Status Kapal Opv Apmm Cetus Persoalan Dikhuatiri Senasib Lcs


wartarakyat.com.my
By Admin
-August 11, 2022

BELUM PUN reda isu kapal tempur pesisir pantai (LCS) milik TLDM, kelewatan penyerahan kapal peronda luar pesisir (OPV) milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) pula menimbulkan kebimbangan ia juga berdepan masalah serupa.

Ia susulan kelewatan pembinaan OPV tidak sepatutnya berlaku setelah TH Heavy Engineering Berhad diberi satu tempoh yang lama untuk menyiapkan kapal-kapal berkenaan.

Selain itu, projek berkenaan turut mencetuskan persoalan apabila ia dianugerahkan kepada sebuah syarikat yang berhadapan dengan masalah kewangan.

Memetik laporan DagangNews.Com, APMM difahamkan akan menerima sebuah kapal OPV bulan ini setelah kerajaan memberi lanjutan sehingga 18 bulan kepada syarikat TH Heavy Engineering untuk menyiapkan tiga kapal OPV berkenaan.

Berdasarkan laporan media pada Jun lalu, APMM memaklumkan agensi itu tidak menerima kapal OPV ekoran beberapa masalah tertentu.

Menurut laporan itu, TH Heavy Engineering yang diklasifikasikan sebagai PN17 kini menanggung kerugian terkumpul RM629.8 juta dan hutang sebanyak RM165 juta, namun memiliki aliran tunai RM27.5 juta untuk membantunya menyiapkan kapal OPV berkenaan.

Penganalisis Pertahanan, Muhammad Fuad Mat Noor berkata berkata, sebagaimana amalan penganugerahan kontrak kerajaan perlu melalui tapisan pemilihan yang ketat, apatah lagi jika melibatkan aset-aset keselamatan.

Katanya, ini termasuk kekukuhan kewangan syarikat serta pengalaman dalam melakukan bidang kerja tersebut.

“Berbeza dengan pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), kapal-kapal OPV ini sekarang telah hampir siap dan sepatutnya boleh diserahkan kepada APMM untuk proses selanjutnya.

“Kita tidak mahu berlaku sepertimana nasib TLDM dalam isu kapal tempur persisir (LCS) apabila sebuah pun masih belum siap, ia amat mendukacitakan.

“Kapal-kapal OPV ini juga merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk memperkasakan kedaulatan maritim negara,” katanya kepada DagangNews.Com.

Mengulas lanjut kata Muhammad Fuad, masalah-masalah yang menyebabkan kelewatan pembinaan perlu disiasat oleh kerajaan khususnya Kementerian Kewangan demi wang awam yang dibelanjakan serta kepentingan negara.

Tegasnya, isu pembelian kelengkapan keselamatan seperti kapal OPV juga bukan sesuatu yang perlu disembunyikan kerana rakyat berhak untuk diberitahu.

“APMM amat memerlukan OPV kerana kapal ini besar dan boleh belayar untuk jangka masa lebih lama kerana fungsinya sebagai kapal induk kepada kapal kecil lain.

“Kehadiran kapal-kapal OPV di perairan negara kelak dapat menghindar anasir-anasir luar yang cuba menceroboh,” tambahnya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/08/status-kapal-opv-apmm-cetus-persoalan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perolehan Kapal Lcs Menjelaskan Dakwaan Fitnah Pembangkang

Perolehan Kapal Lcs Menjelaskan Dakwaan Fitnah Pembangkang

papar berkaitan - pada 10/8/2022 - jumlah : 189 hits
Dakwaan Pertama RM6 bilion hilang Rasuah Sehingga hari ini dari laporan PAC sehingga la siasatan SPRM Tiada bukti RM6 bilion itu hilang Malah PAC melaporkan RM6 bilion itu digunakan bagi membina kapal LCS cuma lewat kerana masalah perolehan...
Betul Ke Kapal Lcs Tak De Langsung

Betul Ke Kapal Lcs Tak De Langsung

papar berkaitan - pada 10/8/2022 - jumlah : 331 hits
Ini dia gambar terkini kerja pembinaan Kapal LCS 1 LCS 2 LCS 3 LCS 4 LCS 5 Diterbitkan oleh PAC susulan Laporan PAC Mereka kata kapal halimunan kata overall progress 57 tapi tak nampak Ini link untuk dapatkan dokumen tersebut
H20 Guna Teknik Apa Nampak Kapal Perang Lcs 1

H20 Guna Teknik Apa Nampak Kapal Perang Lcs 1

papar berkaitan - pada 10/8/2022 - jumlah : 421 hits
Menteri Pertahanan Hishammuddin Hussein menerima kecaman berikutan kenyataannya bahawa Kapal Tempur Pesisir pertama akan diperoleh dalam tempoh dua tahun lagi Ini kerana semasa bertugas sebagai menteri pertahanan kali pertama pada 2017 dia ...
Design Kapal Lcs Tak Selesai Sejak Era Bn

Design Kapal Lcs Tak Selesai Sejak Era Bn

papar berkaitan - pada 10/8/2022 - jumlah : 221 hits
Design kapal LCS tak selesai sejak era BNPosted By on August 10 2022Skandal pembinaan Kapal Tempur Pesisir yang dimainkan mantan Perdana Menteri Najib Razak sebagai kesalahan kerajaan Pakatan Harapan kerana menangguhkan projek tersebut hari...
Rci Tak Ada Kuasa Tiada Taring Tiada Kuku Apa Lagi Nak Siasat Skandal Kapal Tempur Lcs

Rci Tak Ada Kuasa Tiada Taring Tiada Kuku Apa Lagi Nak Siasat Skandal Kapal Tempur Lcs

papar berkaitan - pada 13/8/2022 - jumlah : 200 hits
Untuk apa tubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja kalau tidak ada kuasa tidak ada taring untuk siasat penyelewengan dan skandal yang ada Malah apa perlunya RCI ditubuhkan untuk siasat penyelewengan skandal Kapal Tempur Pesisir Pantai jika ha
Ubah Reka Bentuk Kapal Lcs Dan 10 Surat Panglima Tldm Tak Dilayan Kenapa Najib Tidak Pernah Mengulas Dua Isu Ini

Ubah Reka Bentuk Kapal Lcs Dan 10 Surat Panglima Tldm Tak Dilayan Kenapa Najib Tidak Pernah Mengulas Dua Isu Ini

papar berkaitan - pada 12/8/2022 - jumlah : 210 hits
Kalau kita lihat ulasan ulasan Najib Razak di laman FB beliau sejak isu kapal perang LCS yang tidak siap ini meletus menjadi isu besar dalam negara hampir semua aspek digebangnya Tujuannya tidak lain ialah untuk menunjukkan beliau sebagai P...
Panas Rafizi Dcns Sudah Diberi Surat Niat Sebelum Pun Bns Dapat Kontrak Projek Kapal Perang Lcs

Panas Rafizi Dcns Sudah Diberi Surat Niat Sebelum Pun Bns Dapat Kontrak Projek Kapal Perang Lcs

papar berkaitan - pada 10/8/2022 - jumlah : 162 hits
Sebahagian besar dari masalah masalah yang menyebabkan penyelewengan dan kelewatan projek kapal perang LCS berpunca dari dua keputusan utama 1 Penukaran reka bentuk kapal dari kelas Sigma yang dipilih oleh TLDM kepada kelas Gowind 2 Pelanti...
Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Dari Sekolah Sam Bestari Subang Jaya Ke Kampus Uia Kuantan Pahang

Sarawak Enforces New Anti Rabies Vaccination Order


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Salted Egg Yolk Croissant Hazelnut Latte Richiamo

Sejarah Imam Syafie Sebuah Inspirasi Agung

Lirik Lagu Mungkin Harith Zazman Alex Ungku

Trends In The Domain Industry

Ku Sangkakan 2 Je Rupanya

Aktiviti Lawatan Ppim Ke Gardenia Bakeries Bakers Maison Ppim 23 01 2025