Healing Main Game Online
Korang kalau bosan suka spend masa buat apa? Kelebet sosmed je ke? Aku selalunya kalau bosan memang malas nak kelebet sosmed. Rasa lagi serabut. Handphone memang aku ignore la. Jadi aku akan buat benda lain contohnya macam cabut rumput kat laman rumah. Gigih betul. Hihi.
Tapi kan, masa aku kena warded untuk operation batu karang dalam buah pinggang hari tu, aku dapat healing cara lain. Eh..aku tak kongsi lagi pasal kes warded aku tu dalam blog kan? Nanti la aku story pasal tu. Artikel ni aku nak kongsi dengan korang pasal healing aku masa kat wad
Abang Adan dah kena 'racun' dengan mak dia 😆
Kisah Healing Di WadMasa kat wad tu aku kena stay sorang-sorang takde peneman. Encik CH kena jaga 5 ketul anak-anak. Dorang stay dekat hotel bajet depan HUSM. Nanti aku review pasal hotel tu jugak okay. Jadi aku bosan la jugak takde teman nak bercakap. Dah la introvert. Memang takde la aku nak tegur orang lain dalam wad
So, selain baca buku dan layan movie kat phone, aku main game! Wehhhh..korang tau tak yang aku ni dah lama gila tak main game kat phone tau. Takde langsung apps game yang aku install dalam phone sebelum warded tu. Punya la tak sempat. Rutin surirumah merangkap penjaga mentua yang tak sihat selain kerja online (design dan menulis) buatkan jadual harian aku padat yang amat
Tapi sebab kena warded tu, aku dapat healing main game. Seronok gila! Betul la bestfriend aku cakap, Allah bagi aku ruang untuk 'rehat' dari rutin harian aku. Bonus dapat buat something yang aku dah lama sangat tak buat iaitu main game. Hihi
Game Apa Yang Aku Main?
Ada beberapa game yang aku install dari playstore macam Words Of Wonder, Mindblow, Sudoku, Brain Game. Aku kan memang suka nombor dan huruf. Lagi satu, suka perah otak yang dah kertu ni. Sebab tu install game jenis gitu je
Tapi itulah, game yang install ni banyak betul la iklan. Kadang rasa geram jugak. So, aku pun sesaja la search kat Google nak main game kat browser pulak. Jumpa satu laman web ni. Simple je game dia. Game educational untuk budak-budak. Tapi best. Game pasal duit. I love money and coin! Aku kan mata duitan. Hahaha
Kat sini ha game yang aku main tu : Mortgage Calculator Kids Game. Banyak sangat jenis game yang ada. Aku takde main la semua. Aku pilih yang berkenan dan rasa macam best. Meh aku kongsi dengan korang game apa yang aku main
Money Bubble Pop Game
Comel sangat interface game ni. Aku suka! Ralit tau main yang ni. Korang boleh cuba main kat sini : Money Bubble Pop Game
Tap Supermarket Game
Kalau korang suka shopping, game ni best la jugak. Kena laju dan mata kena alert. Punya la ramai customer masuk supermarket nak membeli belah. Laju pulak tu. Hahaha. Tapi best tau. Try main kat sini : Tap Supermarket Game
Chocolate Shop Game
Sebab aku ni Chocolate Lovers, saja la cuba main game ni jugak. Jenuh weh nak kejar ambik order, buat coklat, hantar order, dengan super pantas. Dah la customer tak menyabar. Geram aku! Hahaha. Korang cuba main pulak : Chocolate Shop Game
Merge Cash Puzzle Game
Game ni pun boleh tahan best. Geram betul bila tak dapat merge puzzle tu. Tetiba dah sampai kat bawah, game over. Hahahaha. Try la korang! Klik sini : Merge Cash Puzzle Game
Idle Coffee Business Game
Sebagai pecinta kopi, aku tertarik nak cuba main game ni. Interface dia comel okay. Senang je main game ni. Just click je kat kopi yang dah siap, terus dapat duit. Boleh upgrade kopi. Cuba main kat sini : Idle Coffee Business Game
Flower Shop 2 Game
Orang perempuan dengan bunga mana boleh pisah. Gituuu. Hihi. Game ni ada dua bahagian. Memula kena serve customer yang order bunga. Dah cukup target customer yang datang, kena main game yang macam merge bunga pulak. Yang tu best. Aku suka! Cuba korang main : Flower Shop 2 Game
What's Grandma Hiding Game
Kalau korang suka game cari barang tersembunyi, aku recommend main yang ni. Best! Klik sini : What's Grandma Hiding Game
150 Jenis Game Untuk Korang Explore
Tu baru 7 game yang aku suka main je aku kongsi dengan korang. Sebenarnya ada banyak lagi jenis game yang ada. Dah diasingkan ikut kategori. Pilih je nak main yang mana. Jenuh nak main semua. Pepandai la korang explore sendiri.
Hari tu aku dah pengaruh anak yang sulung, abang Adan main game kat situ jugak. Bukan main suka lagi dia. Mengadap komputer sampai tak ingat nak makan. Punya ralit main game. Salah mak dia jugak la tu. Hahaha
Mortgage Calculator Kids Game
Oh ya. Game kat web ni boleh main kat phone atau komputer tau. Kalau kat phone boleh main sambil baring-baring santai. Main kat komputer pulak lagi puas mata memandang. Ikut suka korang la nak main guna phone atau komputer
Yang paling penting sekali, main game kat situ takde iklan. Yang itu, aku suka sangat! 😆
Bisik-bisik :: Dah tua pun boleh je main game okay! Hihihi.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.shahadafauzi.com/2024/11/healing-main-game-online.html