Best staycation di 𝘼𝙉𝘾𝘼𝙎𝘼 𝙍𝙀𝙎𝙄𝘿𝙀𝙉𝘾𝙀𝙎 𝙋𝙊𝙍𝙏 𝘿𝙄𝘾𝙆𝙎𝙊𝙉 selepas lama terkurung dek PKP dan sibuk dengan kerja. Kira Ty ambil peluang sambil buat kerja tapi juga merehatkan minda dan badan. Me time katanya.

💼 Bilik air / bilik mandi
💼 Ruang Tamu dengan kelengkapan TV LCD, Kipas Silling & Air Condition
💼 Dapur yang lengkap dengan peti ais & tempat memasak

Fasiliti lain seperti 𝘴𝘸𝘪𝘮𝘮𝘪𝘯𝘨 𝘱𝘰𝘰𝘭, 𝘧𝘳𝘦𝘦 𝘱𝘢𝘳𝘬𝘪𝘯𝘨 dan lain-lain juga disediakan. Kalau bosan boleh turun bawa dan jalan-jalan sekitar kawasan residensi ni. View dia gempak lawa untuk OOTD. Structure yang dibina juga ala di Bali. Sangat menenangkan.
Boleh juga menggunakan pintu belakang residensi ini untuk ke pantai Teluk Kemang yang terbentang luas. Ty memang suka pantai. Dapat berjalan dan bergambar sebelah petang memang sangat cantik pemandangan yang indah. Kalau tak puasa dah lencun mungkin dek main air laut. Layan banana boat dsb juga boleh gais.
Jadi seronok dan best lagi bila view apartment Ty menghadap pantai. Ya Allah, tenang sangat. Ye, dari pagi sampai ke malam pemandangan sangatlah menegangkan. Harapnya lepas bulan Ramadhan ni Ty ada peluang lagi bercuti ke pantai.
Walaupun di sekitar kawasan residensi ini boleh dapat macam-macam makanan tapi restoran di sini pun makanan yang ada sedap belaka gais. Dan Ty rasa kalau spend makan di restoran tersedia pasti penghuni yang datang suka dan akan rasa tersangatlah berbaloi.
Bercuti dan berehat la di sini gais. Worth it!|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |