Sprm Jalin Kerjasama Dengan Pihak Berkuasa Uk Berhubung Siasatan Aset Dr Mahathir Keluarga


SPRM Jalin Kerjasama Dengan Pihak Berkuasa UK Berhubung Siasatan Aset Dr Mahathir, Keluarga
PUTRAJAYA, 9 Sept (Bernama) — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalin kerjasama dengan pihak berkuasa United Kingdom (UK) berhubung siasatan aset Tun Dr Mahathir Mohamad, keluarga dan individu berkaitan di luar negara.
Menurut sumber, SPRM sebelum ini telah beberapa kali mengadakan perjumpaan dengan International Anti-Corruption Coordination Centre (IACCC), Unit di bawah Agensi Jenayah Kebangsaan (NCA) yang berpusat di London berkaitan kes ini.
“SPRM sedang menunggu senarai aset rasmi daripada pihak berkuasa UK melibatkan negara Kanada, Switzerland, Jepun dan UK.
“Setelah maklumat lengkap diperolehi, SPRM akan memulakan proses perundangan bagi tindakan sitaan dan melucut hak aset yang dikenal pasti, sebagaimana yang telah dilakukan dalam kes melibatkan Tun Daim Zainuddin sebelum ini,” menurut sumber.
Malaysia, diterajui SPRM dan UK telah memeterai Perjanjian Bantuan Perundangan Bersama (MLA) melalui kerjasama dengan NCA United Kingdom pada Disember 2024.
Sementara itu, sumber turut menyatakan usaha mengesan dan memulangkan aset yang dipercayai diselewengkan bukanlah perkara mudah dan ia mengambil masa panjang.
“Ia memakan waktu yang lama kerana membabitkan instrumen perundangan antarabangsa serta kerjasama pelbagai pihak berkuasa luar negara. “Namun siasatan akan diteruskan secara telus demi memastikan segala aset yang diperolehi secara haram dapat dipulangkan kepada negara,” kata sumber.
Setakat ini, SPRM telah memanggil dua anak bekas Perdana Menteri itu untuk mengisytiharkan aset-aset yang dimiliki di dalam dan luar negara.
Ia selaras siasatan dilaksana menerusi siasatan di bawah Akta SPRM 2009 (Akta 694) serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).
Hari ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata siasatan terhadap Dr Mahathir masih berjalan dengan tumpuan kini diberikan kepada aset yang dipercayai dimiliki beliau di UK.
Sebelum ini, Azam pada April 2024 dilaporkan berkata bekas perdana menteri itu antara individu yang disiasat berhubung isu pengisytiharan harta.
Susulan penyiasatan itu, kedua-dua anak beliau diberi notis untuk mengisytiharkan harta dalam tempoh yang dinyatakan notis di bawah Seksyen 36 Akta SPRM 2009.
Pada 21 Jan lepas, dilaporkan menurut pengisytiharan harta yang dikemukakan kepada SPRM, Tan Sri Mokhzani Mahathir memiliki aset bernilai kira-kira RM1 bilion, manakala Mirzan Mahathir sebanyak RM246.2 juta.
Sumber: Bernama
The post SPRM Jalin Kerjasama Dengan Pihak Berkuasa UK Berhubung Siasatan Aset Dr Mahathir, Keluarga appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/09/10/sprm-jalin-kerjasama-dengan-pihak-berkuasa-uk-berhubung-siasatan-aset-dr-mahathir-keluarga/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Siasatan Aset Dr Mahathir Di Uk Menjadi Tumpuan Sprm

Siasatan Aset Dr Mahathir Di Uk Menjadi Tumpuan Sprm

papar berkaitan - pada 9/9/2025 - jumlah : 772 hits
BernamaPUTRAJAYA Siasatan terhadap Dr Mahathir Mohamad masih berjalan dengan tumpuan kini diberikan kepada aset yang dipercayai dimiliki beliau di United Kingdom kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Azam Baki Beliau...
Mcmc Teruskan Siasatan Dakwaan Libatkan Ahli Parlimen Pagoh Berhubung Subsidi Ron95

Mcmc Teruskan Siasatan Dakwaan Libatkan Ahli Parlimen Pagoh Berhubung Subsidi Ron95

papar berkaitan - pada 9/9/2025 - jumlah : 1467 hits
MCMC Teruskan Siasatan Dakwaan Libatkan Ahli Parlimen Pagoh Berhubung Subsidi RON95 CYBERJAYA 9 Sept Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia masih meneruskan siasatan berhubung dakwaan yang dikaitkan dengan Ahli Parlimen Pagoh mengen...
Pihak Berkuasa Sita Ular Sawa Batik Dalam Simpanan Individu

Pihak Berkuasa Sita Ular Sawa Batik Dalam Simpanan Individu

papar berkaitan - pada 29/8/2025 - jumlah : 580 hits
Hafidzul Hilmi Mohd Noorhafidzul hmetro com myULAR sawa batik yang dirampas pihak berkuasa FOTO Ihsan Polis Kuala Lumpur Polis menerusi Cawangan Risik Pasukan Simpanan Persekutuan Bukit Aman bersama Jabatan Perhilitan Negeri Selangor menyit...
Sprm Tamatkan Siasatan Kes Farhash Azam Baki

Sprm Tamatkan Siasatan Kes Farhash Azam Baki

papar berkaitan - pada 9/9/2025 - jumlah : 617 hits
SPRM Tamatkan Siasatan Kes Farhash Azam Baki PUTRAJAYA 9 Sept Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini mengesahkan tiada sebarang aktiviti eksplorasi mineral dijalankan di Sabah oleh syarikat yang dikaitkan dengan Datuk Seri Farhash ...
Siasatan Terhadap Tun Dr Mahathir Masih Berjalan Azam Baki

Siasatan Terhadap Tun Dr Mahathir Masih Berjalan Azam Baki

papar berkaitan - pada 9/9/2025 - jumlah : 756 hits
Siasatan Terhadap Tun Dr Mahathir Masih Berjalan Azam Baki PUTRAJAYA 9 Sept Siasatan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad masih berjalan dengan tumpuan kini diberikan kepada aset yang dipercayai dimiliki beliau di United Kingdom kata Ketua Pesu...
Ajib Kumar Tinggal Lebih 25 Tahun Di Malaysia Cari Makan Untuk Keluarga Di Bangladesh

Ajib Kumar Tinggal Lebih 25 Tahun Di Malaysia Cari Makan Untuk Keluarga Di Bangladesh

papar berkaitan - pada 16/9/2025 - jumlah : 3687 hits
Taman Perumahan tempat saya tinggal sekarang mula dibina nbsp pada awal tahun 90 an Kalau lihat dalam senarai hartanah di sekitar tempat itu ia sudah berusia nbsp lebih kurang 35 tahun Tapi saya bukan pembeli pertama rumah yang saya duduk s...
Lebih 1 100 Keluarga Hilang Tempat Tinggal Selepas Kebakaran Besar Landa Manila

Lebih 1 100 Keluarga Hilang Tempat Tinggal Selepas Kebakaran Besar Landa Manila

papar berkaitan - pada 16/9/2025 - jumlah : 2288 hits
Lebih 1 100 Keluarga Hilang Tempat Tinggal Selepas Kebakaran Besar Landa Manila MANILA Lebih 1 100 keluarga terjejas selepas satu kebakaran besar melanda di kawasan setinggan penduduk di daerah Tondo Manila pada malam Sabtu lapor Gulf News ...
Serang Keluarga Lelaki Maut Selepas Mengamuk

Serang Keluarga Lelaki Maut Selepas Mengamuk

papar berkaitan - pada 12/9/2025 - jumlah : 2252 hits
Zuhainy Zulkiffliam hmetro com myGeorgetown Tindakan ahli keluarga cuba menenangkan lelaki dipercayai orang kurang upaya berakhir tragedi apabila dia rebah dan meninggal dunia di rumah mereka di Gelugor di sini hari ini Lelaki berusia 48 ta...
Menjamu Selara Makan Petang Di Sufian Cafe One Borneo Kota Kinabalu Sabah

Aktiviti The 3rd Malaysia International Muslim Food Culture Tourism Festival Ppim 25 12 2025

As Tingkatkan Tekanan Ke Atas Venezuela Operasi Ketiga Menjadi Perhatian Dunia

Krismas Hidup Dalam Jiwa Saya Tiada Siapa Mampu Merampasnya Deanna Yusof Jelaskan Sebab Masih Raikan Hari Natal

Thaipusam Hari Wilayah 2026 2 Hari Cuti Gantian Untuk Pekerja Wilayah Persekutuan

Carta Kedudukan Akhir Kumpulan B Kejuaraan Futsal B 19 Asean 2025

Berkawan Dengan Aku Cukup Dengan Kejujuran

Bahaya Rokok Kepada Kesihatan Dan Kes


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kuih Penyaram Rasa Yang Selalu Bawa Aku Terbang Ke Kota Kinabalu Sabah

The Sanctuary Of Resilience A Tribute To Nature S Giants

Kecoh Di Nilai Letupan Peranti Berbahaya Goncang Ketenangan

Dayana Roza Sah Bercerai Talak Satu Fokus Hidup Baharu Demi Anak Amp Kerjaya

Hiburan Risteena Buka Mulut Dakwaan Rumah Tangga Bersama Isa Khan Sedang Bergolak Cerai Bukan Perkara Main Main

Cara Tambah Income Bulanan Strategi Praktikal Untuk Jana Pendapatan Automatik