Status Rizab Biosfera Tasik Chini Kini Tak Lagi Memenuhi Kriteria Yang Di Tetapkan Unesco


 
KUALA LUMPUR - Status rizab biosfera Tasik Chini daripada Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) kini dalam penelitian dan penemuan awalnya tidaklah menggalakkan.
Tasik itu adalah yang pertama daripada hanya tiga tapak biosfera Malaysia yang diiktiraf oleh UNESCO sebagai sebahagian daripada program manusia dan biosfera (MAB) yang mengkaji dan menambah baik hubungan di antara manusia dan alam sekitar melalui pemuliharaan serta penggunaan sumber asli secara mampan.
Menurut tinjauan berkala pertama UNESCO mengenai Tasik Chini, tasik itu tidak lagi memenuhi kriteria untuk menjadi sebahagian daripada Rangkaian Rizab Biosfera Dunia (WNBR) mereka.
Laporan itu menyebut "kawasan hutan yang baru dibersihkan dengan penukaran tanah yang intensif" berlaku, selain mengesan pembukaan semula lombong lama di lokasi sekitarnya.
"Setahun selepas rizab biosfera ditetapkan, beberapa bekas tapak perlombongan yang terletak di titik kecerunan tinggi (Bukit Ketaya dan Bukit Chini) dibuka semula dan berkembang mengakibatkan kesan buruk alam sekitar seperti pemendapan, kemerosotan kualiti air dan kemerosotan tebing sungai.
"Satu lagi punca utama kerosakan alam sekitar ialah penukaran guna tanah daripada ladang getah dan kawasan hutan kepada ladang kelapa sawit. Sebahagian daripada pengembangan ini berlaku dalam kawasan teras utama," katanya.
Penemuan itu dibentangkan di Majlis Penyelarasan Antarabangsa UNESCO MAB pada September tahun lalu, tetapi diterbitkan untuk akses awam dua bulan kemudian.
Sesuatu kawasan yang dianggap rizab biosfera di bawah program tersebut tertakluk kepada semakan berkala setiap 10 tahun.
Menurut laporan mesyuarat majlis itu, aktiviti pengembangan pesat di Tasik Chini memberi kesan buruk bukan sahaja kepada biodiversiti serantau tetapi juga kepada ekonomi tempatan.
"Aktiviti sara hidup tradisional orang asli tempatan (suku Jakun) yang bergantung kepada sumber hutan terhalang, dan trend peningkatan pelancong yang melawat dan menangkap ikan di tasik semula jadi telah berubah akibat penebangan hutan," kata laporan itu lagi.
Tak jelas, tak konsisten
Selain gangguan kepada alam sekitar, mesyuarat MAB juga mengetengahkan beberapa isu dengan dokumentasi dalam semakan berkala Tasik Chini, termasuk ketiadaan peta pengezonan yang dikemas kini dan pelan pengurusan untuk rizab biosfera.
Laporan itu menyatakan bahawa agensi kerajaan telah menjalankan prosedur mitigasi, pemulihan dan penguatkuasaan untuk menangani masalah yang timbul daripada penebangan hutan di Tasik Chini, dengan kerajaan Pahang mengemas kini warta Taman Negeri Tasik Chini untuk mengecualikan kawasan yang telah diberikan akses untuk perlombongan.
Ia menyatakan peta warta baru yang dirancang yang disediakan dalam semakan itu, bagaimanapun, bukan dalam bahasa Inggeris. Juga tiada cadangan untuk menukar zon, walaupun langkah sedemikian sedang dirancang.
"Bagaimanapun, jadual di kawasan itu termasuk mengenai cadangan perubahan pada setiap zon tanpa penjelasan berkaitan yang telah menyebabkan kekeliruan. Bilangan populasi manusia dalam rizab biosfera juga tidak jelas dan tidak konsisten di seluruh laporan.
"Jawatankuasa penasihat menyedari ketiadaan pelan pengurusan untuk rizab biosfera serta kekurangan maklumat mengenai pengurus atau kakitangan yang bertanggungjawab untuk penyelarasan pengurusan rizab biosfera.
"Oleh itu, jawatankuasa penasihat membuat kesimpulan bahawa rizab biosfera tidak memenuhi kriteria Rangka Kerja Berkanun WNBR," katanya.
Laporan itu berkata pihak berkuasa Malaysia telah diminta mengemukakan pelan terperinci mengenai Rizab Biosfera Tasik Chini menjelang 30 Sept tahun ini.
Pelan itu mesti menyediakan badan dunia dengan pengezonan terkini rizab biosfera "mengekalkan tiga fungsi rizab biosfera", butiran pengurusan rizab biosfera, dan pengesahan pejabat atau pengurus yang menyelaraskan aktiviti rancangan pengurusan rizab biosfera.
Di sebalik penemuan itu, menurut pakar Program MAB UNESCO berpendapat, status Tasik Chini sebagai rizab biosfera tidak berisiko dibatalkan pada ketika ini.
Dalam respons melalui e-mel untuk mendapatkan penjelasan, mereka berkata ia adalah proses biasa dalam semakan berkala untuk meminta maklumat tambahan daripada pihak berkuasa.
“Rizab Biosfera Tasik Chini tidak menghadapi risiko sedemikian pada peringkat ini.
"Adalah proses biasa apabila laporan semakan berkala diperiksa, Jawatankuasa Penasihat Antarabangsa mengenai BR (IACBR) membuat syor (diluluskan oleh MAB-Majlis Penyelarasan Antarabangsa) yang membolehkannya menyerahkan maklumat tambahan untuk memeriksanya dan membuat keputusan wajar," katanya.
Penjelasan daripada Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KASA) sedang diusahakan, namun setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang respons diterima. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2022/07/status-rizab-biosfera-tasik-chini-tidak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tasik Chini Risks Losing Unesco Status According To Report

Tasik Chini Risks Losing Unesco Status According To Report

papar berkaitan - pada 31/7/2022 - jumlah : 287 hits
Years of rampant mining and logging along its shores have poisoned the waters at Tasik Chini and stripped away swathes of natural habitat PETALING JAYA Malaysia has just two months to inform Unesco on how it plans to nurse Tasik Chini and i...
Semua Laporan Berkaitan Usaha Pemuliharaan Tasik Chini Sudah Di Hantar Kepada Unesco

Semua Laporan Berkaitan Usaha Pemuliharaan Tasik Chini Sudah Di Hantar Kepada Unesco

papar berkaitan - pada 28/7/2022 - jumlah : 361 hits
KUANTAN Kerajaan Negeri Pahang sudah menghantar semua laporan berkaitan usaha pemuliharaan di Tasik Chini kepada Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi Jawatank...
Kinabalu Geopark Has Bright Prospect For Unesco Status

Kinabalu Geopark Has Bright Prospect For Unesco Status

papar berkaitan - pada 18/7/2022 - jumlah : 209 hits
RANAU The Kinabalu Geopark has a bright prospect to become a United Nations Educational Scientific and Cultural Organisation Global Geopark this year said Sabah Parks director Dr Maklarin Lakim He said a four day assessment would b
Kerajaan Pahang Puas Hati Usaha Jpnp Pulih Pelihara Kawasan Bekas Lombong Tasik Chini

Kerajaan Pahang Puas Hati Usaha Jpnp Pulih Pelihara Kawasan Bekas Lombong Tasik Chini

papar berkaitan - pada 17/7/2022 - jumlah : 217 hits
PEKAN Kerajaan negeri berpuas hati dengan usaha Jabatan Perhutanan Negeri Pahang memulih dan memelihara kawasan bekas lombong di Tasik Chini Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata kini hampir 80 peratus kawasan bekas l...
Bijaknya Nyamma Lepas Sebut Zuwa Kini Fatima Sebut Penuh Nama Fattah Amin Comelnya

Bijaknya Nyamma Lepas Sebut Zuwa Kini Fatima Sebut Penuh Nama Fattah Amin Comelnya

papar berkaitan - pada 18/7/2022 - jumlah : 317 hits
Si comel Nur Fatima Aisya anak pasangan selebriti Fazura dan Fattah Amin semakin mencuit hati ramai Mana tidak tidaknya Fatima yang kini berusia hampir dua tahun ini begitu petah bercakap Jika sebelum ini Fatima menyebut nama ibunya sebagai...
Hyunbin Makan Kesemuanya Bumil Son Yejin Akui Jatuh Cinta Dengan Memasak Kini

Hyunbin Makan Kesemuanya Bumil Son Yejin Akui Jatuh Cinta Dengan Memasak Kini

papar berkaitan - pada 16/7/2022 - jumlah : 310 hits
Ramai yang meluahkan rasa teruja apabila mengetahui Hyunbin dan Son Ye jin bakal menimang cahaya mata pertama mereka tak lama lagi ARTIKEL BERKAITAN Menerusi Instagram pelakon wanita itu semakin seronok berkongsi pelbagai masakan yang dised...
Pencarian Wanita Melayu Plaza Shah Alam Kini Kembali Selepas 2 Tahun Ditangguhkan

Pencarian Wanita Melayu Plaza Shah Alam Kini Kembali Selepas 2 Tahun Ditangguhkan

papar berkaitan - pada 15/7/2022 - jumlah : 294 hits
Sedar tak sedar rupanya tahun ini merupakan tahun ketujuh penganjuran Pencarian Wanita Melayu Plaza Shah Alam Setelah dua tahun penganjurannya terpaksa ditangguhkan disebabkan pandemic Covid 19 kini PWM2020 kembali semula Pencarian Wanita M...
Pernah Nangis Lihat Kereta Arwah Abam Kini Hidayah Beli Vellfire Hasil Usahanya

Pernah Nangis Lihat Kereta Arwah Abam Kini Hidayah Beli Vellfire Hasil Usahanya

papar berkaitan - pada 16/7/2022 - jumlah : 346 hits
Betullah orang kata semangat seorang wanita ni kuat Walaupun diuji dengan pelbagai dugaan namun berkat kesabaran itu akhirnya pasti dapat kemanisan dipenghujungnya Tambah pula bila dah ada anak ia menjadi sumber kekuatan buat wanita bergela...
Pemain Bass Terbaik Era Rock Hingga Kini

Pemain Bass Terbaik Era Rock Hingga Kini

papar berkaitan - pada 19/7/2022 - jumlah : 942 hits
Siapa pemain bass terbaik di era rock hingga kini Berpuluh puluh otai rock telah gua ajukan pertanyaan ni Masing masing kata semuanya baik Setelah mengumpulkan undian dan pandangan dari mereka akhirnya dapat juga gua senaraikan pemain pemai...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi

Roti Jala Klasik Cicah Kari Tulang