Lagi 246 Dikompaun Ingkar Sop 76 Pati Ditahan


Oleh AMREE AHMAD ISMAIL SABRI YAAKOBPUTRAJAYA: Sejumlah 246 individu ditahan Task Force Operasi Pematuhan semalam kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, 236 individu terbabit dikompaun manakala baki 10 lagi direman dengan kes tertinggi aktiviti di pusat hiburan.
“Ia melibatkan 91 individu diikuti gagal sedia peralatan merekod butiran (84), tidak memakai pelitup muka (44), gagal jarak fizikal (23) dan lain-lain (4),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Ismail Sabri, sejumlah 2,955 pasukan pematuhan meliputi 13,431 anggota memantau 5,744 pasar raya, 4,871 restoran, 1,851 penjaja, 1,105 kilang, 3,256 bank dan 636 pejabat kerajaan.
Katanya, turut dipantau pasukan berkenaan ialah sebanyak 968 terminal pengangkutan darat, 276 terminal pengangkutan air dan 85 terminal pengangkutan udara.
Tambahnya, sejumlah 76 pendatang asing tanpa izin dan dua tekong juga ditahan melalui Operasi Benteng bagi mengekang jenayah rentas sempadan dan menyekat penularan wabak Covid-19.
“Lapan buah kenderaan darat dirampas manakala sebanyak 112 sekatan jalan raya dilaksanakan semalam bagi memastikan sempadan negara dikawal ketat,” katanya.
Dalam pada itu, 28 operasi sanitasi awam meliputi tiga zon merah, tiga zon jingga, 10 zon kuning dan lapan zon hijau dengan melibatkan sembilan negeri dan dua wilayah persekutuan.
Menyentuh kuarantin wajib, beliau berkata, sehingga kini seramai 7,023 individu pulang ke tanah air sedang menjalani proses itu manakala 535 individu dihantar ke hospital untuk rawatan.
“Sejumlah 84,233 individu sudah dibenarkan pulang ke rumah setelah menjalani kuarantin wajib di 76 buah hotel serta 17 institut latihan awam dan swasta seluruh negara,” katanya.
Sementara itu, pemeriksaan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) di lima tapak binaan semalam turut mendapati kesemuanya mematuhi peraturan SOP ditetapkan.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pula semalam melakukan pemeriksaan ke atas 664 buah premis iaitu 476 peruncit, 156 pemborong dan 32 pengilang.
“Turut dijalankan di seluruh negara ialah 600 pemeriksaan khas pematuhan SOP PKPP dan kesemuanya didapati mematuhi peraturan kecuali satu premis yang diberi nasihat,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/12/lagi-246-dikompaun-ingkar-sop-76-pati.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Staf Hospital Diberi Amaran Tindakan Disiplin Jika Dijangkit Kerana Ingkar Sop

Staf Hospital Diberi Amaran Tindakan Disiplin Jika Dijangkit Kerana Ingkar Sop

papar berkaitan - pada 26/12/2020 - jumlah : 296 hits
Hospital Sungai Buloh didakwa memberikan amaran tindakan disiplin buat kakitangannya yang positif Covid 19 sekiranya mereka dijangkiti gara gara tidak mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan Ini selepas hospital utama Kementerian...
231 Individu Ditahan Ingkar Pkp

231 Individu Ditahan Ingkar Pkp

papar berkaitan - pada 30/12/2020 - jumlah : 287 hits
Ismail Sabri Yaakob KUALA LUMPUR Pihak berkuasa menahan seramai 29 pendatang asing tanpa izin dalam Ops Benteng yang dilakuan semalam Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sebanyak 10 buah kenderaan turut dirampas ...
Masih Ingkar Arahan Pkp 347 Individu Ditahan Ismail Sabri

Masih Ingkar Arahan Pkp 347 Individu Ditahan Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 1/1/2021 - jumlah : 307 hits
Ismail Sabri Yaakob KUALA LUMPUR Seramai 347 individu ditahan dan dikompaun atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan semalam Menurut Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob daripada jumlah itu seramai 337 ora...
Ini Tinted Hitam Dia Tak Mau Tangkap Lelaki Berang Disaman Lempar Kata Kata Kesat Pada Anggota Polis Trafik Ditahan

Ini Tinted Hitam Dia Tak Mau Tangkap Lelaki Berang Disaman Lempar Kata Kata Kesat Pada Anggota Polis Trafik Ditahan

papar berkaitan - pada 21/12/2020 - jumlah : 411 hits
Tindakan seorang lelaki merakam dan mengeluarkan kata kata kesat terhadap dua anggota polis trafik yang sedang bertugas baru baru ini ditahan reman selama tiga hari Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd ...
Ultimate Port Dickson Travel Guide 2025 Beaches Culture Hidden Gems In Negeri Sembilan

Isu Blog Pening Dengan Masalah Failed To Follow Boleh Cuba Cara Ini

Sasar Sejuta Peserta Harian Metro 17 07 2025

Beng Hock S Family Insists On Justice After Dap Bow

Netizen Teruja Syed Saddiq Tempah Songkok Video

Eyes In The Sky Strengthening Malaysia S Defence With Ai And Drones

Netizen Terhibur Lihat Siti Nurhaliza Melatah Video

Where Would You Be Having Your Next Meal


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


5 Sebab Kenapa Anda Mesti Minum Teh Hijau Setiap Hari

Bertahan Demi Isteri Dan Anak Anak Kapsyen Almy Nadia Undang Sebak Usai Kontrak Fizz Fairuz Tamat

Waktu Makan Masa Paling Bernilai Tapi Skrin Dah Curi Segalanya

Realme 14 5g Telefon Permainan Rasmi Untuk Kejohanan Mlbb Msl Musim 5

Simptom Simptom Sindrom Watak Utama

Maksud Tabarakallah Kelebihan Cara Penggunaan