Stik Premium Dengan Olahan Sos Homemade Di The 3 Duke S Memang Padu
Anda penggemar stik yang halal dan sedap dengan harga berpatutan? Kunjungan ke Restoran The 3 Duke’s pasti tidak menghampakan. Mereka yang sukakan makanan barat boleh singgah ke restoran ini merasa keistimewaan makanan di sini.Restoran The 3 Duke’s beroperasi di A2-G1-5 PUBLIKA , 1, Jalan Dutamas , Solaris Dutamas , Kuala Lumpur dan diselenggara oleh tiga orang anak muda berwawasan tinggi, Firdaus.H.Rashid, Amir Gani dan Irfan Azriman.
Restoran ini memulakan operasi tahun lalu di mana ketika itu pandemik Covid-19 melanda negara malah dunia. Namun mereka terus bersemangat dalam mengharungi setiap cabaran yang mendatang.
“Sejujurnya memang pandemik ini memberi kesan, yang pasti bukan kami saja yang terkesan hampir semua kedai makan terkesan dan terjejas jualannya sepanjang PKP. Ketika PKP kami fokus sepenuhnya dengan jualan atas talian,”cerita Amir.
Keunikan makanan
Restoran ini mengetengahkan hidangan western fusion, pasta, burger dan stik yang dimakan bersama sos di mana bahan utamanya buah-buahan menjadi satu kelainan.
“Kami banyak bermain dengan sos yang menggunakan buah-buahan. Satu lagi hidangan yang menggunakan elemen buah-buahan ialah Tropica Lamb Ribs di mana lamb ribs dihidang bersama buah mangga segar dan juga sos yogurt mango homemade.
Keistimewaan di sini adalah bahan perapan, sos semuanya dibuat secara homemade. Perapan daging, resipi dengan herba yang dicampur satu persatu.
Antara signature makanan yang wajib anda cuba ialah Burger Beef Ribs yang dagingnya dimasak selama lapan jam. Black Forest Rib Eye Steak ialah stik yang dimakan bersama sos blueberi yang diolah sendiri.
Buat yang datang bersama keluarga ada hidangan untuk sekeluarga iaitu tomahawk dan juga op ribs, sesuai untuk empat orang makan dan dihidang live istimewa di depan pengunjung.
Kami berharap dan mendoakan semuanya kembali seperti sedia kala dan ekonomi negara dapat di jana semula seperti biasa,” cerita Amir menutup bicara.
[embedded content]
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://rasanakmasak.blogspot.com/2021/05/stik-premium-dengan-olahan-sos-homemade.html