Sprm Panggil 20 Saksi Bantu Siasat Kes Spanco




 
Seramai 20 orang saksi telah dipanggil bagi membantu siasatan terhadap Spanco Sdn Bhd iaitu sebuah syarikat pemegang konsesi membekal dan menyelenggara kenderaan kerajaan, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.





Beliau berkata, anggota pentadbiran negara sebelum ini yang terlibat dalam memberikan kontrak kepada syarikat itu mungkin dipanggil sekiranya diperlukan.





"Kita akan panggil sesiapa sahaja, malah pembuat keputusan pada masa itu yang memutuskan untuk menganugerahkan projek itu kepada Spanco. Sejarah di sebalik bagaimana syarikat itu dianugerahkan dengan kontrak itu merupakan satu daripada perkara dalam siasatan kami.





"Tidak kisah mereka siapa pun, jika ada keperluan, kita akan panggil mereka," kata Tan Sri Azam Baki kepada pemberita selepas program Cakna Rasuah: SPRM bersama media Sarawak hari ini, lapor Bernama.





Azam bagaimanapun berkata siasatan terhadap Spanco tidak akan memberi kesan kepada kontrak sedia ada syarikat itu untuk membekal dan menyelenggara kenderaan kerajaan.





"Fokus siasatan kita akan melihat kepada dua aspek iaitu pertikaian pembatalan kontrak LOI (surat hasrat) dan juga bagaimana syarikat tersebut boleh mendapat kontrak itu sebelum ini. Kontrak sedia ada (untuk membekal dan menyelenggara kenderaan kerajaan) masih on, siasatan tidak akan membatalkan kontrak," katanya.





Semalam ketika berucap dalam perhimpunan kakitangan Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan dilaporkan berkata isu melibatkan kontrak kepada Spanco hanya merugikan negara.





Untuk rekod sejak 1993, Spanco memegang konsesi membekal dan menyelenggara kenderaan kerajaan namun apabila kontrak tamat pada 2019, tender terbuka telah dilancarkan untuk penganugerahan kontrak seterusnya.





Berjaya Group dan Naza Sdn Bhd membentuk konsesi dan memperoleh kontrak itu melalui surat hasrat (LOI) pada tahun tersebut.





Namun LOI ditamatkan pada 2020 dan tender dianugerahkan kepada Spanco.





Pada Julai tahun lalu, pengasas Berjaya Tan Sri Vincent Tan menfailkan saman terhadap Kementerian Kewangan dan Spanco berhubung LOI yang ditamatkan dan mendakwa kontrak itu dianugerahkan kepada Spanco walaupun harga yang ditawarkan syarikat berkenaan lebih tinggi.

 






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/02/sprm-panggil-20-saksi-bantu-siasat-kes.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saksi Paling Dinanti Nantikan Dalam Kes 1mdb Bakal Beri Keterangan Minggu Depan

Saksi Paling Dinanti Nantikan Dalam Kes 1mdb Bakal Beri Keterangan Minggu Depan

papar berkaitan - pada 6/2/2024 - jumlah : 370 hits
SITI NUR ZAWANIJasmine Loo Ai Swan saksi yang paling dinanti nantikan dalam perbicaraan rasuah Datuk Seri Najib Razak membabitkan penyelewengan RM2 3 bilion dana 1MDB dijangka memberi keterangan minggu depan Bekas peguam 1Malaysia Developme...
Pm Menteri Kewangan Terbabit Akan Dipanggil Kes Spanco

Pm Menteri Kewangan Terbabit Akan Dipanggil Kes Spanco

papar berkaitan - pada 7/2/2024 - jumlah : 332 hits
HarapandailySuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan memanggil semua yang terbabit dalam membuat keputusan penganugerahan kontrak perolehan syarikat membekal dan menguruskan kenderaan kerajaan Spanco Sdn Bhd sejak syarikat itu beroperasi...
Sprm Sahkan Siasat 6 Kesalahan Semasa Pemerintahan Beliau

Sprm Sahkan Siasat 6 Kesalahan Semasa Pemerintahan Beliau

papar berkaitan - pada 25/1/2024 - jumlah : 207 hits
BPR buka 6 kertas siasatan dibuat di zaman Mahathir memerintah 12 Ogos 2002 MahathirCuak
Sprm Siasat Satu Lagi Amanah Berkait Daim Bernilai Ratusan Juta

Sprm Siasat Satu Lagi Amanah Berkait Daim Bernilai Ratusan Juta

papar berkaitan - pada 26/1/2024 - jumlah : 233 hits
Hariz MohdSatu lagi dana amanah luar pesisir yang ditubuhkan atas nama isteri dan dua anak Daim Zainuddin sedang dalam penelitian pasukan penyiasat anti rasuah negara Ini selepas dokumen bocor baru baru ini mendedahkan ahli keluarga bekas m...
Kelantan Polis Siasat Kes Gangguan Seksual Didakwa Babit Pegawai Kanan Agensi Kerajaan

Kelantan Polis Siasat Kes Gangguan Seksual Didakwa Babit Pegawai Kanan Agensi Kerajaan

papar berkaitan - pada 27/1/2024 - jumlah : 365 hits
Sharifah Mahsinah Abdullahnews nst com myKOTA BARU Polis telah membuka satu kertas siasatan kes gangguan seksual didakwa membabitkan seorang pegawai kanan sebuah agensi kerajaan di Kelantan Laporan berhubung kes itu dibuat oleh seorang lela...
Daim Mungkin Ada Aset Lain Perlu Disoal Siasat Sekali Lagi Sprm

Daim Mungkin Ada Aset Lain Perlu Disoal Siasat Sekali Lagi Sprm

papar berkaitan - pada 9/2/2024 - jumlah : 251 hits
HarapandailyMantan menteri kewangan Tun Daim Zainuddin mengkin akan dipanggil sekali lagi ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kerana SPRM mengesyaki Daim masih mempunyai aset yang belum diisytiharkan Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Aza...
Kes Bekas Setpol Menteri 2 Saksi Didakwa Kerana Beri Keterangan Bercanggah

Kes Bekas Setpol Menteri 2 Saksi Didakwa Kerana Beri Keterangan Bercanggah

papar berkaitan - pada 3/2/2024 - jumlah : 263 hits
BernamaAhmad Hisham Mohd Tajuddin dan Zainudin Abdul Majid didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan memberi keterangan bercanggah dalam perbicaraan kes rasuah bekas setiausaha politik kepada Mohamad Sabu KUALA LUMPUR Dua saksi u...
Polis Siasat Kes Taib Mahmud Dibawa Keluar Hospital

Polis Siasat Kes Taib Mahmud Dibawa Keluar Hospital

papar berkaitan - pada 6/2/2024 - jumlah : 311 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Polis menjalankan siasatan berhubung isu tular bekas Yang di Pertua Sarawak Abdul Taib Mahmud dibawa keluar dari sebuah hospital Pesuruhjaya Polis Sarawak Mancha Ata berkata kes disiasat bawah Seksyen 336 kanun Ke...
Kes Mahkmah Syariah Keputusannya

Kes Mahkmah Syariah Keputusannya

papar berkaitan - pada 9/2/2024 - jumlah : 296 hits
Che IbrahimSepanjang ingatan ambo kecuali Seksyen 36 semua seksyen yang dibatalkan oleh Mahkamah Persekutuan hari ini hampir tidak pernah ada pendakwaan atau pelakunya telah didakwa di Mahkamah Syariah Seksyen 36 pun jarang sangat itu pun k...
Kecik Kecik Tapi Bau Power

Barisan Nasional Yakin Dapat Rampas Kembali Sabah Berdasarkan 45 Kerusi Yang Ditandingi Dalam Pilihan Raya Negeri Ke 17

Blok B2 Geng Hantu Multi Kaum

Persiapan Skuad Malayan Tigress Langkah Pertama Menuju Kejohanan Antara Bangsa

Evening Sky Residence Scott I Edwards Architecture United States

Intraocular Lens Iol Surgery Mata Kiri

Musim Banjir Ni Bukan Air Je Naik Dia Pun Datang Sekali

Besi Coupling Shaft Melayang Dari Lori Tembusi Kereta Warga Emas Maut


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bawang Goreng

How Licenselounge24 De Helps Small Businesses Choose The Right Windows Setup

Sampah Di Birmingham Krisis Pengurusan Dan Solusi Yang Diperlukan

Spm Tidak Ditangguh Meskipun Banjir Ops Payung Diaktifkan

Colombia Bikin Geger Rampasan Kokain Besar Besaran Oleh Pihak Berkuasa

Punca Bil Melambung 4 Masalah Ini Jadi Punca Aircond Makan Lebih Tenaga Elektrik