Strategi Mahathir


Strategi Mahathir. Semua sudah sedia maklum, Tun Dr Mahathir Mohamad memimpin semula negara bermula 10 Mei 2018, iaitu sehari selepas Pakatan Harapan (PH) berjaya memenangi pilihan raya umum ke-14 (PRU14)

Semenjak itu, kehidupan beliau dipenuhi dengan kesibukan memikir, mengurus dan mentadbir negara dibantu oleh pasukan pentadbiran yang terdiri daripada menteri, timbalan menteri dan ketua jabatan. Mereka ini semua tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mentadbir Malaysia supaya ekonomi terus diunjur stabil, kehidupan sosial masyarakat terjamin dan memacu kehidupan masyarakat Malaysia ke arah yang lebih baik

Strategi Mahathir. Semua juga sudah ambil maklum mengenai perjanjian antara Dr Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dalam perjanjian itu, Dr Mahathir akan melepaskan jawatan perdana menteri dan memberi laluan kepada Anwar. Walaupun tidak ada tempoh rasmi, namun dikatakan Dr Mahathir hanya memegang jawatan perdana menteri selama 2 tahun sahaja. Maksudnya, jika Dr Mahathir diberi kesihatan yang berpanjangan dan sihat tubuh badannya sehingga 10 Mei 2020, dan ketika itu beliau masih kekal sebagai perdana menteri, beliau harus melepaskan jawatannya

Namun, situasi politik tanah air pada hari ini nampaknya tidak sama seperti era pentadbiran Dr Mahathir ketika 1981-2003. Ketika itu, Dr Mahathir menjadi perdana menteri atas tiket Barisan Nasional (BN) yang didominasi oleh Umno. Beliau boleh melakukan apa sahaja kerana BN ketika di bawah pimpinannya menguasai 2/3 majoriti di Parlimen. Pasukan pembangkang ketika itu juga tidak kuat, ditambah pula jaringan internet pada ketika itu tidak begitu meluas

Kini, Dr Mahathir menjadi perdana menteri atas tiket Pakatan Harapan (PH) yang terdiri daripada partinya sendiri, iaitu PPBM. Selain itu, PH juga dianggotai oleh PKR, DAP dan Amanah. Walaupun Dr Mahathir mengetuai pasukan PH, namun PPBM mempunyai sedikit sahaja kerusi di Parlimen. Malah ahli Parlimen PKR dan DAP jauh lebih banyak daripada PPBM. Oleh itu, sesuatu keputusan yang ingin dibuat harus mendapat kesepakatan semua ahli pimpinan tertinggi PH

Strategi Mahathir
Dr Mahathir adalah ahli politik yang bijak, licik dan tidak mudah menjangka apa yang akan beliau lakukan. Walaupun sukar membaca pergerakan politiknya, namun penulis mengetengahkan beberapa situasi yang memungkinkan Dr Mahathir melepaskan jawatannya lebih awal

Berjaya tumbangkan Najib
Dr Mahathir suatu ketika dahulu sedaya upaya menurunkan Datuk Seri Najib Razak namun tetap gagal. Najib masih kekal sebagai perdana menteri, presiden Umno dan pengerusi BN (sebelum PRU14). Oleh sebab itu, Dr Mahathir menubuhkan PPBM dan menyertai blok PH

Pertembungan BN-PH pada PRU14 menyaksikan BN tewas dan PH buat pertama kalinya mendapat peluang mentadbir negara. Najib berjaya diturunkan, Dr Mahathir pula diangkat sekali lagi sebagai perdana menteri. Nampaknya, hasrat Dr Mahathir tercapai dan ini memungkin beliau mengatur perancangan untuk berundur secara perlahan-lahan

Dr M ‘dikunci’
Mendalami dan menghayati beberapa buah buku yang pernah dihasilkan Dr Mahathir, terutama “A Doctor In The House”, Dr Mahathir adalah ahli politik yang tidak gemar dikongkong, berani berdepan dengan sesiapa sahaja sama ada kawan mahupun lawan. Beliau juga begitu terkenal dengan “kuasa”. Kuasa melantik dan menggugurkan seseorang, bahkan berkuasa memasukkan dan mengeluarkan seseorang daripada penjara. Ini adalah Dr Mahathir era pentadbiran 1981-2003

Namun, era pentabiran 2018 hingga kini menunjukkan Dr Mahathir seperti “dikunci”, tidak bebas lagi bebas membuat keputusan, bahkan perlu mendapat persetujuan semua pihak berkepentingan. Ini sesuatu yang tidak digemari beliau dan ini bukanlah dirinya yang sebenar

Umno masih wujud
Walaupun Umno gagal mempertahankan kuasa pada PRU14, bahkan terdapat beberapa pemimpinnya menyeberang dan melompat parti, Umno masih lagi “bernyawa” dan tidak terkubur. Memetik kenyataan beberapa pemimpin tertinggi parti, Umno kini ibarat parti yang “diikat kaki dan tangan”, aset dibekukan dan beberapa ahli mula meninggalkan parti

Strategi Mahathir
Menguburkan Umno tidak semudah yang dijangka kerana parti ini mempunyai berjuta-juta ahli di seluruh negara. Selagi Umno wujud, selagi itulah PPBM tidak mendapat sokongan yang kuat daripada orang Melayu

Perancangan tidak menjadi
Perancangan yang diatur Dr Mahathir pada awal kejayaannya mengambil alih semula pentadbiran negara nampaknya banyak yang tidak menjadi. Perancangan mewujudkan kereta nasional ke-3 masih dalam peringkat kajian, ekonomi masih lagi lemah, masalah pengangguran masih pada tahap tinggi, harga barang masih mahal, malah banyak projek mega ditangguh dan dibatalkan

Jika situasi ini berterusan, amat merbahaya kepada Dr Mahathir kerana mewujudkan risiko beliau melepaskan jawatan dalam keadaan “kegawatan”. Tun Mahathir tidak mahu dikenang sebagai pemimpin yang gagal, oleh itu beliau perlu berusaha lebih gigih untuk memulihkan negara atau berundur lebih awal. Pengunduran lebih awal daripada yang dijangka setidak-tidaknya menyelamatkan maruah politik beliau daripada terpalit dengan pelbagai masalah negara

Pasukan Kabinet lemah
Pasukan Kabinet PH masih lagi lemah. Ini kerana daripada keseluruhan jumlah menteri yang ada, tidak sampai separuh daripadanya betul-betul berkesan dalam melakukan gerak kerja. Ini amat merisaukan Dr Mahathir kerana pasukan Kabinet yang lemah akan memeperlahankan gerak kerja yang diatur oleh beliau. Akhirnya, segala perancangan akan lambat, atau lebih parah lagi akan menjadi gagal untuk dilaksanakan

Jika melihat kepada situasi politik terkini tanah air, ada beberapa kemungkinan untuk Dr Mahathir berundur dalam jangka masa tertentu. Pertamanya, jika PH berjaya memenangi PRK DUN Semenyih, itulah waktu yang paling sesuai untuk Dr Mahathir melepaskan jawatan

Suara-suara desakan supaya Dr Mahathir mengotakan janjinya untuk menaikkan Anwar sebagai perdana menteri juga semakin jelas kedengaran. Oleh itu, amat mustahil untuk Dr Mahathir memegang tampuk pemerintahan dalam jangka masa yang lebih lama

Kedua, jika PH tewas dalam PRK Semenyih, Dr Mahathir memerlukan tempoh sekurang-kurangnya 3 bulan, 6 bulan atau lebih lama lagi untuk melepaskan jawatannya. Kerana, jika beliau melepaskan jawatan dalam tempoh masa terdekat selepas PH tewas di DUN Semenyih, beliau hanya akan dilabel sebagai “failure”

Strategi Mahathir
Ketiga, waktu yang sesuai untuk beliau mengumumkan pengundurannya adalah dalam Perhimpunan Agung Tahunan PPBM, sama seperti apa yang beliau lakukan ketika di dalam Umno suatu ketika dahulu

Pemikiran dan percaturan politik Dr Mahathir adalah sesuatu yang sukar dijangka. Oleh itu, penulis hanya mampu membuat analisis berdasarkan kepada situasi politik terkini tanah air.





Iklan









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.addindeen.com/2019/02/strategi-mahathir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hadi Jumpa Dr Mahathir Persis Lebai Mengetuk Pintu Di Pagi Jumaat

Hadi Jumpa Dr Mahathir Persis Lebai Mengetuk Pintu Di Pagi Jumaat

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 374 hits
ULASANDALAM sebuah negara seperti Malaysia yang mengamalkan semangat federalisme pertemuan di antara dua pemimpin berbeza fahaman politik atau di antara pemimpin kerajaan dengan pembangkang adalah perkara lazim dan bukan satu kesalahan meng...
Menjelang Prk Semenyih Hadi Datang Jumpa Mahathir

Menjelang Prk Semenyih Hadi Datang Jumpa Mahathir

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 479 hits
Presiden PAS Abdul Hadi Awang hari ini mengadakan pertemuan dengan Dr Mahathir Mohamad di pejabat perdana menteri itu di Yayasan Al Bukhari Kuala Lumpur Abdul Hadi tiba di pejabat Perdana Menteri kira kira jam 9 pagi dan kedua dua tokoh ber...
Indirectly Anwar Is Telling Mahathir To Not Stay Longer Than Two Years

Indirectly Anwar Is Telling Mahathir To Not Stay Longer Than Two Years

papar berkaitan - pada 16/2/2019 - jumlah : 325 hits
Datuk Seri Anwar Ibrahim has reiterated the narrative of a smooth transition process between him and Tun Dr Mahathir Mohamad saying he expects to be prime minister in not more than two years time In an interview with Bloomberg Television An...
Tun Mahathir Sudah Tepu Undur Awal Bawa Lebih Kebaikan Kepada Negara

Tun Mahathir Sudah Tepu Undur Awal Bawa Lebih Kebaikan Kepada Negara

papar berkaitan - pada 16/2/2019 - jumlah : 405 hits
Dalam satu temubual dengan Bloomberg beberapa hari lalu Anwar Ibrahim menzahirkan keyakinan beliau akan mengambil alih jawatan Perdana Menteri sebelum tempoh dua tahun sebagaimana yang telah ditetapkan Bagaimanapun kata Presiden PKR itu seh...
Be Loyal To Struggle Of Your Party Says Mahathir

Be Loyal To Struggle Of Your Party Says Mahathir

papar berkaitan - pada 16/2/2019 - jumlah : 242 hits
Leaders of the country should be loyal to the struggle of the party Prime Minister Dr Mahathir Mohamad said today He said if the party is no longer true to the struggle it is important that one should not support the party any more You shou...
Mahathir Paid Hadi Rm900 Million To Abandon Umno

Mahathir Paid Hadi Rm900 Million To Abandon Umno

papar berkaitan - pada 16/2/2019 - jumlah : 489 hits
Anyway if you ask me what yesterday s meeting between Hadi and Mahathir was really about and if I were to hazard a guess I would suspect the meeting was to discuss where PAS will stand if Mahathir makes his move on Anwar Ibrahim and forms a...
Bukan Untuk Lawan Warisan Dr Mahathir Umum Ppbm Akan Masuk Sabah

Bukan Untuk Lawan Warisan Dr Mahathir Umum Ppbm Akan Masuk Sabah

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 278 hits
KUALA LUMPUR Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata parti itu bersetuju untuk menubuhkan cawangannya di Sabah bagi membolehkan bekas anggota Umno Sabah menyertainya Dr Mahathir yang juga Perdana Me...
Hadi Jumpa Mahathir Sekali Lagi

Hadi Jumpa Mahathir Sekali Lagi

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 249 hits
Diterbitkan Hari ini 3 01 petangPresiden PAS Abdul Hadi Awang hari ini mengadakan pertemuan dengan Dr Mahathir Mohamad di pejabat perdana menteri itu di Yayasan Al Bukhari Kuala Lumpur Pejabat Perdana Menteri memberitahu Malaysiakini Abdul ...
Malaysia Akan Selesai Masalahnya Dengan Korea Utara Dr Mahathir

Malaysia Akan Selesai Masalahnya Dengan Korea Utara Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 414 hits
THE MALAYSIAN TIMES PUTRAJAYA Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Malaysia bersedia untuk menyelesaikan masalahnya dengan Korea Utara berikutan pembunuhan berprofil tinggi Kim Jong Nam abang kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong ...
Jangan Semakkan Kepala Dengan Perkara Dan Barang Yang Tidak Perlu

5 Roller Coaster Paling Tinggi Di Dunia

Social Media Just Got Serious Malaysia S New Rules And What They Mean For You

Johari Ghani To Officiate Pakistan Edible Oil Conference In Karachi

Ho Ho Ho Corruption Good Liberal Secularism Bad

Zaliha Pardons Board Minutes Concerning Najib Won T Be Made Public

Bekas Guru Besar Mengaku Tak Salah Peluk Cium Guru Pelatih

Five Benefits Of Orange Juice


echo '';
Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3


Pulanglah Wahai Sahabat

Food Hunting Di Penang 20 Pilihan Tempat Makan Terbaik

Sarapan Pagi Sabtu

In Los Angeles Hotels Become A Refuge For Fire Evacuees

Tips Mengelakkan Bayaran Bagasi Berlebihan

Hari Apresiasi 6 Tahun Tabika Kemas 2024