Strategi Pn Untuk Kekal Berkuasa



KERAJAAN Perikatan Nasional (PN) sememangnya bukanlah kerajaan impian pemimpin politik dan juga sebahagian besar rakyat yang berkiblat kepada politik kepartian.

Namun semua tahu kewujudan PN adalah disebabkan kegagalan Pakatan Harapan (PH) mengurus perbezaan, isu dan cabaran sesama mereka serta kemaslahatan rakyat khususnya orang Melayu dan keresahan antara kaum dengan baik.

Tidak mustahil PN akan bertahan hingga PRU akan datang sahaja atau tumbang selepas PKP ini.
Semua kemungkinan itu berpotensi untuk berlaku. Namun tidak mustahil juga untuk PN yang dikemudi oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin terus kukuh dan menjadi pilihan rakyat dalam PRU akan datang.

Berikut lima strategi yang perlu direbut oleh Muhyiddin dan PN.

1. Strategi prihatin rakyat - Covid-19

Kerajaan perlu terus komited memastikan isu kesihatan rakyat akibat Covid-19 ditangani sebaiknya dan sepenuhnya. Pada masa sama, bajet tahun ini dan beberapa tahun akan datang perlu memberi penekanan terhadap usaha peningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan negara.

Selain itu, petunjuk prestasi utama (KPI) mestilah sehingga rakyat yakin bahawa perkhidmatan kesihatan negara khususnya di hospital dan klinik kerajaan benar-benar berkualiti dalam segala aspek contohnya peralatan, ubat-ubatan dan kepakaran termasuk profesionalisme petugas kesihatan di semua peringkat.

2. Strategi prihatin ekonomi rakyat - pasca Covid-19

Kerajaan perlu memberi sokongan berterusan kepada industri khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan rakyat (B40 dan M40).

Peruntukan dana mencukupi untuk membolehkan industri kecil dan sederhana serta rakyat B40 dan M40 mampu kembali berdiri di atas kaki mereka sendiri iaitu bukan sahaja semasa Covid-19 ini tetapi pasca Covid-19 amat wajar diberi perhatian serius dalam bajet tahun ini dan beberapa tahun berikutnya.

Di samping itu, kenal pasti dan lakukan projek-projek pembangunan bersifat baharu mahupun naik taraf seperti lebuh raya, landasan kereta api, lapangan terbang, pelabuhan, zon perdagangan bebas, kompleks-kompleks kerajaan, sekolah dan lain-lain bagi mewujudkan pergerakan di samping mempercepatkan proses pemulihan ekonomi negara.

Bawa syarikat besar bersama di mana mereka menjadi pemacu pembangunan projek mega menerusi konsep Private Finance Initiative (PFI). Usaha bersepadu di antara kerajaan dan sektor swasta amat penting dalam memulihkan ekonomi negara.

Berbalik kepada bantuan buat rakyat dan PKS, susun inisiatif dan bantuan dengan teratur, cekap dan menepati kumpulan sasar. Tingkatkan kecekapan sistem penyampaian dan barisan hadapan agensi berkaitan iaitu perlu mempunyai 'sense of urgency' dalam membantu industri dan rakyat.

3. Strategi kedaulatan negara

Kerajaan perlu sedar bahawa rakyat amat bimbang dengan isu kedaulatan negara. Kerajaan perlu tegas memastikan kedaulatan negara tidak terus digugat baik oleh kuasa besar mahupun isu pelarian, pemerdagangan manusia, dadah dan lain-lain kegiatan jenayah.

Majoriti rakyat yang baik tanpa mengira bangsa telah 'lemas' dengan isu berkaitan kedaulatan negara yang seperti diperkotak katik oleh sesetengah pihak dan tidak pernah selesai.

Sebagai contoh, isu kedaulatan wilayah negara di Laut China Selatan, negara perlu bertindak tegas termasuk menggunakan undang-undang antarabangsa dalam mendepani penceroboh berkaitan.

Tidak ketinggalan isu pelarian dan PATI yang semakin menjolok mata perlu ditangani dengan berani, tegas dan keras. Rakyat amat tidak selesa dengan lambakan pelarian dan PATI yang menyerap masuk ke dalam masyarakat dan ada antara mereka mempergunakan rakyat tempatan untuk urusan mendapatkan premis perniagaan dan berniaga. Malah ada tanah-tanah milik rakyat mereka cerobohi dan usahakan sesuka hati.

4. Strategi keabsahan kerakyatan/pemastautin

Kerajaan perlu tegas memerangi sindiket penjualan kad pengenalan atau pemilikan kad pengenalan palsu. Isu ini amat dekat dengan rakyat dan rakyat mahu isu ini diselesaikan dengan segera. Kegagalan kerajaan bertindak akan menyebabkan anak cucu kita menanggung akibat yang sangat teruk di mana mereka bakal mewarisi negara yang gagal.

Ratusan ribu pelancong yang masih belum keluar dari negara ini selepas tamat tempoh di samping isu pelarian, PATI memiliki kad pengenalan menerusi sindiket penjualan kad pengenalan dan kad pengenalan palsu wajar dibanteras habis-habisan. Mereka semua perlu ditangkap dan diusir dari negara ini. Pegawai yang terlibat pula perlu dihukum sekeras-kerasnya.

Gerakkan pasukan-pasukan penguat kuasa malah boleh dibentuk satu pasukan khas yang baharu iaitu gabungan pasukan imigresen dengan pasukan elit negara seperti komando dan VAT69 di samping agensi lain dalam merealisasikan usaha bersepadu ini.

Pasukan ini pastinya wajar diberi latihan bersesuaian untuk memastikan keberkesanan dan integriti mereka berada pada tahap terbaik dalam usaha membenteras semua gejala buruk yang sedang melanda negara itu termasuk gejala lain seperti penyeludupan dan penagihan dadah, pemerdagangan manusia dan segala bentuk jenayah terancang.

5. Strategi pemimpin bersih berintegriti

Kerajaan perlu berani membersihkan pengkhianat dalam pasukan keselamatan dan agensi-agensi kerajaan baik pegawai kerajaan, anggotanya mahupun menteri-menteri dan konco-konconya yang menjadi dalang dalam melindungi kegiatan mengkhianati negara ini.

Kehilangan beberapa orang pemimpin termasuk menteri, ahli politik dan pegawai kerajaan atas sebab tindakan tegas terhadap pengkhianatan yang mereka lakukan lebih besar manfaatnya buat negara ini.
Tiada guna melindungi mereka yang bersalah khususnya yang berpengaruh kerana perbuatan itu akan membuat rakyat menolak kerajaan yang dianggap bersekongkol dengan penjenayah apatah lagi jika hukuman bersifat berpilih-pilih iaitu umpama 'bilis didakwa tetapi jerung terus bebas bermaharajalela'.

Kesimpulannya, Muhyiddin boleh menggunakan peluang ini untuk memulihkan negara yang semakin tenat. Muhyiddin boleh juga membiarkan apa yang berlaku ini dengan mengambil pendekatan baiki sedikit-sedikit.

Jika pilihan pertama dibuat, Muhyiddin akan disanjung oleh majoriti rakyat dan tidak mustahil akan diberi mandat lebih besar dalam PRU akan datang.

Jika pilihan kedua dibuat, Muhyiddin mungkin selamat buat sementara waktu ini dan mungkin juga akan tersungkur kerana pencatur politik tidak akan berhenti mencari jalan menghancurkan kerajaan PN.

Jadi pilihan terbaik yang ada adalah memenangi hati rakyat. Buat apa yang rakyat kehendaki dan kehendak rakyat untuk negara ini terus kukuh berdaulat, bersih daripada pelarian yang menjolok mata, isu pelancong yang tidak kembali ke negara mereka, penjualan kad pengenalan, pemerdagangan manusia, pengedaran dan penyalahgunaan dadah, membela rakyat miskin B40 dan keperluan kepada peningkatan kualiti khidmat kesihatan serta pemulihan ekomomi yang baik adalah tuntutan rakyat yang wajar dipenuhi.

Pastinya jika Muhyiddin dan pasukannya lakukan ini semua akan membolehkan mereka melangkah ke PRU15 dengan penuh yakin kerana majoriti rakyat berada di belakang mereka.

Pilihan dan harapan rakyat berada di tanganmu Perdana Menteri yang dikasihi, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Prof Dr Haim Hilman Abdullah pensyarah Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan Universiti Utara Malaysia UUM




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/05/strategi-pn-untuk-kekal-berkuasa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kekal Di Rumah Itu Hadiah Paling Istimewa Sempena Hari Jadi Saya

Kekal Di Rumah Itu Hadiah Paling Istimewa Sempena Hari Jadi Saya

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 486 hits
Sempena hari jadi saya esok 21 April hadiah paling istimewa untuk saya ialah kalau boleh rakyat Malaysia kekal duduk di rumah dan amalkan kebersihan yang tinggi Demikian ungkap Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah sambil t...
Dr Noor Hisham Anda Kekal Di Rumah Itu Hadiah Paling Istimewa Saya

Dr Noor Hisham Anda Kekal Di Rumah Itu Hadiah Paling Istimewa Saya

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 533 hits
Dr Noor Hisham Anda Kekal di rumah itu hadiah paling istimewa sayaSempena ulang tahun kelahiran Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada Selasa 21 April beliau ada permintaan untuk anda semua Pinta Dr Noor Hisham sempena ...
Bergaduh Seminggu Sekali Boleh Buat Hubungan Kekal Lebih Lama Kajian

Bergaduh Seminggu Sekali Boleh Buat Hubungan Kekal Lebih Lama Kajian

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 335 hits
Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini suami isteri mempunyai lebih banyak masa bersama di rumah Tidak dapat dinafikan pastinya akan ada berlakunya salah faham di antara suami isteri sehingga akhirnya mencetuskan pergaduhan Maklum...
Kekal Di Rumah Hadiah Ulang Tahun Istimewa Untuk Dr Noor Hisham

Kekal Di Rumah Hadiah Ulang Tahun Istimewa Untuk Dr Noor Hisham

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 499 hits
PUTRAJAYA Sempena hari jadi saya esok 21 April hadiah paling istimewa untuk saya ialah kalau boleh rakyat Malaysia kekal duduk di rumah dan amalkan kebersihan yang tinggi Demikian ungkap Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdulla...
Sempena Birthday Saya Pada 21 April Hadiah Istimewa Adalah Rakyat Kekal Duduk Di Rumah

Sempena Birthday Saya Pada 21 April Hadiah Istimewa Adalah Rakyat Kekal Duduk Di Rumah

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 360 hits
Beliau menyifatkan bahawa permintaan itu adalah antara hadiah hari lahir yang paling bermakna buat dirinya small Cover image via Malay Mail small Ketua Pengarah Kesihatan iaitu Datuk Dr Noor Hisham telah mengungkapkan satu permintaan bersem...
Kekal Duduk Di Rumah Hadiah Hari Lahir Paling Bermakna Buat Dg Hisham

Kekal Duduk Di Rumah Hadiah Hari Lahir Paling Bermakna Buat Dg Hisham

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 366 hits
Sempena hari jadi saya esok 21 April hadiah paling istimewa untuk saya ialah kalau boleh rakyat Malaysia kekal duduk di rumah dan amalkan kebersihan yang tinggi Demikian ungkap Datuk Dr Noor Hisham Abdullah sambil tersenyum Ketua Pengarah K...
Covid19 Pkp Sop Masih Kekal Walaupun Kes Positif Covid19 Menurun

Covid19 Pkp Sop Masih Kekal Walaupun Kes Positif Covid19 Menurun

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 297 hits
PKP SOP MASIH KEKAL WALAUPUN KES POSITIF COVID19 MENURUNTeruskan duduk rumah dan patuhi arahan PKP Sebarang pertanyaan lanjut mengenai PKP boleh hubungi 03 88882010 COVID19 StayAtHome MovementControlOrder PerintahKawalanPergerakan KitaMesti...
Harga Ron95 Dan Ron97 Kekal Diesel Turun

Harga Ron95 Dan Ron97 Kekal Diesel Turun

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 243 hits
Harga runcit petrol bagi RON95 dan RON97 terus kekal manakala diesel turun tiga sen berkuat kuasa 25 April sehingga 1 Mei depan Kementerian Kewangan menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit bagi RON95 dan RON97 ialah RM1 25...
Bantu Kekal Kecantikan Sungai Melaka Kata Ketua Menteri

Bantu Kekal Kecantikan Sungai Melaka Kata Ketua Menteri

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 548 hits
April 25 2020 8 13 AMSungai Melaka yang sebelum ini berkeladak dan berwarna coklat kini bertukar jernih dan berwarna kehijauan sejak pelaksanaan PKP MELAKA Ketua Menteri Sulaiman Md Ali menyeru semua pihak supaya mengekalkan kecantikan Sung...
Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

How To Survive Thanksgiving Travel

O G Firm Right To Dismiss Worker For Refusing Covid 19 Jab Says Industrial Court

Resipi Cheese Tart

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Orang Tua Sekarang Membunuh Anaknya Secara Halus

Apabila Wanita Tertinggi Dan Paling Pendek Bertemu

Seorang Sahaja Zul Ariffin Tersasul Doa Minta 4 Isteri

Isu Artis Mangsa Buli Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan Perlu Wujudkan Suasana Friendly

Kathryn And Sydney S Fantastic Pantyhose Adventure Part One

15 Creative Diy Fall Garlands To Spruce Up Your Autumn D Cor