Maggi Pes Perapan Air Fryer


Membawakan Cita Rasa Asli Malaysia Dalam Hanya Dua Langkah Kira-kira 42% daripada isi rumah Malaysia kini mempunyai penggoreng udara (air fryer), dan ini menunjukkan tren penyediaan hidangan dimasak di rumah yang pantas dan mudah kini berada pada tahap yang tinggi. Menyedari peralihan yang semakin ketara kepada kaedah memasak moden dan mudah ini, Nestlé Malaysia telah melancarkan siri resipi “perapan” MAGGI® yang menambat selera pengguna penggoreng udara (air fryer), termasuk pes perapan Sate baharu dan juga perapan sedia ada lain yang dilancar baru. 



Mempelopori Ruang Masakan Moden: Nestlé Malaysia Lancarkan Siri MAGGI® Pes Perapan untuk Penggoreng Udara (Air Fryer) 

Malaysia merupakan salah satu pasaran yang pertama di dunia untuk memperkenalkan rangkaian produk inovatif yang dicipta untuk penggoreng udara, memudahkan penyediaan sajian kegemaran Malaysia dengan cita rasa asli. Menerusi generasi, MAGGI® adalah teman setia di dapur Malaysia dan siri pes perapan baharu untuk penggoreng udara (air fryer) ini meneruskan warisan legasi yang dibina selama ini. 
Diperbuat dengan ramuan segar dan bermutu tinggi, pes perapan ini dihasilkan oleh chef-chef MAGGI®, sebagaimana disediakan secara tradisional untuk anda menyajikan masakan tempatan dengan cita rasa asli seperti yang disediakan oleh pakar kulinari. 
Tanpa memerlukan persediaan yang memakan banyak masa, siri pes ini memberikan penyelesaian mudah dalam dua langkah: Perap dan Masak di dalam Penggoreng Udara (Air Fryer), membolehkan orang ramai menghidangkan makanan tempatan kegemaran ramai dengan mudah, walaupun pada hari yang sangat sibuk. En. Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé Malaysia, mengulas, "Memandangkan penggoreng udara (air fryer) kini menjadi perkakas yang dimiliki di kebanyakan isi rumah, kami dengan sukacitanya menghasilkan penyelesaian yang mengotakan janji kami untuk memudahkan penyediaan hidangan lazat lebih mudah untuk rakyat Malaysia. 




Siri MAGGI® Pes Perapan untuk Penggoreng Udara  (Air Fryer)
Siri MAGGI® Pes Perapan untuk Penggoreng Udara  (Air Fryer) ini mencerminkan matlamat Nestlé untuk meningkatkan kualiti kehidupan melalui makanan, membolehkan individu yang sibuk dan keluarga mereka untuk menikmati cita rasa kegemaran mereka dengan persediaan ringkas. 
Pelancaran ini mencerminkan hubungan rapat MAGGI® dengan isi rumah Malaysia dan komitmen berterusan untuk menyediakan pengalaman memasak yang sesuai dengan keperluan gaya hidup hari ini.” Cik Ivy Tan Link Cheh, Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI® Malaysia, berkata, “Kami percaya semua orang patut diberi peluang untuk merasai detik manis menikmati makanan lazat. 
Walaupun rakyat Malaysia menggemari makanan yang dimasak di rumah, ramai yang menghadapi cabaran meluangkan masa untuk memasak siri pes perapan baharu kami, yang sesuai untuk penggoreng udara (air fryer), diperbuat dengan ramuan segar untuk menghasilkan cita rasa asli dengan cara yang mudah. Siri ini memanfaatkan kemudahan perkakas dapur moden, supaya semua orang, baik yang berpengalaman atau yang baru masuk dapur, boleh memasak sajian kegemaran Malaysia di rumah. Inovasi yang dipelopori menepati janji jenama untuk menjadi teman memasak setiap rakyat Malaysia, menjadikannya lebih mudah untuk menghidangkan masakan tradisional lazat sambil merapatkan hubungan sesama rakan dan keluarga." 
Siri MAGGI® Pes Perapan untuk Penggoreng Udara (Air Fryer) ini merangkumi empat pilihan cita rasa Malaysia, setiap satu dihasilkan dengan ramuan segar dan adunan rempah-ratus tradisional. 
Pes Ayam Goreng Berempah diperbuat daripada bawang segar dan adunan herba yang menyelerakan. 
Pes Ayam Percik menggabungkan bawang segar, bawang putih dan serai untuk rasa pedas manis yang seimbang. 
Pes Lada Hitam menggabungkan lada hitam dan bawang besar segar. 
Pes Perapan Sate baharu yang diperbuat daripada serai, kunyit dan rempah penuh beraroma untuk menghasilkan cita rasa yang memang digemari oleh rakyat Malaysia. 
Pelancaran inovatif ini merupakan satu lagi mercu jaya dalam perjalanan MAGGI® selama lebih daripada 50 tahun membekalkan khasiat pemakanan kepada seluruh rakyat Malaysia dan mengeratkan hubungan sesama insan menerusi sajian yang lazat. Rangkaian baharu ini menyenangkan pengguna dengan mengurangkan masa memasak di dapur, membolehkan lebih banyak masa diluangkan untuk mengabadikan detik indah menjamu selera bersama orang-orang tersayang. 
Siri MAGGI® Pes Perapan untuk Penggoreng Udara (Air Fryer) ini boleh didapati di  semua pasar raya besar dan pasar raya utama di seluruh negara pada harga runcit RM4.90 setiap pek, dengan saiz hidangan untuk 6 orang. 

Mengenai MAGGI® 
MAGGI® ialah jenama makanan No.1 di Malaysia. Misi utamanya adalah untuk mencipta detikdetik indah menyediakan sajian kebahagiaan yang mengukuhkan ikatan kekeluargaan. 
Menerusi pelbagai rangkaian produk dan penyelesaian makanannya, MAGGI® membantu rakyat Malaysia menyediakan sajian makanan masakan rumah yang lazat dan seimbang untuk diri sendiri atau keluarga mereka setiap hari. 
Jenama ini juga komited untuk memenuhi keperluan pengguna yang sentiasa berubah, menyediakan penyelesaian inovatif daripada mi kepada produk kulinari, yang akan terus menceriakan dan memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia memasak makanan segar yang digemari dan diyakini mereka. 
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.maggi.my  Mengenai Nestlé Malaysia: Menjana khasiat rakyat Malaysia melebihi seabad Sejak 1912, Nestlé menjana khasiat rakyat Malaysia dan meraih kepercayaan mereka menerusi jenama dan produk kami yang bermutu tinggi. Kami berbangga untuk memainkan peranan kami sebagai warga korporat yang bertanggungjawab, dengan berusaha menambah baik komuniti di tempat kami beroperasi. 
Pada hari ini, kami mengendalikan enam kilang yang disokong oleh tenaga kerja seramai lebih 5,000 rakyat Malaysia, Semua produk kami adalah Halal, menjadikan kami pengeluar Halal terbesar bagi Nestlé di peringkat global. Kami bertekad untuk membekalkan produk bermutu tinggi yang halal dan berkhasiat dengan mengutamakan kelestarian sebagai nadi amalan perniagaan kami – Dibuat di Malaysia, oleh rakyat Malaysia, untuk semua rakyat Malaysia. Sebagai pengeluar makanan dan minuman terbesar di dunia, dengan ibu pejabat di Switzerland, Nestlé beroperasi di lebih 180 negara. 
Dengan tenaga kerja lebih 270,000 kakitangan yang berdedikasi, kami berpegang kepada matlamat kami untuk memanfaatkan kelebihan makanan untuk merungkai kuasa makanan, meningkatkan kualiti kehidupan untuk semua, pada hari ini dan juga demi generasi masa depan. Komitmen kami kepada pemakanan, kesihatan dan kesejahteraan memacu prestasi kami, memastikan kami mengotakan janji GOOD FOOD, GOOD LIFE. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perjalanan kami menjana khasiat rakyat Malaysia lebih seabad, sila layari laman web kami di https://www.Nestlé.com.my/ask-Nestlé/we-are-Nestlé

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azlindaalin.com/2025/06/maggi-pes-perapan-air-fryer.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mama Kenapa Orang Kutuk Kek Batik Hayla Wawa Zainal Tewas Demi Air Mata Anak

Mama Kenapa Orang Kutuk Kek Batik Hayla Wawa Zainal Tewas Demi Air Mata Anak

papar berkaitan - pada 11/6/2025 - jumlah : 128 hits
Semangat Hayla Maghfiratul Adzkiyaa 9 tahun yang mula menjual kek batik hasil air tangannya sendiri akhirnya diuji Dalam dunia media sosial yang bebas berkata video review seorang pempengaruh menyatakan kek batik Hayla tak sedap menjadi tul...
Ibu Hamil Jangan Merungut Kena Minum Air Gula Bukan Saja Saja

Ibu Hamil Jangan Merungut Kena Minum Air Gula Bukan Saja Saja

papar berkaitan - pada 10/6/2025 - jumlah : 83 hits
Rutin minum air gula ketika hamil adakalanya buat ibu hamil rasa risau dan berdebar Bukan kerana mahu menolaknya tetapi kena bimbang akan termuntah sebaik sahaja minum Rutin minum air gula ini dilakukan adalah bagi mengukur paras gula dalam...
Adakah Air Bertapis Bagus Untuk Tubuh

Adakah Air Bertapis Bagus Untuk Tubuh

papar berkaitan - pada 10/6/2025 - jumlah : 123 hits
ADAKAH AIR BERTAPIS BAGUS UNTUK TUBUH Assalamualaikum Dr Zubaidi Saya ingin bertanya Air mineral Coway Cuckoo atau SK Magic adakah ia baik untuk diminum setiap hari Waalaikumussalam Ya air yang ditapis oleh sistem Coway Cuckoo atau SK Magic...
Al Adam Mikail Pelumba Cilik Berpotensi Besar Kelahiran Negeri Pahang Dalam Sukan Permotoran Tanah Air

Al Adam Mikail Pelumba Cilik Berpotensi Besar Kelahiran Negeri Pahang Dalam Sukan Permotoran Tanah Air

papar berkaitan - pada 10/6/2025 - jumlah : 96 hits
KUANTAN Minat mendalam disertai keazaman usaha dan sokongan ibu bapa mendorong pelumba cilik kelahiran Pahang Al Adam Mikail Mohd Hamirul Aliff semakin menyerlah dalam sukan permotoran tanah air Manakan tidak Al Adam 11 yang baharu dua tahu...
Pesawat Air India Terhempas Bekas Ketua Menteri Gujarat Vijay Rupani Dipercayai Berada Dalam Pesawat Itu

Pesawat Air India Terhempas Bekas Ketua Menteri Gujarat Vijay Rupani Dipercayai Berada Dalam Pesawat Itu

papar berkaitan - pada 12/6/2025 - jumlah : 89 hits
AHMEDABAB Pesawat Air India terhempas sejurus selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sardar Vallabhbhai Patel di Ahmedabad India lapor stesen TV tempatan Laporan awal bagaimanapun menyebut saksi melihat kepulan asap tebal menye...
Pesawat Milik Air India Membawa Lebih 240 Penumpang Terhempas Berhampiran Lapangan Terbang Ahmedabad

Pesawat Milik Air India Membawa Lebih 240 Penumpang Terhempas Berhampiran Lapangan Terbang Ahmedabad

papar berkaitan - pada 12/6/2025 - jumlah : 115 hits
AHMEDABAD Sebuah pesawat milik Air India yang membawa lebih 240 penumpang dilaporkan terhempas berhampiran Lapangan Terbang Ahmedabad pada Khamis Memetik laporan NDTV pesawat jenis Boeing 787 8 Dreamliner itu dalam perjalanan dari Ahmedabad...
Pesawat Air India Ke London Terhempas

Pesawat Air India Ke London Terhempas

papar berkaitan - pada 13/6/2025 - jumlah : 130 hits
BernamaPenerbangan membawa 242 penumpang termasuk 12 anak kapal terhempas selepas berlepas dari Lapangan Terbang Ahmedabad di Gujarat Pesawat Boeing 787 8 terlibat nahas membawa 169 warga India 53 warga British seorang warga Kanada dan tuju...
Lebih 200 Mayat Ditemui Hanya Seorang Penumpang Air India Terselamat

Lebih 200 Mayat Ditemui Hanya Seorang Penumpang Air India Terselamat

papar berkaitan - pada 13/6/2025 - jumlah : 144 hits
KOSMO BANGKAI pesawat Boeing 787 8 Dreamliner yang melanggar asrama sebuah kolej perubatan di pinggir Ahmedabad AGENSINEW DELHI Sebuah pesawat membawa 244 orang terhempas semasa berlepas dari bandar Ahmedabad barat laut India hari ini Polis...
No Malaysians On Board Ill Fated Air India Flight Foreign Ministry Confirms

No Malaysians On Board Ill Fated Air India Flight Foreign Ministry Confirms

papar berkaitan - pada 13/6/2025 - jumlah : 157 hits
Separately Prime Minister Anwar Ibrahim conveys his condolences to the families and friends of all those affected by the crash CNN reported that the death toll from the plane crash had risen to 133 PUTRAJAYA The Malaysian consulate general ...
Teguran Kerana Sayang Bukan Kerana Benci

Judge Accused Of Judicial Interference May Become Cj Soon Rafizi Predicts

Jabatan Mufti Pahang Dedah Fahaman New Age Movement Mula Menyusup Dalam Masyarakat Di Negara Ini

Rendang Daging Brisket Dan Ujian Kehidupan

Sistem Tempahan Bilik Mesyuarat Guna Google Sites Projek Ringkas Tapi Power

Dpm Fadillah Pays Courtesy Call On Sabah Governor

Hallucination Water Claims Spark Criminal Investigation Into Ehati Marriage Programme In Selangor

Tanam Pokok Nenas Sarawak Dalam Pasu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Beli Manisan Viral Suka Dessert

Luka Kencing Manis Bahaya Diam Yang Mungkin Tak Kita Sedari

Common Mistakes Made By Players Slot Win123

Top Business Growth Strategies

Mangga Giant

Bookkeepers Near You In Stockton Why Proximity Matters For Personalized Service