Spr Tetap Tempoh Masa Songsang Di Dua Dun Isham


Manzaidi Mohd Amin
Isham Jalil
KUALA LUMPUR – Presiden Sukarelawan Malaysia, Isham Jalil mempersoalkan kenapa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memendekkan masa mengundi di kawasan yang dikatakan mempunyai ramai penyokong Barisan Nasional (BN) di Cameron Highlands.

Beliau berkata, pada masa sama suruhanjaya itu memanjangkan masa mengundi di kawasan yang dipercayai mempunyai ramai penyokong Pakatan Harapan (PH).

Katanya, keputusan itu secara tidak langsung menunjukkan SPR telah memberikan kelebihan tidak sepatutnya kepada PH dan kekangan tidak wajar kepada BN dengan mewujudkan keadaan tidak adil dan pilih kasih.

“Semalam SPR telah mengeluarkan senarai tempoh mengundi di daerah mengundi di DUN Jelai dan DUN Tanah Rata untuk PRK Parlimen Cameron Highlands.

“Minggu lepas saya telah membuat saranan kepada SPR yang disampaikan melalui jentera BN di Cameron Highlands supaya tempoh mengundi di beberapa daerah mengundi di DUN Jelai dipanjangkan.

“Ini kerana jarak yang jauh antara peti undi dan penempatan pengundi terutama di perkampungan Orang Asli dan gugusan FELDA di DUN Jelai berbanding di DUN Tanah Rata,” katanya dalam status yang dimuatnaik menerusi akaun Facebook beliau.

Menurut Isham, DUN Jelai mempunyai keluasan 480 kilometer persegi atau empat kali ganda lebih luas berbanding DUN Tanah Rata yang berkeluasan kira-kira 120 kilometer persegi.

Katanya, walaupun jumlah pengundi di DUN Tanah Rata lebih ramai iaitu 19,586 orang berbanding DUN Jelai seramai 12,520 pengundi, jumlah daerah peti undi dan saluran di DUN Tanah Rata lebih banyak iaitu 16 berbanding DUN Jelai 12 daerah peti undi.

Oleh itu, kata Isham, dari segi kiraan Matematik, kedua-dua DUN itu mempunyai kepadatan peti undi dan saluran mengundi yang lebih kurang sama dengan purata kira-kira 1,000 pengundi di setiap daerah peti undi.

“Namun, dari segi geografi dan praktikal, DUN Jelai mempunyai sebaran pengundi lebih meluas iaitu enam kali ganda lebih besar berbanding DUN Tanah Rata dengan sebaran pengundi lebih kecil, iaitu 1.5 ekar setiap pengundi.

“Jarak daripada satu peti undi ke peti undi juga lebih jauh di DUN Jelai berbanding DUN Tanah Rata.

Ini bermakna, pengundi di DUN Jelai perlu bergerak lebih jauh ke peti undi (secara purata enam kali ganda lebih jauh) untuk membuang undi berbanding di DUN Tanah Rata. Ini mengambil lebih banyak masa di DUN Jelai berbanding di DUN Tanah Rata.

“Seperti saya nyatakan sebelum ini, di setengah kawasan Orang Asli dalam DUN Jelai seperti Pos Senderut, sebahagian besar pengundi perlu bergerak sejauh 20 hingga 40 kilometer untuk membuang undi,” katanya.

Sebab itu katanya, beliau menyarankan kepada SPR supaya tempoh mengundi di beberapa peti undi di DUN Jelai seperti Pos Senderut dan Pos Betau dilanjutkan kepada sekurang-kurangnya sehingga jam 4, bukan ditutup awal pada jam 2 petang dan 3.30 petang.

“Pemimpin masyarakat setempat termasuk Tok Batin di sini juga bersetuju dengan saya berkenaan hal ini.

“Oleh sebab itu, sepatutnya tempoh masa mengundi adalah lebih panjang di DUN Jelai dan lebih pendek di DUN Tanah Rata, bukan sebaliknya.

“Namun, nampaknya SPR tidak mengendahkan saranan saya, jentera BN dan pengundi setempat,” katanya.

Sebaliknya, kata Isham, SPR telah menetapkan tempoh mengundi yang pendek di kebanyakan peti undi di DUN Jelai iaitu sehingga jam 2 petang ke 3.30 petang sahaja berbanding tempoh masa lebih panjang di DUN Tanah Rata iaitu sehingga jam 5.30 petang.

Oleh itu, keputusan yang ditetapkan SPR berkenaan tempoh masa mengundi di kedua-dua DUN di Cameron Highlands itu adalah songsang. – MalaysiaGazette




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/01/spr-tetap-tempoh-masa-songsang-di-dua.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Spr Tetapkan 2 Mac Tarikh Pengundian Prk Dun Semenyih

Spr Tetapkan 2 Mac Tarikh Pengundian Prk Dun Semenyih

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 374 hits
PUTRAJAYA Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 2 Mac sebagai hari mengundi bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Semenyih Pengerusi SPR Azhar Azizan Harun berkata hari penamaan calon adalah 16 Februari sementara hari mengundi awal ad...
Sudah Dua Kali Sultan Kelantan Tak Sempat Tamatkan Tempoh Pemerintahan Sebagai Agong Lihat 6 Lagi Trivia Ini

Sudah Dua Kali Sultan Kelantan Tak Sempat Tamatkan Tempoh Pemerintahan Sebagai Agong Lihat 6 Lagi Trivia Ini

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 976 hits
Secara rasminya pada 6 Januari 2019 KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong Sultan Muhammad V telah meletakkan jawatan sebagai Yang di Pertuan Agong ke 15 Berita mengejutkan itu telah disampaikan sekitar jam 7 malam tadi setelah per...
Sejak Bila Dilantik Menteri Kabinet Pertemuan Anwar Modi Bincang Kerjasama Dua Hala

Sejak Bila Dilantik Menteri Kabinet Pertemuan Anwar Modi Bincang Kerjasama Dua Hala

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 296 hits
PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri India Narendra Modi 10 JANUARI 2019 Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri India Narendra Modi di New Delhi hari ini Foto ihsan Twitte...
Dua Letupan Bom Ragut 17 Nyawa

Dua Letupan Bom Ragut 17 Nyawa

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 310 hits
Sekurang kurangnya 17 maut dalam dua letupan bom di gereja di selatan Filipina kata tentera hari ini beberapa hari selepas undian bagi wilayah autonomi baru Islam Letupan pertama berlaku di dalam gereja Katolik di Jolo pagi ini ketika satu ...
Gebu Minang Dukung Pemerintahan Jokowi Dua Periode

Gebu Minang Dukung Pemerintahan Jokowi Dua Periode

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 251 hits
Sekjen Gebu Minang Zarkasyi Nurdin mengatakan Jokowi adalah sosok yang peduli dengan pembangunan daerah pelosok terutama daerah daerah tertinggal di Sumatera Barat
Sebaik Kmenangan Bn Di Prk Cameron Tun M Beri Kata Dua Ikhtibar Pakatan Harapan Bagi Prk Seterusnya

Sebaik Kmenangan Bn Di Prk Cameron Tun M Beri Kata Dua Ikhtibar Pakatan Harapan Bagi Prk Seterusnya

papar berkaitan - pada 27/1/2019 - jumlah : 359 hits
Rakyat perlu rasa malu terus sokong UMNO Dr Mahathir LIPIS Tun Dr Mahathir Mohamad berkata rakyat perlu berasa malu untuk terus menyokong UMNO dan Barisan Nasional yang didakwanya terkenal dengan bekas presiden kleptookratnya Pengerusi Paka...
Mahu Menanam Sendiri Bawang Di Rumah Kaedah Menggunakan Dua Bahan Yang Mudah Untuk Anda Cuba Rileks Media

Mahu Menanam Sendiri Bawang Di Rumah Kaedah Menggunakan Dua Bahan Yang Mudah Untuk Anda Cuba Rileks Media

papar berkaitan - pada 27/1/2019 - jumlah : 378 hits
Tidak lengkap masakan kita tanpa bawang tidak kiralah bawang merah bawang putih bawang besar mahupun bawang Holland sekali pun Hal ini kerana bawang merupakan antara bahan terpenting dalam masakan di mana ia memberi perasa kepada makana yan...
Telekung Siti Khadijah Buka Dua Lagi Cawangan Butik Di Aeon Mall Nilai Dan Aman Central Kedah

Telekung Siti Khadijah Buka Dua Lagi Cawangan Butik Di Aeon Mall Nilai Dan Aman Central Kedah

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 659 hits
Hi Korang Peneraju telekung inovasi di Malaysia Telekung Siti Khadijah melangkah setapak ke hadapan lagi dengan membuka dua butik Dua butik Siti Khadijah yang dibuka itu terletak di AEON Mall Nilai Negeri Sembilan dan Aman Central Kedah Maj...
Flexibility In Business Operations

Kempen Hartanah Bumiputera Khas Untuk Pembeli Bumiputera Mendapatkan Rumah Dengan Tawaran Giler Menarik

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama

Biodata Hael Husaini 2 Kali Juara Ajl Dan Perjalanan Dalam Industri Seni

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


7 Keistimewaan Hari Arafah Hari Yang Dinantikan Jutaan Umat Islam

Generasi Milenial Dan Gen Z Dukung Nkri Nomor Urut 2 Simbol Harapan Baru Kalimantan Barat

Kempen Hartanah Bumiputera Matrix Miliki Rumah Selesa Cipta Kenangan Indah Bersama Keluarga

Bukan Semua Cendawan Boleh Makan Ada Yang Beracun

Wanita Bersalin Semasa Buang Air Besar

Jangan Risau Jika Tak Terkenal