Stres Punca Orang Muda Maut Diserang Sakit Jantung Pakar


Pakar kesihatan mendedahkan stres menjadi faktor utama golongan muda maut akibat serangan jantung.
Pengamal perubatan am, Dr Zubaidi Ahmad berkata, serangan sakit jantung bukan hanya dipengaruhi oleh faktor kesihatan seperti tekanan darah tinggi, diabetes dan obesiti, bahkan stres telah dibuktikan berdasarkan penemuan baharu oleh pakar perubatan.
“Stres itu menjadi penyebab masalah serangan sakit jantung dalam kalangan orang muda. Banyak penemuan baharu yang diterbitkan dalam jurnal. Kita tengok stres berlaku kepada kebanyakan orang. Stres ini akan menyebabkan jantung kita tidak berfungsi dengan normal.
“Sesetengah orang, dia ingat dia tiada stres tetapi kalau lihat degupan jantung, degupannya laju. Tak cukup tidur, asyik bermimpi, naik baran tetapi dia kata dia tiada stres. Stres ini sukar dikesan bukan seperti penyakit kronik yang lain.
“Stres dalam golongan orang muda ini saya percaya pertama keadaan pekerjaan, kewangan, hubungan sesama kawan dan masalah persekitaran. Masalah ini akan menjadi penyebab kepada stres dan bahaya. Cuma tidak ada orang yang rasa dia stres,” katanya
BACA : Antara 10 Soalan Yang Sering Ditanya Tentang Takaful

Bahkan menurut Dr Zubaidi, beliau sendiri pernah berdepan dengan beberapa pesakit kronik yang disebabkan oleh stres.
“Contohnya saya berdepan kes seorang lelaki yang merupakan pengajar kecergasan di gimnasium. Disebabkan dia banyak bekerja, tak banyak rehat, dia sendiri mengaku dia kena strok.
“Begitu juga dengan selebriti dan pelakon. Mereka banyak terlibat dengan penggambaran. Tidak cukup tidur. Itu menyebabkan stres pada diri dia dan mungkin ditambah dengan stres sekeliling. Anak dan isteri terpaksa tinggal. Ini menyebabkan jantung dia mengalami masalah fungsi,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengapa golongan muda pada masa kini mudah berdepan risiko serangan jantung walaupun menjalani kehidupan yang sihat.
Terbaru pelakon Malaysia yang mencipta nama di Indonesia, Ashraf Sinclair, 40, dilaporkan meninggal dunia pagi semalam dipercayai akibat serangan jantung di Jakarta, Indonesia.
Ashraf meninggal dunia awal pagi, kira-kira jam 3.45 waktu tempatan dan berita sedih itu disahkan oleh pengurus isterinya, Bunga Citra Lestari, Doddy menerusi perbualan aplikasi WhatsApp.
Mengulas lanjut Dr Zubaidi berkata, sekiranya stres dibiarkan tanpa diubati, dalam tempoh lima hingga 10 tahun, seseorang pesakit akan berdepan dengan kesannya.
“Stres ini juga mengambil masa. Bukan hari ini kita stres dapat serangan jantung. Sebenarnya mengambil masa yang sama dengan serangan jantung. Kita tidak tahu kita ada penyakit kronik. Kalau ikut kajian, stres dalam kalangan rakyat Malaysia sudah makin tinggi. Dalam 50 peratus.
“Sebab itu saya minta, selama ini kita hanya fokus kepada obesiti, tetapi kita juga harus fokus kepada stres sebab sekarang ini ramai orang dah stres. Kita stres di jalan raya. Itu tanda-tanda dia,” katanya.
Dalam pada itu katanya, stres juga mendatangkan seperti masalah mental, kemurungan dan boleh menyebabkan pesakit mempunyai keinginan untuk membunuh diri.
INFO: Artis dan ahli sukan Malaysia yang meninggal dunia kerana serangan jantung
Ashraf Sinclair, 40
Pelakon Malaysia yang mencipta nama di Indonesia, Ashraf Sinclair, 40, dilaporkan meninggal dunia pada 18 Februari 2020 dipercayai akibat serangan jantung di Jakarta, Indonesia.
Ashraf atau nama sebenarnya Ashraf Daniel Mohammed Sinclair meninggal dunia kira-kira jam 3.45 waktu tempatan.
Ashraf yang lahir di London, England pada 18 September 1979 mengahwini penyanyi Indonesia, Bunga Citra Lestari pada 2008 dan mempunyai seorang anak lelaki yang baru berusia 10 tahun, Noah Aidan Sinclair.
Mohd Faizal Yusuf, 33
Pelakon Mohd Faizal Yusuf, 33, meninggal dunia di Pusat Rawatan Islam, Kuala Lumpur kira-kira jam 1.45 petang akibat serangan jantung pada 1 Januari 2011.
Faizal dikatakan pengsan di rumahnya di Anjung Villa Bandar Baru Sentul di sini kira-kira 9 pagi akibat serangan jantung sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Allahyarham pernah berkahwin sebelum bercerai dengan penyanyi Siti Nordiana dan dikurniakan seorang anak lelaki, Mohd Rayyan Nakhaie.
Hani Mohsin, 41
Pelakon, penerbit dan hos program TV, Hani Mohsin, 41, meninggal dunia di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) pada 25 Julai 2006.
Hani disahkan menghembuskan nafas terakhir akibat serangan jantung oleh Hospital Serdang selepas beliau dibawa dari Klinik Pusrawi di LCCT.
Allahyarham ketika itu sedang menunggu penerbangan ke Alor Setar, Kedah sebelum pergi ke Langkawi.
Shamrin Fotograf, 45
Vokalis kumpulan Fotograf, Shamrin atau nama sebenarnya Mohd Shamrin Abd Samad, 45, meninggal dunia akibat sakit jantung kira-kira jam 6.40 petang pada 11 November 2010 ketika menyertai perlawanan bola sepak persahabatan dengan sebuah syarikat insurans di Kelab Sulatan Sulaiman, Kuala Lumpur.
Allahyarham yang popular dengan lagu Di Alam Fana Cinta pada era 90-an mengadu kekejangan otot semasa bermain bola sepak sebelum terduduk di atas padang.
Sebelum meninggal dunia, dia mengadu kepenatan kerana menghadiri pertunjukan pentas malam sebelumnya.
Mohd Suffian Abd Rahman, 41
Penjaga gol nombor satu Terengganu FC, Mohd Suffian Abd Rahman meninggal dunia akibat serangan jantung pada 17 Ogos 2019.
Pemergian pemain berusia 41 tahun itu mengejutkan ramai pihak berikutan pasukan yang diwakilinya akan menentang Negeri Sembilan dalam saingan Piala Malaysia pada malam berkenaan.
Bekas penjaga gol kebangsaan itu menghembuskan nafas terakhir di rumahnya di Kampung Bukit Tunggal, Kuala Terengganu.
Jacky Ng Kiat Kee, 25
Pemain bola keranjang kebangsaan, Jacky Ng Kiat Kee, 25, meninggal dunia dipercayai akibat sakit jantung ketika menyertai satu kejohanan jemputan di China pada 28 Julai 2013.
Perkara itu disahkan Setiausaha Agung Persatuan Bola Keranjang Kebangsaan pada ketika itu, Chey Tat Woon.
Beliau berkata mendiang dilaporkan pengsan ketika berada di bangku pemain simpanan pada kira-kira 4.30 petang waktu tempatan di Jinjiang.
The post Stres punca orang muda maut diserang sakit jantung: Pakar appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suaraviral.org/stres-punca-orang-muda-maut-diserang-sakit-jantung-pakar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Stres Punca Sakit Jantung Orang Muda Lebih Mudah Terkena Dan Menyebabkan Kematian

Stres Punca Sakit Jantung Orang Muda Lebih Mudah Terkena Dan Menyebabkan Kematian

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 589 hits
Pakar kesihatan mendedahkan stres menjadi faktor utama golongan muda maut akibat serangan jantung Pengamal perubatan am Dr Zubaidi Ahmad berkata serangan sakit jantung bukan hanya dipengaruhi oleh faktor kesihatan seperti tekanan darah ting...
Serangan Jantung Golongan Muda Perlu Segera Ubah Gaya Hidup Pakar

Serangan Jantung Golongan Muda Perlu Segera Ubah Gaya Hidup Pakar

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 560 hits
KUALA LUMPUR Golongan muda dinasihatkan mengawal gaya hidup dengan pemakanan sihat mengurangkan risiko diabetis kerap bersenam dan tidak merokok untuk menjauhi serangan sakit jantung Pakar Perunding Kardiologi Hospital Pakar KPJ Tawakkal Ku...
Umur Berapa Sakit Jantung Kini Umur Muda 20 Tahun Dah Kena

Umur Berapa Sakit Jantung Kini Umur Muda 20 Tahun Dah Kena

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 1019 hits
Umur Berapa Sakit Jantung Kini Umur Muda 20 Tahun Dah KenaUmur Berapa Sakit Jantung Kini Umur Muda 20 Tahun Dah Kena Tekanan darah paras kolesterol tinggi dan kencing manis semakin membimbangkan dikalangan anak muda Malas bersenam gagal kaw...
Asyraf Sinclair Paksa Jantung Bekerja Jadi Punca Dia Rebah Tak Sangka Bunga Terkilan Dia Tak Dapat Bayangkan Hidupnya

Asyraf Sinclair Paksa Jantung Bekerja Jadi Punca Dia Rebah Tak Sangka Bunga Terkilan Dia Tak Dapat Bayangkan Hidupnya

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 278 hits
Bunga mengatakan dia tidak boleh membayangkan kehidupannya tanpa Ashraf di sisi Dia juga mendoakan supaya terus kuat untuk kekal mencintai pasangannya itu sampai ke akhi1r masa Asyraf Sinclair paksa jantung bekerja jadi punca dia rebah Tak ...
Punca Serangan Jantung Mengejut Kepada Orang Lelaki Malaysia

Punca Serangan Jantung Mengejut Kepada Orang Lelaki Malaysia

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 733 hits
Punca Serangan Jantung Mengejut Kepada Orang Lelaki MalaysiaPunca Serangan Jantung Mengejut Kepada Orang Lelaki Malaysia Banyak kes kini mengenai individu yang meninggal dunia secara tiba tiba akibat serangan jantung Purata umur pesakit jan...
Stress Punca Kematian Serangan Jantung Para Isteri Tolong Tengok Suami Anda

Stress Punca Kematian Serangan Jantung Para Isteri Tolong Tengok Suami Anda

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 444 hits
Pakar kesihatan mendedahkan stres menjadi faktor utama golongan muda maut akibat serangan jantung Pengamal perubatan am Dr Zubaidi Ahmad berkata serangan sakit jantung bukan hanya dipengaruhi oleh faktor kesihatan seperti tekanan darah ting...
Serangan Jantung Bukan Sahaja Kepada Golongan Tua Berikut Antara Punca Ia Serang Pemuda

Serangan Jantung Bukan Sahaja Kepada Golongan Tua Berikut Antara Punca Ia Serang Pemuda

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 254 hits
disahkan meninggal dunia pada hari ini kerana serangan jantung Ramai yang nyata terkejut dengan berita tersebut kerana Ashraf dikenali dengan mengamalkan gaya hidup dan pemakanan yang sihat Sememangnya semua mengetahui bahawa pengamalan gay...
Anak Kerap Mengadu Sakit Kepala Mama Papa Kena Periksa Punca Sebenar Risau Memudaratkan

Anak Kerap Mengadu Sakit Kepala Mama Papa Kena Periksa Punca Sebenar Risau Memudaratkan

papar berkaitan - pada 8/2/2020 - jumlah : 357 hits
Anak sering sakit kepala pada usia muda mungkin jarang kedengaran namun jika ini yang berlaku mama papa memang kena ambil serius Ia mungkin disebabkan oleh beberapa faktor termasuklah migrain stress tekanan darah yang tinggi dan banyak lagi...
Polisi Gendong Orang Sakit Jantung Dapat Penghargaan Diusulkan Naik Pangkat

Polisi Gendong Orang Sakit Jantung Dapat Penghargaan Diusulkan Naik Pangkat

papar berkaitan - pada 17/2/2020 - jumlah : 261 hits
Bripka Sigit Prabowo menerima penghargaan dari Ombudsman karena aksinya menggendong pria terkena serangan jantung
Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Terkejut Ismail Sabri Jadi Suspek

Ir Razali Kassim Sebanyak Sembilan Buah Kilang Ais Di Negeri Pahang Gagal Mematuhi Tahap Kebersihan

Salam Ramadan Kareem 1446 Kepada Semua Pembaca Blog Cik Matahariku

Rindu Rasa Kampung Hidang Kuala Lumpur Bukan Sekadar Menyajikan Makanan

Bahagian 1 Melawat Perkampungan Warisan Budaya Di Oshino Hakkai Oshino

Le Tour De Langkawi 2025 Tarikh Jadual Trek Perlumbaan

Bella Lega Ruhainies Mengaku Berkhalwat Mahu Terus Fokus Mencari Kebahagian Diri Sendiri

Penerangan Jenis Jenis Ruam Panas Bayi Serta Dewasa Dan Cara Rawat Ruam Panas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


The History Of The Wheel A Revolutionary Invention

Kubu Simpanan Emas Terbesar Di Dunia

Ulasan Entri Ke Empat Akhirat Dikejar Dunia Jangan Lupa

Sambutan Yang Baik

Home Office In Tashkent A Harmonious Fusion Of Functionality And Warmth

Abstaining From Vote Not The Same As Rejection Pn Mp Tells Govt