Sprm Mendahului Mahkamah Bertindak Unilateral Dan Berpilih Jelas Diperalat Jadi Political Tool




Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata seharusnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menunggu sehingga pihak mahkamah membuat keputusan yang muktamad tetapi sebaliknya mereka bertindak unilateral dengan memilih membuat tekanan dan intimidasi berbaur politik.
Bidasnya, tindakan berpilih sangat menjejaskan integriti SPRM itu sendiri.
“Difahamkan, kini menjadi satu pendekatan kepada SPRM untuk bertindak secara berpilih dan berbaur politik dengan motif membantu Pakatan Harapan (PH) dalam perang persepsi terhadap UMNO, PAS dan pembangkang yang lain.
“Dikatakan juga pendakwaan atas kes-kes yang sudah ditutup, yang samar, yang lemah kiranya ia melibatkan pemimpin pembangkang yang enggan melompat atau menyokong kepimpinan kerajaan sedang diatur,” katanya dalam satu catatan di Facebook miliknya.
Annuar berkata demikian ketika mengulas mengenai lebih dari 40 Bahagian-bahagian UMNO, sayap dan individu parti telah menerima notis tawaran kompaun dua setengah kali ganda jumlah terima yang disampaikan SPRM atas arahan Ketua Pesuruhjayanya, Latheefa Koya.
Dilaporkan, mereka terbabit diberi tempoh 14 hari untuk membuat bayaran kepada SPRM atas dasar SPRM yang berpendirian bahawa wang yang penama pernah terima daripada Presiden UMNO ketika itu Datuk Seri Najib Razak (DSNR) adalah wang milik 1MDB.
“Hal ini menimbulkan tanda tanya tentang integriti pihak badan penyiasat kerana bagaimana pihak yang menyiasat boleh mendahului mahkamah.
“Belum ada satu mahkamah pun yang memutuskan bahawa wang akaun DSNR itu wang 1MDB.
“Malah dalam perbicaraan yang sedang berjalan pun kita dengar pengakuan dan pengesahan bahawa wang dalam akaun tersebut datangnya antara lain dari Kementerian Kewangan Kerajaan Arab Saudi dan juga dari Sumbangan Putera Turki Raja Abdul Aziz,” jelasnya.
Tambah Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh, terdapat juga maklumat yang mengatakan sejumlah besar dari dana dalam akaun itu dikembalikan kepada sumber asal.
“Jadi bagaimana mungkin dana yang UMNO Bahagian dan lain-lain terima dikatakan datang dari 1MDB.
“Malah sewaktu dana diterima sekitar 2012 dan 2013 istilah 1MDB jarang disebut dan tidak diketahui kewujudannya oleh penerima yang kebanyakannya memohon bantuan dari presiden parti,” katanya.
Justeru itu tegasnya, pendekatan SPRM telah meletakkan mereka ada imej yang paling rendah pada masa ini, di bawah PH.
“SPRM dilihat menjadi ‘political tool’ dan sedang diperalatkan.
“Ini pastinya menambah buruknya wibawa kerajaan PH itu sendiri,” bidasnya. – UMNO ONLINE




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/10/10/sprm-mendahului-mahkamah-bertindak-unilateral-dan-berpilih-jelas-diperalat-jadi-political-tool/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sprm Keluar Notis Minta Wang 1mdb Dahului Mahkamah Shahrir

Sprm Keluar Notis Minta Wang 1mdb Dahului Mahkamah Shahrir

papar berkaitan - pada 9/10/2019 - jumlah : 856 hits
Shahrir Abdul Samad menempelak notis kompaun daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terhadap 80 individu dan syarikat yang dipercayai menerima jutaan ringgit daripada 1MDB Shahrir berkata tindakan SPRM menyenaraikannya sebagai sala...
Mahkamah Koroner Putuskan Kematian Adib Akibat Jenayah

Mahkamah Koroner Putuskan Kematian Adib Akibat Jenayah

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 447 hits
LANGSUNG Mahkamah Koroner menyampaikan keputusan inkues berhubung kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim
Hakim Tolak Rayuan Prosiding Kes Peguam Negara Hina Mahkamah Diteruskan Suara Tv

Hakim Tolak Rayuan Prosiding Kes Peguam Negara Hina Mahkamah Diteruskan Suara Tv

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 447 hits
SHAH ALAM Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Peguam Negara Tommy Thomas menukar semula notis rayuan jenayah kepada rayuan sivil berhubung prosiding komital yang difailkan bapa anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim pada Ju...
Arwah Muhammad Adib Ditarik Keluar Dari Van Emrs Oleh Sekumpulan Individu Mahkamah Koroner

Arwah Muhammad Adib Ditarik Keluar Dari Van Emrs Oleh Sekumpulan Individu Mahkamah Koroner

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 424 hits
Mahkamah Koroner Rofiah Mohamad hari ini membuat keputusan bahawa kematian anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia Balai Subang Jaya Muhammad Adib Mohd Kasim adalah berpunca daripada tindakan jenayah sekumpulan individu yang tidak dikenali Ke...
Kpm Digesa Bertindak Isu Quot Tulis Semula Al Quran Quot Dan Quot Islam Tak Halang Homoseksual Quot

Kpm Digesa Bertindak Isu Quot Tulis Semula Al Quran Quot Dan Quot Islam Tak Halang Homoseksual Quot

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 338 hits
SHAH ALAM Presiden Peguam Peguam Muslim Malaysia Datuk Zainul Rijal Abu Bakar menggesa Kementerian Pendidikan mengambil tindakan terhadap penganjur Pertandingan Debat Piala Tun Razak 2019 dengan kadar segera sebagai satu bentuk pengajaran k...
Tiada Tarikh Jelas Tukar Pm Jejas Pelaburan Kata Kj

Tiada Tarikh Jelas Tukar Pm Jejas Pelaburan Kata Kj

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 313 hits
PARLIMEN Ketiadaan jangka masa khusus untuk Dr Mahathir Mohamad melepaskan jawatan perdana menteri kepada Anwar Ibrahim menimbulkan keraguan dalam kalangan pelabur tempatan dan asing kata Anggota Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin Abu Bakar ...
Polis Dan Ag Perlu Bertindak Ikut Undang Undang

Polis Dan Ag Perlu Bertindak Ikut Undang Undang

papar berkaitan - pada 28/9/2019 - jumlah : 273 hits
PAS berpuas hati dengan keputusan Inkues Kematian Allahyarham Muhammad Adib bin Mohd Kassim yang telah dibuat oleh Koroner Rofiah Mohamad hari ini iaitu kecederaan dan kematian Allahyarham adalah akibat daripada tindakan jenayah sekumpulan ...
Kematian Muhammad Adib Akibat Perbuatan Jenayah Mahkamah Koroner

Kematian Muhammad Adib Akibat Perbuatan Jenayah Mahkamah Koroner

papar berkaitan - pada 28/9/2019 - jumlah : 349 hits
SHAH ALAM Mahkamah Koroner di sini hari ini memutuskan punca kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim adalah akibat perbuatan jenayah oleh dua atau lebih individu yang tidak dikenali Koroner Rofiah Mohamad ketika membacakan keputusa...
Dividen Ltat 2 Rafizi Tak Nak Bawa Ke Mahkamah Ke

Dividen Ltat 2 Rafizi Tak Nak Bawa Ke Mahkamah Ke

papar berkaitan - pada 1/10/2019 - jumlah : 749 hits
LTAT pernah umum dividen dan bonus 12 untuk tahun 2015 akibat kejatuhan harga minyak dunia sebanyak 80 tahun itu iaitu paling teruk dalam sejarah dunia Masa itu orang dalam gambar ini tak puas hati dan nak ajak LTAT ke mahkamah demi menghas...
Yufid Kids Ada Untuk Anak Anak Kita Ayo Dukung Tim Yufid Kids

Konvokesyen Universiti Malaya Ke 65

Rightist Akmal Slammed For Politicising Uec Casting Unfounded Fear Of Uec A Threat To National Edu Policy

Kehebatan Efootball Mobile Hari Perlawanan 2 Di Fifae World Cup 2025

Erra Fazira Sah Bergelar Isteri Ezwan Zain Majlis Penuh Syahdu Di Rinjani Majestic

Suami Uruskan 95 Hal Kahwin Erra Fazira Kongsi Momen Indah Terkejut Terima 24 Keping Dinar Emas Di Hari Majlis

Resepi Masak Cuka Ikan Tenggiri

Smartphone Hotpicks On Lazada S 12 12 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Round Bazaar Sempena Konvokesyen Di Ukm Bangi Selangor

Pertandingan Masterchef Ksr 2025

Majlis Pernikahan Erra Fazira Dan Mr E

Najwa Latif Feat Akwa Arifin Tiga Chord

Cross Country Contenders 5 Custom Bmws We D Ride Coast To Coast

Thailand Kemboja Setuju Hentikan Semua Tembakan Berkuat Kuasa Petang Jumaat Trump