Cameron Highlands Di Hari Hujan
.jpg)
dah lama rasanya tak duduk dirumah pada hujung minggu. ada saja acara mingguan yang menyebabkan tak betah di rumah. letih rasanya. walaupun seronok menikmati hari cuti di luar rumah. minggu lepas aku berkesempatan ke cameron highlands. diputuskan pada saat akhir dan tanpa kesediaan apa - apa.
Hujan Sepanjang Perjalanan
.jpg)
hotel ditempah pada saat akhir. sangat - sangat akhir. mungkin ketika dalam perjalanan beberapa minit sebelum tiba di cameron highlands. sepanjang perjalanan menuju ke sana, hanya hujan dan kilat yang kuat. kilat saling berbalah sesama mereka. jadi takut sepanjang perjalanan. cahaya langit menggerunkan dengan sesekali bunyi mengaum (guruh/ petir)
jalan yang aku lalui sangat gelap dan menakutkan. hanya cahaya petir dan rintik hujan yang menemani. sesekali mengucap risau. barulah waktu itu aku membuat carian cuaca di cameron highlands. rupanya hari aku bertolak dan esok; cuaca dijangka akan mendung, hujan dan petir. allahu.
itulah padahnya jika percutian last minute tidak dirancang. pukul 4 baru buat keputusan bersama
Sampai Lewat Malam
.jpg)
sampai di hotel sekitar jam 10malam - 11 malam. parkir kereta penuh. namun ada satu kosong di hujung untuk aku letak sebentar sementara ingin check in.
keluarlah kitorang semua ke meja kaunter hadapan untuk membuat proses check in hotel.
Bermalam di Springhill Resort
.jpg)
proses sangat mudah dan cepat. aku menempah hotel menggunakan aplikasi agoda. di dalam agoda, aku turut nyatakan ingin extra bed (jika ada) dan meminta bilik aku diletakkan dibahagian bwah kerana memudahkan urusan keluarga dimana ada bayi yang dibawa
.jpg)
ternyata memang 'bawah' sungguh bilik berkenaan. hihi. dah terpaksa turun / naik lif pula. aku sangkakan definisi 'bawah' merujuk kepada "aku tak perlu naik/ turun untuk ke mana-mana." maksudnya lantai bilik separa dengan pintu masuk besar/ kaunter hadapan check in.
ini merupakan kali pertama aku menempah dan bermalam di hotel ini. sebelum ini aku menginap di apartment yang berada bersebelahan dengan springhill resort ini.
ternyata, seronok juga bermalam disini. lokasi nya agak strategik dengan pekan. boleh lah bersiar - siar untuk mencari makan.
selepas proses check in selesai, kitorang semula kembali semula ke kereta dan menuju ke tempat yang berjualan makanan. perut sudah lapar. kali terakhir makan adalah pada jam sebelum 4 petang tadi. lapar betul! kitorang lepak dan makan di food truck yang berada berdekatan dengan springhill resort.
ada cerita yang patut aku kongsi disini. hehhee.
.jpg)
di food truck, aku telah memesan nasi putih dan daging kunyit. iwan pula memesan nasi putih dan sotong kunyit. manakala adik aku pula memesan maggi. selepas aku habis makan, giliran iwan pula makan dan aku menyambung jaga baby comel. ternyata maggi adik aku sangat pedas dan tak sesuai untuk dimakan. iwan kononnya tak ingin membazir dan mengambil alih menyambung makan maggi. ternyata iwan pun tak mampu. disimpannya maggi dan nasi putih sotong. dibawah ke hotel, dan akhirnya esok ke tong sampah! membazir sungguh ya
.jpg)
malam itu selepas selesai makan, kitorang balik ke bilik dan melepas lelah dan ketiduran. tiada aktiviti pun hari pertama walaupun hujan telah berhenti sejam yang lepas.
.jpg)
bergambar diluar resort
sebelum meninggalkan hotel, sempatlah juga dapatkan beberapa keping gambar. bergambar di kawasan sini menarik juga. gambar semua cantik dan menarik. mekap pun on point. hehehe.
Makan Scone di KHM Strawberry
.jpg)
jujurnya, aku memang dah lama sangat berzikir nak makan scone. itu hari, ada seorang staf praktikal di pejabat telah membawa scone dan berkongsi dengan semua orang. dapat lah makan seorang 2 biji. nyaris - nyaris aku sedih kerana aida tak ajak / panggil aku untuk makan sama, sedangkan aida ajak semua orang. rupanya, dia siapkan scone. disapunya jam strawberry baru lah aida berikannya kepada aku. hehehe. terima kasih aida.
sebelum itu, aku terliur melihat makcik publish story di instagram. makcik pun pergi cameron highlands awal lagi dari aku. katanya dia ke sana kerana teringin makan scone. aku pun terjebak dengan perasaan 'ingin' dan 'mengidam'. kalau ikutkan ini bukan percutian ke cameron tetapi genting yang akhirnya diubah kerana sebiji scone.
.jpg)
hari kedua di cameron, hujan masih turun. lokasi pertama pada hari itu ialah makan scone. bila google, keluarlah senarai yang akhirnya aku memilih KHM Strawberry. aku rasa lokasi yang aku makan scone itu bukanlah KHM Strawberry tapi ia berdekatan. ia hanya sebuah gerai kecil di antara lokasi - lokasi terkenal.
hujan masih turun. tiada banyak gambar sangat boleh diambil. makan scone pun di tingkat atas. terpaksa memanjat tangga tinggi semata scone. letih~ scone tak berapa memuaskan. mungkin terlalu besar dan kering.
Cameron Valley Tea
.jpg)
tak lengkap rasanya jika tidak ke ladang teh. selalunya hanya singgah di kafe dan minum secawan teh. kali ini aku berpeluang menikmati buggy ke kawasan tengah ladang teh. harganya agak mahal, namun memandangkan sekali sekali dan ini adalah kali pertama. apa salahnya kan?
harga buggy, korang boleh rujuk poster dibawah. jumlah yang perlu dibayar untuk kami berempat ialah sebanyak rm 52. percuma untuk bayi comel. hehehe.

pakej buggy yang tersedia
sewaktu menaiki buggy untuk turun ke ladang teh, langit telah mulai mendung namun aku meneruskan perjalanan kerana hujan masih belum turun. kitorang memilih untuk duduk di bahagian tengah untuk lebih rasa selamat.
Bergambar di Cameron Valley Tea
.jpg)
langit masih mendung dan kitorang tetaplah meneruskan aktiviti di sana walaupun terhad. hanya dengan mengambil gambar di kawasan sekitar namun tidak menjauh dari tempat menunggu buggy. senang; jika hujan turun kitorang akan berlari! hahaha.
.jpg)
selepas turun dari buggy, kitorang melawat kawasan sekitar dan menambil gambar di 'tanda' perkataan cameron highlands menandakan kitorang telah hadir disini.
.jpg)
.jpg)
adik aku macam biasalah. dimana - mana akan disuruhnya aku ambilkan gambarnya. sudahnya kebanyakkan gambar beliau penuh di galeri aku. rasa nak padam! hahahaha. maklumkan tak ada handphone.
.jpg)
letih agaknya budak ni, dipaksa untuk ambilkan gambar aku, iwan dan baby comel tanpanya. maklumlah. nak minta tolong siapa lah kan? bukan kita kenal sesiapa pun dekat situ. agak bahaya kalau nak minta tolong. risau eh kalau kamera kena bawa lari. kitonya lari tak berapa nak pecut.
.jpg)
.jpg)
.jpg)
anak manja dan baba nya
gambar di cameron valley tea agak banyak kerana percutian di cameron highlands agak terhad dan tiada tempat dituju. jadi, disini sahajalah kitorang bersungguh bergambar demi memenuhkan impian 'percutian cameron' dan buat kenangan peribadi.
tidak sampai setengah jam di bawah, hujan rintik mulai turun dan menyembah bumi. kitorang pun menyegerakan langkah kaki dan kembali semula ke kawasan parkir buggy. kali ini aku memilih tempat duduk paling belakang iaitu menghadap ke luar. agak extream ya kawan - kawan. macam naik 4 x 4. risau betul aku dengan baby comel. iwan pegang baby dengan erat! aku pula memegang segala besi yang ada. risau terpelanting.
sebelum buggy bergerak, iwan ada terdengar orang belakang bercakap mengenai giliran menaiki buggy. salah aku ke aku naik buggy awal? dan dicop memotong barisan? huhu. siapa suruh semua orang menunggu dan berpayung di bawah khemah? sewaktu buggy tiba pun, tak nampak pula mereka bangun dan menunjukkan rasa ingin segera menaiki buggy. masih lagi selesa dan duduk di bawah khemah. siapa cepat dia dapat lah kan? huhuu.
Menghirup Teh Panas di Ladang Teh
.jpg)
bila dah ke ladang teh, takkan pula nak menjamu kopi kan? harus sesuaikan dengan suasana. sewaktu kitorang tiba di atas, hujan sudah mulai sedikit lebat. iwan ajak minum teh sebentar sementara menunggu hujan reda.
.jpg)
aku ingat hanya teh rupanya ada pakej dengan sup cendawan dan roti. hehehe kegemaran aku. namun sup cepat sejuk dan sedikit masin dari kebiasaan. manakala roti pula agak keras. berbaloi lah ek rm15 ? hahahaha. boleh lah, kata pun kawasan pelancongan. terima apa adanya sahaja. cuma membebel itu pasti.
lupa nak beritahu, sewaktu membeli tiket buggy tadi, aku diberitahu untuk claim teh. ini lah rupa teh nya. tak pasti sedap atau tak. aku dah pun berikannya kepada mak aku
.jpg)
Makan Tengahari dan Murah di Cameron Highlands
usai di ladang teh, kitorang segera mencari makan tengahari. perut sudah berbunyi (sebenarnya aku tak pasti, adakah aku makan tengahari dahulu atau pergi ke ladang teh dahulu. HAHAHAHAH - halal jela ye).
sebelum ini, jika makan di cameron untuk 2 orang, pasti nilainya sekitar rm50. padahal makan apa je. kali ini berpuas hati kerana makanannya murah dan sedap. selera orang kita! boleh lah korang cari kedai ni jika nak makan tengahari. hehehe.
.jpg)
aku tak dapat nak buat apa - apa review penuh, kerana tak dapat menikmati waktu di setiap destinasi dengan sebenar - benarnya. mungkin lain kali, aku akan ke tempat yang sama. terima kasih kerana meluangkan masa membaca
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kanvasdakwat.blogspot.com/2025/05/cameron-highlands-di-hari-hujan.html