Sotong Masak Kicap Untuk Ammar Yahya




Alhamdulillah semalam saya telah selesai berselawat tafrijiyah secara individu sebanyak 4444 kali setelah sebelum ini berselawat yang sama secara kumpulan selama 2 hari dengan group tadarus dan selawat yang dipimpin oleh Ustazah Aidah. 
Bagusnya bila group dipimpin, kita lebih berdisiplin dan istiqomah. Setiap hari, ahli kumpulan akan update bilangan selawat tafrijiyah yang telah dibuat di samping selawat ke atas baginda yang dibuat sebanyak 500 kali setiap hari. Alhamdulillah. Terasa hidup ada pengisian yang bermakna. 
Insya Allah kita kena yakin bahawa Allah akan makbulkan segala hajat dan doa kita samada cepat atau lambat. Bila mendengar dari pengalaman ustazah sendiri, saya bertambah keyakinan. Kadang kadang bukan kita tak tahu tapi kurang keyakinan menjadikan kita tidak bersungguh mengamalkannya. 
Hari ini, Ustazah Aidah share satu coretan perkongsian berkenaan kelebihan selawat di mana ianya adalah satu amalan yang sangat mudah dilakukan dan menpunyai banyak kelebihan. Tidak seperti solat, di mana banyak yang perlu diperhatikan seperti kena ada wudhu, ada bacaan yang wajib dibaca dengan betul, kena kusyuk dsb. Berbeza dengan selawat. 
Selain kelebihan yang utama, sesiapa bersolat ke atas baginda Rasulullah, Allah akan berselawat ke atas mereka. Ada hadis Maksudnya: “Sesiapa yang berselawat ke atasku sekali, Allah SAW akan berselawat kepadanya 10 kali, menghapuskan 10 dosa daripadanya, dan ditinggikan 10 darjatnya.” Ibn al-Malak menyatakan, selawat Allah kepada hamba-Nya adalah sebagai rahmat daripada Allah. Masya Allah, banyak lagi kelebihan lain.
Menariknya petikan itu ialah betapa mudahnya amalan selawat. Berselawat dalam keadaan riak diterima, sedikit diterima, banyak diterima, kusyuk diterima, lalai pun diterima. Dibaca perlahan diterima, dibaca laju laju diterima, hatta baca dalam hati juga diterima. 
Jika dah berselawat tapi akhlak masih buruk, kata ulamak selawat kamu masih sedikit. Jadi tambah lagi dan lagi. Berselawat lah sehingga hati kamu bahagia dan tenang. Setakat ini dahulu, semoga bermanafaat. Sekarang kita masuk pula bab masakan. 


Saya menyediakan lauk ini atas permintaan cucunda sulung saya, Ammar Yahya. Malam tadi dia datang ke bilik saya dan meminta saya menyediakan sotong dan nasi. Tok Mama, can you cook squid and rice for me. Ammar memang bercakap English kerana dia bersekolah di sekolah Islamic international. 
Saya jadi terkejut juga sebab dia tak pernah pulak request macam tu. Yang pastinya saya tak akan tolak permintaan itu. Tapi sebab tak ada stock sotong jer. Kalau ada, rasanya dan dan tu juga saya masuk ke dapur. Siap juga minta saya sediakan agar agar sirap rose. 
Saya kalau beli sotong, memang akan cari sotong yang menpunyai telur. Walaupun mahal sedikit tak mengapa, kerana sedap dan saya suka sangat. Bila Nana dan Ammar tak makan telur, maka saya lah yang mengutipnya. Hahaha. 
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI  Selamat mencuba…

Sotong Masak KicapOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:500 gram sotong1 sudu besar cili kering kisarSedikit pes asam jawaSedikit kiub pati ayam1 sudu besar sos tiramSedikit kicap manisBawang Holland - hirisCili padi - opsyenal 
Bahan kisar/tumbuk:4 biji bawang merah3 ulas bawang putihSedikit halia
Cara cara:Mula mula keringkan sedikit air sotong dengan dimasak sotong dalam kuali tanpa minyak sehingga air sotong keluar. Angkat dan tos. Ketepikan air sotong, jika suka boleh masukkan sebagai kuah. 


Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tumis lagi sehingga cili garing dan masak atas api perlahan. 
Kemudian masukkan semua bahan lain seperti sos tiram, kicap, kiub pati ayam dan sedikit air sotong tadi. Masak sehingga kuah mendidih. 
Masukkan sotong dan bahan hiasan seperti bawang besar dan cili hidup. Kacau rata. Boleh tutup api. 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2025/04/sotong-masak-kicap-untuk-ammar-yahya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rupanya Begini Masak Suhun Supaya Tak Mengembang Serap Kuah

Rupanya Begini Masak Suhun Supaya Tak Mengembang Serap Kuah

papar berkaitan - pada 8/4/2025 - jumlah : 153 hits
Suun atau suhun selalu kita gunakan ketika memasak sup sayur dan masak lemak putih Biasa terjadi lepas masak suun akan kembang dan menyerap kuah sehingga tinggal sikit saja Jika memasak suun ada tip yang boleh kita gunakan supaya ia tak kem...
Cara Buat Mi Hailam Padu Sukatan Masak Sekuali Terus

Cara Buat Mi Hailam Padu Sukatan Masak Sekuali Terus

papar berkaitan - pada 8/4/2025 - jumlah : 213 hits
Cara buat mi hailam padu ini sukatan untuk masak sekuali terus Lebih mudah untuk makan sekeluarga sekali masak saja Hidangan mi ini enak dihidangkan panas panas memang berselera makan Untuk jamu tetamu datang beraya waktu petang atau malam ...
Resipi Nasi Ayam Ekspres Tak Sampai Sejam Siap Masak

Resipi Nasi Ayam Ekspres Tak Sampai Sejam Siap Masak

papar berkaitan - pada 8/4/2025 - jumlah : 168 hits
Resipi nasi ayam ekspres ini amatlah mudah balik daripada kerja lewat petang pun masih sempat buat Jika ada tetamu datang beraya mengejut pun tiada masalah untuk menyediakannya Tak sampai sejam dah pun siap Resipi nasi ayam ekspres Bahan un...
Masak Kari Ayam

Masak Kari Ayam

papar berkaitan - pada 9/4/2025 - jumlah : 173 hits
Assalamualaikum WBT Kelmarin Sk masak lauk Kari Ayam atas permintaan PI Isk isk isk padahal baru sehari sebelumnya makan nasi daun pisang lauk kari ayam kat Ashoka Curry House Sk pulak teringat ingat kari ayam yang makan dengan ketupat masa...
Video Gelagat Atikah Suhaime Masak Juadah Raya Ketika Berpantang Cetus Pelbagai Reaksi Netizen

Video Gelagat Atikah Suhaime Masak Juadah Raya Ketika Berpantang Cetus Pelbagai Reaksi Netizen

papar berkaitan - pada 4/4/2025 - jumlah : 153 hits
Umum mengetahui pelakon Datin Atikah Suhaime telah selamat melahirkan cahaya mata sulung di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya pada 8 Mac lalu Masih dalam tempoh berpantang selepas melahirkan bayi perempuan yang diberi nama Lyla Mulan ...
Potret Artis Yang Langganan Masak Sendiri Saat Lebaran

Potret Artis Yang Langganan Masak Sendiri Saat Lebaran

papar berkaitan - pada 1/4/2025 - jumlah : 152 hits
2 artis ini BCL dan Prilly langganan turun tangan sendiri memasak hidangan saat Idul Fitri
Hantar Anak Ke Mrsm Fedtri Yahya Iringi Doa Buat Anak Selamat Berjuang Kakak

Hantar Anak Ke Mrsm Fedtri Yahya Iringi Doa Buat Anak Selamat Berjuang Kakak

papar berkaitan - pada 8/4/2025 - jumlah : 198 hits
Pengacara yang cukup terkenal dengan bait bait puitis Fedtri Yahya meluahkan rasa bangga namun sedikit hiba terpaksa melepaskan anak sulungnya untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah asrama penuh Anak sulung Fedtri Indah Sutera Jannah antara...
Resepi Tempe Tumis Kicap

Resepi Tempe Tumis Kicap

papar berkaitan - pada 22/4/2025 - jumlah : 74 hits
Tempe Tumis KicapBahan bahan1 bungkus tempe dipotong dadu 5 biji bawang merah dihiris halus2 ulas bawang putih dihiris halus3 biji cili hijau dipotong potong sepanjang 1 cm1 batang daun bawangGaram secukupnya4 sudu makan kicap manisPenyedap...
Masak Makan Di Pagi Raya Pertama

Masak Makan Di Pagi Raya Pertama

papar berkaitan - pada 1/4/2025 - jumlah : 286 hits
Assalamualaikum WBT ALHAMDULILLAH tahun ini Sk sekeluarga menyambut 1 Syawal 1446H di Tanah Jauhar Tema warna baju raya pertama kami maroon Tahun ini juga Sk jadi host makan makan raya pertama untuk adik beradik Sementara tunggu mereka samp...
Umno Must Come First Says Mohamad Hasan Amid Talk Of Internal Sabotage

Upsi Bus Crash Survivors To Get Oku Card Says Noraini

Mayat Wanita Ditemui Lebih 200 Km Dari Lokasi Dilaporkan Hilang

General Service Tax And The Banana Republic Of Confusion

Kekurangan Jururawat Menteri Kkm Dedah Jawatan Ada Tapi Tiada Yang Mahu

Mendaki Bukit Keluang Di Besut

Kari Ikan Chef Anand

Ufad1 15 June Ufad1 Top 4 By Glenna


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mmu Menyediakan Saluran Melatih Pakar Dalam Kecerdasan Buatan

Udang Goreng Dengan Kacang Dan Karot

Apa Sudah Jadi Madani

Aku Ayah Dan Muzik

Cencaru Goreng Pedas Ikut Resipi Ni Sambal Pasti Lebih Sedap

Monolog Seorang Aku Siri 3