Annuar Beri Amaran Tindakan Tegas Pada Orang Dalam Sewa Lesen Warga Asing


Faiz ZainudinAnnuar Musa (empat dari kiri) beramah mesra dengan warga emas Tan Su Kat, 86,  (dua dari kanan) ketika meninjau keadaan penduduk yang dilaporkan dalam keadaan daif di Flat Taman Segar di Cheras hari ini. (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Kementerian Wilayah Persekutuan akan mengambil tindakan tegas ke atas pihak yang menyalahgunakan kuasa dengan memberikan lesen perniagaan kepada warga asing, termasuk pemegang asal lesen.
Menterinya, Annuar Musa berkata, dasar kerajaan jelas menyatakan warga asing tidak dibenarkan memiliki lesen perniagaan, sama ada di tapak sementara Pasar Borong Selayang atau pasar tani berhampiran.
“Kita tidak akan berkompromi kalau pemegang sewakan lesen kepada warga asing, mereka akan disenaraihitamkan dan dirampas lesen serta-merta.
“Jadi, kita kena balik kepada peraturan, warga asing tidak boleh memiliki lesen. Lesen perniagaan hanya untuk warganegara, itu hak warganegara, kalau hak itu disalah guna, kita mesti ambil tindakan, jangan pandang sebelah mata.
“Saya harap kalau ada maklumat, kalau ada orang dalam terlibat, lapor kepada saya dan SPRM,” katanya selepas majlis penyampaian bantuan kepada penduduk Parlimen Cheras di Flat Taman Segar, Cheras.
Beliau ditanya laporan Berita Harian mengenai peniaga asing dipercayai sanggup membayar sehingga RM3,000 sebulan untuk mendapatkan ruang niaga berhampiran tapak sementara Pasar Borong Selayang di Kuala Lumpur serta pasar tani berdekatan.
Akhbar itu melaporkan “kemasukan” pendatang asing untuk berniaga diuruskan “orang dalam” daripada persatuan peniaga tertentu yang mengenakan bayaran jauh lebih tinggi berbanding lebih RM900 setahun yang dikenakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk peniaga tempatan.
Annuar berkata, beliau tidak akan melayan rayuan mana-mana pihak supaya memberi kelonggaran kepada warga asing kerana ia bercanggah Perlembagaan Persekutuan.
“Saya faham ada wakil, termasuk MPP (Majlis Perwakilan Penduduk) datang memujuk saya supaya beri kelonggaran. Kalau kita mula longgarkan, akhirnya kita tak boleh kuat kuasa apa pun.
“Macam saya kata, rayuan sebegini saya langsung tidak akan layan, lagipun dalam keadaan rakyat kita susah nak dapat lesen, orang kita rasa kecil hati kalau mereka tengok warga asing boleh berniaga.”
Oleh itu, katanya, kerajaan perlu mendahulukan rakyat dalam pemberian lesen perniagaan dan pekerjaan.
“Berapa ramai orang datang jumpa saya nak mohon lesen pasar borong, pasar harian. Kalau orang tempatan tak dapat lesen, macam mana warga asing boleh berniaga?
“Kalau rakyat kita nak dapat lesen niaga tepi jalan, pasar borong pun payah, apa nak jadi kepada negara kita? Kita kena bela rakyat kita dulu.”
Katanya, beliau memahami tujuan majikan mahu mengambil pekerja asing bekerja di pasar borong kerana bayaran gaji rendah, namun penilaian menyeluruh perlu dilakukan.
“Jangan tengok duit saja, kita kena tengok secara keseluruhan, dahulukan rakyat kita yang nak buat kerja. Kalau semua peluang bagi warga asing, rakyat kita susah.
“Jangan bayar gaji murah dan sewa terlalu mahal kepada rakyat kita sebab mereka tak mampu. Jadi, jangan rosakkan pasaran tawaran kerja dan peluang perniagaan.”
Pada 23 Okt lalu, DBKL mengeluarkan notis kepada pemborong yang mereka hanya dibenarkan mengambil pekerja tempatan mulai 1 Jan 2021.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/12/annuar-beri-amaran-tindakan-tegas-pada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiada Kompromi Salah Guna Kuasa Beri Lesen Kepada Warga Asing Annuar Musa

Tiada Kompromi Salah Guna Kuasa Beri Lesen Kepada Warga Asing Annuar Musa

papar berkaitan - pada 20/12/2020 - jumlah : 309 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan tidak akan sesekali berkompromi dengan mana mana pihak yang menyalahgunakan kuasa untuk memberi kelulusan perniagaan kepada warga asing Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa berkata kementerian itu juga sama ...
Tindakan Keras Terhadap Majikan Jika Pekerja Asing Tak Jalani Ujian Covid 19

Tindakan Keras Terhadap Majikan Jika Pekerja Asing Tak Jalani Ujian Covid 19

papar berkaitan - pada 25/12/2020 - jumlah : 235 hits
PETALING JAYA Tindakan keras akan diambil terhadap majikan jika pekerja asing mereka tidak menjalani saringan COVID 19 bermula 1 Januari kerana terdapat majikan gagal patuhi arahan kerajaan itu Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob berkata tind...
Staf Hospital Diberi Amaran Tindakan Disiplin Jika Dijangkit Kerana Ingkar Sop

Staf Hospital Diberi Amaran Tindakan Disiplin Jika Dijangkit Kerana Ingkar Sop

papar berkaitan - pada 26/12/2020 - jumlah : 214 hits
Hospital Sungai Buloh didakwa memberikan amaran tindakan disiplin buat kakitangannya yang positif Covid 19 sekiranya mereka dijangkiti gara gara tidak mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan Ini selepas hospital utama Kementerian...
Lelaki Warga Asing Didenda Rm35 Je Selepas Pukul Punggung Isteri Orang Dalam Lif

Lelaki Warga Asing Didenda Rm35 Je Selepas Pukul Punggung Isteri Orang Dalam Lif

papar berkaitan - pada 11/12/2020 - jumlah : 763 hits
Netizen di media sosial Vietnam berang selepas mengetahui pesalah seksual yang membabitkan seorang lelaki Estonian hanya didenda sebanyak 200 000 dong kerana melakukan gangguan seksual terhadap wanita tempatan di Bandar Ho Chi Minh Lapor me...
Mkn Kompleks Sukpa Akan Di Aktifkan Untuk Pesakit Covid 19 Warga Asing Berisiko Rendah

Mkn Kompleks Sukpa Akan Di Aktifkan Untuk Pesakit Covid 19 Warga Asing Berisiko Rendah

papar berkaitan - pada 10/12/2020 - jumlah : 210 hits
KUANTAN Kompleks Sukan Pahang di sini akan diaktifkan sebagai pusat kuarantin bagi menempatkan pesakit COVID 19 bukan warganegara berisiko rendah dan tidak memerlukan rawatan khusus Pengarah Keselamatan Negeri Majlis Keselamatan Negara Paha...
Kpn Setuju Ketua Sindiket Jenayah Warga Asing Diisytihar Persona Non Grata

Kpn Setuju Ketua Sindiket Jenayah Warga Asing Diisytihar Persona Non Grata

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 297 hits
KUALA LUMPUR Polis mencadangkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia agar ketua sindiket jenayah scam dan maksiat warga asing di negara ini diisytihar sebagai persona non grata Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador berkata pihaknya akan mengena...
Penempatan Haram Warga Asing Genting Highland Punca Kluster Covid19

Penempatan Haram Warga Asing Genting Highland Punca Kluster Covid19

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 468 hits
Kluster Genting berpunca dari seorang Bangla rentas negeri jumpa kawan2 Kalau tak kerana bangla tu la mungkin ramai jugak yg tak tahu kat atas tu ada penempatan warga asing sebesar tu Dulu lagi orang dh bising pasal penempatan haram warga a...
Kkb Polls Go Out To Vote With Peace Of Mind As Safety Assured Says Selangor Police

Kanak Kanak Usia 3 Tahun Sudah Boleh Diajar Berdikari Tahu Urus Diri Sudah Cukup Baik

Bnm Fines Habib Jewels Rm96 250 For Anti Money Laundering Breach

Business Community Heaves Sigh Of Relief At Stable Opr

Are Malaysian Consumers Missing The Target In Anti Israel Boycotts Of Western Brands

Pharmaniaga Komited Pulih Kewangan Keluar Status Pn17

Crisis Management 101

Siri Iqoo Z9 Yang Dikuasakan Oleh Snapdragon 7 Gen 3 Kini Dilancarkan Di Malaysia



Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3


Refacing Vs Replacing Cabinets Cost Breakdown For Your Kitchen

Siapalah Punya Kerja

Pas No Decision Yet On Pn S Pm Candidate But Bersatu Backs Muhyiddin

In Focus As Malaysia Corruption Dragnet Widens Pm Anwar S Political Payback Threatens To Hurt Business Sentiment

If Only

Aidil Fitri 1445h