Pertarungan Rebut Rantau Tiga Perkara Yang Kurang Diketahui


Nigel Aw 
   
Pengundi Rantau akan mengundi pada 13 April ini. Berikut adalah tiga fakta pilihan raya yang mungkin kurang diketahui tetapi boleh menentukan pemenang kerusi pilihan raya kecil itu.

1. BN tewas di Rantau pada PRU14

Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan memenangi kerusi DUN Rantau tanpa bertanding pada hari pencalonan pilihan raya umum ke-14 jadi bagaimana BN mungkin kehilangan kerusi itu?

Pada pilihan raya umum, pengundi diberi dua kertas undi, satu untuk kerusi negeri dan satu lagi untuk kerusi Parlimen.

Walaupun Mohamad Hasan memenangi kerusi negeri tanpa bertanding, pengundi Rantau masih mengundi pada pilihan raya umum ke-14 untuk memilih ahli Parlimen mereka.
Berdasarkan data di peringkat parlimen, BN tewas di Rantau dengan sebanyak 459 undi. Secara khusus, BN memperoleh 7,654 undi berbanding PKR yang mendapat 8,113 undi. PAS pula hanya menerima 751 undi.

Rantau adalah satu daripada empat kerusi negeri di bawah Parlimen Rembau. Pada pilihan raya umum ke-14, BN memenangi kerusi parlimen ini dengan majoriti 4,364 undi, pengurangan ketara daripada majoriti 18,357 undi yang diperoleh pada 2013.

2. Pengaruh PAS kurang ketara di Rantau

Kerjasama Umno dengan PAS secara signifikan menghidupkan kembali peluang parti nasionalis Melayu itu dalam dua pilihan raya kecil lalu iaitu di Cameron Highlands dan Semenyih.

Walau bagaimanapun, faktor itu mungkin tidak akan berperanan penting di Rantau kerana pengaruh PAS di Rantau adalah kurang ketara.

Sebagai perbandingan, PAS memperoleh 14.72 peratus undi di Cameron Highlands dan 15.09 peratus undi di Semenyih semasa pilihan raya umum ke-14.

Hampir keseluruhan undi berkenaan dipindahkan kepada BN semasa dua pilihan raya kecil.

Bagaimanapun, PAS hanya berjaya meraih 4.55 peratus undi di Rantau semasa pilihan raya umum ke-14.
Sekalipun jika semua penyokong PAS mengundi BN, peningkatan ini akan jauh lebih rendah berbanding yang dicatatkan di Cameron Highlands dan Semenyih.

3. Rantau adalah kerusi dengan pengundi masyarakat India yang kelapan tertinggi

Rantau adalah kerusi pilihan raya negeri dengan bilangan pengundi India yang kelapan tertinggi di kalangan 505 kerusi DUN di negara ini.

Dengan kira-kira 27 peratus, kerusi majoriti India ini hanya di bawah kerusi Buntong, Sentosa, Perai, Jeram Padang, Sri Tanjung, Hutan Melintang dan Jalong.

Di antara pusat daerah mengundi yang mempunyai ramai masyarakat India di Rantau adalah Linsum dan Pekan Sagga.

Sukar buat PH

Rantau adalah tempat kelahiran Mohamad Hasan dan beliau adalah penyandang kerusi DUN itu sejak tahun 2004.

Beliau juga pernah menjadi menteri besar Negeri Sembilan dari tahun 2004 hingga tahun lalu, apabila BN tumbang di negeri itu pada pilihan raya 9 Mei lalu.

Beliau memenangi kerusi itu tanpa bertanding untuk penggal keempat dalam PRU14 selepas pegawai pengurus pilihan raya menghalang pencabarnya Dr S Streram dari memasuki pusat pencalonan untuk memfailkan kertas pencalonnya pada hari penamaan calon.
Pada 18 Feb lalu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya untuk membatalkan kemenangan Mohamad Hasan. Petisyen pilihan raya difailkan oleh Dr Streram.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/03/pertarungan-rebut-rantau-tiga-perkara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mungkin Kurang Orang Berdendam Jika Tahu Perkara Ini

Mungkin Kurang Orang Berdendam Jika Tahu Perkara Ini

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 614 hits
Salam guys Kadang2 ada yang sampai berdendam kawan tak jemput pergi majlis kahwin So dia pun balas balik dengan tak jemput kawan tersebut ke majlis dia pulak Jadi la gaduh dua orang member Apa manfaat buat camni Tiada Kalau kita faham 6 hak...
Statut Rom Icc Perkara Yang Patut Diketahui

Statut Rom Icc Perkara Yang Patut Diketahui

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 463 hits
Statut Rom adalah satu treati rasmi antara negara negara dalam mengiktiraf Mahkamah Jenayah Antarabangsa sebagai pelengkap kepada undang undang sedia ada negara pihak untuk mendakwa individu yang melakukan jenayah antarabangsa Sehingga 4 Ma...
Perkara Yang Tidak Boleh Diubah Dalam Hidup Kita

Perkara Yang Tidak Boleh Diubah Dalam Hidup Kita

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 358 hits
Zaman sekarang ini macam macam benda kita nak ubah Tapi memang kita kena berubah pun sebenarnya Berubah ke arah yang lebih baik Lebih elok lebih berpotensi lebih cemerlang lebih berjaya dan lebih sempurna lagi Takmaulah terus berada ditakuk...
Prk Semenyih Tiada Perkara Luar Biasa Yang Berlaku

Prk Semenyih Tiada Perkara Luar Biasa Yang Berlaku

papar berkaitan - pada 2/3/2019 - jumlah : 255 hits
KAJANG Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata setakat ini tiada perkara luar biasa berlaku yang boleh mengganggu gugat perjalanan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Semenyih Beliau bagaimanapun berkata terdapat laporan ...
Informasi Skandal Terowong B Km Pp Mana Butiran 4 Perkara Ini Pas

Informasi Skandal Terowong B Km Pp Mana Butiran 4 Perkara Ini Pas

papar berkaitan - pada 2/3/2019 - jumlah : 352 hits
Skandal terowong Mana integriti yang diperjuangkan SAYA percaya serangan bertali arus yang dihadapkan kepada PAS sebenarnya adalah cubaan untuk menutup pekung isu projek terowong dasar laut di Pulau Pinang Pihak SPRM telah menahan seorang a...
Marah Kakitangan Bukan Perkara Serius Pengerusi Felcra

Marah Kakitangan Bukan Perkara Serius Pengerusi Felcra

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 243 hits
KUALA LUMPUR Pengerusi FELCRA Berhad Datuk Nageeb Wahab menyifatkan kejadian seorang pegawai kanannya yang dirakam memarahi kakitangan bukan sesuatu yang serius dalam usaha membuat perubahan dalam agensi itu Katanya Ketua Pegawai Operasi Mo...
Pertimbangkan 3 Perkara Ini Sebelum Buang Peranti Lama Ke Tong Sampah

Pertimbangkan 3 Perkara Ini Sebelum Buang Peranti Lama Ke Tong Sampah

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 341 hits
Astro Awani Kandungan bahan kimia seperti lead cadmium and mercury yang tinggi dalam peranti mudah alih dibimbangi akan mencemarkan alam sekitar dan menjejaskan kesihatan orang ramai DATA dari laman web Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia...
Perempuan Jika Korang Jumpa Lelaki Ada 7 Perkara Ini Jangan Lepaskan

Perempuan Jika Korang Jumpa Lelaki Ada 7 Perkara Ini Jangan Lepaskan

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 424 hits
Perempuan Kalau Jumpa Lelaki Yang Ada 7 Perkara Ini Tolong Jangan Lepaskan Selalu kita nasihatkan lelaki je kalau bab cari calon isteri kan Kali ini lelaki bernama Amir Syahir kongsi kalau jumpa lelaki yang ada calon calon ini tolong jangan...
Wordplay And Slang For Brand Name

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Resipi Daging Masak Hitam Berempah Terlajak Sedap

Masjid Sri Sendayan Keindahan Keunikan Seni Bina Masjid


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Sila Cermin Diri

Pi Kwc Fashion Mall Pulak

Teringin Nasi Orang Kahwin

Rekomendasi Lagu Dengan 2 Kunci Gitar Saja Yang Cocok Untuk Pemula Belajar Gitar

29 Flights Half Price Cruises Whether It S Black Friday Or Travel Tuesday Deals Abound

Hiburan Saya Dah Hari Ke 34 Doakan Saya Misi Selawat 40 Hari Hampir Selesai Ruhainies Akui Rasai Perubahan