Spr Tak Benar Rentas Negeri Untuk Berkempen Di Sarawak


 AGENDA DAILY
Pilihan Raya Negeri (PRN) Dewan Undangan Negeri (DUN).
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak membenarkan aktiviti rentas negeri bagi tujuan berkempen sepanjang tempoh Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12, kecuali lima pemimpin tertinggi parti politik yang bertanding.
SPR dalam laman sesawang rasminya memaklumkan kemasukan ke Sarawak adalah tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang sedang berkuat kuasa dan dihadkan kepada aktiviti yang diluluskan dalam permohonan melalui portal enterSarawak, menurut laporan Bernama.
“Nama-nama pemimpin tertinggi parti hendaklah dikemukakan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak,” katanya dalam dokumen SOP pencegahan COVID-19 PRN Sarawak yang dikemas kini hari ini.
SPR menegaskan aktiviti berkempen yang dibenarkan adalah terhad di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing dan tidak dibenarkan merentas DUN yang lain.
“Pengecualian diberikan kepada parti-parti politik yang bertanding untuk mengemukakan 15 nama pemimpin kanan setiap parti yang bertanding bagi tujuan merentas DUN kepada JPBN Sarawak dan SPR.
“Hanya lima orang sahaja (maksimum) pemimpin parti kanan termasuk pegawai yang mengiring/pengawal/pemandu (tidak termasuk calon dan ejen pilihan raya) bagi setiap parti politik yang bertanding dibenarkan untuk merentas DUN bagi tujuan berkempen pada satu-satu lokasi dan masa. Semua yang terlibat hendaklah lengkap divaksinasi,” tambah SPR.
Sementara itu, SPR menyatakan kebenaran untuk merentas sempadan daerah atau negeri bagi tujuan mengundi adalah tertakluk kepada arahan tetap yang sedang berkuat kuasa.
Menurut SPR, pengundi di lokaliti Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) perlu menjalani ujian Rapid Test Kit Antigen (RTK-Ag) dalam masa 24 jam sebelum tarikh mengundi.
“Hanya pengundi yang didapati negatif COVID-19 dan mendapat kebenaran daripada pihak PDRM dibenarkan untuk keluar mengundi. Pengundi hendaklah mengemukakan dokumen berkaitan seperti maklumat pemilih dari aplikasi MySPR Semak atau semakan dari portal SPR kepada pihak PDRM untuk mendapat kebenaran keluar mengundi,” kata SPR.
Bagi pengundi yang berstatus positif COVID-19, SPR tidak membenarkan mereka keluar dari tempat rawatan selaras dengan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 untuk mengundi.
Manakala pengundi berstatus individu dalam siasatan (PUI) dan individu dalam pemantauan (PUS) yang ingin mengundi hendaklah memohon kebenaran daripada pegawai kesihatan daerah, pejabat kesihatan daerah yang mengawasi Arahan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian, tertakluk kepada penilaian risiko jangkitan.
“PUI dan PUS dikehendaki menggunakan pengangkutan sendiri untuk pergi ke pusat mengundi dan penggunaan pengangkutan awam adalah tidak dibenarkan,” tambahnya.
SPR menetapkan hari penamaan calon esok manakala pengundian awal pula pada 14 Dis dan hari pengundian pada 18 Dis.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/12/spr-tak-benar-rentas-negeri-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Agensi Kerajaan Negeri Turut Berkempen Dalam Prn Sarawak

Agensi Kerajaan Negeri Turut Berkempen Dalam Prn Sarawak

papar berkaitan - pada 12/12/2021 - jumlah : 287 hits
Kempen pilihan raya menurut undang undang pilihan raya hanya dibenarkan kepada parti parti politik yang bertanding Bagaimanapun menurut Setiausaha Agung KEADILAN Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam kunjungan beliau ke DUN Telang Usan...
Anwar Memberi Pandangan Tentang Pilihanraya Negeri Sarawak Dan Sop

Anwar Memberi Pandangan Tentang Pilihanraya Negeri Sarawak Dan Sop

papar berkaitan - pada 4/12/2021 - jumlah : 322 hits
Pada sidang media tadi bersama Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Sarawak menyentuh beberapa isu termasuk MA63 royalti minyak tanah adat dan isu isu rakyat di negeri Sarawak Saya bangkitkan isu berkenaan SOP pilihanraya dan kempen dalam piliha...
Hiburan Pembukaan Semula Rentas Negeri Punca Utama Kes Aktif Meningkat Dg Hisham

Hiburan Pembukaan Semula Rentas Negeri Punca Utama Kes Aktif Meningkat Dg Hisham

papar berkaitan - pada 25/11/2021 - jumlah : 320 hits
Yang dulunya penurunan kes aktif konsisten selama 10 minggu kini telah menunjukkan peningkatan kembali selepas lima minggu pembukaan rentas negeri dibuka semula Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah kesan peningka...
Prn Sarawak Mana Sikap Setia Kawan Dap Negeri Keadilan Sarawak

Prn Sarawak Mana Sikap Setia Kawan Dap Negeri Keadilan Sarawak

papar berkaitan - pada 27/11/2021 - jumlah : 352 hits
Keadilan Sarawak nafi cuba timbulkan isu perebutan kerusi tertentu dalam kalangan rakan Pakatan Harapan negeri itu pada Pilihan Raya Negeri Ke 12 Sarawak Sebaliknya Majlis Pimpinan Negeri Keadilan menegaskan DAP Sarawak yang enggan
Anwar Di Song Sarawak Memulakan Kempen Pilihanraya Negeri

Anwar Di Song Sarawak Memulakan Kempen Pilihanraya Negeri

papar berkaitan - pada 4/12/2021 - jumlah : 268 hits
Hari ini saya memulakan jelajah ke negeri Sarawak bagi bertemu pimpinan anggota dan aktivis parti serta rakyat Saya tiba di kota Song di Kapit bagi menyuntik semangat kepada jentera dan aktivis KEADILAN di sana Terharu dengan kehadiran yang...
Prn Sarawak Pilihan Raya Negeri Pertama Gps

Prn Sarawak Pilihan Raya Negeri Pertama Gps

papar berkaitan - pada 6/12/2021 - jumlah : 467 hits
Fajar Pilihan Raya Negeri Sarawak ke 12 menyinsing di Bumi Kenyalang hari ini Tidak seperti sebelumnya PRN Sarawak kali ini banyak kelainannya Ada banyak yang pertama dan ada banyak sejarah baharu yang telah sedang dan bakal tercatat Beriku...
Tiada Pelaksanaan Undi 18 Daftar Pemilih Automatik Bagi Prn Sarawak Kata Spr

Tiada Pelaksanaan Undi 18 Daftar Pemilih Automatik Bagi Prn Sarawak Kata Spr

papar berkaitan - pada 2/12/2021 - jumlah : 267 hits
Pilihan Raya Negeri Sarawak akan diadakan pada 18 Disember depan Suruhanjaya Pilihan Raya hari ini berkata penurunan had umur mengundi dan sistem daftar pemilih automatik tidak akan dilaksanakan bagi pilihan raya negeri yang akan diadakan d...
Kes Aktif Covid 19 Meningkat Selepas Kebenaran Rentas Negeri

Kes Aktif Covid 19 Meningkat Selepas Kebenaran Rentas Negeri

papar berkaitan - pada 23/11/2021 - jumlah : 269 hits
Kesan dapat dilihat melalui kemasukan kes ke fasiliti kesihatan PUTRAJAYA Kes aktif COVID 19 menunjukkan peningkatan semula selepas lima minggu kebenaran merentas negeri diumumkan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ber...
Monolog Jiwa Menunggu Antara Bertahan Dan Menyerah

Lirik Lagu Sesaat Aina Abdul

Hutang Oh Hutang Peningnya Aku

Bayi Kembar Isteri Arwah Masdeh Rosmin Debaran Saat Kelahiran Cucu

Strawberry Manis

Ayam Goreng Berempah Dan Bab Sedekah Penghapus Dosa

Senarai Filem Tahun 2026

Makluman Gempa Bumi Lemah Di Perairan Batu Pahat Johor Pada 27 September 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


De La Te Coffee Alor Setar Cafe Ini Sesuai Untuk Lepak Santai

17 Tahun Menghilang Kumpulan X Factor Kembali Reunion Buat Peminat Teruja Helok Helok Walaupun Dah Berusia

Didakwa Tak Bayar Hutang Intan Najuwa Razman Razmi Beri Respon Henti Buli Kami Nak Kami Bun H Diri Ke

Tmj Mengulas Isu Fam Dan Fifa

Pemuda Tempuh Perjalanan Lebih Lapan Jam Demi Segulung Ijazah

Izz Wan Demo Ore Comey Chord