Status Nikah Sekiranya Tidak Bersalaman Semasa Akad Nikah



SOALAN:
Baru-baru ini ada video pasangan yang melangsungkan akad nikah tanpa bersalaman dengan jurunikah. Sah atau tidak akad nikah tanpa bersalaman ketika akad nikah berlangsung. Mohon penjelasan. Sekian terima kasih.

JAWAPAN:
Islam menggalakkan umatnya supaya berkahwin kerana perbuatan itu merupakan Sunnah Baginda Nabi SAW. Selain itu perkahwinan juga terdapat pelbagai kebaikan dan faedah, sama ada kepada individu mahupun masyarakat. Hal ini seperti yang disebut di dalam hadith yang diriwayatkan daripada Abu Ayyub R.A, Sabda Nabi SAW:

أَرْبَعٌ مِنْ سُنَنِ الْمُرْسَلِينَ: الْحَيَاءُ، وَالتَّعَطُّرُ، وَالسِّوَاكُ، وَالنِّكَاحُ
“Empat perkara yang merupakan sunnah para Rasul, iaitu sifat malu, berwangi-wangian, bersugi dan nikah.” [Riwayat al-Tirmidzi (1080)]

Dalam memenuhi tuntutan perkahwinan, seseorang itu tidak dapat lari dari memenuhi tuntutan syarak agar perkahwinannya itu sempurna. Justeru wajib bagi seseorang yang hendak berkahwin untuk mematuihi rukun dan syarat pernikahan supaya perkahwinannya itu menjadi sah. Dr Muhammad Zuhaili menyebut tidak sempurna akad nikah melainkan dengan terlaksana rukunnya dan melengkapi segala syarat bagi rukun tersebut. (Lihat: al-Mu’tamad fi al-Fiqh a-Syafi’e, 4/53)

Dalam al-Fiqh al-Manhaji menyebut rukun akad nikah mempunyai lima rukun iaitu Sighah, pengantin perempuan, pengantin lelaki, wali dan dua orang saksi. Dr. Muhammad Zuhaili memperincikan lagi rukun akad nikah kepada enam iaitu Sighah (ijab dan qabul), al-A’qidan (pengantin lelaki dan wali), pengantin perempuan dan dua orang saksi. (Lihat: al-Fiqh al-Manhaji, 4/55; al-Mu’tamad, 4/53)

Berbalik kepada persoalan yang diajukan berkenaan dengan bersalaman ketika melafazkan akad nikah, ia perlu menelitikan syarat yang diletakkan kepada rukun Sighah iaitu ijab dan qabul, adakah ia memerlukan persalaman ketika melafazkannya.

Sighah yang dimaksudkan dengan Sighah akad iaitu lafaz atau perbuatan yang disampaikan oleh orang yang sedang akad (perjanjian) serta menunjukkan keredhaannya. Para fuqaha' berpendapat yang terkandung di dalam Sighah mestilah ijab (lafaz pemberian) qabul (lafaz penerimaan). (Lihat: al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 30/200)

Dr Muhammad Zuhaili menerangkan tidak terjadinya akad nikah melainkan dengan Sighah akad nikah iaitu ijab dan qabul. Ijab iaitu lafaz daripada wali pengantin perempuan dengan menyebut “aku kahwinkan kamu” atau “aku nikahkan kamu” dan seumpamanya. Qabul iaitu lafaz daripada pengantin lelaki dengan menyebut “aku terima perkahwinannya” atau “aku terima nikahnya” atau “aku redha dengan menikahinya”. (Lihat: al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 4/53)

Dalam al-Fiqh al-Manhaji menyebut, disyaratkan pada lafaz akad nikah seperti berikut:

Mestilah lafaz tersebut mempunyai lafaz kahwin atau nikah dan perkataan apa yang diterbitkan daripadanya. Ini seperti “aku nikahkan kamu” atau “aku kahwinkan kamu” dan dijawab “aku terima perkahwinannya” atau “aku terima nikahnya”.Mestilah lafaz kahwin atau nikah di dalam ijab dan qabul itu jelas. Ini seperti sekiranya wali menyatakan “aku nikahkan kamu dengan anakku” lalu dijawab oleh bakal suami aku “terima” maka tidak berlaku pernikahan tersebut. Ini kerana kedua-dua pihak tidak jelas dalam penggunaan lafaz kahwin atau nikah itu. Dr Muhammad Zuhaili menyebut ini kerana masih tidak jelas daripada keduanya lafaz kahwin dan nikah dan niat masih belum cukup untuk menjadikannya sah. Ia juga masih terdapat lafaz kiasan padanya dan lafas kiasan tidak sah digunakan di dalam akad nikah.
(Lihat: al-Fiqh al-Manhaji, 4/55-56; al-Mu’tamad, 4/53-55)

Kesimpulan

Berbalik kepada persoalan yang diajukan dan perbahasan fuqaha’ yang diberikan dapat kami simpulkan di sini bahawa, tidak bersalaman ketika menyebut lafaz akad nikah adalah sah disisi syarak. Ini kerana syarat sah lafaz akad nikah hanya dengan menyebut lafaz ijab dan qabul dan bersertakan kalimah kahwin atau nikah sahaja.

Justeru, walaupun bersalaman ketika akad nikah bukan merupakan syarat akad nikah, namun ia merupakan Sunnah yang dilakukan oleh Baginda Nabi SAW ketika berbai’ah atau berjumpa dengan sahabatnya yang lain. Begitu juga, Imam Badruddin al-A’ini menaqalkan pandangan al-Karmani menyatakan bahawa bersalaman adalah sebagai tanda atau isyarat memilikinya sama ada pada pernikahan atau perjanjian. (Lihat: Umdah al-Qari syarh Sahih al-Bukhari, 24/277)

Selain itu, bagi mengesahkan akad nikah tersebut mestilah melengkapi syarat-syarat serta rukun akad nikah yang lain seperti adanya wali, dua orang saksi, bakal pengantin lelaki dan perempuan di dalam majlis akad nikah tersebut.

Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang sahih terhadap agama-Nya serta taufiq dan hidayah untuk mengamalkan syariat-Nya dengan sebaiknya.

Oleh: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/03/status-nikah-sekiranya-tidak-bersalaman.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepsi Ditunda Karena Corona Intip 8 Potret Sederhana Akad Nikah Putri Feni Rose

Resepsi Ditunda Karena Corona Intip 8 Potret Sederhana Akad Nikah Putri Feni Rose

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 297 hits
Kabar bahagia tengah menyelimuti keluarga Feni Rose Pasalnya putri sulungnya yang bernama Giannirma Gavrilla baru saja melangsungkan pernikahan pada Sabtu kemarin
Tediaa Mempelai Pakai Baju Hujan Ketika Akad Nikah

Tediaa Mempelai Pakai Baju Hujan Ketika Akad Nikah

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 276 hits
Mempelai pakai baju hujan ketika akad nikah Mempelai pakai baju hujan ketika akad nikah Foto Twitter NoviaFm JAKARTA Gambar pasangan pengantin memakai baju hujan ketika majlis akad nikah bagi mengelak dijangkiti wabak koronavirus tular di m...
Digelar Di Tengah Pandemi Ini 6 Momen Akad Nikah Martunis Yang Sederhana

Digelar Di Tengah Pandemi Ini 6 Momen Akad Nikah Martunis Yang Sederhana

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 147 hits
Akad pernikahan Martunis dan Yuni digelar pada Selasa 31 Maret 2020 lalu dengan sangat sederhana di kediaman mereka di Banda Aceh
Hebahan Penting Sesiapa Kontak Tetamu Majlis Akad Nikah Di Bangi Kena Buat Saringan

Hebahan Penting Sesiapa Kontak Tetamu Majlis Akad Nikah Di Bangi Kena Buat Saringan

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 490 hits
By 29 March 2020KUALA LUMPUR Sesiapa yang berhubung secara terus dengan tetamu majlis akad nikah di Masjid Al Umm Bandar Baru Bangi baru baru ini diminta untuk membuat ujian saringan Covid 19 Menurut Pengerusi Surau Bangi Perdana Seksyen 3 ...
All Akad Nikah In Selangor Postponed After Jais Officials Quarantined For Covid 19

All Akad Nikah In Selangor Postponed After Jais Officials Quarantined For Covid 19

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 325 hits
KLANG Five Selangor Islamic Religious Department assistant marriage registrars are under quarantine after they came into contact with persons infected with Covid 19 The men known as imam nikah aged between 37 and 55 have also undergone test...
Perak Hanya Benarkan Majlis Akad Nikah Di Rumah

Perak Hanya Benarkan Majlis Akad Nikah Di Rumah

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 304 hits
IPOH Jabatan Agama Islam Perak menetapkan pelaksanaan majlis akad nikah di Perak dilaksanakan di premis persendirian susulan situasi semasa peningkatan ancaman COVID 19 Arahan tatacara pelaksanaan majlis akad nikah itu berkuatkuasa serta me...
Covid 19 Jais Tangguh Semua Akad Nikah Seluruh Selangor Selepas Beberapa Jurunikah Dikuarantin

Covid 19 Jais Tangguh Semua Akad Nikah Seluruh Selangor Selepas Beberapa Jurunikah Dikuarantin

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 402 hits
SHAH ALAM 20 Mac Jabatan Agama Islam Selangor menangguhkan semua majlis akad nikah di negeri ini sehingga 31 Mac selepas beberapa jurunikahnya terpaksa dikuarantin selepas melaksanakan akad nikah Pengarah JAIS Mohd Shahzihan Ahmad ketika di...
Jaheaik Nasihat Tangguh Dulu Majlis Akad Nikah

Jaheaik Nasihat Tangguh Dulu Majlis Akad Nikah

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 333 hits
KOTA BHARU Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan menasihatkan bakal pengantin yang ingin melangsungkan perkahwinan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan bermula esok sehingga 31 Mac ini supaya menangguhkan dahulu majlis akad nikah Penol...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Lirik Lagu Hati Meraung Danial Ismail

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Lirik Lagu Mesin Waktu Budi Doremi

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Resepi Nasi Ayam Pandan Yang Mudah Dan Sedap

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Tremendous Nadi Collaboration

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions