Spekulasi K Jaan Perpaduan Lihat Kepentingan Rakyat Ahli Mt Umno




Spekulasi penubuhan kerajaan perpaduan membabitkan Bersatu, Umno dan PAS yang dibincangkan sebelum ini perlu dilihat dalam konteks kepentingan rakyat.
Anggota Majlis Tertinggi Umno, Khaidhirah Abu Zahar, berkata rakyat kini sengsara di bawah kepimpinan kerajaan Pakatan Harapan (PH).
“Sebenarnya saya mengambil langkah terbuka terhadap sebarang kritikan yang menerjah sudut parti serta meraikan perbedaan pendapat antara ahli parti, kerana ia adalah resmi politik yang memerlukan keterbukaan dan kematangan setiap tubuh dan para pemain politik.
“Tetapi dalam isu ini, kita sepatutnya melihat konteks dengan lebih jauh dan realistik kerana ia melibatkan rakyat Malaysia yang sengsara di bawah pentadbiran kerajaan hari ini. Ya, rakyat sedang sengsara.
“Kesengsaraan rakyat kita tidak boleh tutupi dengan ketakjuban berpolitik hingga melupakan kesengsaraan rakyat dalam terbeban dengan kos sara hidup, tiada peluang pekerjaan, masalah pengangkutan awam, pendapatan keluarga yang tidak setimpal, serta hal ehwal Melayu, dan agama Islam.
“Di mana kalian semua, kerajaan PH ketika rakyat sengsara dengan pelbagai isu kini?,” katanya dalam satu kenyataan.
Pada 3 Feb lalu, Anggota Majlis Tertinggi Umno, Lokman Noor Adam tampil membidas presidennya sendiri, Ahmad Zahid Hamidi yang didakwanya mahu bekerjasama dengan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad.
“Saya amat malu hari ini kerana mempunyai seorang ‘presiden yang lemah’ dan tiada jati diri,” katanya dalam satu kenyataan.
Lokman turut mengepil petikan rakaman audio sepanjang tiga minit 18 saat, yang didakwanya diucapkanZahid ketika muncul dalam mesyuarat Jawatankuasa Perhimpunan Muafakat Nasional Umno.
Antara lain, petikan audio itu menyatakan bahawa bersandarkan Muafakat Nasional, Umno perlu mengikut tindakan PAS “supaya tidak tertinggal di belakang”, selain bagi menyelamatkan Umno daripada diharamkan.
“Bagaimana pula dgn nasib bossku (Najib Razak)? Adakah lebih mudah untuk kita menyelesaikan masalah bossku bila kita bersama-sama dengan PAS, atau dalam satu organisasi yang kita boleh membuat keputusan?
“[…] Kalau (Umno) diharamkan ada di kalangan kita mengatakan, Oh kita ada organisasi lain yang kita boleh bergerak. Oh kita ada PAS. Ada di kalangan ahli-ahli Parlimen pun kata kita nak masuk PAS. Eh, PAS dah masuk sanalah,” kata petikan audio itu lagi.
Bagaimanapun, petikan audio itu tidak ada menyebut langsung nama “Mahathir” atau “PH” secara spesifik.
Dalam pada itu, Khaidirah ataupun lebih dikenali sebagai Dira berkata, rakaman audio yang menjadi kerahsiaan parti tidak seharusnya disebarkan oleh mana-mana pemimpin Umno.
Walaupun secara dasar membantah cadangan kerajasama itu, namun amat tidak wajar menyerang presiden Umno secara keras dan kasar.
Jelasnya lagi, hakikat yang perlu diakui bahawa hanya blok pembangkang yang konsisten memperjuangkan isu semasa rakyat di negara ini.
Katanya lagi, suka atau tidak, majoriti rakyat Malaysia adalah Melayu, Islam dan kerajaan haruslah berpandukan kepada perjuangan Melayu, Islam, demi kesejahteraan dan keharmonian negara ini.
“Kerosakan yang dilakukan oleh kumpulan pemimpin yang tidak ada pengalaman mentadbir dari PH menyebabkan negara kita mundur terkebelakang berbanding negara jiran Singapura dan Indonesia, termasuk episod-episod memalukan yang kerap menghuni negara akibat menteri yang tidak punyai kredibiliti untuk mentadbir.
“Saya ingin nyatakan secara jelas, bahawa kerajaan pakatan ini sebenarnya tidak mempunyai kriteria yang boleh diharapkan untuk mengemudi negara melainkan dengan komen ‘lucu’ para menteri mereka, serta perbuatan yang merendahkan-rendahkan rakyat dan negara mereka sendiri,” katanya lagi.
Mkini




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/02/06/spekulasi-kjaan-perpaduan-lihat-kepentingan-rakyat-ahli-mt-umno/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Mahu Saman Umno

Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Mahu Saman Umno

papar berkaitan - pada 8/2/2020 - jumlah : 300 hits
Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam tidak menolak kemungkinan akan mengambil tindakan undang undang susulan pemecatannya daripada parti yang didakwa tidak mengikut prosedur Menurutnya pemecatan itu menyalahi Perlem...
Syed Saddiq Lari Lompat Pagar Mohon Maaf Kepada Ahli Umno Atau Disaman Asyraf

Syed Saddiq Lari Lompat Pagar Mohon Maaf Kepada Ahli Umno Atau Disaman Asyraf

papar berkaitan - pada 2/2/2020 - jumlah : 440 hits
Pemuda UMNO menerusi Pemuda UMNO Johor akan membuat laporan polis terhadap Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kerana memfitnah parti berkenaan Ketuanya Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata Syed Saddiq memfitnah UMNO yang dituduh mencetuskan huru...
Ahli Majlis Tertimnggi Umno Hilang Kepercayaan Terhadap Zahid Hamidi

Ahli Majlis Tertimnggi Umno Hilang Kepercayaan Terhadap Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 456 hits
AHLI Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam mengesahkan tidak akan menghadiri mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO kerana hilang kepercayaan terhadap Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Katanya isu untuk membentuk gabungan bers...
Rakyat Sudah Tidak Lagi Taksub Pada Ahli Politik

Rakyat Sudah Tidak Lagi Taksub Pada Ahli Politik

papar berkaitan - pada 28/1/2020 - jumlah : 378 hits
1 Satu perubahan baik yang aku nampak apabila kerajaan bertukar ada PRU14 adalah ketaksuban rakyat terhadap pemimpin dan parti politik semakin berkurangan 2 Suatu ketika dulu rakyat kita terlalu taksub dengan pemimpin dan parti politik Bila...
Program Sarapan Pagi Murid Sepatutnya Peluang Merapatkan Perpaduan Rakyat

Program Sarapan Pagi Murid Sepatutnya Peluang Merapatkan Perpaduan Rakyat

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 456 hits
Pada tahun 2019 lalu Kementerian Pendidikan mengumumkan rancangan untuk menyediakan sarapan pagi percuma kepada semua murid tanpa mengira latar sosio ekonomi mereka bagaimanapun pemangku Menteri Pendidikan Tun Mahathir berkata ia tidak adil...
Presiden Umno Tiada Kuasa Memecat Keahlian Mana Mana Ahli Umno

Presiden Umno Tiada Kuasa Memecat Keahlian Mana Mana Ahli Umno

papar berkaitan - pada 9/2/2020 - jumlah : 292 hits
Farhana Malek KUALA LUMPUR Majlis Kerja Tertinggi UMNO mempunyai peruntukan kuasa di bawah Fasal 20 9 bagi memecat mana mana ahli yang melakukan salah laku seperti melanggar Perlembagaan Parti dan Tataetika Ahli jelas Ketua Penerangan UMNO ...
Lokman Nor Adam Hilang Kelayakan Sebagai Ahli Mkt Umno

Lokman Nor Adam Hilang Kelayakan Sebagai Ahli Mkt Umno

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 688 hits
SHAH ALAM Datuk Lokman Noor Adam yang dipecat sebagai ahli UMNO sekali gus hilang kelayakan sebagai ahli Majlis Kerja Tertinggi parti itu Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata Lokman tidak memahami Perlembagaan UMNO terutama mel...
Spekulasi Sertai K Jaan Pas Belum Terima Apa Apa Tawaran Kata Takiyuddin

Spekulasi Sertai K Jaan Pas Belum Terima Apa Apa Tawaran Kata Takiyuddin

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 317 hits
Setakat ini kita belum terima apa apa dari kerajaan Bila bercakap soal kerajaan pusat maknanya kerajaan PH bukan PM seorang kata setiausaha agung PAS
Apakah Benar Undi Tidak Percaya Ahli Dewan Rakyat Terhadap Perdana Menteri Ada Dalam Perlembagaan

Apakah Benar Undi Tidak Percaya Ahli Dewan Rakyat Terhadap Perdana Menteri Ada Dalam Perlembagaan

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 318 hits
Belum pernah terjadi dalam sejarah politik Malaysia kedudukan Perdana Menteri ibarat telur di hujung tanduk Tahun 2020 menyaksikan keadaan yang cukup kritikal pada Dr Mahathir Perdana Menteri ke 7 untuk mengekalkan kuasa beliau Gesaan supay...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Jadual Cuti Panjang 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025