Sotong Masak Kicap Baby Kailan Oyster


 Assalamualaikum WBT
SELAMAT kembali ke sekolah buat anak-anak yang memulakan sesi persekolahan bagi tahun 2023 hari ini. Bagi anak-anak yang akan bermula sesi persekolahan esok, selamat berjimba-jimba pada hari terakhir hari ini, hehehehe. Khamis ini pula, kita akan mula berpuasa. Semoga kita semua diberikan keafiaatan dalam menjalani ibadah sepanjang di bulan Ramadhan.
Malam tadi, Iman pun dah balik semula ke kolej bagi memulakan semester kedua pengajiannya di UTM, hari ini. Nampaknya juga semester kedua ni, jadual Iman agak padat berbanding semester lepas. Semalam pagi, kami anak-beranak bersarapan di sebuah restoran mamak baharu, Al Safa, yang dibuka di Gelang Patah, bersebelahan dengan Restoran Anjung Selatan. Tengahari pula, Iman pergi jemputan kahwin kawan dia masa sekolah rendah dulu. 

Bila ditanya, nak masak apa untuk makan tengahari, manjang jawapan Pak Inche, tak tahu.. atau masih kenyang (sarapan). Tapi, bila kita dah siap memasak, dialah yang terpaling lapar. Ni, semalam ingat nak masak Sambal Sotong, tapi Pak Inche nak Masak Kicap pulak. Bagus jugak, senang banget Sotong Masak Kicap ni

Sotong Masak Kicap
Bahan-bahan :
2 ekor sotong saiz sederhana, potong ikut citarasa masing-masing3 ulas bawang putih, cincangSedikit halia dihiris1/2 tangkai lada hidup, hiris1/2 labu bawang merah, potong bulat1/2 senduk kicap manis2 sudu minyak masak
Cara-cara :
1. Panaskan minyak masak, tumis bawang putih dan halia

2. Masukkan sotong, goreng sebentar

3. Masukkan kicap manis, bawang besar dan lada hidup, kacau, biar merenih sebentar dan sotong masak, siappp


Ada sayur baby kailan.. Sk goreng sos tiram jer

Baby Kailan Oyster
Bahan-bahan :
Baby Kailan3 ulas bawang putih, cincang1/2 tangkai lada hidup, hirisSedikit bawang besar (curi dari yang nak masak sotong kat atas, haha)2 sudu sos tiram1 sudu minyak masak
Cara-cara :
1. Panaskan minyak masak, tumis bawang putih hingga sedikit garing, keluarkan bawang putih, ketepikan

2. Kemudian, masukkan bawang besar dan lada hidup, kacau sebentar

3. Masukkan baby kailan, goreng kilas

4. Masukkan sos tiram. masak sehingga sayur layu sedikit

5. Pindahkan sayur dalam pinggan dan taburkan bawang putih tadi


Petang tu, Pak Inche pergi Padang Seri Gelam, ada sesi interview dengan coach team Malaysia. Jadi, Sk seorang jer la hantar Iman balik kolej. Sebelum balik kolej, singgah Ainoni makan malam. Iman makan Nasi Daging Merah, Sk makan Nasi Goreng Cili Padi. Setiap makanan disertakan dengan sup kosong. Kami tambah telur dadar, dengan Teh O Panas dan Sirap Bandung, jumlahnya RM21. 

Fikir-fikir, Pak Inche tak ada pulak pesan tapaukan apa-apa, Iman pun kata, babahnya tak pesan tapau. Sekali, Pak Inche balik mengadu lapar pulak. Sepantas kilat Sk gorengkan nasi dengan telur mata, jaga perut suamilah katakan... hahahahaha.. hahahahahaha


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2023/03/sotong-masak-kicap-baby-kailan-oyster.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bihun Goreng Kicap Menu Sahur Mudah Masak Sedap

Bihun Goreng Kicap Menu Sahur Mudah Masak Sedap

papar berkaitan - pada 23/3/2023 - jumlah : 233 hits
Bila sahur kadang kala anak anak tidak berselera untuk makan nasi Jadi boleh cuba masak Bihun Goreng Kicap Seafood perkongsian saudari Nurul Ateekah ni Ringkas sahaja bahan bahan serta cara penyediaannya Makan pula panas panas memang enak B...
Ikan Jenahak Masak Kicap Mudah Dan Sedap

Ikan Jenahak Masak Kicap Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 24/3/2023 - jumlah : 281 hits
Sebelum kita masuk bab resipi Ikan Jenahak Masak Kicap hari ini jom kita kisah kisahkan bab bab solat yang mudah dibuat tetapi tidak ramai yang buat kerana mungkin mereka tidak ada ilmu Itu yang ustaz selalu berpesan kita kena ada ilmu dala...
Sotong Goreng Kicap Mudah

Sotong Goreng Kicap Mudah

papar berkaitan - pada 25/3/2023 - jumlah : 369 hits
Sekarang banyak kuliah kuliah yang dikongsikan oleh ustaz dan ustazah di media sosial Beruntung orang zaman sekarang Dah setiap orang ada handphone yang kita boleh dengar dan rujuk bila bila masa Betul tak Tapi sebelum itu jangan lupa klik ...
Ganteng Dan Menggemaskan Ini 6 Potret Baby Archie Anak Marshel Widianto Dan Cesen

Ganteng Dan Menggemaskan Ini 6 Potret Baby Archie Anak Marshel Widianto Dan Cesen

papar berkaitan - pada 19/3/2023 - jumlah : 165 hits
Kabar bahagia datang dari Marshel Widianto Ia telah dikaruniai seorang anak laki laki bernama Archie Hermawan Farid Gilandy Widianto Bayinya begitu ganteng dan menggemaskan Intip beberapa fotonya berikut ini
Inkues Baby Syifaa Baju Mangsa Hanya Diserah Kepada Polis Selepas 2 Bulan

Inkues Baby Syifaa Baju Mangsa Hanya Diserah Kepada Polis Selepas 2 Bulan

papar berkaitan - pada 22/3/2023 - jumlah : 246 hits
Saksi ke 21 prosiding inkues kes kematian Baby Syifaa yang juga pemilik dan pengasuh kedua pusat jagaan Nadzirah Ahmad Damanhuri SEREMBAN Saksi ke 20 prosiding inkues kes kematian Baby Syifaa memberitahu Mahkamah Koroner pakaian mangsa hany...
Tekaan Netizen Meleset Emma Maembong Umum Bakal Dapat Baby Boy Lagi

Tekaan Netizen Meleset Emma Maembong Umum Bakal Dapat Baby Boy Lagi

papar berkaitan - pada 22/3/2023 - jumlah : 211 hits
Umum sedia maklum pelakon jelita nbsp Emma Maembong nbsp kini sedang nbsp hamil anak kedua nbsp seperti mana dimaklumkan menerusi laman Instagram pada Februari lalu Sepanjang berita kehamilannya ramai warganet tertumpu dengan perubahan bent...
Cara Buat Sambal Kicap Yang Pedas Tapi Sedap Dan Harum

Cara Buat Sambal Kicap Yang Pedas Tapi Sedap Dan Harum

papar berkaitan - pada 17/3/2023 - jumlah : 340 hits
Resepi kali ni ringkas je iaitu cara buat sambal kicap yang pedas dan yang popular di Johor tu Kan orang kata orang Johor kalau makan apa pun semua pakai sambal kicap Haha dah itu yang buat gorengan jadi sedap nak buat macam mana Itulah nam...
Inkues Kes Kematian Baby Syifaa Kesan Darah Pada Kain Buai

Inkues Kes Kematian Baby Syifaa Kesan Darah Pada Kain Buai

papar berkaitan - pada 23/3/2023 - jumlah : 385 hits
Kesan darah Baby Syifaa pada kain buaiAhmad Hasbiam hmetro com mySeremban Kain buai tempat Baby Syifaa ditemui maut di pusat asuhan dibasuh saksi ke 21 pemilik dan pengasuh kedua taska Nadzirah Ahmad Damanhuri 30 selepas kejadian pada 22 Fe...
Create The Perfect Nursery With The Dreamy Designs Of Baby Cradles

Create The Perfect Nursery With The Dreamy Designs Of Baby Cradles

papar berkaitan - pada 17/3/2023 - jumlah : 297 hits
All future parents dream of the day when their little baby will come to occupy his crib And precisely the choice of the cradle is the source of a thousand questions Today we have unearthed for you The post appeared first on
Kuih Raya Homemade By Nieyl

In Paris 5 Stores To Find Chanel Dior And More At A Markdown

Growth Mindset In Startups

Karnival Ipma 2025 Tarikh Lokasi

Menceraikan Istri Demi Wanita Lain Ini Kisah Cinta Khalid Bin Yazid Dan Ramlah

5 Jenis Ujian Emosi Di Hari Raya

Arenaa Batik Boutique Hotel

Narrowing Data Gaps To Ensure No Woman Or Girl Left Behind


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Saat Istri Puasa Sunnah Syawal Dan Suami Mengajak Mana Yang Lebih Utama

Buasir Otak Tv Makanan Apa Yang Menjerit Be Like

What A Coincidence

Choosing The Best Dentist In Orland Park What Really Matters

Prk Dun Ayer Kuning Faktor Calon Sukarkan Pas

Pelakon Kelahiran Malaysia Stephenie Lim Ceraikan Pelakon Hk Sun Xing Untuk Kali Kedua