti seorang individu ini dia meluahkan tentan...
Resipi Mac Cheese Paling Senang Nak Buat Bekal Mudah Anak Bawa Sekolah

Resipi Mac Cheese Paling Senang Nak Buat Bekal Mudah Anak Bawa Sekolah

papar berkaitan - pada 23/11/2022 - jumlah : 188 hits
Sebut saja Mac Cheese anak anak mula melompat riang Mana tidaknya keju dengan kuah pekat likat buat anak paling suka Mak mak makinlah suka kerana mudah cara membuatnya Nak lagi mudah tapi sedap dan likat perkongsian resipi Mac Cheese dari i...
Akui Kelam Kabut Urus Anak Adira Anggap Penat Masa Anak Kecil Hanya Sekejap

Akui Kelam Kabut Urus Anak Adira Anggap Penat Masa Anak Kecil Hanya Sekejap

papar berkaitan - pada 16/11/2022 - jumlah : 197 hits
Dikurniakan empat orang cahaya mata penyanyi Adira Suhaimi menganggap kehidupannya kini sudah lengkap dan sempurna selain bersyukur dengan rezeki yang diterima dari segi kerjaya dan anak anak Berkongsi mengenai kehidupannya sekarang selepas...
Maream Masih Bebas Gajet Selalu Keluar Bawa Buku Bagus Farah Lee Didik Anak

Maream Masih Bebas Gajet Selalu Keluar Bawa Buku Bagus Farah Lee Didik Anak

papar berkaitan - pada 16/11/2022 - jumlah : 230 hits
Personaliti media sosial Farah Lee dilihat mempunyai cara tersendiri mendidik dan mengajar anaknya walaupun tanggungkjawab itu digalasnya bersendirian tanpa kehadiran seorang suami Apa yang boleh dipuji Farah berjaya membuktikan ibu tunggal...
Siapa Ada Anak Kecil Anda Masih Perlukan Ini

Siapa Ada Anak Kecil Anda Masih Perlukan Ini

papar berkaitan - pada 20/11/2022 - jumlah : 127 hits
Saya rasa ada baiknya saya share something yang sesuai lagi lagi bagi sesiapa yang masih ada anak kecil terutama baby 1bulan hingga 2tahun Amat digalakkan untuk memiliki air purifier atau pun penapis udara nie Sebab ianya membersihkan udara...
Baru Selesai Tukar Tayar Kontraktor Maut Anak Parah Dirempuh Lori

Baru Selesai Tukar Tayar Kontraktor Maut Anak Parah Dirempuh Lori

papar berkaitan - pada 29/11/2022 - jumlah : 156 hits
Baru selesai tukar tayar kontraktor maut anak parah dirempuh loriMalang tak berbau seorang kontraktor dilaporkan maut dirempuh lori selepas selesai menukar tayar kereta di Kilometer 179 3 Lebuhraya Utara Selatan pagi semalam Dalam kejadian ...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner