Apa Itu Statut Rom


Apa Itu Statut Rom? Statut Rom adalah satu treati (perjanjian) rasmi antara negara-negara dalam mengiktiraf Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) sebagai pelengkap kepada undang-undang sedia ada negara pihak (state party) untuk mendakwa individu yang melakukan jenayah antarabangsa

Sehingga 4 Mac, sebanyak 124 negara telah menjadi negara pihak kepada Statut Rom

Apa Itu Statut Rom? Apa bidang kuasa ICC?

Artikel 5 - ICC mempunyai bidang kuasa untuk mendengar ‘most serious crimes of concern’
seperti:-
a) Genocide (penghapusan etnik)
b) Crimes against humanity (jenayah terhadap kemanusiaan)
c) War crime (jenayah perang)
d) Crime of aggression (jenayah pencerobohan)
Artikel 6, 7, 8 – Setiap empat katagori jenayah antarabangsa diterangkan dengan jelas

Artikel 17 - ICC hanya akan terpakai apabila negara pihak tidak berkemahuan atau berkemampuan (unwilling or unable) untuk menyiasat dan mendakwa kes jenayah terkutuk tersebut

Apa Itu Statut Rom?
Adakah kekebalan Yang di-Pertuan Agong terhakis

Sungguhpun Malaysia melakukan jenayah terkutuk seperti tertulis di Artikel 5, Yang di-Pertuan Agong tidak akan disentuh oleh ICC kerana:-
i) Artikel 40, Perlembagaan Persekutuan Malaysia - Yang di-Pertuan Agong adalah seorang Raja Berpelembagaan. Semua tugas-tugasnya di laksanakan atas nasihat perdana menteri / kabinet

ii) Artikel 41, Perlembagaan Persekutuan Malaysia - Yang di-Pertuan Agong merupakan pemerintah tertinggi bagi angkatan tentera persekutuan. Yang di-Pertuan Agong tidak diberi kuasa untuk mengisytihar perang

iii) Negara-negara pihak lain yang mempunyai Raja Berperlembagaan: - Belgium, Kemboja, Denmark, Jepun, Jordan, Lesotho, Liechtenstein, Luxembourg, The Netherlands, Norway, Samoa, Sepanyol, Sweden dan United Kingdom

Manfaat Malaysia jadi negara pihak ICC
i) Penyertaan Malaysia akan meningkatkan lagi martabat negara di kalangan masyarakat dunia sebagai sebuah negara yang komited dalam menegakkan keadilan dan mempertahankan undang-undang antarabangsa

ii) Penyertaan Malaysia akan melambangkan kesungguhan negara dalam meningkatkan perpaduan bersama-sama masyarakat antarabangsa dengan membawa pelaku-pelaku jenayah antarabangsa ke muka pengadilan

iii) Malaysia kini boleh merujuk kepada pendakwa ICC di bawah Artikel 13(A) Rome Statute mengenai jenayah-jenayah antarabangsa yang dilakukan oleh mana-mana pihak sekiranya perlu

iv) Malaysia kini boleh bersuara lebih lantang menentang negara-negara yang melakukan penghapusan etnik dan jenayah perang di persidangan tahunan negara-negara pihak

v) Malaysia kini layak mencalonkan rakyatnya sebagai hakim, pendakwa dan pendaftar serta jawatan-jawatan lain di pejabat pendakwa dan pejabat pendaftar ICC
Implikasi perundangan (menurut peguam negara)
i) Tiada sebarang halangan perundangan ke atas Malaysia untuk menjadi ahli ICC

ii) Perlembagaan Persekutuan tidak perlu dipinda

iii) Undang-undang yang perlu dipinda melibatkan pindaan substantif dan prosedur. Kementerian Luar Negeri kini dalam proses meminta peguam negara untuk mengambil tindakan yang selanjutnya

iv) Yang di-Pertuan Agong tidak akan menerima kesan secara peribadi

Apa Itu Statut Rom?
Kronologi penyertaan Malaysia dalam Statut Rom
17 Julai 1998 - Malaysia menandatangani Final Act of the United Nations Diplomatic Conference of Plenipotentiaries on the Establishment of an International Criminal Court
27 Mei 2010 - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang) Mohamed Nazri Abdul Aziz pada ketika itu, memaklumkan kesediaan Malaysia untuk menjadi sebahagian dari negara pihak ICC. Keputusan tersebut dibuat ketika menghadiri 6th Consultative Assembly of Parliamentarians for the ICC and the Rule of Law di Kempala, Uganda

11 Jun 2010 - Perdana Menteri, Najib Razak ketika itu memberi hala tuju dasar untuk Malaysia accede kepada Rome Statute, lanjutan kepada serangan Israel ke atas kapal kemanusiaan Gaza Freedom Flotilla pada 31 May 2011

18 Mac 2011 - Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) membentang Memorandum Jemaah Menteri untuk Malaysia tandatangan dan ratifikasi Rome Statute. Namun ia tidak diteruskan atas reservation oleh Peguam Negara terhadap keputusan Jemaah Menteri tersebut

5 Ogos 2015 - Jemaah Menteri sekali lagi bersetuju supaya Jabatan Peguam Negara membentangkan Memorandum Jemaah Menteri untuk meratifikasi Rome Statute bagi membolehkan Malaysia membawa pihak yang bertanggungjawab terhadap kes penembakan jatuh Malaysia Airlines MH17 ke ICC. Namun, tiada sebarang tindakan diambil pada ketika ini

12 Disember 2018 - Jemaah Menteri Pentadbiran Pakatan Harapan bersetuju untuk Malaysia meratifikasi Rome Statute
26 Disember 2018 - Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menulis warkah kepada Pemangku Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah untuk sembahmaklum keputusan yang dibuat jemaah menteri

15 Februari 2019 - Menteri Luar datang mengadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah di Istana Negara bagi menyembahmaklum keputusan jemaah menteri
4 Mac 2019 - Malaysia menandatangani Rome Statute of the International Criminal Court




Artikel ini adalah tulisan Wisma Putra.



Iklan











Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.addindeen.com/2019/03/apa-itu-statut-rom.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Statut Rom Gugat Kuasa Agong

Statut Rom Gugat Kuasa Agong

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 326 hits
Kenyataan media yang dikeluarkan oleh Wisma Putra menyatakan bahawa Menteri Luar Malaysia Datuk Saifuddin Abdullah telah menandatangai dokumen penyertaan negara ini sebagai negara ahli bagi Statut Rom Pada 15 Februari tahun ini juga Seri Pa...
Apa Implikasi Statut Rom Kepada Undang Undang Syariah Di Malaysia

Apa Implikasi Statut Rom Kepada Undang Undang Syariah Di Malaysia

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 337 hits
Isham Jalil Editor Malaysia Saya baru dimaklumkan bahawa kelmarin Menteri Luar Negeri Dato Saifuddin Abdullah telah menghadap DYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong berkenaan tindakan Kerajaan menandatangani Statut Rom Menteri Luar ...
Bantah Perjanjian Statut Rom Serah Memorandum Kepada Sultan Johor

Bantah Perjanjian Statut Rom Serah Memorandum Kepada Sultan Johor

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 382 hits
SULTAN Johor menerima memorandum daripada Ketua Dewan Pemuda PAS Johor Ustaz Juwahir Amin sebelum perasmian Masjid Jamek Chaah Labis Johor tengah hari tadi UTUSAN ONLINELABIS 15 Mac Sultan Johor berkenan menerima memorandum daripada Pemuda ...
Penyertaan Malaysia Dalam Statut Rom Dibuat Secara Terburu Buru Tmj

Penyertaan Malaysia Dalam Statut Rom Dibuat Secara Terburu Buru Tmj

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 414 hits
Penyertaan Malaysia dalam Statut Rom dibuat secara terburu buru tanpa pertimbangan menyeluruh dengan mengambil kira implikasi undang undang yang serius terutama terhadap kedaulatan Malaysia dan kekebalan YDPA Artikel 27 Statut Rom memperunt...
Statut Rom Icc Perkara Yang Patut Diketahui

Statut Rom Icc Perkara Yang Patut Diketahui

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 428 hits
Statut Rom adalah satu treati rasmi antara negara negara dalam mengiktiraf Mahkamah Jenayah Antarabangsa sebagai pelengkap kepada undang undang sedia ada negara pihak untuk mendakwa individu yang melakukan jenayah antarabangsa Sehingga 4 Ma...
Malaysia Terima Statut Rom Icc

Malaysia Terima Statut Rom Icc

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 313 hits
ICC adalah mahkamah jenayah antarabangsa yang pertama berasaskan perjanjian bertujuan menamatkan kekebalan terhadap pelaku jenayah paling serius yang membimbangkan masyarakat antarabangsa melibatkan pembunuhan beramai ramai jenayah perang s...
Jika Islam Itu Cinta Damai Kenapa Nabi Muhammad Berperang

Jika Islam Itu Cinta Damai Kenapa Nabi Muhammad Berperang

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 269 hits
Pertanyaan ini berpangkal pada adanya perbedaan pandangan para fuqaha tentang konsepsi dasar mengenai hubungan antara muslim dengan non muslim dalam perspektif Islam Yakni atas dasar damai kah dengan arti bahwa peperangan bersifat insidenti...
Remaja Yang Azan Di Karoke Akhirnya Tampil Di Motif Viral Apa Yang Terjadi Selepas Itu Buat Semua Host Sunyi Sepi

Remaja Yang Azan Di Karoke Akhirnya Tampil Di Motif Viral Apa Yang Terjadi Selepas Itu Buat Semua Host Sunyi Sepi

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 329 hits
Video Penuh Berada Di Akhir Artikel SEJAK kecil saya memang gemar laungkan azan Mungkin sebab itu saya dikurniakan kebolehan melaungkan azan dalam lapan taranum berbeza Selain itu sejak usia lima tahun lagi ibu dan ayah sudah ajar saya cara...
Ada Beranikah Mahu Sanggah Itu Ronnie Liu

Ada Beranikah Mahu Sanggah Itu Ronnie Liu

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 194 hits
PAS tidak terkejut dengan kenyataan ahli jawatankuasa eksekutif DAP Ronnie Liu yang berkata Pakatan Harapan jangan jadi lebih Melayu daripada Umno dan PAS PAS tidak terkejut kenyataan ini sesuai dengan Deklarasi Setapak 1967 ujar Naib Presi...
Azmin Pledges To Tell All On May 11

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

What Is The Lifespan Of Vinyl Windows And How Can You Prolong It

Utilizing Crowdfunding For Business

Ramai Netizen Dan Rakyat Teruja Gembira Bila Dimaklumkan Tun Mahathir Antara Yang Sedang Disiasat Sprm

Big Bucks Top 10 Sellers From Bonhams Spring Stafford Sale

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

World Bank Report Says Malaysian Children Not Learning Enough In Schools



Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi


The Cultural Impact Of Online Casino Gaming On Filipino Society

Kerana Wanita Melintas Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Maut

Polis Tahan Pemandu Peribadi Kerana Melakukan Khianat Dan Memukul

Pn Talks Of Gov T Change After Kkb Azmin Holds Back On Revelations Against Ph

We Are Not Subject Of Macc Investigation Say Two Of Mahathir S Sons

Apam Lenggang Rangup Manis Berlemak