Dap Kekal Sebagai Ancaman Terbesar



ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR, HARAKAH
ANCAMAN terbesar buat parti-parti Melayu Islam di tanah air sama ada disedari ataupun tidak sebenarnya adalah DAP.
DAP bergerak sebagai sebuah parti Sekular Sosialis yang didominasi masyarakat bukan-Melayu Islam, bermatlamat mahu membentuk sebuah masyarakat ‘Malaysian Malaysia’ yang memberikan hak sama-rata buat semua tanpa mengambil kira kontrak sosial yang telah disepakati antara kaum asal Melayu dengan kaum-kaum lain yang telah diberi kewarganegaraan menjelang kemerdekaan negara.
Bagi DAP tiada lagi hak istimewa buat mana-mana masyarakat. Semuanya mesti dilihat dan diberi peluang dan perhatian yang sama.
DAP bukan hanya mahu mewakili kaum minoriti bukan-Melayu tetapi cita-cita besar mereka adalah mahu menguasai negara. Dan malah melalui pelan licik mereka, pada PRU 2018 dengan bantuan parti-parti tertentu termasuk yang majoriti Melayu, DAP dan sekutunya berjaya menguasai Putrajaya dan hampir keseluruhan kerajaan negeri-negeri.
Tatkala itu tonggak kuasa didominasi mereka dan buat pertama kali dalam sejarah negara, tiada lagi penguasaan politik Melayu Islam sebagaimana sebelumnya.
Dengan pencapaian besar itu, masuk menyusuplah segala dasar perjuangan DAP ke dalam kerajaan sehingga jadi lesu dan tidak selesa masyarakat majoriti Melayu, yang mula sedar akan kesilapan mereka dalam membuat pemilihan.
Semua menjadi tertekan dan tersepit sepanjang 22 bulan pemerintahan Kerajaan Pakatan Harapan yang didominasi DAP. Yang sedang menjalani hukuman penjara diampun dan dibebaskan, yang sedang menjalani perbicaraan pertuduhan rasuah di mahkamah dibuang kes, yang ditahan atas tuduhan terlibat dengan menyokong perjuangan keganasan juga diarah bebas.
Selain itu perkara dan aktiviti mungkar bermaharajalela, pengiktirafan diberi pada komuniti LGBT, Bahasa Melayu diperlekeh termasuklah Institusi Islam dan Raja-raja. ICERD dan Statut Rom mahu dijulang dan bajet serta perbelanjaan untuk Institusi Islam termasuk istana dipertikai.
Bukan sehari dua DAP merancang untuk menguasai kerajaan, mereka tanpa jemu telah melancarkan pelbagai siri kempen dan gerak kerja, eksperimen politik berani mereka lakukan dari masa ke semasa dan akhirnya setelah mencuba lebih 5 dekad sejak PRU 1969, pada tahun 2018 mereka berjaya.
Satu masalah besar buat mereka semasa mula terlibat aktif dalam politik tanah air adalah untuk menguasai dan memperolehi sokongan masyarakat majoriti Melayu. Memang dari segi sejarah orang-orang Melayu ini sukar menyokong mana-mana perjuangan apatah lagi parti yang dipimpin dan dikuasai bukan-Melayu.
Kalau kita sorot lebih jauh, inilah masalah yang sama yang dihadapi Parti Komunis Malaya atau PKM dahulu semasa mereka bergerak aktif di tanah air sejak sebelum Merdeka lagi.
Pimpinan kanan PKM semuanya berbangsa Cina, namun mereka sedar perjuangan mereka tidak akan berjaya selagi tidak mendapatkan simpati dan sokongan masyarakat Melayu yang merupakan penduduk majoriti dalam negara.
Orang-orang Melayu menolak PKM kerana parti berkenaan dilihat ganas, rasis, menolak agama dan yang lebih utama kerana didominasi masyarakat bukan-Melayu.
PKM tidak berputus asa dan terus menyasarkan untuk mendapatkan sokongan orang-orang Melayu. Mereka sanggup mengambil langkah menubuhkan satu regimen yang dianggotai oleh orang-orang Melayu demi mendapatkan sokongan kaum ini.
Tertubuhlah kemudiannya Regimen ke-10 yang kerja utamanya menarik dan memikat sokongan penduduk Melayu. Malangnya mereka hanya dapat segelintir kecil sokongan masyarakat Melayu. Inilah juga perhatian yang diberikan DAP iaitu untuk mendapatkan sokongan orang-orang Melayu.
Di zaman awal penubuhannya DAP meletakkan calon-calon Melayu bertanding tetapi itu hanya di kerusi majoriti Cina. Menanglah beberapa calon Melayu di kerusi bukan-Melayu termasuklah di sekitar Teluk Intan dan Ipoh, kemudiannya bekas pemimpin CUEPACS Ahmad Nor menang di Parlimen Bayan Baru yang merupakan kerusi majoriti Cina.
Mereka tidak berpuas-hati, dan terus cuba menembusi kerusi-kerusi majoriti Melayu untuk memberi gambaran bahawa DAP sudah mula diterima masyarakat Melayu. Mereka buat pakatan dengan parti-parti Melayu lain termasuklah PKR dan PAN, tetapi ternyata parti-parti ini tidak berapa boleh membantu dan diharapkan. DAP terpaksa menembusi sendiri kawasan-kawasan Melayu dengan cara menaikkan calon-calon Melayu yang taksub dan termakan dakyah mereka.
Pada PRU 2018 perancangan mereka mula menampakkan hasil, apabila undi Melayu berpecah lantaran parti-parti Melayu bersaing sesama sendiri maka menanglah calon-calon Melayu DAP di kerusi-kerusi majoriti Melayu contohnya di DUN Dusun Tua di Negeri Selangor.
Dalam pada itu DAP terus bergelut untuk membawa imej mesra Melayu dan mesra Islam bagi terus menambat dan menarik sokongan masyarakat Melayu yang mudah terpedaya.
Mereka masuk keluar kampus untuk menarik anak-anak Melayu bagi menyokong mereka, malangnya ada juga yang terpengaruh dan sanggup sehingga menjadi calon dan pemimpin mereka.
Sebagaimana kempen mereka dalam PRN Sarawak dahulu, apabila meletakkan seorang calon Melayu di kerusi DUN Batu Kitang di Sarawak, kepada masyarakat Cina mereka berkempen kita perlu menangkan calon Melayu DAP ini untuk beliau nanti diperlatakkan untuk ‘screw Malays’, maknanya guna Melayu untuk lawan Melayu.
Tidak hairanlah jika DAP sanggup berpakaian sebagai seorang Muslim, masuk keluar masjid dan surau, menghulurkan bantuan ke sekolah-sekolah dan institusi Islam semata-mata kerana mahukan undi dan sokongan masyarakat Melayu.
Jangan orang Melayu lupa pernah seorang Ahli Parlimen DAP dari Sarawak berhujah di Parlimen menentang kemasukan guru-guru agama Islam dari Semenanjung Malaysia untuk mengajar di sekolah-sekolah di Sarawak kononnya kerana tidak mahu mengimport Islam ekstrem dari Semenanjung.
Kerana itu masyarakat Melayu khasnya perlu sentiasa diingatkan akan ancaman DAP ini. Jika kita lalai, berpecah dan berbalah kita sesama sendiri, mereka mudah mengambil kesempatan dan akhirnya berjaya lolos menguasai kita sedang mereka langsung tidak prihatin apa lagi perjuangkan isu nasib dan masa depan umat Melayu dan agama Islam.
Bagi mereka isu agama ini adalah isu peribadi, bukannya urusan negara dan sepatutnya terhad di kalangan penganutnya sahaja. Sebarang usaha untuk memartabatkan Islam dilihat sebagai satu ancaman dan lebih jahat lagi mereka label sebagai ekstrem dan mahu melahirkan negara ‘Taliban’.
Mereka pernah menguasai Putrajaya walaupun hanya selama 22 bulan. Ini bermakna jika kita tidak berhati-hati dan meremehkan usaha penyatuan ummah, tidak mustahil mereka dapat kembali berkuasa.
Bukalah mata dan telinga masing-masing jangan sampai bumi dipijak milik orang, ketika itu menangis air mata darah sekalipun sudah tidak berguna.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2021/12/09/dap-kekal-sebagai-ancaman-terbesar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sri Pahang Gagal Peminat Tidak Gembira Jika Dollah Kekal Dan Di Angkat Sebagai Pengurus

Sri Pahang Gagal Peminat Tidak Gembira Jika Dollah Kekal Dan Di Angkat Sebagai Pengurus

papar berkaitan - pada 11/12/2021 - jumlah : 236 hits
KUANTAN Rata rata peminat bolasepak Pahang tidak gembira mendapat perkhabaran bekas jurulatih Sri Pahang FC bakal diangkat sebagai pengurus baru skuad Tok Gajah untuk saingan liga M musim hadapan Dollah adalah antara individu yang berada da...
Letak Lah Sapa Pun Sebagai Menteri Agama Judi Tetap 22 Kali Tak Malu Ke Dap Ke

Letak Lah Sapa Pun Sebagai Menteri Agama Judi Tetap 22 Kali Tak Malu Ke Dap Ke

papar berkaitan - pada 29/11/2021 - jumlah : 205 hits
Letaklah ulamak sebagai duta khas bertaraf menteri Letaklah lebai sebagai menteri agama dan timbalan menteri Letaklah Jamil Khir sebagai penasihat menteri Namun judi tetap kekal kpd 22 kali cabutan Waktu PH kerajaan tak perlu menteri agama ...
Mou Ph Tidak Sokong Bn Membuta Tuli Kekal Sebagai Pembangkang Progresif

Mou Ph Tidak Sokong Bn Membuta Tuli Kekal Sebagai Pembangkang Progresif

papar berkaitan - pada 16/12/2021 - jumlah : 135 hits
Tohmahan bahawa Pakatan Harapan telah merestuai apa sahaja dasar kerajaan BN termasuk perkauman demi mengekalkan memorandum kerjasama yang ditandatangani dengan Kerajaan Persekutuan pada 13 September lalu adalah tidak masuk akal Menurut Ket...
Mou Pastikan Ismail Kekal Berkuasa Dakwa Kit Siang

Mou Pastikan Ismail Kekal Berkuasa Dakwa Kit Siang

papar berkaitan - pada 28/11/2021 - jumlah : 238 hits
freemalaysiatoday com November 28 2021 12 00 PMTanpa MoU itu ia mungkin menyebabkan berlakunya ketidakstabilan politik hingga menyebabkan negara terpaksa melantik seorang Perdana Menteri yang baharu menurut Lim Kit Siang PETALING JAYA Veter...
Senario Penurunan Harga Bagi Pasangan Mata Wang Eur Usd Kekal Utuh

Senario Penurunan Harga Bagi Pasangan Mata Wang Eur Usd Kekal Utuh

papar berkaitan - pada 26/11/2021 - jumlah : 201 hits
Pasangan mata wang EUR USD menyaksikan sedikit pemulihan dalam jangka pendek hanya kerana Indeks Dolar telah ditarik semula Kecenderungan pasaran kekal menurun oleh yang demikian penurunan selanjutnya adalah semula jadi Paling penting DXY m...
Adakah Emas Akan Kekal Bertahan Semasa Inflasi Semasa

Adakah Emas Akan Kekal Bertahan Semasa Inflasi Semasa

papar berkaitan - pada 27/11/2021 - jumlah : 198 hits
Minggu ini emas mencatatkan prestasi terburuk sejak 18 Jun walaupun harga meningkat pada awal Jumaat Selepas rehat dalam dagangan yang disebabkan oleh Hari Kesyukuran pelabur mencari emas sebagai tempat selamat di tengah tengah peningkatan ...
Cara Atasi Stress Kekal Positif Duduk Di Rumah Waktu Lockdown Solitaire Org Lubuk Permainan Yang Menyeronokkan

Cara Atasi Stress Kekal Positif Duduk Di Rumah Waktu Lockdown Solitaire Org Lubuk Permainan Yang Menyeronokkan

papar berkaitan - pada 29/11/2021 - jumlah : 246 hits
Cara Atasi Stress Kekal Positif Duduk di Rumah Waktu Lockdown Aku akui sepanjang 2 tahun kita diarahkan duduk di rumah disebabkan Movement Control Order bagi menangani kes Covic 19 bukan sahaja membuat kita semua bosan malah sedikit sebanya...
Guan Eng Terima Rm44 375 Sebulan Sebagai Ketua Menteri Kata Saksi

Guan Eng Terima Rm44 375 Sebulan Sebagai Ketua Menteri Kata Saksi

papar berkaitan - pada 16/12/2021 - jumlah : 239 hits
BERNAMAAntara 11 Mac 2008 hingga 14 Mei 2018 beliau menerima gaji hakiki RM14 175 manakala elaun yang diperoleh adalah sebanyak RM30 200 sebulan Bekas ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Gambar Bernama Mahkamah Sesyen hari ini diberitah...
Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

O G Firm Right To Dismiss Worker For Refusing Covid 19 Jab Says Industrial Court

How To Survive Thanksgiving Travel

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien

Dayang Nurfaizah Mencintai Cinta Chord


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


The American Society Of Cinematographers Over And Above The Frame Casin

Hoya Pro1 Uv Filter

Orang Tua Sekarang Membunuh Anaknya Secara Halus

Apabila Wanita Tertinggi Dan Paling Pendek Bertemu

Seorang Sahaja Zul Ariffin Tersasul Doa Minta 4 Isteri

Isu Artis Mangsa Buli Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan Perlu Wujudkan Suasana Friendly