Sticker Nama A3 Meringankan Kerja
Masa ni lagi seminggu sesi persekolahan tahun 2019 akan bermula. Huwaa mommy lah tukang balut buku. Sebelum balut nak kena tulis nama. Mommy juga!
3 orang anak bersekolah. Maka banyak lah nama yang perlu ditulis. Dari buku teks ke buku kerja dan seterusnya buku tulis.
Bercinta lah nak tulis nama banyak-banyak. Mommy tak sanggup! Lalu pula iklan sticker nama dekat instagram. Tapi kalau tempah online, jawabnya lambat lagi lah buku nak berbalut.
Mommy ajak daddyG ke seksyen 2 Shah Alam. Situ banyak kedai untuk printing ni.
PRINT EXPERTSatu A 3 RM4.90 siap satu hari.
Kalau nak cepat bila boleh siap. Berapa harga?
Siap 2 jam, satu A3 RM6.73 x 3 keping= RM19.10
Ada duit, semua jalan! Mommy nak senang kerja, mommy guna duit mommy lah.
Daddy dah habis beribu untuk yuran sekolah anak-anak dan perbelanjaan sekolah. Kalau suruh bayar pon, nak cekau mana lagi dah? Haha.
Susah juga kalau mommy tak ada duit poket sendiri. Bila jadi kes macam ni, dah tak larat nak buat, duit adalah penyelesaian
Satu A3 dapat 90 sticker nama
Selepas 2 jam, kami kembali untuk mengambil sticker. Siap! Yeah!
link
Walaupon pada asalnya mommy nak sticker lutsinar. Mommy lupa nak tanya betul-betul lah ni. Tapi daddyG kata ok lah. Senang lekat kat mana-mana pon nampak nama tu.
Buku dah siap berbalut dan bernama
Mommy lega part tulis nama sahaja lah. Bab membalut buku, bercinta juga lah membalut satu satu dalam keadaan perut memboyot.
Bab balut buku, tahun lepas ada juga buku yang mommy balut guna pembalut instant. Tapi sayang, buku Adam tu setahun pakai, kotor juga. Baik balut manual. Buku pon cantik elok untuk pelajar tahun depan guna pula.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.irrayyan.com/2019/02/sticker-nama-a3-meringankan-kerja.html