Spaghetti Meatball And Trifle Sedap From Kak Fieza
Assalamualaikum..
Hari Sabtu haritu last buat makan-makan sempena dengan Hari Raya. Ikutkan Syawal pon dah habes kan? Tapi sebab tak dapat nak slot time so Sabtu haritu kira Raya jugak lagi. Sekarang kita tak guna term 'Raya Kan Sebulan' tapi I upgrade 'Raya Kan Setahun', hahahahaha. So Sabtu haritu first time la I prepare makanan semua by myself. S E M U A guna ayat macam bagus je padahal buat Spaghetti Carbonara dengan Spaghetti Meatball je. Hahahaha. Ala, please la kasik chance. Dessert pulak I mintak (read:paksa) Kak Fieza buatkan. Dia memang stressed kalau I yang suruh buatkan apapa sebab nanti kang ada je tok nenet yang takde. Haritu Swiss Roll takde yang vanilla. I naaaaaaaaaaaaaaaak jugak perisa Vanilla taknak coklat ke, apa ke, taknak. Bagi I Trifle kena Vanilla cake. Tak kisah la sponge kek ke, swiss roll ke, dia kena vanilla. Kalau perisa lain dia jadik kentut tak sedap. I don't like. Merata la Kak Fieza carik last-last ada dekat 7E hahahahaha. Tu la ngada pergi carik mall besar, padahal kedai-kedai Indon tepi jalan pon ada takpon guna je Swiss Cake Apollo perasa Vanilla tu, poooon sedap tau? Tetengah dia ada macam strawberry ke blueberry jem entah. Dah tu I mintak Kak Fieza improvise resepi. Jelly dengan Custard kasik cair meleleh. Sekali dia buat sama macam I nak, YA AMPUNNNNNNN sedapnyaaaaa. Sazli yang tak berapa suka makan dessert pon jadik suka la. I makan tu, rasa macam eskrem pon ada and buah dia I beli and letak sendiri. Memang generously put dalam mangkok sampai melimpah-limpah. Puas hati aku. Tak cukup tabur on top, time nak makan I letak lagi dalam dia. Memang sedap la. Petang Sabtu tu makan, balance I letak dalam peti. Pagi Ahad bangun pagi makan dia tengah sejuk-sejuk Ya Allah... Sedapnyaaaa!! I mintak Kak Fieza buat lagi, dia taknak layan dah. Eksyen betul. Dah la yang dia tu kira tolong buatkan aje. Bayar kos bahan je hahahahahaha. Mampos Kak Fieza nak melayan I. Tapi dia sayang I, apapa I mintak dia OK je. Tachiu Kak Fieza
Yang nak datang 6 orang je, so I buat 1 botol Carbonara, 1 botol Meatball Bolognese. Still ada lebih untuk 3-4 kali makan. OK la. Konsep dia, nak jamu orang makan biar berlebih jangan terkurang. But berlebih tu jangan la sampai membazir beria.
Close Up sikit. Ada yang mintak resepi. Basically sama je macam resepi yang korang dapat dalam internet tu. Takde yang fancy pon. Rasa InsyaAllah sedap.
Balang air beli kat Sogo time sale tu memang help so much. Gelas, Bekas buah tu dari Ikea.
Ni la Trifle yang Kak Fieza buat. Sedap sangat. Ada mintak dia buat lagi, tapi dia tak layan dah. Hahahaha.
Tips nak Trifle ni sedap, jelly dengan custard tu kena lembik. Baru rasa 'hotel'. Whipped cream jangan lupa. Buah pulak kena yang masam. Swiss roll kena perasa vanilla. Nak lagi sedap. layered la dengan strawberry jem. Kak Fieza tak dapat rasa pon version ni sebenarnya. I kasik dia gambar je. Thank you Kak Fieza with this superbly delicious Trifle. If korang nak order, boleh je contact kat Fieza dekat 012-2360434 or boleh follow dekat Kak Fieza IG. Ada banyak lagi Kak Fieza buat macam Dadih, Bread Butter Pudding, Kek Batik, Fruits Jelly and many more. Rasa memang sedap. Yang tu I boleh jamin. Ni I tengah paksa Kak Fieza buat Kek Batik Melting pulak. Nanti bila dah test run and dah pass dari segi rasa, dah boleh jual la. I ni masak tak pandai, komplen pandai. Berangan nak buat Brownies sampai kesudah hanya tinggal cita-cita. Haritu dah demotivated kena kutuk dengan Forumers. Hahahahahahaa
-eNd-
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://surayasulatin.blogspot.com/2019/07/spaghetti-meatball-and-trifle-sedap.html