Status Solat Seseorang Jika Kucing Bermain Di Kaki



SOALAN:
Saya memelihara seekor kucing. Namun, saya ada kemusykilan berkenaan ibadah solat saya kerana ketika saya sedang solat, kucing peliharaan saya selalu mengganggu saya. Contohnya, bermain-main di kaki dan melintasi sejadah tempat saya solat. Adakah solat saya sah? Mohon pencerahan.

JAWAPAN:
Kami mulakan dengan sabda Nabi SAW:

يَقْطَعُ الصَّلَاةَ الْمَرْأَةُ وَالْحِمَارُ وَالْكَلْبُ
“Yang memutuskan solat (seseorang) adalah perempuan, keldai dan anjing.” [HR. Muslim (511)]

Sebahagian riwayat datang dengan lafaz anjing hitam. Kemudian, Nabi SAW ditanya berkenaan apakah yang membezakan anjing hitam dengan anjing-anjing lain? Baginda SAW menjawab:

الْكَلْبُ الْأَسْوَدُ شَيْطَانٌ
“Anjing hitam adalah syaitan.” [HR. Muslim (510)]

Syeikh Fuad al-Baqi ketika mensyarahkan hadith di atas menyebutkan bahawa anjing hitam disebut sebagai syaitan kerana ia adalah anjing yang paling buas, paling jahat (mengganggu), paling sikit manfaatnya dan paling banyak berehat (pemalas). [Lihat: Sahih Muslim (1/365)]

Hukum solat seseorang jika ada sesuatu melintas di hadapannya

Jumhur ulama' berpendapat tidak batal solat seseorang itu disebabkan oleh sesuatu yang melintas di hadapannya. Dan makna terputusnya solat sebagaimana di dalam hadis ialah kurangnya pahala solat kerana (fokus) hatinya telah terganggu dengan perkara-perkara tersebut. [Lihat: al-Dibaj ‘ala Sahih Muslim (2/193)]

Imam al-Nawawi juga ada menyatakan bahawa:

أن المراد بالقطع القطع عن الخشوع والذكر للشغل بها والالتفات إليها لا أنها تفسد الصلاة
“Sesungguhnya yang dimaksudkan dengan memutus di sini, ialah memutuskannya daripada kekhusyukkan (solat) dan zikir kerana dia telah disibukkan dengannya serta telah berpaling kepadanya. Bukan kerana perkara tersebut telah merosakkan (membatalkan) solatnya.” [Lihat: al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab (3/251)]

Maka, kita fahami perkara-perkara tersebut tidaklah sampai membatalkan solatnya, tetapi telah menyebabkan kekhusyukkan dan perhatiannya ketika solat terganggu. Akhirnya, ia telah membawa kepada kurangnya ganjaran pahala solatnya.

Oleh sebab itu, ketika solat kita hendaklah berusaha semampu mungkin dalam menjaga kekhusyukkan solat kita dan menjauhi segala perkara yang boleh menyebabkan hati kita hilang fokus ketika solat. Ini adalah sebagaimana sabda Nabi SAW:

لا يَقطَعُ الصَّلاةَ شيءٌ، وادرَؤوا ما استطَعْتُم؛ فإنَّما هو شيطانٌ
“Tidak ada sesuatu yang dapat memutuskan solat kamu, dan hendaklah kamu mencegahnya semampu mungkin kerana sesungguhnya ia adalah syaitan.” [HR. Abu Daud (719)]

Kucing melintasi dan bermain-main di kaki

Berbalik kepada soalan yang ditanyakan, kami cenderung menyatakan bahawa solat seseorang itu tetap sah dan tidak batal sekiranya kucing melintasi atau bermain-main di kakinya. Perkara ini dikuatkan lagi dengan riwayat Abdullah Bin Umar dan Ali bin Abi Talib R.Anhum sebagaimana yang telah direkodkan oleh Imam Malik di dalam kitabnya bahawa mereka telah berkata:

لا يَقطَعُ الصَّلاةَ شَيءٌ ممّا يَمُرُّ بيْنَ يَدَيِ المُصَلِّي
“Tidak ada sesuatupun yang boleh memutuskan solat seseorang, daripada apa-apa yang melintasi di hadapan seseorang yang sedang solat itu.” [Lihat: al-Muwatta’ (1/156)]

Kucing adalah haiwan yang suci

Selain itu, kucing juga adalah merupakan haiwan yang suci dan selalu berkeliaran di sekeliling manusia. Kabshah binti Ka‘ab bin Malik ada melaporkan bahawa pada suatu hari Abu Qatadah berada di dalam rumah, lalu dia telah menyediakan baginya sebekas air untuk dijadikan sebagai air wudhu'. Kemudian, datang seekor kucing meminum air tersebut. Abu Qatadah membiarkan sahaja kucing itu meminum air daripada bekas tersebut. Kemudian, Abu Qatadah perasan yang Kabsyah memandang kepadanya lalu dia bertanya: “Adakah kamu merasa pelik wahai anak saudaraku?” Kabsyah menjawab: “Ya.” Lalu, Abu Qatadah menjelaskan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:

إِنَّهَا لَيْسَتْ بِنَجَسٍ، إِنَّمَا هِيَ مِنَ الطَّوَّافِينَ عَلَيْكُمْ، أَوِ الطَّوَّافَاتِ
“Sesungguhnya kucing itu tidak najis kerana ia adalah binatang yang berkeliaran di sekeliling kamu.” [HR. al-Tirmidzi (92)]

Maka, kita ketahui bahawa di sana ada kelonggaran dan hukum khas yang diberikan kepada kucing kerana ia adalah haiwan yang biasanya berkeliaran di tempat tinggal manusia atau dijadikan sebagai haiwan peliharaan.

Al-Son‘ani telah menyebut di dalam kitabnya bahawa:

خَفَّفَ اللَّهُ تَعَالَى عَلَى عِبَادِهِ بِجَعْلِهَا غَيْرَ نَجَسٍ رَفْعًا لِلْحَرَجِ… وَالْحَدِيثُ دَلِيلٌ عَلَى طَهَارَةِ الْهِرَّةِ وَسُؤْرِهَا
“Allah SWT telah memberi keringanan kepada hamba-Nya (hukum berkaitan kucing) dengan menjadikannya tidak najis, bagi menghilangkan kesusahan (atas diri kamu)… dan hadith ini adalah merupakan dalil bahawa kucing itu suci, termasuk juga bekas minumannya (air yang telah diminum).” [Lihat: Subul al-Salam (1/33)]

Selain itu, dalam mazhab Imam al-Syafie, air baki jilatan kucing itu adalah suci dan tidak makruh menggunakannya. [Lihat: al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab (1/172)]

Ibnu Qudamah juga ada menyatakan bahawa bagi setiap haiwan hukum kulitnya, bulunya, peluhnya, air matanya atau air liurnya adalah mengikut hukum bekas minumannya (air yang telah diminum) sama ada suci atau najis. [Lihat: al-Mughni (1/39)]

Manakala al-Khatib al-Syirbini pula menyatakan bahawa:

وَالْجُزْءُ الْمُنْفَصِلُ مِنْ الْحَيَوَانِ الْحَيِّ ...كَمَيْتَتِهِ أَيْ ذَلِكَ الْحَيِّ : إنْ طَاهِرًا فَطَاهِرٌ، وَإِنْ نَجِسًا فَنَجِسٌ... فَالْمُنْفَصِلُ مِنْ الْآدَمِيِّ أَوْ السَّمَكِ أَوْ الْجَرَادِ طَاهِرٌ، وَمِنْ غَيْرِهَا نَجِسٌ... أَمَّا الْمُنْفَصِلُ مِنْهُ بَعْدَ مَوْتِهِ فَحُكْمُهُ حُكْمُ مَيْتَتِهِ بِلَا شَكٍّ إلَّا شَعْرَ... الْمَأْكُولِ فَطَاهِرٌ بِالْإِجْمَاعِ
“Bahagian yang terpisah daripada haiwan yang hidup… (hukumnya) adalah seperti bangkainya. Iaitu haiwan yang hidup tersebut, sekiranya ia suci (iaitu bangkainya) maka bahagian yang terpisah itu juga adalah suci, sekiranya ia adalah najis maka bahagian yang terpisah itu juga adalah najis… Oleh itu, bahagian yang terpisah daripada manusia atau ikan atau belalang adalah suci, manakala selainnya (manusia, ikan dan belalang) adalah najis… Adapun, bahagian yang terpisah daripada haiwan yang sudah mati, hukumnya mengikut sebagaimana haiwan tersebut mati (disembelih ataupun tidak) tanpa syak lagi melainkan pada bulu haiwan yang boleh dimakan. Hukumnya adalah suci secara ijma’ (para ulama).” [Lihat: Mughni al-Muhtaj (1/235)]

Oleh itu, menurut mazhab Syafie bulu kucing yang tercabut semasa ia masih hidup adalah najis kerana kucing termasuk haiwan yang tidak boleh dimakan. Akan tetapi, bulu kucing termasuk di dalam kategori najis yang dimaafkan kerana kucing adalah haiwan peliharaan serta sukar untuk dikawal. Oleh kerana itu, jika badan, pakaian atau tempat sembahyang terkena bulu kucing, maka solat yang dikerjakan adalah sah.

Kesimpulan

Setelah kami melihat kepada pendapat-pendapat ulama' serta dalil-dalil mereka, kami menyimpulkan kepada beberapa perkara:

Kucing yang melintasi atau bermain-main di kaki ketika solat tidak membatalkan solat seseorang itu. Namun, kami ingin menasihati sekiranya dapat meletakkan sebentar kucing peliharaan tersebut di dalam ruangan yang lain (bukan di ruangan solat) atau mengurungnya sebentar di dalam sangkar adalah lebih baik. Mudah-mudahan, kekhusyukkan kita di dalam solat tidak terganggu sehingga boleh menyebabkan pahala solat kita berkurangan.Bulu kucing termasuk di dalam kategori najis yang dimaafkan kerana kucing adalah haiwan peliharaan serta sukar untuk dikawal. Ia adalah apa yang kita sebutkan sebagai Umum al-Balwa (sesuatu yang sudah menjadi umum atau biasa berlaku). Oleh kerana itu, jika badan, pakaian atau tempat sembahyang terkena bulu kucing, maka solat yang dikerjakan adalah sah.
Semoga Allah SWT memberikan kita taufiq dan hidayah untuk memahami agama-Nya serta mengamalkan syariat-Nya dengan sebaik mungkin.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Oh! Youtube
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/01/status-solat-seseorang-jika-kucing.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Derita Kucing Jalanan Berakhir 200 Beg Dipercayai Cyst Dalam Perut Berjaya Dibuang

Derita Kucing Jalanan Berakhir 200 Beg Dipercayai Cyst Dalam Perut Berjaya Dibuang

papar berkaitan - pada 27/12/2019 - jumlah : 387 hits
Seorang doktor haiwan terkejut selepas melihat keadaan seekor kucing jalanan yang pada mulanya dipercayai menderita kembung perut selepas dihantar oleh seseorang ke kliniknya untuk diberikan rawatan Kucing tersebut didakwa hidup dalam keada...
Aksi Keji Bunuh Kucing Dengan Diracun Dan Dimasukkan Dalam Kresek

Aksi Keji Bunuh Kucing Dengan Diracun Dan Dimasukkan Dalam Kresek

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 296 hits
Meskipun demikian naluri hewan tetap lah hewan Kucing pun kadang masuk ke dalam rumah orang lain Hal tersebut kadang membuat orang yang tak menyukai kucing menjadi kesal
Berkat Kucing Keluarga Ini Selamat Dari Teror Ular Kobra

Berkat Kucing Keluarga Ini Selamat Dari Teror Ular Kobra

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 251 hits
Apa yang dilakukan sebuah keluarga di Mojokerto ini patut ditiru untuk mencegah teror ular kobra yang marak terjadi akhir akhir ini Keluarga ini 3 kali berhasil selamat dari serangan reptil berbisa tersebut karena memelihara seekor kucing k...
Kau Buang Kucing Tempang Tu

Kau Buang Kucing Tempang Tu

papar berkaitan - pada 27/12/2019 - jumlah : 457 hits
Sesi luahan perasaan Tak patut sungguh Kenapa ia diperlakukan sedemikian rupa Kejamnya kau Kisah lewat petang kelmarin Tersentak aku bila adik aku bagitahu kucing kaki sakit itu a k a Black Panther dah dibuang ke taman berhampiran Terus men...
Kucing Setengah Ayam Gemparkan Media Sosial

Kucing Setengah Ayam Gemparkan Media Sosial

papar berkaitan - pada 30/12/2019 - jumlah : 383 hits
Kucing merupakan salah satu haiwan kesayangan orang untuk dijadikan peliharaan Selain kerana wajahnya yang lucu bulunya yang halus menjadi daya tarik tersendiri Baru baru ini orang ramai sempat digemparkan oleh gambar seekor kucing bertubuh...
Matanya Memandang Sayu Batu Nisan Arwah Ayah Kucing Jatuh Sakit Selepas Tuannya Meninggal Dunia

Matanya Memandang Sayu Batu Nisan Arwah Ayah Kucing Jatuh Sakit Selepas Tuannya Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 926 hits
Pemergian tuannya benar benar membuatkan seekor kucing di Indonesia ini berasa sedih Anak arwah menyangka kucing ini sakit lalu dibawa ke klinik haiwan tetapi doktor mengesahkan segalanya normal Sehinggalah mereka membawa kucing parsi ini k...
Bikin Haru Kucing Ini Sedih Pemiliknya Meninggal Sampai Duduk Di Atas Pusara

Bikin Haru Kucing Ini Sedih Pemiliknya Meninggal Sampai Duduk Di Atas Pusara

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 304 hits
Mengharukan seekor kucing terlihat begitu sedih dan tak bersemangat setelah sang pemilik meninggalkannya untuk selamanya
Kucing Pasang Lampu Hazard Minta Bantuan Sebab Terperangkap Dalam Kereta

Kucing Pasang Lampu Hazard Minta Bantuan Sebab Terperangkap Dalam Kereta

papar berkaitan - pada 30/12/2019 - jumlah : 357 hits
Pergh Korang tengok tak video yang tular baru baru ini di media sosial mengenai seekor kucing yang bernama Oyen memasang lampu hazard untuk meminta bantuan sebab terperangkap dalam kereta Bijak sungguh kucing tu GUYS LOOK AT MY STUPID CAT H...
Jangan Berkira Untuk Beli Makanan Kucing Rezekinya Memang Menakjubkan

Jangan Berkira Untuk Beli Makanan Kucing Rezekinya Memang Menakjubkan

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 741 hits
Ramai daripada kita yang membela kucing sebagai haiwan peliharaan kerana sifatnya yang manja dan comel Malah membela kucing juga sangat istimewa kerana ia bukan sahaja sebagai terapi malah dapat membentuk diri kita agar menjadi seorang yang...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities