Tiada Tarikh Jelas Tukar Pm Jejas Pelaburan Kata Kj


Kow Gah Chie
   
PARLIMEN | Ketiadaan jangka masa khusus untuk Dr Mahathir Mohamad melepaskan jawatan perdana menteri kepada Anwar Ibrahim menimbulkan keraguan dalam kalangan pelabur tempatan dan asing, kata Anggota Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Jelas Khairy, hal itu menyebabkan pelabur berkira-kira untuk melabur dan mengembangkan perniagaan mereka di Malaysia.

Kata bekas menteri itu, keadaan yang dialami mendorong kadar pelaburan swasta pada separuh pertama tahun ii menurun 1.9 peratus.

“Mereka tidak melabur dalam sektor perkilangan, dalam peralatan, sebab tiada hala tuju yang jelas dari segi ekonomi dan wujud kerisauan politik,” katanya di Dewan Rakyat semasa membahaskan Belanjawan 2020 hari ini.

Walaupun pelabur bergurau mengenai isu itu, kata Khairy tetapi mereka tetap berasa bimbang.

“Saya nak sebut bahawa saya berjumpa dengan ramai pelabur antarabangsa, dan mereka sebut bahawa masalah peralihan kuasa ini bukan hanya masalah politik, bukan masalah bahan jenaka politik, tetapi masalah yang serius.

"Apabila tidak ada jangka masa yang jelas bila berlakunya peralihan kuasa ini, perniagaan tidak akan melabur.

“Ini adalah maklum balas yang saya terima daripada syarikat-syarikat tempatan dan pelabur luar negara yang mengatakan bahawa Malaysia unik, kerana keputusan untuk buat pelaburan itu namun banyak berkait keadaan politik yang timbul keraguan,” katanya.

Isu perubahan iklim Khairy yang sebelum ini pernah menjadi ketua Pemuda Umno menambah keadaan sekarang ini adalah petanda yang buruk.

Katanya apabila kadar pelaburan merudum ia bermakna perniagaan tidak dapat membuat pelaburan baru.

Sebagai langkah persediaan menghadapi pilihan raya umum (PRU), PH bersetuju melantik Dr Mahathir sebagai perdana menteri menggantikan Najib jika BN berjaya dikalahkan.

Asalnya PH mencalonkan Anwar. Namun keadaan Anwar yang ketika itu dipenjara mendorong mereka - yang menjadi pembangkang sebelum 9 Mei 2018 - menamakan Mahathir sebagai perdana menteri, manakala Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai timbalannya.
Mengikut perancangan, Mahathir kemudian akan menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Anwar, namun tiada masa yang khusus dinyatakan untuk proses peralihan tersebut.

Mahathir beberapa kali mengulangi kenyataan bahawa beliau akan melepaskan jawatan tersebut kepada Anwar.

Sementara itu, Khairy juga mengkritik Putrajaya kerana gagal menangani isu masalah perubahan iklim dalam Belanjawan 2020 dibentang pada 11 Okt lalu.

“Pada bulan September, satu dunia gegar dengan mogok iklim. Tiada sepatah pun daripada kerajaan PH tentang perubahan iklim,” katanya.

Menurut Khairy, Menteri Kewangan Lim Guan Eng ada menyebut mengenai bas elektrik namun tiada komitmen daripada kerajaan untuk menangani isu perubahan iklim atau alam sekitar.

“Tidak disebut pembersihan lautan, pemuliharaan terumbu karang dan macam-macam lagi dalam konteks perubahan iklim.

“Jadi saya risau apabila kita melihat remaja-remaja satu dunia mogok pada Sept lalu, membangkitkan isu perubahan iklim di PBB dan sebagainya, tetapi dalam ucapan yang kononnya kalis masa depan - yang ada disebut sekarang ini - tiada sepatah pun sebut mengenai perubahan iklim,” katanya



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/10/tiada-tarikh-jelas-tukar-pm-jejas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tun Mahathir Kata Sukar Tentukan Tarikh Peralihan Kuasa Pulak

Tun Mahathir Kata Sukar Tentukan Tarikh Peralihan Kuasa Pulak

papar berkaitan - pada 3/10/2019 - jumlah : 365 hits
Sebelum ini Tun Dr Mahathir Mohamad pernah menyatakan bahawa akan berundur selepas dua tahun memegang jawatan Perdana Menteri Kemudiannya Ketika sesi dialog anjuran Majlis Hubungan Luar di New York minggu lalu Dr Mahathir menegaskan beliau ...
Ini Kata Bmkg Maritim Soal Air Sungai Kapuas Yang Mendadak Jernih

Ini Kata Bmkg Maritim Soal Air Sungai Kapuas Yang Mendadak Jernih

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 355 hits
Air di Sungai Kapuas beberapa hari terakhir terpantau berwarna hijau dan jernih Padahal biasanya Sungai Kapuas airnya cenderung berwarna coklat dan keruh Masyarakat di sekitar Sungai Kapuas terlihat seolah menyambut fenomena ini dengan berm...
Hasil Jual Aset Khazanah Bukan Untuk Bayar Hutang Kerajaan Kata Azmin

Hasil Jual Aset Khazanah Bukan Untuk Bayar Hutang Kerajaan Kata Azmin

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 300 hits
Hasil jual aset Khazanah bukan untuk bayar hutang kerajaan kata Azmin Dikemas kini 26 minit yang lalu Diterbitkan pada 10 Oc
Bukan Ph Tapi Bn Yang Jual Tanah Kerajaan Kata Guan Eng

Bukan Ph Tapi Bn Yang Jual Tanah Kerajaan Kata Guan Eng

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 661 hits
Kementerian Kewangan menolak dakwaan sesetengah pemimpin pembangkang bahawa kerajaan di bawah pentadbiran Pakatan Harapan menjual tanah milik kerajaan kepada pihak tertentu Menterinya Lim Guan Eng sebaliknya berkata lebih RM4 bilion tanah k...
Umat Islam Perlu Ke Depan Pecah Benteng Perkauman Kata Anwar

Umat Islam Perlu Ke Depan Pecah Benteng Perkauman Kata Anwar

papar berkaitan - pada 11/10/2019 - jumlah : 296 hits
Umat Islam perlu ke depan pecah benteng perkauman kata Anwar Dikemas kini 2 jam yang lalu Diterbitkan pada 10 Oct 2019 11 3
Jangan Kata Tidak Dengan Anak Perempuan Dia Ingat Sampai Besar Penat Macam Mana Pun Kena Layan

Jangan Kata Tidak Dengan Anak Perempuan Dia Ingat Sampai Besar Penat Macam Mana Pun Kena Layan

papar berkaitan - pada 11/10/2019 - jumlah : 512 hits
Anak perempuan sememangnya sangat dekat dengan figura bergelar ayah Itu lumrah yang sememangnya diketahui sejak dulu Bukan hanya inginkan tempat bermanja bahkan ayah dianggap sebagai idola dalam hidup anak perempuan Ayah segalanya dalam hid...
Tak Boleh Dah Kata Quran Itu Kitab Suci Noran Zamini

Tak Boleh Dah Kata Quran Itu Kitab Suci Noran Zamini

papar berkaitan - pada 11/10/2019 - jumlah : 896 hits
Sejak kerajaan PH ambil alih kerajaan Malaysia pelbagai isu yang membimbangkan umat Islam muncul Ini antaranya Saksikan huraian dan penjelasannya
Antara Aktiviti Mingguan Kebun Bandar

Cara Dapatkan Bank Statement Cimb Bank Melalui Cimbclicks

Najib Razak Pemerkasaan Industri Rel

P2vvip P2vvips Com 9 2024 P2vvip 1 P2vvip Top 73 By Jermaine

Ufp 2 Fun 28 2024 5 Top 88 By Morgan

Di Balik Layar Dakwah Yufid

13 Habit Lelaki Yang Boleh Bawa Dia Jauh Ke Depan Dalam Diam Diam

8 Senarai Pempers Terbaik Di Malaysia Pada Tahun 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Saifuddin Advises Rafizi To Stick To Party Elections Rather Than Speculations

10 Malaysians Fined For Illegal Street Racing In Hatyai

Teen Runs Red Light Crashes Into Motorcyclist While Fleeing Police In Sungai Petani

Rafizi Ramli Protes Pemilihan Pkr Ini Yang Berlaku Sebenarnya

Sepak Takraw Piala Asia Penantian 34 Tahun Regu Berpasukan Berlarutan Thailand Tewaskan Malaysia 2 0

Hidung Mancung Jenis Hidung Cara Mancungkan Hidung