Strategi Mudah Pilih Keyword
Jika anda sedang pilih keyword yang sesuai bagi Google Ads, pasti anda kenal symbol “K” besar ni?
Inilah simbol bagi senjata rahsia Google. Fungsinya adalah untuk pemilihan keyword yang sesuai bagi iklan Google dan penulisan konten SEO. Simbol K adalah symbol bagi addon percuma yang disediakan oleh Google iaitu Keyword Everywhere.
Google sahaja keyword everywhere pasti ada akan terjumpa dengan Addon tersebut. Guna cara ini untuk mudahkan urusan anda pilih keyword.
Gambar di bawah ialah contoh bagaimana data yang diberi oleh Keyword Everywhere. Data menunjukkan Search Volume, Cost Per Click (CPC), dan Competition bagi setiap keyword.
Search Volume
Data akan
menunjukkan berapa bilangan carian oleh pengguna Google dalam masa sebulan. (Data
diukur dalam jarak 12 bulan). Semakin banyak bilangan volume, semakin bagus
keyword tersebut.
Cost Per
Click (CPC)
Data CPC ini
menunjukkan berapa anggaran kos yang perlu dikeluarkan untuk menggunakan
keyword tersebut untuk ‘bertanding’ di kawasan iklan Google (Google Adwords)
Competition
Competition
pula bermakna bilangan pengiklan yang terlibat dalam Google Ads yang
menggunakan keyword tersebut. Bilangannya adalah dalam linkungan 0 hingga 1,
semakin rendah bilangan, bermakna semakin rendah pengiklan.
Apa yang
Keywords Everywhere lakukan?
Keyword
Everywhere ini hanya perlu dipasang pada browser anda. (contoh Google Chrome),
dan ia akan menghasilkan keputusan bagi setiap keyword:
Anda juga
boleh lihat data-data tersebut menerusi Google Analytics, Google Webmaster
Tools (sekarang dipanggil Search Console), Ubersuggest, Majestic dan Moz Open
Site Explorer.
Search Volume, Cost per click (CPC), dan Competiton. Apa yang menariknya, anda boleh pilih keyword tersebut dan download ke dalam file Excel, CSV, dan PDF.
Bagaimana
saya nak install Keyword Everywhere?
Layari https://keywordseverywhere.com/.Install Addon di browser Chrome/Firefox.Selepas anda install addon tersebut, klik ikon Keywords Everywhere yang berada di bahagian atas kanan. Jika anda tak dapat lihat simbol ini, bermakna anda tidak install dengan betul. Cuba uninstall dan install semula. Apabila anda klik, akan keluar popup. Klik “Update Settings”. Ia akan bawa anda ke setting page.Masukkan API Key di dalam text box pada page tersebut. Jika anda tidak mempunyai API Key, anda boleh dapatkan disini dengan percumaSiap. Anda boleh cuba dengan buka google.com dan search. Data akan keluar di bawah kawasan search.Tambahan, untuk Google Analytics, data akan dipaparkan di dalam jadual yang terdapat dalam Google Analytics.
Kesimpulan
Strategi pilih keyword ini adalah untuk memudahkan anda memilih keyword yang sesuai jika anda sedang menulis konten atau membuat iklan bagi Google Ads. Ia juga dapat membantu dalam proses meningkatkan SEO website/blog anda. Ada faktor lain lagi perlu diambil kira bagi meningkat SEO anda seperti menukar permalink bagi mencantikkan link. Namun penting difikirkan juga untuk mencari keyword yang sesuai untuk penulisan konten anda supaya artikel anda mudah dijumpai di carian Google.
Dapat sesuatu dalam artikel ini? Semoga ianya bermanfaat untuk anda!
The post Strategi Mudah Pilih Keyword appeared first on Rafiq Hasrudin.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://rafiqhasrudin.com/strategi-mudah-pilih-keyword/