Spesis Luar Biasa Mitsubishi Lancer Fiore Hatchback


Artikel ini dipetik dari laman sesawang Mekanika Malaysia.

Kisahnya, saya telah berkenalan dengan kereta ini kira-kira 8 tahun yang lalu. Ketika itu, ia sedang dibina semula oleh pemiliknya dari kondisi separuh reban. Mujur juga ia masih berkongsi dengan model Fiore biasa. Lepas makan tahun berhempas pulas, ianya berjaya dihidupkan semula walaupun tidak sempurna seratus peratus.


Secara tak sengaja, saya kembali bertemu dengan kereta ini dalam sesi TT ringkas bersama pemilik jentera Mirage. Mula-mula tengok tak perasan mana. Lepas dibelek gambar lama, rupanya ia masih kereta yang sama walaupun kini sudah bertukar tangan.

Kepada yang kurang maklum, ini adalah model Mirage generasi kedua, yang turut menggunakan nama Lancer dan Colt mengikut negara pasaran. Selain model NA yang biasa, ia turut memiliki versi istimewa Mirage 1600 GSR X1X, yang dilengkapi enjin bersiput 4G32T.


Kalau ada yang perasan, Mirage ini juga kerap digunakan dalam filem lakonan Jackie Chan seperti Police Story 1, Police Story 2, Heart of Dragon (The First Mission) dan Naughty Boys.

Di negara kita, kereta ini jatuh dalam kategori super rare memandangkan jumlah yang sangat terhad. Tak pasti berapa banyak yang pernah tersadai di sini. Tapi kalau campur yang rentung dengan bergeran sekali pun, belum tentu boleh genap sepuluh jari.

Yang ini milik Sladunk, seorang abang pegawai yang memang kacak bila beruniform. Mana datang nama Sladunk tu tak pasti. Mungkin sebab badannya, mungkin sebab karektornya, mungkin juga sebab dia pemain basketball.

Di tangan Sladunk, bahagian luar kereta ini telah dicantikkan semula menerusi kerja-kerja pentacapan yang serius. Makin berseri-seri rupanya dengan asas berkaler kuning. Memandangkan kit Aero GT Mirage C12 hampir mustahil untuk diperolehi, sebahagian komponen badannya telah dihantar untuk proses salutan karbon bagi mencari kelainan.


Antaranya bahagian hood, fender, grill, pintu, bonet, skirt sisi dan cermin sisi. Kit badan Mirage C12 lain masih dikekalkan, sebelum ditambah lip Accord SV4 kustom, serta unit sunroof MMC di bahagian bumbung.

Sektor pengendalian telah diubahsuai dengan cara yang tersendiri. Nak kata kengkang tak juga, cuma dilabuhkan pada kadar yang lebih sesuai.

Di bahagian roda tersemat rim Enkei RP01 bersaiz 15-inci, lengkap dengan tayar Continental CC5 berukuran 195/50R-15. Sementara kuasa hentian pula, datang dari set brek Proton Perdana untuk depan dan belakang.


Jika dahulu pernah menggunakan enjin 4G63T dari EVO III, namun enjin tersebut tidak lagi berkhidmat pada kereta ini. Sebagai ganti, ia kini menggunakan enjin NA jenis 4G15 yang lebih mesra poket. "Sekarang nak bawak rilek-rilek je bang," kata Sladunk sambil mengusap-ngusap bunga tayar barunya.

Seperti yang dijangka, enjin baru ini tidak mengalami sebarang perubahan kecuali sentuhan krom di sana sini. Untuk tujuan prestasi, terdapat penapis udara Apexi, Ram udara kustom, pam petrol AVS, rel bahan api Sard, serta unit regulator Works Engineering.

Kota gear manual yang digunakan juga tidak berubah. Manakala sistem ekzos telah dibina semua, sebelum bersambung dengan muffler dari Pro1.


Ruang dalaman mendapat gaya lebih sporty, hasil pemasangan sepasang bangku bakul dari Bride. Bagi menghasilakn mood yang sama, komponen penting seperti papan pemuka, konsol tengah dan pilar telah dihitamkan, termasuk balutan semula lelangit bumbung dan tempat duduk belakang.

Diselit juga stereng kapal terbang dan meter LCD dari Mirage C12 Turbo. Satu-satunya komponen yang belum Sladunk ubah adalah panel pintunya, yang hampir mustahil untuk diganti pada waktu ini. Dan bendanya panjang terjujur. Takkan nak cantum pakai dua pintu Fiore!


Ianya bukan sekadar minat, tapi uturt melibatkan komitmen yang besar. Penat lelah yang diusahakan Sladunk untuk melahirkan semula model legasi ini, nampaknya sangat berbaloi.

Gambar :

















Hensem tak Owner Fiore Hatchback nie?



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tigapadel.blogspot.com/2019/01/spesis-luar-biasa-mitsubishi-lancer.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cerita Raya Luar Biasa

Cerita Raya Luar Biasa

papar berkaitan - pada 1/6/2019 - jumlah : 1056 hits
Telefilem Cerita Raya Luar Biasa akan disiarkan pada hari raya yang ke 4 pukul 10 pagi di saluran Astro Ria JUDUL CERITA RAYA LUAR BIASAWAKTU SIARAN Sabtu 8 Jun 2019 10 00 pagiSIARAN TV Astro Ria Ria HDPENGARAH Irwan RaufPRODUKSI Silent Kai...
Kisah Jatuh Bangun Lelaki Luar Biasa Bernama Jack Ma Beri Inspirasi

Kisah Jatuh Bangun Lelaki Luar Biasa Bernama Jack Ma Beri Inspirasi

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 528 hits
Pasti ramai yang biasa mendengar nama Jack Ma Seorang jutawan dan usahawan teknologi paling berjaya di dunia dan merupakan pengasas syarikat e dagang terbesar Alibaba Group Holding Ltd Namun di sebalik nama itudan kisah kisah kejayaannya ya...
Bulu Mata Yang Luar Biasa

Bulu Mata Yang Luar Biasa

papar berkaitan - pada 2/6/2019 - jumlah : 716 hits
Seorang lelaki berasal dari Ukraine bernama Valery Smagily mendakwa mempunyai bulu mata yang paling lentik di dunia Bahkan Valery banyak mendapat soalan dari para wanita rahsiabulu matanya yang unik tersebut Valery mengaku perkara tersebut ...
Ketam Kelapa Spesies Ketam Luar Biasa Yang Mungkin Anda Tidak Ketahui Tentang Kewujudannya

Ketam Kelapa Spesies Ketam Luar Biasa Yang Mungkin Anda Tidak Ketahui Tentang Kewujudannya

papar berkaitan - pada 8/6/2019 - jumlah : 2351 hits
Ketam kelapa atau Birgus latro merupakan ketam terbesar yang lazimnya ditemui di Lautan Hindi dan Lautan Pasifik Makanan utama mereka ialah buah buahan dan kekacang Apa yang menarik tentang ketam ini ialah mereka boleh memanjat pokok S
Demokrat Larang Kader Bicara Kongres Luar Biasa

Demokrat Larang Kader Bicara Kongres Luar Biasa

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 371 hits
Amir pun meminta para kader tidak melakukan komunikasi publik untuk membahas isu desakan tersebut Termasuk juga masalah internal partai lainnya
Ssd Generasi 4 Catat Kepantasan Luar Biasa

Ssd Generasi 4 Catat Kepantasan Luar Biasa

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 423 hits
AMD yang baru melancarkan CPU Ryzen Zen 2 turut sama memperkenalkan sokongan generasi baru PCIe 4 0 pada motherboard cipset X570 yang menawarkan 2 kali ganda kelajuan untuk kegunaan kad grafik ssd wifi dan kad ethernet Pengeluar seperti Gig...
New Proton X50 More Aggressive And Stylish

Discover Ironpandafit Gym Apparel That Combines Performance And Style

Hiburan Hei Betina Berhenti Malukan Keluarga Amp Suami Sedar Sikit Kau Tu P Lacur Berstatus Datin Nabila Huda

Titan A Roaring Nitrous Boosted Bmw R 1300 R Built In House

Starlink Malaysia Patutkah Anda Tukar Dari Unifi Atau Maxis

Hiburan Lebih 82 000 Petugas Kesihatan Kkm Dikecualikan Waktu Kerja Syif 45 Jam Seminggu

Tarif Us Malaysia Mulai 1 Ogos 2025 Kadar Impaknya

Cure For Malaysia S Generational Judicial Curse


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sains Cern Temui Dua Pecahan Misteri Partikel Tuhan Yang Sukar Dikesan

Google Fi Tingkatkan Perlindungan Peranti Dapatkan 2 Kali Tuntutan Kehilangan Atau Kecurian

Wanita Dedah Kos Yuran Ijazah Perubatan Boleh Cecah Rm350k Buat Netizen Terkedu Realiti Yang Ibu Bapa Kena Hadap

What A Beautiful Day Tiba Tiba Terbaca Isu Tengah Panas Sekarang Ni Padanmuka Nabila Huda

Panas Dokumen Didakwa Minit Mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman Bocor

Acting Ministers Key To Continuity Says Johari