Sprm Kategorikan Rasuah Berdasarkan Akta Biaya Dana Politik


Bernama

Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah kini sedang menyiapkan draf akta pembiayaan politik sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah.

Seorang lelaki melalui hadapan bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Chocrane, Cheras di Kuala Lumpur. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengakui Akta Pembiayaan Dana Politik dapat dijadikan panduan kepada agensi itu untuk membezakan antara dana politik dengan sumbangan kepada parti atau ahli politik yang boleh dikategorikan sebagai rasuah.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata ketika ini negara tidak mempunyai undang-undang khusus berhubung pembiayaan dana politik namun Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah (GIACC) kini sedang menyiapkan draf undang-undang itu sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR).
“GIACC sudah siapkan draf undang-undang dana politik baru-baru ini yang saya juga terlibat dalam perbincangan…skop-skop tertentu telah ditetapkan antaranya parti politik perlu melaporkan dan mengisytiharkan sebarang penerimaan dana daripada mana-mana pihak.
“Selain itu, menubuhkan satu regulator atau comptroller untuk mengawal selia dana politik kepada mana-mana pihak dalam parti politik di negara ini,” katanya dalam wawancara khas secara maya baru-baru ini sempena Sambutan Ulang Tahun BPR/SPRM Ke-54 yang disambut semalam.
Azam berkata sudah tiba masanya ahli politik bersetuju dalam melaksanakan undang-undang ini, contohnya dana politik untuk pilihan raya perlu dikawal atau tidak seperti yang berlaku di Amerika Syarikat yang membenarkan pembiayaan dana politk diberikan kepada parti tertentu dengan mengisytiharkan pemberi dana tersebut.
Azam berkata ahli-ahli politik perlu menyokong pelaksanaan akta ini bagi membuktikan mereka bersih dan bebas daripada sebarang perlakuan rasuah atau salah guna kuasa, pada masa yang sama membuktikan kepada rakyat kepimpinan telus dan berintegriti.
Beliau mengakui SPRM sukar untuk membezakan pemberian dana politik dengan rasuah namun apabila menerima laporan berhubung seorang ahli politik menerima dana, SPRM akan menjalankan siasatan dan mengklasifikasikannya sebagai kes rasuah.
Pada Oktober 2019, kerajaan dijangka membentangkan Rang Undang-Undang Pembiayaan Dana Politik pada sesi Parlimen tahun seterusnya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika itu, Liew Vui Keong menjelaskan, penyediaan rang undang-undang berkenaan akan memfokuskan aspek mengawal selia sumbangan politik dalam usaha kerajaan membentuk ekosistem negara yang bebas rasuah pada masa akan datang.
Sementara itu, mengulas mengenai cadangan mewujudkan Suruhanjaya Perkhidmatan Pencegahan Rasuah, Azam berkata perkara tersebut telah dikemukakan kepada JKMR bagi menjadikan agensi itu lebih bebas.
Azam berkata dua cadangan yang dikemukakan iaitu pelantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM dibuat melalui Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang serta mewujudkan suruhanjaya perkhidmatan tersendiri.
“Apabila kita ada suruhanjaya perkhidmatan sendiri, kita boleh mencorakkan pentadbiran daripada segi pengambilan dan penamatan kakitangan dan pegawai tanpa dibentuk di bawah satu suruhanjaya yang umum seperti sekarang,” katanya.
Ketika ini, urusan pengambilan atau penamatan perkhidmatan kakitangan dan pegawai SPRM di bawah seliaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/10/sprm-kategorikan-rasuah-berdasarkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Parlimen Ahmad Maslan Cadang Gubal Akta Dana Politik

Parlimen Ahmad Maslan Cadang Gubal Akta Dana Politik

papar berkaitan - pada 30/9/2021 - jumlah : 192 hits
Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan mencadangkan kerajaan untuk mewujudkan Akta Dana Politik dengan segara kerana menyifatkan dirinya menjadi sendiri menjadi mangsa SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub ...
Sprm Dedah Pakatan Rasuah Kartel Dengan Pegawai Jabatan Perolehan

Sprm Dedah Pakatan Rasuah Kartel Dengan Pegawai Jabatan Perolehan

papar berkaitan - pada 1/10/2021 - jumlah : 233 hits
Timbalan Pengarah Kanan Jabatan Siasatan SPRM Izani Wan Ishak berkata berdasarkan kes terdahulu individu di Jabatan Perolehan akan berpakat dengan kontraktor atau pembekal untuk membocorkan maklumat dalaman mengenai sesuatu projek kepada sy...
Orang Ramai Beranggapan Dewan Rakyat Dibelenggu Politik Rasuah Individu Memperkaya Diri Kata Ku Li

Orang Ramai Beranggapan Dewan Rakyat Dibelenggu Politik Rasuah Individu Memperkaya Diri Kata Ku Li

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 223 hits
Veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah menggesa Ahli Parlimen berikhtiar menghapuskan ulat ulat rasuah politik yang mengerumuni Dewan Rakyat demi membela maruah institusi itu PETALING JAYA Orang ramai kini beranggapan Dewan Rakyat dimanipulas...
Kalau Ada Orang Kebal Dalam Sprm Apa Jaminan Rasuah Dapat Dibanteras

Kalau Ada Orang Kebal Dalam Sprm Apa Jaminan Rasuah Dapat Dibanteras

papar berkaitan - pada 29/9/2021 - jumlah : 191 hits
ARIF ATANAhli Majlis Kerja Tertinggi Umno Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menggesa isu kecurian barang kes membabitkan wang tunai AS 6 juta membabitkan pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia segera diselesaikan Beliau berpendapat ...
Ahli Politik Berbadan Gemuk Lebih Cenderung Kepada Rasuah Kajian

Ahli Politik Berbadan Gemuk Lebih Cenderung Kepada Rasuah Kajian

papar berkaitan - pada 19/9/2021 - jumlah : 241 hits
perakinsights com Ahli politik yang berbadan gemuk cenderung kepada rasuah lapor kajian yang mula diterbitkan pada tahun 2020 dalam jurnal Economics of Transition and Institutional Change yang dilakukan oleh penyelidik dari Ukraine Pavlo Bl...
Dana Politik Mekanisme Ketelusan Perlu Diberi Perhatian

Dana Politik Mekanisme Ketelusan Perlu Diberi Perhatian

papar berkaitan - pada 25/9/2021 - jumlah : 163 hits
Ahli Parlimen Bangi Dr Ong Kian Ming mencadangkan beberapa perkara untuk diperhalusi terutamanya berkaitan dana politik dan pilihan raya Menurutnya tumpuan utama yang perlu diberi perhatian berkaitan pemberian dana politik kepada parti adal...
Dana Politik Wang Ibarat Minyak Pelincir Kepada Politik

Dana Politik Wang Ibarat Minyak Pelincir Kepada Politik

papar berkaitan - pada 25/9/2021 - jumlah : 157 hits
Wang ibarat minyak pelincir kepada politik di Malaysia kata Ahli Parlimen Jerlun Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video...
Kes Rasuah Pengurusan Jenazah Lima Orang Kakitangan Sebuah Hospital Di Tahan Sprm

Kes Rasuah Pengurusan Jenazah Lima Orang Kakitangan Sebuah Hospital Di Tahan Sprm

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 317 hits
SHAH ALAM Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Selangor telah menahan lima kakitangan sebuah hospital kerana disyaki meminta dan menerima wang suapan daripada ejen sebagai balasan mendapatkan kerja kerja pengurusan jenazah di hospital ber...
Politik Melaka Dosa Umno Perlu Dihukum

Politik Melaka Dosa Umno Perlu Dihukum

papar berkaitan - pada 8/10/2021 - jumlah : 186 hits
Timbalan Pengerusi Amanah Melaka Datuk Mohd Sofi Abd Wahab yakin rakyat Melaka akan kembali kepada Pakatan Harapan setelah UMNO mencetuskan kekalutan politik di negeri itu Katanya pertelingkahan sesama mereka dalam parti menyebabkan seluruh...
218 Fibonaci

Kecewa Makanan Potluck Sekolah Anak Tak Disentuh Ikutlah Apa Budak Suka Makan Bukan Kita

Guideline Needed For Maintenance Of Old Trees In Kl Ft Minister

Persediaan Awal Haji

5 Tips And Ways That Can Help You To Reduce Body Fat

Wanita Dikenakan Bayaran Rm9 55 Untuk Nasi Putih Dan Telur Goreng Bungkus

Biodata Faisal Halim Pemain Bolasepak Viral Malaysia

Kkb Poll Indian Voters Might Make All The Difference



Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri


Porsche Design Honor Magic V2 Rsr Menang Red Dot Award Product Design 2024

3 Cara Menuju Ikn Ibu Kota Negara Baru Indonesia

0138002039 Scammer Maybank Panggilan Palsu

Empat Maut Mpv Dan Kereta Api Berlanggar

Lelaki Ditangkap Curi Kawal 25 000 Akaun Facebook

Anwar Ibrahim Terima Mandat Rakyat