Pkpd Empat Felda Tamat Hari Ini Lebih Awal Daripada Jadual


Oleh Afiq Mohd. Shah
PERINTAH Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang dilaksanakan di empat kawasan Felda di Maran, Pahang akan ditamatkan hari ini, lebih awal daripada yang dijadualkan.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD di Felda Jengka 1, Felda Jengka 2, Felda Jengka 7 dan Felda Ulu Jempol, Maran Pahang itu sepatutnya dijadual tamat pada 15 Mac depan.
Beliau berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan kes positif hanya dikesan dalam Felda Ulu Jempol.
Katanya, semua kontak rapat dan kumpulan sasaran dalam kalangan penduduk telah dikenal pasti, disampel dan diasingkan.
“Sehingga kini, KKM telah melaksanakan 471 ujian saringan dan daripada jumlah itu, secara kumulatif hanya satu kes telah dilaporkan yang melibatkan lokaliti ini.
“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kerajaan bersetuju menamatkan PKPD Felda Jengka 1, Felda Jengka 2, Felda Jengka 7 dan Felda Ulu Jempol, Maran, Pahang pada 8 Mac 2021, lebih awal daripada tarikh yang dijadualkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baca artikel berkaitan: 442 ingkar SOP PKP, aktiviti di pusat hiburan tertinggi
Dalam pada itu, Ismail Sabri turut memberitahu, seramai 517 individu telah ditahan atas kesalahan mengingkari prosedur operasi standard (SOP) dengan daripada jumlah itu, seramai 513 dikompaun dan empat lagi direman.
Beliau berkata, antara kesalahan yang direkodkan adalah tiada penjarakan fizikal (202); gagal menyediakan peralatan, merekod diri dan pelanggan (95) dan tidak memakai pelitup muka seramai 66 orang.
Ismail Sabri berkata, 64 lagi ditahan atas sebab aktiviti pusat hiburan, 64 disebabkan rentas daerah/negeri tanpa kebenaran; premis beroperasi lebih masa atau tanpa kebenaran (18); keluar rumah tanpa alasan munasabah (1) dan lain-lain kesalahan seramai 7 orang.
“Pasukan Petugas Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat 63,955 pemeriksaan semalam bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan SOP PKP.
“Seramai 3,155 pasukan pematuhan melibatkan 14,038 anggota telah membuat pemantauan di 5,698 buah restoran, pasar raya (4,539), bank (2,482), penjaja (3,992), pasar awam/tani (136), kilang (2,306) dan pejabat kerajaan (896).
“Turut dipantau ialah tempat ibadah (366), tempat riadah (17,756), terminal pengangkutan darat (3,301), terminal pengangkutan air (1,699) dan terminal pengangkutan udara (574),” jelas beliau.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/03/pkpd-empat-felda-tamat-hari-ini-lebih.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 Pkpd Di Felda Jengka 1 Jengka 2 Jengka 7 Dan Felda Ulu Jempol Mulai Esok

Covid 19 Pkpd Di Felda Jengka 1 Jengka 2 Jengka 7 Dan Felda Ulu Jempol Mulai Esok

papar berkaitan - pada 1/3/2021 - jumlah : 253 hits
KUALA LUMPUR Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan akan dilaksanakan di empat kawasan Felda di Maran Pahang bagi mengawal penularan kes COVID 19 di semua lokaliti berkenaan Empat Felda berkenaan ialah Felda Jengka 1 Felda Jengka 2 Felda...
Sri Pahang Fc Merudum Awal Musim Peminat Syor Ubah Nama Lebih Garang Dan Bertenaga

Sri Pahang Fc Merudum Awal Musim Peminat Syor Ubah Nama Lebih Garang Dan Bertenaga

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 662 hits
KUANTAN Rata rata peminat bolasepak Pahang yang ditemui tidak gembira dengan situasi terkini Skuad Tok Gajah pada persaingan Liga Super musim ini Dua kekalahan berturut turut termasuk kalah 0 2 kepada Skuad Seladang Perak FC di Stadium Daru...
Saham Asia Merosot Pada Awal Perdagangan Pada Hari Rabu

Saham Asia Merosot Pada Awal Perdagangan Pada Hari Rabu

papar berkaitan - pada 26/2/2021 - jumlah : 216 hits
Saham di Asia Pasifik jatuh semasa awal perdagangan pada hari Rabu Semua saham utama jatuh kerana beberapa sebab Peserta pasaran mengharapkan pengawal selia terkemuka di rantau ini untuk mengkaji semula dasar monetari mereka yang sangat mud...
Selepas Tiga Jam Lebih 1500 Sudah Tandatangan Kempen Tamat Darurat

Selepas Tiga Jam Lebih 1500 Sudah Tandatangan Kempen Tamat Darurat

papar berkaitan - pada 13/3/2021 - jumlah : 305 hits
BORHAN AHMADSelepas dua jam kempen TamatDarurat dilancarkan lebih 1500 sudah menandatangani kempen itu Sehingga berita ini ditulis 1556 orang sudah menandatangani rayuan agar darurat di tamat melalui laman webnya tamatdarurat com Pengerusi ...
Tamat Dengan Kritikan Love Janjikan Plot Musim Kedua Akan Lebih Mengujakan

Tamat Dengan Kritikan Love Janjikan Plot Musim Kedua Akan Lebih Mengujakan

papar berkaitan - pada 15/3/2021 - jumlah : 369 hits
Selepas pelbagai debaran akhirnya musim pertama drama Love sudah pun melabuhkan siarannya kelmarin Sinopsis Drama ini membawa kisah 3 wanita menawan yang berada dalam linkungan usia 30 an 40 an dan 50 an Mereka semua melalui pelbagai dugaan...
Empat Buah Bangunan Lama Berusia Lebih 80 Tahun Musnah Dalam Kebakaran Di Jerantut

Empat Buah Bangunan Lama Berusia Lebih 80 Tahun Musnah Dalam Kebakaran Di Jerantut

papar berkaitan - pada 28/2/2021 - jumlah : 390 hits
JERANTUT Empat buah bangunan lama berusia lebih 80 tahun bandar ini musnah terbakar dalam kejadian kira kira pukul 3 00 petang ini Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jerantut Penolong Penguasa Bomba Mohamad Zulkifli Mohamad Zainal berkata tig...
Kerajaan Tebuk Atap Tg Hj Abdul Hadi Yakin Rakyat Mampu Nilai Kerajaan Mana Lebih Baik

Kerajaan Tebuk Atap Tg Hj Abdul Hadi Yakin Rakyat Mampu Nilai Kerajaan Mana Lebih Baik

papar berkaitan - pada 8/3/2021 - jumlah : 316 hits
Setelah setahun pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yakin rakyat boleh menilai kerajaan yang mana mempunyai prestasi pemerintahan lebih baik Beliau percaya rakyat sendiri mengetahui rekod PN sela...
Sik Polis Tahan 2 Lelaki Thailand Miliki Ganja Mampat Lebih Rm100 000

Sik Polis Tahan 2 Lelaki Thailand Miliki Ganja Mampat Lebih Rm100 000

papar berkaitan - pada 8/3/2021 - jumlah : 404 hits
Dua lelaki Thailand ditahan bersama 42 ketul ganja mampat bernnilai lebih RM100 000 dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Charuk Tenang dekat Sik pada Sabtu malam Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kedah Asisten Komisioner Mohd Tauf...
Bomba Teruskan Operasi Padam Kebakaran Hutan Simpan Jalan Genting

Kawaguchi Facing Charges Over Unpaid Worker Wages Says Source

Masak Ayam Paprik Tapi Rasa Macam Chef Thai Yang Buat Serius Padu

Psm The More You Suppress The More Will Turun

Kuala Selangor Catat Ipu Tidak Sihat

Retaining Top Talent For Businesses

Kenapa Saya Kembali Pilih Billplz Untuk Bisnes Kecil Ngo

Hebahan Pendaftaran Anak Merdeka Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Huawei Pura 80 Series Lands In Malaysia With Next Gen Camera Capabilities And Iconic Style

Nilai Rm100 Kita Berbeza

Realme 14 5g Peranti Permainan Mantap Bawah Rm1300

Himpunan Turun Anwar Sekadar Hiburan

Where Is Pamela Ling Dap Mp Calls For Answers In Dewan Rakyat

Sarawakian Ngo Need To Clear Health Confusion Of Malaysians Associating Palm Oil With High Cholesterol