Sprm Tamatkan Siasatan Kes Farhash Azam Baki


SPRM Tamatkan Siasatan Kes Farhash – Azam Baki
PUTRAJAYA, 9 Sept (Bernama) — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengesahkan tiada sebarang aktiviti eksplorasi mineral dijalankan di Sabah oleh syarikat yang dikaitkan dengan Datuk Seri Farhash Wafa Salvador seperti yang didakwa sebelum ini.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata siasatan pihaknya mendapati syarikat itu tidak pernah memohon tanah daripada Kerajaan Negeri Sabah, sebaliknya hanya mengemukakan permohonan untuk eksplorasi mineral kepada Sabah Mineral Management Sdn Bhd (SMM).
Bercakap dalam sidang media berhubung perkembangan kes SPRM di sini hari ini, Azam berkata permohonan berkenaan hanya kebenaran bersyarat yang diberikan SMM pada Mac 2023, dan bukan kelulusan daripada kerajaan Sabah atau Exco Negeri Sabah.
“Syarikat beliau (Farhash) dikatakan telah menerima kelulusan daripada kerajaan negeri untuk meneroka mineral di Sabah. Siasatan telah dijalankan dan saya memaklumkan bahawa tiada permohonan tanah yang dikemukakan.
“Yang ada permohonan untuk eksplorasi mineral kepada SMM. Pada mulanya SMM telah membenarkan eksplorasi ini secara bersyarat pada Mac 2023 dan syarikat itu perlu mengemukakan dokumen tertentu bagi sebarang kebenaran (sebelum) eksplorasi berkenaan,” katanya.
Bagaimanapun, Azam berkata oleh kerana syarikat itu gagal mengemukakan dokumen yang diperlukan, permohonan itu dibatalkan pada 21 Mac lepas.
“Jadi sebenarnya tidak ada apa-apa eksplorasi yang telah dijalankan kerana kerana (syarikat) tidak membekalkan dokumen berkenaan,” kata Azam. Beliau turut mengesahkan siasatan telah berjalan dengan memanggil semua yang terlibat untuk memberi keterangan termasuk daripada SMM dan kerajaan negeri, serta siasatan turut mendapati tiada isu “governans” dalam kes berkenaan.
“Akhirnya Timbalan Pendakwa Raya (TPR) memutuskan tiada kes jenayah yang boleh dikenakan kepada mana-mana pihak, iaitu sama ada di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 ataupun di bawah Kanun Keseksaan atau mana-mana lain. Maka kes ini telah pun ditutup,” katanya.
Dalam perkembangan lain, iaitu berhubung kes rasuah berkait skandal perlombongan Sabah, Azam memaklumkan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah bersama Datuk Albert Tei telah dituduh di mahkamah sebelum ini (pada Jun).
“Dan selebihnya enam ADUN itu masih belum ada keputusan daripada TPR,” katanya.
Media sebelum ini melaporkan lapan ADUN didakwa terlibat dalam kes rasuah itu, bagaimanapun hanya dua ADUN yang dituduh di mahkamah setakat ini.
BACA: Kes Ismail Sabri: Wang Tunai Hampir RM170 Juta Disita Kini Hak Milik Kerajaan – Azam Baki
Sumber: BERNAMA
The post SPRM Tamatkan Siasatan Kes Farhash – Azam Baki appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/09/09/sprm-tamatkan-siasatan-kes-farhash-azam-baki/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Siasatan Terhadap Tun Dr Mahathir Masih Berjalan Azam Baki

Siasatan Terhadap Tun Dr Mahathir Masih Berjalan Azam Baki

papar berkaitan - pada 9/9/2025 - jumlah : 643 hits
Siasatan Terhadap Tun Dr Mahathir Masih Berjalan Azam Baki PUTRAJAYA 9 Sept Siasatan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad masih berjalan dengan tumpuan kini diberikan kepada aset yang dipercayai dimiliki beliau di United Kingdom kata Ketua Pesu...
Siasatan Aset Dr Mahathir Di Uk Menjadi Tumpuan Sprm

Siasatan Aset Dr Mahathir Di Uk Menjadi Tumpuan Sprm

papar berkaitan - pada 9/9/2025 - jumlah : 721 hits
BernamaPUTRAJAYA Siasatan terhadap Dr Mahathir Mohamad masih berjalan dengan tumpuan kini diberikan kepada aset yang dipercayai dimiliki beliau di United Kingdom kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Azam Baki Beliau...
Kpm Jalan Siasatan Dalaman Teliti Kes Pelajar Jatuh Asrama Sekolah Fadhlina

Kpm Jalan Siasatan Dalaman Teliti Kes Pelajar Jatuh Asrama Sekolah Fadhlina

papar berkaitan - pada 27/8/2025 - jumlah : 855 hits
KPM Jalan Siasatan Dalaman Teliti Kes Pelajar Jatuh Asrama Sekolah Fadhlina KUALA LUMPUR 26 Ogos Kementerian Pendidikan telah memulakan proses siasatan dalaman bagi meneliti semua aspek pematuhan prosedur operasi standard di sebuah sekolah ...
Sprm Jalin Kerjasama Dengan Pihak Berkuasa Uk Berhubung Siasatan Aset Dr Mahathir Keluarga

Sprm Jalin Kerjasama Dengan Pihak Berkuasa Uk Berhubung Siasatan Aset Dr Mahathir Keluarga

papar berkaitan - pada 10/9/2025 - jumlah : 1211 hits
SPRM Jalin Kerjasama Dengan Pihak Berkuasa UK Berhubung Siasatan Aset Dr Mahathir Keluarga PUTRAJAYA 9 Sept Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menjalin kerjasama dengan pihak berkuasa United Kingdom berhubung siasatan aset Tun Dr Mahath...
Keluarga Kadet Tldm Mahu Pasukan Khas Polis Siasat Kes Kematian

Keluarga Kadet Tldm Mahu Pasukan Khas Polis Siasat Kes Kematian

papar berkaitan - pada 1/9/2025 - jumlah : 1279 hits
Keluarga J Soosaimanicckam tuntut siasatan dibuat pasukan khas Bukit Aman seperti dalam kes Zara Qairina Mahathir Charles Joseph bersama bapa S Joseph hadir pada Himpunan Merdeka Gelap untuk menuntut keadilan kematian J Soosaimanicckam keti...
Jangan Percaya Sangat Mona Din Ini Dengar Boleh Pendedahan Eksklusif Kes Zara Plot Twist Secara Rahsia Dibongkar Just

Jangan Percaya Sangat Mona Din Ini Dengar Boleh Pendedahan Eksklusif Kes Zara Plot Twist Secara Rahsia Dibongkar Just

papar berkaitan - pada 1/9/2025 - jumlah : 1461 hits
Pakatan Rahsia Plot Twist burukkan Arwah Zara Qairina Pendedahan panas oleh Mona Din membongkar siri sesi tertutup bersama influencers TikTokers dan media di Sabah yang kononnya bertujuan membersihkan nama sekolah dalam kes tragis arwah Zar...
Lelaki 46 Tahun Tahanan Kes Curi Motosikal Maut Dalam Lokap

Lelaki 46 Tahun Tahanan Kes Curi Motosikal Maut Dalam Lokap

papar berkaitan - pada 31/8/2025 - jumlah : 1809 hits
Ahmad Hasbiam hmetro com mySeremban Seorang lelaki yang berada dalam tahanan reman di lokap Balai Polis Seremban 2 di sini meninggal dunia jam 6 30 petang semalam Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata lelaki tempatan berus...
Program Makan Bergizi Gratis Antara Cita Cita Realita Dan Tantangan

Audio Hadi Namakan Hamzah Calon Pm Pas Berteka Teki

Top 3 Reksadana Pasar Uang Per September 2025 Ini

Pemberian Kerakyatan Pemain Warisan Tak Ikut Syarat Peguam

Video Panggil Sayang Amp Wife Pada Bff Tular Gadis Tampil Jelaskan Hubungan Sebenar Keluarga Pun Tahu

Whatsapp Kak Ardel Tak Function Tak Boleh Guna Nadzmi Adhwa Kongsi Perkembangan Terkini Isteri

666 1 000 Alot666 Top 96 By Shellie Alot666 Alott Site 7 October 2025

Recon Pr 2 0 Perhumas Muda Jakarta Raya Dorong Generasi Muda Jadi Pemimpin Narasi Di Era Polarisasi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Camaraderie Oleh Hands Percussion Irama Persahabatan Dan Legasi Seni Malaysia

The Ai Pop Alchemy How Artificial Intelligence Is Remixing Pop Music In 2025

Gsf Semua Peserta Ditahan Termasuk Rakyat Malaysia Diyakini Selamat Kp Sncc

Proton E Mas 5 Boleh Mula Ditempah Bermula 4 Oktober Ini

Malaysia Retains Tier 2 Ranking In Us Human Trafficking Report

Star Expected To Quit Grs After Seat Sharing Dispute