Staycation Tanpa Dirancang Ke Cameron Highland


Staycation Tanpa Dirancang Ke Cameron Highland. Kejadian sebelum cuti sekolah.  Seminggu tak update any post, sibuk bebenar kakak ini. Kali ni memang tak rancang sebab memikirkan tak cukup korum.  Semuanya spontan.  Secara kebetulan, hari Ahad , en suami nak menghadiri jemputan kenduri kahwin dari kawan belajarnya dahulu di Sungai Buloh dan secara kebetulan juga kawan-kawan en suami bercadang nak buat mini reunion memandangkan dah lebih 20 tahun tidak bertemu muka, sekadar bersembang dalam group wasap sahaja.  Kakak kebetulannya cuti hujung minggu dan Irfan pula off day, makanya en suami bercadang bertolak awal, singgah CH dan esoknya terus ke tempat kenduri dan balik.  Dah lama tak buat idea-idea spontan macam ni.  
Ambil sahaja apa yang perlu untuk semalaman dan baju kenduri esoknya.  Agih-agih tugas dengan cepat, en suami uruskan makanan kucing, tupai dan burung di luar, irfan settlekan bahagian dapur, kakak kumpulkan barang yang nak bawa, akak macam biasa, pack semua sambil 'scan thru' cukup atau tidak.  Kebetulan juga, akak ada jemputan kenduri  tak jauh dari rumah kami.  Banyak sungguh kebetulannya ya !
Singgah kenduri dulu, isi perut dan teruskan perjalanan.  Oleh kerana  kami berempat masing-masing boleh memandu, jadi bergilir-gilirlah pegang stereng. Cuaca pun elok sepanjang perjalanan.  Akak ambil part sebagai co pilot aje.  Anak-anak suruh ibu duduk rileks.  Dapatlah ibu peluang ambil gambar.  

Bertolak dari tempat kenduri dah menghampiri jam 3 petang.  Jalan clear, ETA dalam  jam 530pm di CH.  Cantik sungguh awan sepanjang jalan.  Tak tahu entah berapa banyak gambar view awan dalam galeri gambar.   Sambil-sambil tu abang irfan cari tempat penginapan.  Dah dapat baru masing-masing boleh duduk tenang dalam kereta



Sampai sahaja, cari dulu masjid untuk jamak solat.  Kami plan nak check in lewat sedikit, sementara hari terang ni nak jalan-jalan dulu.  Singgah di Masjid Al-Huda, Kg Raja Cameron Highland.  Bersih dan kemas masjid ini, toliet pun bersih sangat, airnya sejuk. Gigil-gigil ambil wuduk.  Nampak macam tak ramai orang, cuti hujung minggu rasanya tak sepadat cuti umum.  Salah satu sebab tak berapa berminat untuk ke CH ni ialah jem.  Kalau korang nak tahu, last sekali kami naik CH ni ialah 14 tahun lepas.  Lama kan



Selepas solat, baru tenang sedikit perjalanan.  Singgah Cameron Valley, mengeteh sebentar.  Kalau ke sini suka duduk di bahagian atas, tapi sebab kami sampai pun dah lewat petang, bahagian atas tutup untuk kerja pembersihan, jadi duduk santai di bawah sahaja


Dalam sejuk-sejuk pun, kakak teringin nak merasa ais krim matcha.  Semangkuk tu RM10.  Cukuplah satu, buat rasa-rasa




Santai-santai minum petang dulu.  Tak lengkap kalau tak minum teh di sini.   kami order pai epal dengan aiskrim, kentang goreng dah mushroom soup beserta roti garlic.  Masa ni cuaca dah rasa sejuk sedikit.  Cuaca sejuk, perut cepat betul rasa lapar. Sedap makan roti cicah mushroom soup dalam cuaca begini



Nak masuk ke kebun teh tapi dah tutup pula.  Waktu operasi sehingga jam 6 petang sahaja.  Jadinya ambil gambar dari luar sahaja.  Lama juga rehat-rehat kat sini sebelum check in.  Banyak kedai dan tempat attraction dah tutup waktu ni.  Okaylah sebab kami tak plan pun nak singgah mana-mana, sekadar nak ambil angin di CH sahaja


Plan malamnya nak makan steamboat, kami singgah check in sekejap.  Abang Irfan dapat booking The Copthorne, Brinchang.  Mulanya booking bilik superior sahaja, bila daftar untuk check dapat upgrade ke bilik deluxe dengan harga yang sama. 



Bilik tanpa aircond, dah tempat sejukkan.  Ada 2 katil single.  Kami siap bawa selimut lebih.  Hotel ni berhampiran dengan Kea Farm, mudahlah nak shopping sayuran esok pagi. Haha...sesekali kita shopping sayur. Tak banyak gambar sempat ambil sebab mengejar masa nak cari makan



Misi mencari steamboat.  Mula-mula singgah kedai bersebelahan denga Hotel De Fern, tapi nampak tak menarik. Ambil gambar je  di luar kedai. Lepas tu kami bergerak ke arah Tanah Rata.  Nak juga makan cari kedai steamboat.  Google lagi dan jumpa Highland Steamboat Cheese & Grill.  Tengok gambar macam best.   Ikut saja google map.  Masa sampai tu kami nampak deretan kereta parking kiri kanan jalan.  Alang-alang dah sampai, dapat parking jauh pun jauh la



Jauh jugalah kami menapak.  Kedai ni kena melintas sungai kecil.  Ada jambatan boleh ambil gambar kat sini.  Agak tersorok sedikit tapi menarik.  Kalau waktu siang mungkin view agak berbeza.  Kat sinilah kebanyakan gambar bunga yang akak share dalam post sebelum  ni



Masa sampai kami tengok punya lah ramai orang, yang dalam kedai dan juga yang sedang menunggu giliran


Kedai ni guna system nombor.  Masa sampai, korang kena cepat-cepat pergi kaunter dulu.  Nanti yang jaga kaunter tu akan tanya korang nak makan untuk berapa orang.  Lepas tu korang dapat nombor dan silalah tunggu nombor korang dipanggil.  Dalam kedai ni ada yang meja  4 orang, meja 6 orang dan meja panjang untuk ramai-ramai.  So bila meja-meja ni korang, baru akan dipanggil giliran seterusnya.  Kalau yang makan tu ambil masa lama, maka lamalah menunggu.  Tapi jangan risau, banyak meja disediakan.  
Dalam kedai ni juga, ada tempat untuk kanak-kanak bermain. Sementara menunggu tu bolehlah bawa anak-anak korang bermain dalam tu.  Bila nombor korang dipanggil, korang teruslah buat bayaran di kaunter.  Lepas tu barulah ada yang attend korang dekat meja.  


Kenapa akak kata kedai ni menarik, antara sebabnya di sini ada banyak pilihan yang korang boleh ambil.  Nasi goreng, speghetti, kentang goreng pun ada. Jadi kalau korang memang kena makan nasi, boleh je ambil nasi goreng yang disediakn.   Maaflah tak banyak gambar yang diambil.  Masa ni orang agak ramai, akak pun sibuk melayan perut di meja.  Tapi memang tempat ni best ! Harga satu kepada dalam RM40 kalau tak silap akak.   Dah lupa pulak harganya sebab abang irfan yang belanja

Lepas makan jangan lupa ambil aiskrim.  Ada beberapa perisa disediakan. Air pun ada banyak jenis.  Korang pilih saja mana yang korang suka.  Dah kenyang, gerak balik bilik, mata pun dah mengantuk. Esok nak jalan jauh lagi


Sarapan pagi di Hotel Copthorne ni menarik juga, ada pelbagai pilihan.  Bilik kami termasuk sarapan untuk 2 orang.  Masa check in semalam dah minta tambahan untuk 2 orang lagi sarapan dan buat bayaran terus.  Kalau korang beli tambahan sarapan waktu pagi di kaunter cafe, harga akan berbeza.  Jadi kena selalu ingat, kalau nak tambah breakfast, kena buat masa check in



Pagi tu hujan, kami sempat ronda sekeliling hotel menikmati suasana pagi.  Lepas tu terus kemas dan bersiap untuk check out.  Dalam perjalanan turun menuju ke Sungai Buloh, singgah juga di Kea Farm.  Beli sayuran serba sedikit, jangan lupa beli jagung dan ubi manis.  Waktu ni orang dah ramai di Kea Farm, cuaca pun dah mula panas, kami pun bergerak cepat-cepat. Tak adalah gambar masa shopping sayur-sayuran.  
Begitulah trip ringkas di CH.  Nanti boleh datang lagi bawa anak-anak yang tak ikut sama pula.  Nanti tu tak tahulah bila.    
*Selamat Aidil Adha untuk korang semua yang selalu singgah dan meninggalkan jejak di sini.  Maaf lately agak kurang entry yang sempat dibuat.  Hari ni pun cuti sebab nak hantar anak teruna balik asrama. Jangan jemu yer singgah sini





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.azirahman.com/2025/06/staycation-tanpa-dirancang-ke-cameron.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cameron Highlands Di Hari Hujan

Cameron Highlands Di Hari Hujan

papar berkaitan - pada 29/5/2025 - jumlah : 145 hits
dah lama rasanya tak duduk dirumah pada hujung minggu ada saja acara mingguan yang menyebabkan tak betah di rumah letih rasanya walaupun seronok menikmati hari cuti di luar rumah minggu lepas aku berkesempatan ke cameron highlands diputuska...
Dia Kaya Pun Masak Tak Order Luar Atikah Suhaime Dipuji Rajin Memasak Meskipun Tengah Staycation Mewah

Dia Kaya Pun Masak Tak Order Luar Atikah Suhaime Dipuji Rajin Memasak Meskipun Tengah Staycation Mewah

papar berkaitan - pada 28/5/2025 - jumlah : 92 hits
Pelakon Datin Atikah Suhaime sering mencuri perhatian warganet dengan semangatnya yang gemar memasak di mana sahaja termasuk ketika sedang bercuti Menerusi satu hantaran di TikTok Nur Atikah Mohd Suhaime 34 berkongsi momen percutian bersama...
Family Staycation Indonesia Menikmati Pemandangan Indah Di Kawah Putih Tempat Cantik Untuk Ootd

Family Staycation Indonesia Menikmati Pemandangan Indah Di Kawah Putih Tempat Cantik Untuk Ootd

papar berkaitan - pada 28/5/2025 - jumlah : 186 hits
Lepas makan tengah hari di Resto Bukit Senyum Ciwidey kami terus ke destinasi seterusnya iaitu Kawah Putih Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit Bayangkan hari pertama kami dari pagi non stop lagi sejak turun flight Berehat dalam ...
Apa Yang Menarik Staycation Di Doubletree By Hilton Hotel Penang

Apa Yang Menarik Staycation Di Doubletree By Hilton Hotel Penang

papar berkaitan - pada 31/5/2025 - jumlah : 183 hits
Apa yang menarik staycation di DoubleTree by Hilton Hotel Penang Ada banyak aktiviti menarik seisi keluarga di sini Saya sertakan sekali gambar sebagai rujukan Jadi bolehlah rancang apa aktiviti yang boleh dilakukan sepanjang menginap di si...
Anthony Loke Trolled With Call To Resign Racist Slur After 2nd Major Heavy Vehicle Fatality In A Month

Rethinking Seato A New Maritime Pact For Asean

Protect What You Love Why Luxury Bag Insurance Matters With Aeg

Hikmah Diharamkannya Perjudian Dan Taruhan

Paya Indah Discovery Wetlands Tarikan Utama Tiket Masuk

Understanding Insurance Estimates For Car Repairs A Comprehensive Guide

Nahas Bas Penuntut Upsi Pelajar Dakwa Rayu Pemandu Perlahankan Kenderaan Tapi Tak Dipeduli

Jantung Berdebar Debar Dan Bengkak


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nasi Tomato Ayam Masak Merah Ketupat Rendang

Tips Dapur Buat Pesakit Sle

Dunia Masih Perlukan Hadi Awang Bukan Pas Sahaja Sanusi Nafi Dakwaan Presiden Pas Bakal Berundur

Tak Berlubang Bukan Tayar Pecah Ahmad Maslan Tepis Dakwaan Jalan Lokasi Nahas Upsi Rosak

Menjelang Muktamar Pas Selepas Diserang Geng Ustaz Ini Pendirian Sanusi Terhadap Abdul Hadi

Navigate The World Of Online Business