Spin Bike Flywheel Senaman Kardio Bakar Kalori Lebih Cepat Tanpa Sedar Di Rumah
Premium spin bike flywheel home workout dah selamat sampai alhamdulilah.
Hanya kerana sebuah basikal, banyak malam dah aku tidur tak lena. Kacau habis tidur deep sleep. Tak elok untuk kesihatan, tapi malam je aku ada masa tenang nak buat carian dan baca review pengguna lain. Akhirnya, ia jadi milik aku dah yay!
Aku tak kata basikal ini yang paling terbaik, oh tak ya. Aku semak bajet, kemampuan dan kegunaan yang mampu dia tampung serta adakah ia boleh beri pulangan pada aku seperti faedah sebuah basikal indoor mahal yang di jual di pasaran. Teruskan membaca.
Spin Bike Flywheel?Apa beza dengan basikal indoor biasa tu juju?Pernah tonton di Youtube atau di mana-mana channel pasal basikal indoor yang terkini? Pasti korang pernah tengok diorang berdiri sambil berkayuh atas basikal?
Itulah dia flywheel, kayuh sambil berdiri,sekejap duduk sekejap berdiri.Tujuannya untuk burn more calorie dan tambah pace serta intensiti semasa kayuhan.
Best ooo, aku dah cuba kayuh semalam dalam 10 min pertama, 3 slot aku peruntukkan untuk berdiri di atas basikal dan kayuh ikut gear pusingan manual.
Abg Qi, anak yang umur 9 tahun pun enjoy kayuh. Basikal spin bike jenis ini kategori premium ya, ada je yang bukan premium bergantung kepada berat.
Basikal di atas boleh menampung berat 120 kg ke bawah. Walaupun berat juju bawah 100 kg dah sekarang, aku tetap pilih premium sebab aku utamakan keselesaan dan jangka masa lama untuk aku flywheel.
Okey teruskan membaca, jap lagi aku cerita apa lagi kelebihan basikal premium spin bike flywheel yang aku beli ya.
Ground floor rumah, setiap kali parcel sampai Abg Qi mesti teman juju ambil barang dan sanitize setiap parcel sebelum di angkat naik rumah. Rumah atas langit ginilah, kena berwaspada selalu
Berat ooo nak tolak basikal dalam kotak tu, perghhh! Aku tak jemput suami tolong sebab aku nak bagi surprise kat dia wakaka, akhirnya aku tolak je sampai ke lif, mujur boleh tolak.
Berat basikal tu tau. Memang basikal indoor berat ya
27 kg haaa jenuh nak usung, aku tolak seorang diri kotak tu, tak angkat tapi tolak
Dah sampai rumah, lega tau.
Asal dari Skudai Johor pos ke Kuala Lumpur, dalam 4 hari sampai selamat.Tidak ada sebarang calar atau kemek. Puas hati.
Kelebihan Premium Spin Bike Flywheel Home Workout Spinning Bike S28 kg flywheel - pemberat roda 8 kg dia cukup berat dah untuk aku laras ikut ringan ke berat yang aku nak. Kapasiti 120 kg dewasa - kapasiti berat untuk basikal i boleh menampung 120 kg ke bawah, jadi timbang dulu berat badan sebelum buat pembelian. Juju cadangkan beli basikal indoor lebih 100kg untuk keselesaan optimum. Kukuh & stabil - bila aku warming up dalam 1 minit kayuhan, kemudian aku bangun kayuh untuk 30 saat memang kukuh dan stabil. Tak rasa nak terjatuh ke apa, besi keluli dia padu.Bunyi senyap - ya ia berjalan senyap untuk kayuhan biasa dan ada sedikit bunyi kalau kita tukar gear pemberat roda, mungkin biasa bagi basikal indoor baru beli. Nanti lama kelamaan bunyi sikit tu hilang kot bila dah lama guna.Tapak pedal - selesa sebab ia ada corak kasar dan timbul. Bila pakai kasut sukan kita letak atas pedal ia tidak mengelongsor. Jimat ruang - rumah jenis tak berapa besar sesuai melabur duit beli spin bike flywheel sebab ia tak makan ruang.Ada 2 roda kecil - tujuan untuk tolak basikal indoor untuk alih ke ruangan lain. Tak perlu angkat. Cuma tolak sedikit dan gelongsorkan ia untuk berjalan.Monitor LCD - tujuan untuk mengesan masa, kelajuan, jarak, kalori yang dibakar, odometer & nadi. Phone holder - senang nak layan Youtube & lagu semasa kayuhan.Botol minuman - boleh isi air dan masa senaman tak payah berlari cari air dahaga.1 tahun waranti - kalau ada kerosakan pada barangan boleh tuntut ganti rugi dalam masa setahun ikut tarikh pembelian.
Kena susun elok-elok sebelum di pasang. Kalau termiss, pening nanti nak pasang. Ada booklet manual di beri cara untuk pemasangan. Kena dua orang pasang, pegang dan skru satu-satu.
Orang kata, dah cuba kayuh mesti ada pengalaman yang kurang cun betul tak? Kalau cun semua itu satu bonus. Melainkan bajet lebih korang boleh invest basikal indoor yang makan harga ribuan ringgit, mungkin kelebihannya lebih menarik dan kepuasan sangat berganda.
Kekurangan spin bike flywheelHandle sedikit goyang bila kayuh - bukan body part basikal tau, body part memang kukuh betul. Cuma handle yang kita pegang semasa kayuhan ada sedikit je goyang. Tapi tak keterlaluan pun sebenarnya. Bagi aku ini perkara biasa bila kita speed flywheel (kayuhan berdiri).Tempat duduk (seat) - bagi plussize (punggung besar), agak rasa sakit dekat celah punggung kalau tak biasa kayuh buat pertama kali tau. Aku cuba kayuh dua dan tiga hari berturut-turut nak bagi selesa celah punggung, nampak ada sedikit selesa tu. Tapi akan datang boleh tukar seat tu di kedai basikal biasa untuk keselesaan optimum masa kayuhan lama. Buat sementara waktu aku pelapik bantal kecik je, benda boleh cover buat apa pening. Akan datang nak survey seat basikal indoor plussize.Ketinggian basikal spin bike - tinggi aku 160cm, basikal ini agak tinggi tau. Jadi aku kena belajar nak naik dan stay atas basikal. Masa kayuh kaki terletak cun je. Seat boleh laras. Kalau anda berketinggian bawah 160cm boleh je beli sebab anak juju umur 9 tahun boleh flywheel (kayuhan berdiri) cuma nak duduk dan kayuh tu kaki tak sampai lagi. Kalau dewasa dengan ketinggian 150cm ke bawah hati-hati semasa memilih ya. Baca dulu ketinggian basikal.
Senang nak pasang, ada label L & R padel. Tak perlu skru, cuma pusing dan ketatkan.
Pandangan aku, berbaloi tak beli spin bike kat rumah?Bagi aku, 11 kelebihan mengatasi sedikit 3 kekurangan.
Jadi aku memang berpuas hati dengan pelaburan klik link👉 spin bike flywheel bajet yang aku nak.
Yayy! Mujur berbaloi, risau juga hangus duit. Ratus pun duit kan. Ahamdulilah, aku suka sangat. Jimat pitih.
Paling buat aku kenan reka bentuknya yang sturdy, kemas, stabil, kukuh, kuat, tahan lasak (kayuh berdiri dengan kayuhan laju pun tetap berdiri teguh tak penyet besinya) & kelihatan mahal tapi harga tak ribuan.
HargaOh ya, aku beli masa harga promosi RM399 sahaja (murah kan!), pos laju dalam RM30 ke 40 lebih ikut jarak. Total dalam RM400 lebih.
Jimat dan bajet harganya, tapi berbaloi-baloi bagi beginner macam aku nak memulakan perjalanan dalam arena indoor basikal.
Tak sampai 10 min kayuh dan fywheel tengoklah peluh merecik banjir habis satu basikal. Seriuslah, premium spin bike flywheel buat aku ketagih nak naik hari-hari.
Senang bakar kalori dan peluh cepat keluar. Lain macam peluh keluar tau, peluh butiran besar-besar, padu!Sebelum naik baca bismillahirrahmanirrahim, betulkan padel dan naik perlahan-lahan kaki sebelah dulu, kemudian korang berdiri baru letak kaki kedua di atas padel untuk keseimbangan.
Teknik nak naik basikal tinggi macam premium spin bike flywheel tak boleh gopoh-gopoh tau, amalkan keselamatan dulu sebelum buat kayuhan.
Jemput tonton video juju dan Abg Qi naik basikal di rumah. Selain buat powerwalk & tabata, juju selang seli buat flywheel spin bike. Kau akan rasa kagum saat bila kita boleh angkat badan kayuh dengan flywheel, best sangat perasaan tu.
Susah nak digambarkan dengan kata-kata saat bila 2 minit pertama kau dah mandi peluh bercucuran. Masa itu lah kau nak speed dan capai masa yang dikehendaki.
Aku masih baru lagi, akan datang aku update berkala manafaat & kebaikan tersembunyi hasil pengalaman sendiri menggunakan basikal indoor di rumah berbanding peralatan sukan lain yang lebih mahal dan makan ruang. Tunggu ya!
Seller klik link 👉 Premium Spin Bike Flywheel Malaysia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.juliajohari.com/2021/08/spin-bike-flywheel-senaman-kardio-bakar.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+WithJulia+(With+Julia...)