Splkpm Login Cara Daftar Kursus Splg Kpm Individu Suldp
SPLKPM:LOGIN,CARA DAFTAR KURSUS SPLG KPM INDIVIDU & SULDP
Pernah dengar SPLG KPM?Biasanya guru-guru akan login SPLG KPM INDIVIDU atau SULDP akan login SPLG KPM untuk urusan pendaftaran kursus dan latihan.
SPLKPM juga dirujuk untuk tengok pelaporan bilangan hari LADAP dan tengok pelaporan bilangan markah CPD
APA ITU SPLKPM?
Sistem Pengurusan Latihan Kementerian Pendidikan yang juga dipanggil SPLKPM adalah sistem yang digunakan oleh guru untuk mendaftarkan kursus dan latihan.
Terdapat dua modul dalam SPLKPM iaitu MODUL INDIVIDU dan MODUL PENYELARAS
MODUL INDIVIDU
Modul ini dibangunkan bagi kegunaan Pegawai dan Anggota Kumpulan Pelaksana dibwah Kementerian Pendidikan untuk merekod aktiviti LDP/ Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) yang dilaksanakan di luar KPM disamping merekod aktiviti Pembelajaran Kendiri.
LDP/ PPB yang didaftarkan menerusi modul ini perlu disemak dan disahkan diperingkat SULDP bagi membolehkan ianya dikira sebagai bilangan hadir berkursus bagi tahun semasa.
Pegawai yang berkhidmat di Bahagian/ JPN/ Kolej Matrikulasi/ Institut Pendidikan Guru/ Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri dan PPD perlu mengemaskini profil masing menerusi pangkalan data SPL KPM.
Manakala Pegawai & AKP yang berada sekolah perlu mengemaskini profil masing-masing menerusi pangkalan Data eOperasi.
Semua Individu juga diminta menjawab TNA atau matrik kompitensi yang disediakan bagi nmembolehkan pihak pengurusan merancang LDP yang diperlukan.
MODUL PENYELARAS
Modul ini dibangunkan bagi membolehkan perekodan LDP/ PPB dilaksanakan oleh penganjur LDP/ PPB. Kaedah ini diharap mampu menyelaras pelaksanaan latihan staf di organisasi masing-masing.
Maklumat asas Pegawai yang berkhidmat di Bahagian/ JPN/ Kolej Matrikulasi/ Institut Pendidikan Guru/ Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri dan PPD perlu dikemaskini oleh SULDP/ Penyelaras latihan bagi membolehkan induvidu mengakses ke aplikasi SPLKPM dan eProfil.
SULDP/ Penyelaras juga boleh melihat analisis LDP yang dihadiri di organisasi, menjana sijil on-line, matrik kompitensi & TNA, tawaran kursus serta modul kewangan.
Nak tahu tentang DELIMa KPM : ID,LOG MASUK & CARA GUNA
LOGIN SPLKPM MODUL INDIVIDU
Anda perlu tahu cara login SPLKPM Modul Individu iaitu hanya perlu login SPLKPM setelah mengambil kursus online. Log masuk hanya untuk daftar dan kemaskini.
Berikut adalah cara login SPLKPM Modul Individu
Layari laman web rasmi SPLKPM di sini: https://splkpm.moe.gov.my/i_splg/
Jangan silap taip SPLKM login pula. Pastikan taip penuh SPLKPM.
Anda akan dapat lihat paparan Log Masuk Modul Individu
Masukkan Nombor Kad Pengenalan
Untuk makluman, anda perlu masukkan Nombor Kad Pengenalan dengan lengkap tanpa dash
Masukkan Kata Laluan
Jika anda terlupa, Kata Laluan asal ialah 4 digit yang di belakang Nombor Kad Pengenalan anda
Tekan Hantar
Akan terpapar mesej berikutSelamat Datang,
No Kad Pengenalan dan Kata laluan diberi kebenaran untuk Akses Sistem+ Sila Tukar Kata Laluan sekiranya masih belum berbuat demikian bagi mengelakkan data dan maklumat diceroboh oleh pihak yang tidak berkepentingan.
Klik Close
Anda kini berada di dalam sistem SPLKPM Modul Individu
Klik Pembelajaran Kendiri
Lihat senarai Pembelajaran Kendiri
Lihat e-Pembelajaran
Klik Tambah Aktiviti
Masukkan maklumat yang berkenaan
Akhir sekali, hubungi admin SPLKPM sekolah anda untuk membuat sokongan dan pengesahan berdasarkan sijil yang diberikan.
APA ITU SPLKPM MODUL INDIVIDU?
Modul Individu ini dibangunkan untuk kegunaan Pegawai dan Anggota Kumpulan Pelaksana di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia untuk merekod aktiviti Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) dan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB).
Aktiviti-aktiviti ini dilaksanakan di luar KPM di samping merekod aktiviti Pembelajaran Kendiri.
SEMAKAN & PENGESAHAN SPLKPM MODUL INDIVIDU OLEH SULDP
Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) dan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) yang didaftarkan menerusi modul ini perlu disemak dan disahkan di peringkat Setiausaha Latihan dalam Perkhidmatan (SULDP).
Ini adalah untuk membolehkan ia dikira sebagai bilangan hadir berkursus bagi tahun semasa.
Setelah urusan pendaftaran, anda perlu menghubungi SULDP untuk disahkan.
CONTOH KURSUS ONLINE SPLKPM
Antara contoh kursus adalah cadangan kursus online yang boleh anda ambil untuk mendapatkan mata kredit.
SPLKPM AKPK Hemah Bicara Hemat Belanja
Kursus Literasi Kewangan Secara Dalam Talian AKPK – Hemah Bicara Hemat Belanja adalah kerjasama antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK).
Semua warga KPM perlu melaksanakan kursus ini sehingga selesai.
Setelah tamat kursus, individu akan memperolehi 6 jam latihan (1 hari berkursus) dan diberikan 6 mata kredit (untuk PPP) melalui Sistem Pengurusan Latihan KPM (SPLKPM)
Perlu login SPL KPM terlebih dahulu di https://splkpm.moe.gov.my
Klik Senarai Kursus
Dalam Senarai Kursus yang ada, pilih AKPK – Hemah Bicara Hemah Belanja
Anda kini berada dalam paparan kursus online AKPK
Klik Join Now
Masukkan Email, Kata Laluan dan Nama Penuh
Tekan butang Start Learning
Masukkan Access Code HBKPM bagi warga KPM
Tekan butang Join Now
Masukkan maklumat yang dipinta seperti nama dan tempat bertugas
Tekang butang Join HBHB
Anda kini berada dalam paparan Selamat Datang
Lihat panduan kursus
Lihat syarat kursus dan 3 modul yang perlu dilaksanakan
Laksana kurus secara online sehingga selesai
Anda akan terima sijil tamat kursus
Akses semula ke dalam SPL KPM dan rekodkan kursus melalui Modul Individu dalam aktiviti e-Pembelajaran.
SPLKPM Rumahku AKPK
Anda boleh ambil kursus online Rumahku dari AKPK untuk mempelajari selok-belok pembelian rumah.
Klik sini: https://learn.akpk.org.my/courses/rumahku/
SPLKPM KURSUS STEM
Kursus ini ialah pendekatan mudah untuk guru, dalam mengikuti kursus STEM melalui aplikasi dalam telefon pintar.
Perlu login Schoology terlebih dahulu di https://schoology.com
Pergi ke bahagian Menu
Pada menu courses, pergi ke kursus STEM: Pendekatan Mudah Untuk Guru
Pilih folder PANDUAN untuk langkah-langkah mendapatkan maklumat tentang kursus
Pilih folder KANDUNGAN untuk memulakan proses pembelajaran
Folder 1.0 Celik STEM mempunyai empat sub topik yang perlu diselesaikan mengikut urutan.
Jika sudah selesai, sila ke folder berikutnya iaitu 2.0 STEM Dalam Kehidupan Seharian
Sebelum tamat, sila lengkapkan soal selidik dalam folder PENUTUP
SPLKPM EPSA
Anda juga boleh ambil kursus online e-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA).
Klik sini: https://www.epsa.gov.my
SPLKPM WEBINAR
Anda juga boleh tonton webinar. Lihat sesi Live yang ada.
SPLKPM ULASAN BUKU (BOOK REVIEW)
Anda juga boleh buat ulasan buku, iaitu sinopsis mana-mana buku yang dibaca.
Perlu login SPLKPM untuk isi maklumat untuk buat book review termasuk:
Tajuk buku
Penulis buku
Bahasa buku
Bilangan mukasurat
Sinopsis buku
Tarikh pembacaan
Pembentangan
Perlu diingatkan, anda perlu isi Borang Sinopsis Individu di Sekolah sebagai bukti pembacaan anda.
KEMASKINI SPLKPM
Pegawai yang berkhidmat di bahagian berikut perlu kemaskini profil masing-masing menerusi pangkalan data dan perlu login SPLKPM:
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)
Kolej Matrikulasi
Institut Pendidikan Guru (IPG)
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN)
Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)
Manakala Pegawai dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) yang berada di sekolah perlu kemaskini profil masing-masing menerusi pangkalan data eOperasi.
Semua individu juga diminta menjawab Training Needs Analysis (TNA) atau matriks kompetensi yang disediakan bagai membolehkan pihak pengurusan merancang LDP yang diperlukan.
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Sila rujuk manual pengguna yang lengkap.
The post SPLKPM:LOGIN,CARA DAFTAR KURSUS SPLG KPM INDIVIDU & SULDP appeared first on KekandaMemey.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kekandamemey.com/splkpmlogincara-daftar-kursus-splg-kpm-individu-suldp.html