Steamboat Paling Murah Di Shah Alam D Kayangan Steamboat
Hey Guys, untuk korang yang tertanya tanya restoran steamboat yang murah kat mana, ni salah satu restoran steamboat yang paling murah dekat Shah Alam Mar pergi baru baru ni . Nak share ni kali kedua Mar ke Dkayangan steamboat taw
Steamboat BBQ Buffet D’Kayangan | Sesuai untuk dikunjugi bersama satu keluarga & kawan kawan yang ramai. Orang kata baru syokk makan ramai ramai! hhiks. Kali kedua Mar ke sini sebab bagi Mar kedai ni sangat murah & best untuk layan steamboat taw!. Heyy lagi lagi sekarang ni musim hujan, ofcourse best layan steamboat panas panas . hehe .
Kat sini pengunjung diberi 2 pilihan sup atau tomyam sebagai kuah rebusan untuk nikmati bersama-sama aneka makanan laut yang segar. Pilihan Mar mestlah tomyam, memang hantu tomyam sangat kan. hehe Sape geng suka tomyam?
ANEKA JENIS LAUK
Pilihan yang tersedia SANGATLAH BANYAK taw, tentunya udang besar, kupang, kepah, kerang, sotong, isi ikan, bamboo lala dan banyak lagi. Pelbagai bebola, sayur-sayuran, aneka mee dan juga fucuk turut disediakan untuk pilihan pelanggan. Mar tak tahu nak ambil yang mana satu, semuanya nampak sedap, and lastlyy Mar try semuaaaaa! HAHA . Semuanya bestttttt T_T
Terdapat juga pelbagai pilihan sos yang dibuat sendiri oleh Chef seperti Sos Cili Pedas, Sos Thousand Island, Sos Cili Thai, Sos Cili Manis, Sos Bawang Putih, Sos Lada Hitam, Sos Yong Tau Foo dan macam-macam lagi. Datang sini korang try la semua okay, nanti balik rumah nyesaal. huhu
Chef Shahnizam iaitu seorang Chef yang berpengalaman lebih 25 tahun didalam bidang kulinari telah membuat pembaharuan dengan menu grill perapan istimewa ayam / daging, udang, sosej, ikan dan sotong di DKayangan Steamboat taw. Jenis-jenis perapan yang digunakan adalah campuran daripada Cili Giling, Bawang Putih, Lada Hitam dan beberapa rempah-ratus herba yang lain bagi menaikkan lagi rasa dan bau perapan tersebut. Diantara menu grill yang disediakan adalah seperti Chicken Mozza, Chicken Castello, The Toretto Meat, Cappucino Meat, The Krusty Crab, Super Prawn, Squidward, Keli Yolanda, Dory Drive, Patin Annabel, Pari Perry dan paling menarik Kambing Grill yang diperam dengan 15 jenis rempah. Chef Shahnizam yang arif tentang rasa makanan telah membuat pembaharuan dengan menggunakan masakan stail Cina dan India didalam bahan-bahan perapannya. Pengunjung boleh merasai sendiri kelainan perapan tersebut dengan bahan-bahan asli yang digunakan. Kesemua ini amat bersesuaian untuk dimasak menggunakan grill yang disediakan kerana aroma rempah ratus dan bahan-bahannya menjadi lebih harum dan memikat selera. Fuh patotlah sedap!
Beberapa menu yang menarik juga ditambah di dalam buffet seperti, hirisan ikan segar bersama sos Air Asam, Ikan Pari Assam Nyonya yang diperap didalam kertas aluminium, Kepak Ayam BBQ dan juga 12 jenis ais krim termasuk perisa Oreo dan Mint sebagai pencuci mulut. Yang paling terbaru, ada juga menu tenpayaki (takde dalam gambar) dekat sini. Pada yang suka makan teppanyaki boleh cuba makan dekat sini specialnye dimasak secara panas-panas ayam, daging dan sayuran semua segar .
Pelbagai aneka mee, Mar penggemar mee taw
Rojak serta buah buahan Segar
Kat sini juga ada makanan berat seperti nasi, mee/kueh teaw goreng, spagheti. Jadi kalau sejenis yang macam tak boleh tak makan nasi atau makanan berat bolehlah datang sini. Sangat menepati citarasa lah
Sayur Sayuran SegarABC Kegemaran MarAiskrim pun ada taw, banyak perisa kegemaran anak anak kecil.
READY UNTUK MENIKMATI Yummy! TASABAR! . Mar makan berdua je, Mar try semua jenis lauk kat sini taw, memang sangat menepati citarasa. Next time kena bawa famili makan ramai ramai baru lagi best. hehe!
RUANG MAKAN LUAS & KUANTITI MEJA BANYAKKat sini meja disediakan sangat banyak untuk para pelanggan, ada di luar & juga di dalam. Jadi untuk korang yang nak booking meja pilihan kena la call awal awal sebelum datang taw. Mar sebelum pergi memang buat tempahan awal awal taw takut penuh! Suasana ruang makan kat dalamSuasana ruang makan kat luar
Susasana meja di ruang tengah, santai untuk berdua
ELAKKAN PEMBAZIRANOkay guys, kalau datang ambil makanan yang nak dimakan sahaja atau ambil sedikit sedikit, sebab kalau dah kenyang semuanya membazir betul tak? Sayang pulak kalau makan tak habis T_T . Mar sokong sangat Dkayangan buat denda macam ni hhiks! Siap awak kalau membazir . heeee
Suasana Dkayangan Steamboat pada malam hari. Kalau korang nak pergi better pergi petang lagi taw, malam Mar nak balik memang kedai ni dah sesak sebab ramai orang . HuhuSteamboat BBQ Buffet D’Kayangan menawarkan lebih 150 jenis hidangan bagi pengunjung setiap hari. Dengan ruang makan yang santai, restoran ini boleh menampung sehingga 600 orang dalam satu masa iaitu seramai 200 orang dibahagian dalam dan 400 orang di bahagian ruang terbuka
APA YANG KORANG KENA TAHU ! :
Apa yang menjadikan restoran ini lain dari yang lain :
🌝12 jenis seafood segar disediakan setiap hari
🌝Pelbagai pilihan Yong Tau Fu yang boleh di pilih
🌝Menu 'rare' seperti ABC, aiskrim dan kek turut disediakan. Yummy!
🌝15 Jenis pilihan jenis sos 🌝2 pilihan sup seperti tom yam dan sup ayam
🌝24 jenis perapan yang terdiri daripada ayam,Ikan, daging dan kambing
Kenapa anda wajib datang ke restoran Dkayangan Steamboat :
✨'Refill' soup unlimited!!
✨Suasana makan yang tenang dan selesa sama ada dalam atau luar
✨Boleh bersantai bersama kawan-kawan dan ahli keluarga.
✨Ruang parking berlambak
✨Kemudahan Surau disediakan di dalam premis
Steamboat & Grill BOOK NOW!!!
🥘All You Can Eat Steamboat & Grill !!!!!!Harga:
Dewasa: RM33.00 nett
Kanak2:RM 12.50nett
Kanak2 bwh 4thn : PERCUMA !! Waze : Dkayangan Steamboat & Grill
(2 mins from Stadium Shah Alam)
⏱5pm - 11.30pm (Mon & Fri)⏱3pm - 11.45pm (Sat & Sun)📞012-2971091
Instagram : D'Kayangan Steamboat FACEBOOK: SteamboatBBQBuffetD'Kayangan
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.puterymemory.com/2018/12/steamboat-paling-murah-di-shah-alam.html