Statut Rom Icc Perkara Yang Patut Diketahui


Wisma Putra 
   
Statut Rom adalah satu treati (perjanjian) rasmi antara negara-negara dalam mengiktiraf Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) sebagai pelengkap kepada undang-undang sedia ada negara pihak (state party) untuk mendakwa individu yang melakukan jenayah antarabangsa.

Sehingga 4 Mac, sebanyak 124 negara telah menjadi negara pihak kepada Statut Rom.
Apa bidang kuasa ICC?

Artikel 5 - ICC mempunyai bidang kuasa untuk mendengar ‘most serious crimes of concern’
seperti:-

a) Genocide (penghapusan etnik)
b) Crimes against humanity (jenayah terhadap kemanusiaan)
c) War crime (jenayah perang)
d) Crime of aggression (jenayah pencerobohan)

Artikel 6, 7, 8 – Setiap empat katagori jenayah antarabangsa diterangkan dengan jelas.

Artikel 17 - ICC hanya akan terpakai apabila negara pihak tidak berkemahuan atau berkemampuan (unwilling or unable) untuk menyiasat dan mendakwa kes jenayah terkutuk tersebut.
Adakah kekebalan Yang di-Pertuan Agong terhakis?

Sungguhpun Malaysia melakukan jenayah terkutuk seperti tertulis di Artikel 5, Yang di-Pertuan Agong tidak akan disentuh oleh ICC kerana:-

i) Artikel 40, Perlembagaan Persekutuan Malaysia - Yang di-Pertuan Agong adalah seorang Raja Berpelembagaan. Semua tugas-tugasnya di laksanakan atas nasihat perdana menteri / kabinet.

ii) Artikel 41, Perlembagaan Persekutuan Malaysia - Yang di-Pertuan Agong merupakan pemerintah tertinggi bagi angkatan tentera persekutuan. Yang di-Pertuan Agong tidak diberi kuasa untuk mengisytihar perang.
iii) Negara-negara pihak lain yang mempunyai Raja Berperlembagaan: - Belgium, Kemboja, Denmark, Jepun, Jordan, Lesotho, Liechtenstein, Luxembourg, The Netherlands, Norway, Samoa, Sepanyol, Sweden dan United Kingdom.

Manfaat Malaysia jadi negara pihak ICC

i) Penyertaan Malaysia akan meningkatkan lagi martabat negara di kalangan masyarakat dunia sebagai sebuah negara yang komited dalam menegakkan keadilan dan mempertahankan undang-undang antarabangsa.

ii) Penyertaan Malaysia akan melambangkan kesungguhan negara dalam meningkatkan perpaduan bersama-sama masyarakat antarabangsa dengan membawa pelaku-pelaku jenayah antarabangsa ke muka pengadilan.

iii) Malaysia kini boleh merujuk kepada pendakwa ICC di bawah Artikel 13(A) Rome Statute mengenai jenayah-jenayah antarabangsa yang dilakukan oleh mana-mana pihak sekiranya perlu.
iv) Malaysia kini boleh bersuara lebih lantang menentang negara-negara yang melakukan penghapusan etnik dan jenayah perang di persidangan tahunan negara-negara pihak.

v) Malaysia kini layak mencalonkan rakyatnya sebagai hakim, pendakwa dan pendaftar serta jawatan-jawatan lain di pejabat pendakwa dan pejabat pendaftar ICC

Implikasi perundangan (menurut peguam negara)

i) Tiada sebarang halangan perundangan ke atas Malaysia untuk menjadi ahli ICC.

ii) Perlembagaan Persekutuan tidak perlu dipinda.

iii) Undang-undang yang perlu dipinda melibatkan pindaan substantif dan prosedur. Kementerian Luar Negeri kini dalam proses meminta peguam negara untuk mengambil tindakan yang selanjutnya.
iv) Yang di-Pertuan Agong tidak akan menerima kesan secara peribadi

Kronologi penyertaan Malaysia dalam Statut Rom

17 Julai 1998 - Malaysia menandatangani Final Act of the United Nations Diplomatic Conference of Plenipotentiaries on the Establishment of an International Criminal Court

27 Mei 2010 - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang) Mohamed Nazri Abdul Aziz pada ketika itu, memaklumkan kesediaan Malaysia untuk menjadi sebahagian dari negara pihak ICC.
Keputusan tersebut dibuat ketika menghadiri 6th Consultative Assembly of Parliamentarians for the ICC and the Rule of Law di Kempala, Uganda.

11 Jun 2010 - Perdana Menteri, Najib Razak ketika itu memberi hala tuju dasar untuk Malaysia accede kepada Rome Statute, lanjutan kepada serangan Israel ke atas kapal kemanusiaan Gaza Freedom Flotilla pada 31 May 2011.
18 Mac 2011 - Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) membentang Memorandum Jemaah Menteri untuk Malaysia tandatangan dan ratifikasi Rome Statute. Namun ia tidak diteruskan atas reservation oleh Peguam Negara terhadap keputusan Jemaah Menteri tersebut.

5 Ogos 2015 - Jemaah Menteri sekali lagi bersetuju supaya Jabatan Peguam Negara membentangkan Memorandum Jemaah Menteri untuk meratifikasi Rome Statute bagi membolehkan Malaysia membawa pihak yang bertanggungjawab terhadap kes penembakan jatuh Malaysia Airlines MH17 ke ICC. Namun, tiada sebarang tindakan diambil pada ketika ini.

12 Disember 2018 - Jemaah Menteri Pentadbiran Pakatan Harapan bersetuju untuk Malaysia meratifikasi Rome Statute

26 Disember 2018 - Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menulis warkah kepada Pemangku Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah untuk sembahmaklum keputusan yang dibuat jemaah menteri.

15 Februari 2019 - Menteri Luar datang mengadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah di Istana Negara bagi menyembahmaklum keputusan jemaah menteri

4 Mac 2019 - Malaysia menandatangani Rome Statute of the International Criminal Court.

*Artikel ini adalah tulisan Wisma Putra.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/03/statut-rom-icc-perkara-yang-patut.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia Terima Statut Rom Icc

Malaysia Terima Statut Rom Icc

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 313 hits
ICC adalah mahkamah jenayah antarabangsa yang pertama berasaskan perjanjian bertujuan menamatkan kekebalan terhadap pelaku jenayah paling serius yang membimbangkan masyarakat antarabangsa melibatkan pembunuhan beramai ramai jenayah perang s...
Apa Implikasi Statut Rom Kepada Undang Undang Syariah Di Malaysia

Apa Implikasi Statut Rom Kepada Undang Undang Syariah Di Malaysia

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 335 hits
Isham Jalil Editor Malaysia Saya baru dimaklumkan bahawa kelmarin Menteri Luar Negeri Dato Saifuddin Abdullah telah menghadap DYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong berkenaan tindakan Kerajaan menandatangani Statut Rom Menteri Luar ...
Bantah Perjanjian Statut Rom Serah Memorandum Kepada Sultan Johor

Bantah Perjanjian Statut Rom Serah Memorandum Kepada Sultan Johor

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 381 hits
SULTAN Johor menerima memorandum daripada Ketua Dewan Pemuda PAS Johor Ustaz Juwahir Amin sebelum perasmian Masjid Jamek Chaah Labis Johor tengah hari tadi UTUSAN ONLINELABIS 15 Mac Sultan Johor berkenan menerima memorandum daripada Pemuda ...
Pertarungan Rebut Rantau Tiga Perkara Yang Kurang Diketahui

Pertarungan Rebut Rantau Tiga Perkara Yang Kurang Diketahui

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 215 hits
Pengundi Rantau akan mengundi pada 13 April ini Berikut adalah tiga fakta pilihan raya yang mungkin kurang diketahui tetapi boleh menentukan pemenang kerusi pilihan raya kecil itu 1 BN tewas di Rantau pada PRU14Timbalan Presiden Umno Mohama...
Penyertaan Malaysia Dalam Statut Rom Dibuat Secara Terburu Buru Tmj

Penyertaan Malaysia Dalam Statut Rom Dibuat Secara Terburu Buru Tmj

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 413 hits
Penyertaan Malaysia dalam Statut Rom dibuat secara terburu buru tanpa pertimbangan menyeluruh dengan mengambil kira implikasi undang undang yang serius terutama terhadap kedaulatan Malaysia dan kekebalan YDPA Artikel 27 Statut Rom memperunt...
Apa Itu Statut Rom

Apa Itu Statut Rom

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 327 hits
Apa Itu Statut Rom Statut Rom adalah satu treati rasmi antara negara negara dalam mengiktiraf Mahkamah Jenayah Antarabangsa sebagai pelengkap kepada undang undang sedia ada negara pihak untuk mendakwa individu yang melakukan jenayah antarab...
Statut Rom Gugat Kuasa Agong

Statut Rom Gugat Kuasa Agong

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 324 hits
Kenyataan media yang dikeluarkan oleh Wisma Putra menyatakan bahawa Menteri Luar Malaysia Datuk Saifuddin Abdullah telah menandatangai dokumen penyertaan negara ini sebagai negara ahli bagi Statut Rom Pada 15 Februari tahun ini juga Seri Pa...
Cepat Sangat Masa Berlalu Sampai Rasa Tak Sempat Nak Buat Banyak Perkara

Cepat Sangat Masa Berlalu Sampai Rasa Tak Sempat Nak Buat Banyak Perkara

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 352 hits
Hye semua Sekarang ni saya rasa macam masa berlalu dengan cepat sangat Bila buat satu perkara tu saya rasa macam tertinggal atau terabaikan benda yang lain Buat A terabai yang B Buat B baru teringat C belum buat Fuhh lap peluh Dengan usia y...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Honor Pad 9 Tablet Terbaik Untuk Berhibur Dan Kerja Mula Dijual Seluruh Negara Pada 28 Mac

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

8 Resepi Air Balang Viral Di Bazar Ramadhan

Diet If Yang Berkesan Menurut Pakar

Lirik Lagu Raya Mana Nabila Razali

Sesi Tukar Duit Raya Di Maybank



Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo

Biodata Abdul Qawiy Aro Qawiyaro Personaliti TikTok Islamik

10 Fakta Biodata Siti Khadijah Halim Pelakon Drama Berepisod Wanita Syurga TV3 Gandingan Redza Rosli


Effective Email Marketing Strategies

Konsert Melly Friends Kuala Lumpur 2024

Terbukti Pasukan Terengganu Berkualiti

Asan Lembu The Movie

Flavour Mushroom Dadah Baru Kegilaan Remaja Ini Kesan Buruknya

Kalendar Akademik Usim 2024 2025 Tarikh Kuliah Exam Cuti