Staf Hospital Diberi Amaran Tindakan Disiplin Jika Dijangkit Kerana Ingkar Sop



Hospital Sungai Buloh didakwa memberikan amaran tindakan disiplin buat kakitangannya yang positif Covid-19 sekiranya mereka dijangkiti gara-gara tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Ini selepas hospital utama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk Covid-19 itu, mencatatkan lonjakan kes di kalangan kakitangan mereka baru-baru ini.
Menurut beberapa sumber di dalam sektor kesihatan, termasuk di Hospital Sungai Buloh sendiri, amaran itu dikeluarkan oleh pengarah hospital Dr Kuldip Kaur Prem Singh.
Difahamkan, kakitangan dimaklumkan mereka boleh dikenakan tindakan disiplin sekiranya mereka didapati positif Covid-19.
Bagaimanapun, seorang sumber lain menjelaskan tindakan itu hanya akan dikenakan sekiranya kakitangan positif itu didapati ingkar SOP seperti tidak memakai pelitup muka semasa bertugas.
Sumber ketiga juga menyokong kenyataan ini kepada Malaysiakini, berkata amaran itu dikeluarkan selepas beberapa langkah telah terlebih dahulu diambil bagi memberi peringatan kepada kakitangan mengenainya.
Antara langkah yang dimaksudkan ialah menggerakkan satu pasukan pemantau di sekeliling hospital bagi memantau pematuhan SOP dan menasihati petugas yang didapati alpa.
“Tetapi kita bercakap tentang manusia. Ada yang patuh apabila diperhatikan… Mereka pakai pelitup muka apabila disuruh, tapi bila tak dilihat, mereka buat lagi (langgar SOP),” kata kakitangan perubatan itu.
Setakat Isnin, KKM mengesahkan seramai 80 kakitangan kesihatan Hospital Sungai Buloh disahkan positif. Malaysiakini difahamkan bilangan itu kini telah meningkat.
KKM tidak mengemukakan perincian lanjut mengenai penularan di hospital Covid-19 utama negara itu, tetapi Malaysiakini difahamkan antara yang dijangkiti termasuklah pakar dan jururawat unit rawatan rapi.
Menurut seorang sumber, ini menyebabkan ICU tidak cukup pekerja, memandangkan kakitangan yang merupakan kontak rapat perlu menjalani kuarantin.
Sebanyak 620 katil di Hospital Sungai Buloh semuanya digunakan hanya untuk merawat pesakit Covid-19.
Penularan di kalangan kakitangan kesihatan itu hadir selepas hospital itu berdepan lonjakan kemasukan pesakit setiap hari, dengan Lembah Klang terus mencatatkan rekod tertinggi bilangan tertinggi kes positif Covid-19.
Malaysiakini difahamkan katil semakin penuh pada kadar yang pantas. Ini termasuklah unit rawatan rapi, yang menurut sumber, memuatkan sehingga kapasiti maksimum 60 katil.
 
Kena tegas, amaran nak takutkan
Sementara itu, seorang kakitangan pengurusan Hospital Sungai Buloh yang enggan dinamakan mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa Kuldip ada mengeluarkan amaran mengenai isu pematuhan SOP kepada kakitangan hospital.
Bagaimanapun, menurutnya, tujuan amaran itu lebih kepada ‘menakut-nakutkan’ mereka yang ingkar supaya mematuhi peraturan.
“Soal SOP ini, kita kena tegas, (memandangkan) ini hospital Covid-19 sepenuhnya yang paling utama.
“Ini untuk kepentingan dan kesejahteraan kakitangan juga, selain keluarga dan komuniti mereka,” jelasnya.
Ditanya apakah tindakan menanti mereka yang didapati ingkar SOP meskipun setelah diberikan amaran, kata pegawai itu, mereka akan diberikan surat tunjuk sebab.
“Harap-harapnya, apabila mereka menulis alasan mengapa tidak mematuhi SOP itu, mereka akan sedar bahawa kita sebenarnya masih dalam peperangan (menentang Covid-19).”
Ketika dihubungi, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata peringatan seumpama itu perlu bagi mencegah jangkitan di kalangan kakitangan kesihatan
Bagaimanapun, katanya, petugas barisan hadapan tidak akan dihukum kerana positif Covid-19.
“Tak betul. Kakitangan diberi peringatan supaya tidak mengabaikan SOP kerana virus ini ada di mana-mana.
“Ini untuk melindungi diri mereka dan mencegah jangkitan sesama kakitangan seperti yang dapat dilihat dalam banyak keadaan,” jawab Noor Hisham dalam satu teks pesanan.
Hopsital Sungai Buloh bukanlah satu-satunya hospital KKM yang berdepan jangkitan di kalangan kakitangannya.
Setakat 15 Dis, seramai 1,880 petugas kesihatan KKM dijangkiti Covid-19.
Minggu lalu, Noor Hisham berkata Covid-19 dikesan di kalangan petugas kesihatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di Klang, Hospital Serdang, Hospital Sungai Buloh, Hospital Kuala Lumpur, Hospital Ampang, dan Hospital Selayang.
Pada 18 Dis, dia berkata seramai 280 petugas kesihatan sedang dirawat untuk Covid-19, manakala seramai 1,697 lagi diberikan perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO).
HTAR paling teruk diserang Covid-19 dengan lebih 120 kes setakat 21 Dis, manakala Hospital Serdang mencatatkan lebih 50 kes, semuanya berkaitan kluster Lestari yang melibatkan penghuni rumah penjagaan.
The post Staf hospital diberi amaran tindakan disiplin jika dijangkit kerana ingkar SOP appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/12/26/staf-hospital-diberi-amaran-tindakan-disiplin-jika-dijangkit-kerana-ingkar-sop/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Remaja Cuba Bunuh Diri Gara Gara Dibuli Moe Akui Kesilapan Tapi Sudah Ambil Tindakan Disiplin

Remaja Cuba Bunuh Diri Gara Gara Dibuli Moe Akui Kesilapan Tapi Sudah Ambil Tindakan Disiplin

papar berkaitan - pada 19/12/2020 - jumlah : 248 hits
SINGAPURA Seorang remaja 14 tahun dan ibu bapanya berasa kecewa dengan respons Kementerian Pendidikan terhadap apa yang mereka katakan perbuatan buli berlarutan yang berlaku kepada anak mereka baik online dan di sekolah sehingga menyebabkan...
Annuar Beri Amaran Tindakan Tegas Pada Orang Dalam Sewa Lesen Warga Asing

Annuar Beri Amaran Tindakan Tegas Pada Orang Dalam Sewa Lesen Warga Asing

papar berkaitan - pada 20/12/2020 - jumlah : 242 hits
Annuar Musa beramah mesra dengan warga emas Tan Su Kat 86 ketika meninjau keadaan penduduk yang dilaporkan dalam keadaan daif di Flat Taman Segar di Cheras hari ini KUALA LUMPUR Kementerian Wilayah Persekutuan akan mengambil tindakan tegas ...
Tindakan Disiplin Terhadap Ku Li Wajar

Tindakan Disiplin Terhadap Ku Li Wajar

papar berkaitan - pada 18/12/2020 - jumlah : 199 hits
mykmu netSHAH ALAM Tindakan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah mengadakan sidang akhbar bersama bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menolak Belanjawan 2021 akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Kerja Terting...
Lagi 246 Dikompaun Ingkar Sop 76 Pati Ditahan

Lagi 246 Dikompaun Ingkar Sop 76 Pati Ditahan

papar berkaitan - pada 26/12/2020 - jumlah : 171 hits
Oleh AMREE AHMAD ISMAIL SABRI YAAKOBPUTRAJAYA Sejumlah 246 individu ditahan Task Force Operasi Pematuhan semalam kerana ingkar prosedur operasi standard Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berk...
Balas Jasa Staf Kesihatan Dengan Patuhi Sop Kpn

Balas Jasa Staf Kesihatan Dengan Patuhi Sop Kpn

papar berkaitan - pada 24/12/2020 - jumlah : 261 hits
BALAS JASA STAF KESIHATAN DENGAN PATUHI SOP KPN KUALA LUMPUR 071120 Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador merayu masyarakat di negara ini untuk benar benar memahami pengorbanan setiap kakitangan Kementerian Kesihatan Beliau berkata l...
Editorial Pada Ketika Masa Kritikal Presiden Trump Perlu Melaksanakan Tindakan

Editorial Pada Ketika Masa Kritikal Presiden Trump Perlu Melaksanakan Tindakan

papar berkaitan - pada 16/12/2020 - jumlah : 225 hits
Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat 2020 tidak seperti sebelumnya dan memerlukan langkah atau duluan yang belum pernah berlaku sebelum ini untuk melindunginya demi masa depan negara republik itu Skala dan tahap penipuan pengundi tidak pe...
Nama Stadium Ffira Mikah Dibatal Hakim Ariff Akan Dikenakan Tindakan

Nama Stadium Ffira Mikah Dibatal Hakim Ariff Akan Dikenakan Tindakan

papar berkaitan - pada 16/12/2020 - jumlah : 263 hits
Salim AzizDisember 16 2020Stadium kontroversi Ffira Mikah telah dibatalkan serta merta penggunaan namanya dan kerajaan negeri Kedah akan ambil tindakan terhadap pihak bertanggungjawab yang memilih nama berkenaan tegas Menteri Besar Gambar f...
Mp Trio Has Right To Vote In Parliament Minister Insists No Breach Of Sop

Mp Trio Has Right To Vote In Parliament Minister Insists No Breach Of Sop

papar berkaitan - pada 16/12/2020 - jumlah : 231 hits
Defence Minister Ismail Sabri Yaakob has reaffirmed that there was no breach of standard operating procedures in allowing three MPs under home quarantine to cast their votes in Parliament Ismail said the three Health Minister Dr Adham Baba ...
Dipecat Top Glove Sebab Kongsi Gambar Tidak Ikut Sop

Dipecat Top Glove Sebab Kongsi Gambar Tidak Ikut Sop

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 360 hits
Yubaraj Khadka 27 menganggap pemberhentiannya dari kilang Top Glove dibuat secara salah selepas berkongsi gambar menunjukkan ketiadaan pelaksanaan penjarakan fizikal di kalangan pekerja di kilang tersebut Di sebalik semua itu lelaki berasal...
Hasrat Bertemu Isteri Tidak Kesampaian Lelaki Maut Kemalangan

Bagaimana Memulakan Perniagaan Kedai Runcit Sendiri

Kereta Yusoff Rawther Terkunci Tak Dapat Diakses Orang Lain

Perak Deputy Speaker Defends Nga Over Abuse Of Power Claims

Kedegilan Ibu Hamil Yang Berbahaya Bikin Doktor Stress

Cornflakes Madu Resepi Mudah Bahan Bahan 5 Cawan Cornflakes 1 4 Cawan

Madani Govt Finally Eyes Empathetic Ptptn Fix

Roundel Roundup 7 Custom Bmw Motorcycles To Inspire Your Project


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Muhyiddin Shahidan Sah Hadir Majlis Pembukaan Kapsul Masa 2020 Di Menara Kl

Adventure Travel To The Amazon Forest A Journey Into The Heart Of Nature

Pen Nsula House By Studio Fabricio Rodrigues A Serene Lakeside Sanctuary In Piracaia

Monitor All Projects To Ensure Timely Completion Pm

Whatsapp Down For Some Users Worldwide

Nearly 350 Shallow Earthquakes Recorded In Indonesia S North Sulawesi