Spga Sistem Semakan Potongan Gaji Angkasa Online
SPGA adalah Sistem Semakan Potongan Angkasa dalam slip gaji.
SPGA dikendalikan oleh Bahagian Perkhidmatan Kredit dan Perbankan (BPKP) iaitu satu daripada bahagian yang diwujudkan oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA).
Potongan gaji melalui Biro Angkasa kini boleh disemak dengan cepat. Tak perlu lagi melalui e-mel.
Boleh semak ketepatan dan pecahan potongan setiap bulan dan juga sejarah potongan terkebelakang.
Di sini kami kongsikan cara untuk membuat semakan potongan gaji, mana tahu kalau-kalau ada potongan Koperasi yang sepatutnya boleh ditamatkan.
Jika ada, maka langkah seterusnya anda boleh berhubung dengan pihak Koperasi untuk hentikan potongan atau mohon refund semua potongan.
Apakah itu SPGA?
Sistem Potongan Gaji ANGKASA (SPGA) ialah satu sistem di mana semua potongan koperasi dan lain-lain organisasi diuruskan melalui satu saluran demi memudahkan urusan potongan gaji anggota diproses oleh jabatan kerajaan atau majikan swasta (yang berdaftar dengan BPA).
Sistem ini juga merupakan satu kemudahan kepada koperasi dan lain-lain organisasi untuk mengutip bayaran seperti yuran, saham, ansuran pinjaman dan sebagainya dengan cara lebih bersistematik dan terjamin.
Bagi anggota koperasi, sistem ini memberi kemudahan untuk mereka membayar balik semua ansuran pinjaman atau lain-lain tuntutan kepada koperasi atau organisasi lain melalui sekali arahan.
Sistem ini diwujudkan bagi memudahkan urusan semua pihak, samada “jabatan/majikan” dalam urusan penyediaan gaji setiap bulan, “koperasi/organisasi” dalam urusan mengutip bayaran balik pinjaman dan yuran manakala “anggota/individu” dalam urusan menyelesaikan bayaran ansuran setiap bulan.
SPGA dikendalikan oleh Bahagian Perkhidmatan Kredit dan Perbankan (BPKP) iaitu satu daripada bahagian yang diwujudkan oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA).
Baca juga: KT Online: Pendaftaran & Semakan Dividen Koperasi Angkatan Tentera
Koperasi atau organisasi yang melanggan perkhidmatan BPA boleh menggunakan sistem dalam talian (online) untuk mendaftar arahan potongan baru atau meminda / menghentikan tuntutan semasa.
Pengguna SPGA perlu ada perkakasan “MYKAD Reader” untuk membaca kad pengenalan diri sebagai mengesahkan identiti pengguna sistem.
Sistem Pelaporan Kredit ANGKASA dan RAM Credit Info atau ringkasnya “SPeKAR” menyediakan semakan maklumat kredit individu yang menggabungkan rekod SPGA dengan maklumat kredit di syarikat bukan-kewangan serta status bankrupsi dan juga kes litigasi atau saman mahkamah.
Maklumat kredit yang lengkap dapat membantu koperasi atau institusi kewangan lain membuat penilaian kredit seseorang pemohon kredit (individu).
4 Cara Membuat Semakan Potongan Gaji Biro Angkasa
Untuk membuat semakan potongan gaji, anda boleh menggunakan 5 kaedah berikut:
Melalui e-mel: Sila emelkan ke
[email protected]. Emel yang dihantar akan menrima maklum balas dalam tempoh lima (5) hari waktu bekerja.
Live Chat:Membuat semakan dengan menggunakna perrkhidmatan live chat melalui www.angkasa.coop
Melalui telefon 03-7806 1977 dan tekan nombor 1 untuk ilihan potongan gaji
Secara online melalui laman web SISTEM e-SEMAKAN SPGA
Cara Semakan SPGA Online
Klik link di bawah dan daftar keahlian https://www.sola.my/…pages/espga_semakanDS/spga_SLGN.aspx
Untuk Pendaftaran dan Log Masuk
Tab Daftar Keahlian
Masukkan NOKP Awam/Polis/Tentera (Bagi Tentera : T-Tentera Biasa, F-Pegawai Tentera Udara, N-Pegawai Tentera Laut, A-Pegawai Tentera Darat)
Tekan butang Semak Status Keahlian
Masukkan nombor telefon bimbit
Masukkan nama ibu
Tekan butang Daftar
Kata Laluan dihantar ke telefon bimbit
Tab Log Masuk
Masukkan NO.KP Awam/Polis/Tentera yang didaftarkan
Masukkan Kata Laluan
Tekan butang Log Masuk
Pilih Bulan dan Tahun dan tekan butang semak
Tekan butang Info Lanjut untuk potongan terperinci
Tekan butang Cetak untuk cetak atau simpan laporan
Tekan butang Log Keluar untuk keluar dari sistem
Untuk Tukar Kata Laluan
1. Tab Log Masuk
2. Masukkan NO.KP Awam/Polis/Tentera
3. Tekan butang Lupa/Tukar Kata Laluan
4. Masukkan Nama Ibu
5. Masukkan Kata Laluan Baru
6. Masukkan sekali lagi Kata Laluan Baru
7. Tekan butang Tukar Kata Laluan
Anda boleh membuat semakan jumlah bayaran di dalam Untuk membuat semakan status potongan gaji secara online, anda boleh menggunakan Sistem Potongan Gaji ANGKASA (SPGA) dengan mengikuti langkah di bawah:
Layari sola.my/espga_semakan
Masukan nombor K/P awam / Polis / Tentera
Masukan kata laluan
Klik Log Masuk
Anda boleh membuat semakan jumlah bayaran di dalam SPGA
Semakan Melalui Live Chat
Layari laman web ANGKASA di http://angkasa.coop/
Klik LIVE CHAT pada menu
Ikuti langkah seterusnya di laman berkenaan
Masukan Nama, E-mel & pilih Bahagian Potongan Gaji, No. Telefon
Nyatakan No. K/P / Polis / Tentera untuk membuat semakan
Semakan Melalui E-mel
Sila e-melkan kepada
[email protected]
E-mel anda akan menerima maklumbalas dalam tempoh liha hari waktu bekerja
Semakan Melalui Telefon
Tunggu arahan seterusnya
Sila hubungi +603-7806 1977
Tekan 1 untuk pilihan potongan gaji
Semakan Penyata Potongan Bulanan Melalui Kiosk SPGA
Bagi memenuhi keperluan anggota koperasi, ANGKASA telah menyediakan 24 unit kiosk Sistem Potongan Gaji ANGKASA (SPGA) di beberapa lokasi strategik seluruh malaysia termasuk Sabah dan Sarawak mulai tahun 2013.
Melalui perkhidmatan kiosk ini, semua anggota koperasi boleh mendapatkan penyata potongan bulanan yang diuruskan oleh Bahagian Perkhidmatan Kredit dan Perbankan ANGKASA (BPKP) secara layan diri.
Anggota koperasi (pelanggan) hanya perlu memasukkan kad pengenalan (MYKAD) yang dilengkapi dengan cip maklumat peribadi dan perlu disahkan dengan cap jari.
Perkhidmatan ini diberi secara PERCUMA sebagai usaha berterusan ANGKASA memberi perkhidmatan yang terbaik untuk warga koperasi seluruh Malaysia.
Berikut adalah lokasi kiosk SPGA di seluruh negara:-
Bil.LokasiBil.Lokasi 1. ANGKASA,Wisma Ungku A. Aziz,Jalan SS 6/1, Kelana Jaya,46798 Petaling Jaya, Selangor 13.Bank RakyatCawangan Indera Mahkota,No B 56 & B 58,Persiaran Sultan Abu Bakar,Bandar Indera Mahkota,25200, Kuantan Pahang.2.Kompleks Kementerian Kewangan,Aras 2, Presint 2,62590 Putrajaya. 14. Bank RakyatCawangan Simpang Tiga,No 9 & 10, Block 16, KCLD,Jalan Tun Jugah,93350, Kuching, Sarawak.3.Pejabat Perhubungan ANGKASANegeri Kedah,No. 1571, Tingkat 3, Jalan Kota,05000 Alor Star, Kedah. 15.Bank RakyatCawangan Kota Kinabalu,Lot 20 & 21 Blok B, Harbour City,Jalan Pantai Baru, Sembulan,88000 Kota Kinabalu, Sabah.4.Pejabat Perhubungan ANGKASANegeri Johor,No. 14-01, Jalan Tun Abdul Razak,Susur 6, Taman Suria Muafakat,80200 Johor Baru, Johor. 16.Bangunan Persekutuan PerlisTingkat Bawah, Persiaran Jubli Emas01000 Kangar,Perlis5.Pejabat Perhubungan ANGKASANegeri Kelantan,Lot 321, Seksyen 12,Jalan Pengkalan Chepa,15400 Kota Baharu, Kelantan. 17.Wisma Persekutuan Mua’dzam Shah Negeri KedahAnak Bukit, 06550 Alor Setar,Kedah6.Pejabat Perhubungan ANGKASANegeri Perak,No. 24A & 26A, Jalan Bestari B2,Medan Meru Bestari (Zon 5),Bandar Meru Raya,30020 Ipoh, Perak. 18.Bangunan Persekutuan Pulau PinangAras 3, Jalan Anson10400 Pulau Pinang7.Pejabat Perhubungan ANGKASANegeri Sembilan,No.21, Tingkat 1, Jalan PPP2,Pusat Perdagangan Paroi,Off Jalan Kuala Pilah,70400 Seremban, Negeri Sembilan. 19.Pejabat Setiausaha KerajaanNegeri Selangor,Bangunan Sultan SalahuddinAbdul Aziz Shah,40500 Shah Alam, Selangor.8.Pejabat Perhubungan ANGKASANegeri Melaka,No. 48-1, Jalan KF 4,Kota Fesyen, 75450 Ayer Keroh,Melaka. 20.Hospital MelakaJalan Mufti Haji Khalil75400 Melaka9.Pejabat Perhubungan ANGKASANegeri Pahang Zon 1,B-268, Tingkat 1,Jalan Darat Makbar,25000 Kuantan, Pahang. 21.Bangunan Gunasama Persekutuan Batu PahatJalan Bakau Condong83000 Batu Pahat, Johor** Dalam proses pemindahan ke Pejabat Perhubungan ANGKASA Johor (Muar)10.Pejabat Perhubungan ANGKASANegeri Terengganu,Lot 5126, Tingkat 1, Unit C1,(Blok C) Dataran Emas,Jalan Sultan Sulaiman,20200 Kuala Terengganu,Terengganu. 22.Hospital Universiti Sains MalaysiaKubang Kerian,16150 Kota BharuKelantan 11. Pejabat Perhubungan ANGKASANegeri Sabah,Lot 13, Lorong Grace Square 1,Jalan Pantai Sembulan,88582 Kota Kinabalu, Sabah. 23.Pejabat Perhubungan ANGKASANegeri Perlis,No 17 & 18, Jalan Satu, Taman Pertiwi Indah,Kangar, Perlis. 12.Pejabat Perhubungan ANGKASANegeri Sarawak,Aras Bawah, Lot 433 S.L2Seksyen 65, KTLD93050 Jalan MatangKuching Sarawak 24.Bank Persatuan,41,43 & 45, Wisma BankPersatuan, Jalan Selat,Taman Selat, 12000 Butterworth,Pulau Pinang.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut tentang semakan Potongan Gaji Angkasa e-Semakan SPGA, sila dapatkan info terkini atau hubungi:
http://www.angkasa.coop/
Talian telefon 03-78022400
Menghantar e-mel ke
[email protected].
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/spga-sola/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=spga-sola