Inkues Baby Syifaa Baju Mangsa Hanya Diserah Kepada Polis Selepas 2 Bulan


 
Saksi ke-21 prosiding inkues kes kematian ‘Baby Syifaa’ yang juga pemilik dan pengasuh kedua pusat jagaan, Nadzirah Ahmad Damanhuri.SEREMBAN: Saksi ke-20 prosiding inkues kes kematian “Baby Syifaa” memberitahu Mahkamah Koroner, pakaian mangsa hanya diserahkan kepada polis selepas dua bulan kematiannya.
Pegawai Turus Bahagian Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak IPK Negeri Sembilan, Chong Meei Chyi berkata, pegawai penyiasat mengambil pakaian Nour Rania Asyifaa Yuseri di rumah ibu mangsa pada 8 April 2022.
“Rampasan dua bulan selepas dimaklumkan waris (pakaian mangsa dalam kawalan mereka),” katanya dalam prosiding hari kelima.
Ads by KioskedDitanya Pengarah Pendakwaan Negeri Sembilan, Badius Zaman Ahmad, adakah ia prosedur biasa untuk barang kes diambil selepas dua bulan, Chong berkata, ia bukan prosedur biasa, tetapi sebagai pegawai pemantau atau penyelia kes itu, beliau hanya tahu selepas dimaklumkan waris.
“Waris ada beritahu pegawai penyiasat kes tidak buat rampasan dari mereka dan saya sebagai pegawai pemantau yang telah terima maklumat ini bertindak membuat rampasan untuk siasatan lanjut.
“Saya tidak terlibat dalam siasatan, tetapi memberi bantuan kepada pegawai penyiasat kes,” katanya di depan Koroner Surita Budin.
Peguam, Gaithri Thomas yang mewakili keluarga mangsa turut mempersoalkan perkara sama kerana pegawai penyiasat sepatutnya mengambil barang kes secepat mungkin, bukannya menunggu sehingga dua bulan.
Chong kemudian berkata, ketika menerima pakaian mangsa, ia dalam keadaan baik dan belum dibasuh.
Saksi ke-21 prosiding yang juga pemilik dan pengasuh kedua pusat jagaan, Nadzirah Ahmad Damanhuri berkata, dia terkejut dan panik apabila kakaknya, Khairulnisa, 38, mendukung mangsa sambil menjerit kanak-kanak itu tidak sedarkan diri.
Ads by KioskedBeliau berkata, Khairulnisa meletakkan kanak-kanak itu di atas lantai dan cuba menekan-nekan dada mangsa, tetapi bayi itu tetap tidak sedarkan diri sebelum dibawa ke hospital.
Katanya, beliau menjaga 12 kanak-kanak berusia dua hingga enam tahun, termasuk tiga kanak-kanak transit (bukan seharian), manakala Khairulnisa menguruskan tiga bayi, termasuk mangsa di bilik berasingan.
Menurutnya, selepas menguruskan anak asuhannya, dia menjalankan rutin harian dengan melakukan kerja pembersihan, termasuk mencuci kain buaian berwarna biru yang digunakan mangsa kira-kira 6 petang pada hari kejadian.
Jelasnya, rutin itu dilakukan kerana Covid-19 masih merebak dan peralatan sama akan digunakan keesokannya.
“Saya fikir Syifaa hanya pengsan dan pada awalnya tidak tahu kematian Syifaa ada kaitan dengan buaian.”
Prosiding kes bersambung esok, dengan Mahkamah Koroner akan memanggil Nadzirah sekali lagi serta dua ahli kimia.
Ads by KioskedMedia sebelum ini melaporkan Nour Rania Asyifaa, 15 bulan, ditemui tidak sedarkan diri dalam buaian di sebuah bilik di pusat asuhan Taman Nusari Aman, Bandar Sri Sendayan pada 22 Feb 2022.
Pada 30 Mac 2022, bapa mangsa, Yuseri Yusoff mendakwa anaknya dijerut, bukannya meninggal dunia akibat kepalanya terjerut pada kain buaian. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/03/inkues-baby-syifaa-baju-mangsa-hanya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Inkues Kes Kematian Baby Syifaa Kesan Darah Pada Kain Buai

Inkues Kes Kematian Baby Syifaa Kesan Darah Pada Kain Buai

papar berkaitan - pada 23/3/2023 - jumlah : 388 hits
Kesan darah Baby Syifaa pada kain buaiAhmad Hasbiam hmetro com mySeremban Kain buai tempat Baby Syifaa ditemui maut di pusat asuhan dibasuh saksi ke 21 pemilik dan pengasuh kedua taska Nadzirah Ahmad Damanhuri 30 selepas kejadian pada 22 Fe...
Ai Besutan Microsoft Raih 100 Juta Pengguna Hanya Dalam Waktu 1 Bulan

Ai Besutan Microsoft Raih 100 Juta Pengguna Hanya Dalam Waktu 1 Bulan

papar berkaitan - pada 15/3/2023 - jumlah : 199 hits
Yusuf Mehdi Wakil Presiden Microsoft mengatakan mesin pencarian Bing telah melampaui 100 juta pengguna aktif harian Ini terjadi saat sebulan setelah peluncuran ChatBot AI miliknya
Lelaki Tua Cemburu Tembak Ex Girlfriend Di Kepala Selepas Mangsa Enggan Kembali Ke Pangkuannya

Lelaki Tua Cemburu Tembak Ex Girlfriend Di Kepala Selepas Mangsa Enggan Kembali Ke Pangkuannya

papar berkaitan - pada 18/3/2023 - jumlah : 184 hits
Lelaki tua cemburu tembak ex girlfriend di kepala selepas mangsa enggan kembali ke pangkuannyaGagal mengawal perasaan cemburu seorang lelaki Thailand nekad menembak kepala bekas teman wanitanya selepas mangsa enggan kembali ke pangkuannya d...
Baju Raya Cantik Dan Murah Di Bulan Bintang

Baju Raya Cantik Dan Murah Di Bulan Bintang

papar berkaitan - pada 16/3/2023 - jumlah : 306 hits
Baju Raya Cantik Dan Murah Di Bulan Bintang Tidak lama lagi kita akan menyambut hari Raya Aidilfitri untuk tahun 2023 Ramai yang sedang mencari cari pekah baju raya yang terbaik untuk diperagakan di hari yang mulia itu Pening nak cari pakai...
Penyamun Ditahan Polis Selepas Lima Jam Tersepit Di Pintu Rumah Mangsanya

Penyamun Ditahan Polis Selepas Lima Jam Tersepit Di Pintu Rumah Mangsanya

papar berkaitan - pada 15/3/2023 - jumlah : 425 hits
Hasrat seorang lelaki untuk memecah masuk rumah penduduk di Sumatera Utara Indonesia tidak kesampaian apabila dia tersepit di celah pintu selama lima jam Menurut laporan media tempatan suspek berusia 30 tahun terbabit terdahulu memecah masu...
Muhyiddin Beri Kata Putus Jawatan Dalam Parti Selepas Pendakwaan

Muhyiddin Beri Kata Putus Jawatan Dalam Parti Selepas Pendakwaan

papar berkaitan - pada 9/3/2023 - jumlah : 176 hits
BEKAS perdana menteri Muhyiddin Yassin akan memutuskan sama ada melepaskan jawatan beliau sebagai presiden Bersatu dan pengerusi Perikatan Nasional selepas pendakwaan di mahkamah Tunggulah saya belum didakwa nanti kita akan buat keputusan d...
Muhyiddin Dibebaskan Selepas 9 Jam Disoal Sprm

Muhyiddin Dibebaskan Selepas 9 Jam Disoal Sprm

papar berkaitan - pada 10/3/2023 - jumlah : 197 hits
Mohamad FadliPUTRAJAYA Bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin dibebaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia selepas sembilan jam disoal berhubung program Jana Wibawa Muhyiddin yang juga presiden Bersatu keluar dari bangunan SPRM dengan ...
Bakal Guru Piano Bunuh Diri Selepas Dikecam Warnakan Rambut Malah Difitnah Jalinkan Hubungan Dengan Datuknya Sendiri

Bakal Guru Piano Bunuh Diri Selepas Dikecam Warnakan Rambut Malah Difitnah Jalinkan Hubungan Dengan Datuknya Sendiri

papar berkaitan - pada 8/3/2023 - jumlah : 191 hits
Seorang wanita muda dari Hangzhou China mengalami kemurungan selepas dikecam mewarnakan rambutnya sebelum mengambil keputusan untuk membunuh dirinya pada 23 Januari lalu Gadis berusia 24 tahun itu baru baru ini menerima tawaran masuk ke seb...
Lelaki Dakwa Dia Diceraikan Oleh Isterinya Selepas Wanita Itu Menang Loteri Bernilai 12 Juta

Lelaki Dakwa Dia Diceraikan Oleh Isterinya Selepas Wanita Itu Menang Loteri Bernilai 12 Juta

papar berkaitan - pada 17/3/2023 - jumlah : 225 hits
Seorang lelaki di Thailanad baru baru ini menuduh isterinya menyembunyikan hadiah loteri bernilai 12 juta baht daripadanya lapor Thaiger nbsp Bagaimanapun isterinya menegaskan mereka telah bercerai beberapa tahun lalu dan dia sudah berkahwi
How To Build A Shelter In The Wilderness Essential Tips For Survival

Wall Street Melonjak Nasdaq Naik 2 74 Didorong Oleh Saham Teknologi Yang Mengangkat Pasaran Lebih Tinggi

Buasir Otak Tv Rambut Tak Basah Bila Berlari Dalam Hujan Be Like

Gold Sinks Over 1pct As Easing Us China Tensions Curb Safe Haven Demand

Jahil Menteri Besar Kelantan Dikecam Dakwa Tiada Tanah Adat Di Semenanjung

Kaya Sebab Duit Banyak

Kkv Alamanda

Projek Terakhir Sebelum Meninggal Dunia Kim Saeron Tampil Dalam Mv A World Without Pain


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Letak Jawatan Sebagai Ajk Pibg Sekolah

Maksud Karamah Insaniah

Sebelum Pukul8 Dah Sampai

Pekena Asam Pedas Ikan Merah Untuk Lunch

Drama Bru

Chombi Cintaku Sampai Ke Uganda Chord