Sotong Kembang Kangkung Sos Masam Manis








          Ini adalah makanan yang disukai semua kaum di Malaysia. Selalu orang jual di malam hari. Tetapi masa Kjee niaga di Anjung Melawati dulu, start niaga kul 7am, Sotong Kangkung korang dah boleh order. Those were the days. Kenangan mengusik jiwa. Masa tu jual RM3.50 sahaja sepinggan. Letak home made sauce, kacang tumbuk dan bijan.

          Malangnya semalam, selepas siap hidang, teringat bijan. Kacang tumbuk memang tiada. Suruh UnclePali cari bijan dalam pantry sebab nak sangai seketika kemudian tabur atas sotong. Cari tak dapat. Sebab itulah Sotong Kangkung yang Kjee buat semalam, togel aje. Huhuhu.

          Anyway, masa singgah kat Hero Market minggu lepas, Kjee ternampak sotong kembang. Tangan gatal nak capai tetapi tak jadi. Esoknya Kjee pesan UnclePali supaya beli. Siap warning kalau tak ada, abang cari sampai dapat. Hehehe.









          Beli seekor sahaja sebab yang makan Kjee sorang. Lepas itu, rendam sotong dalam air dan letak dalam peti ais. Boleh simpan begitu sahaja sehari dua.

          First thing first. Buat sos. Resipi KLIK SINI. Sos ini sangat versatile. Boleh buat banyak-banyak dan simpan dalam bekas dalam peti ais. Ia tahan selagi tak habis. Hehehe. Kjee guna sos yang sama untuk Tahu Bakar.

          Sos dah siap dan sejukkan, jerang air dalam periuk. Sotong dicuci dan dipotong suka hati. Apabila air sudah mendidih, masukkan sotong dan celur BUKAN REBUS. Celur satu atau dua minit sahaja. Lebih lama sotong itu menjadi liat. Keluarkan sotong. Kjee tak pasti sama ada sotong itu sudah masak ketika membelinya. Mungkin ya. Celur hanya untuk panaskan kot. Wallahualam.

         Kemudian perlahankan api dan letak sedikit minyak. Tak perlu letak garam sebab lepas ini nak celur kangkung pulak. Kjee kata tak perlu letak garam sebab sos dah cukup masin. Celur kangkung yang telah dipotong selebar tiga inci. Celur dalam air tadi sehingga ia bertukar warna. Toskan. Ada orang beritahu, kalau nak celur atau rebus sayur-sayuran hijau untuk kelihatan cantik warna hijaunya, letak sedikit gula dalam airnya. Wallahualam.

         Kemudian susun kangkung dalam pinggan diikuti sotong. Curahkan sos. Tabur kacang tumbuk dan bijan sangai. Titiskan sedikit minyak bijan. Makan terus sebaik siap. Dah sejuk nanti kangkung tu akan keluarkan air.

          Selamat mencuba.

         





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dapurkakjee.blogspot.com/2017/11/sotong-kembang-kangkung-sos-masam-manis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buah Mulberry Masam Manis

Buah Mulberry Masam Manis

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 1307 hits
Amboiii lama menyepi tak berupdate blog Apatah lagi nak berblogwalking Ampun 3 hari sepi sebab balik kampung Bila dapat cuti lama sikit kat kampung memang tak menyempat nak update blog ni Sekadar sempat update facebook instagram dan twitter...
Kalau Silap Cara Gosok Gigi Pun Boleh Sebabkan Gigi Anak Rosak Bukan Hanya Makan Makanan Manis

Kalau Silap Cara Gosok Gigi Pun Boleh Sebabkan Gigi Anak Rosak Bukan Hanya Makan Makanan Manis

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 1341 hits
Masalah gigi rongak gigi hitam dan gigi berlubang bukan lagi perkara asing untuk kita lihat berlaku pada kanak kanak Gigi yang dahulunya putih dan tersusun rapi kini sudah menghilang Masalah kerosakan gigi pada kanak kanak ini berlaku diseb...
12 Inspirasi Setelan Tunik Kebaya Terbaru Untuk Sisters Of The Bride Manis Dan Elegan

12 Inspirasi Setelan Tunik Kebaya Terbaru Untuk Sisters Of The Bride Manis Dan Elegan

papar berkaitan - pada 21/11/2019 - jumlah : 1301 hits
Saudara calon manten harus stand out dan selevel lebih cantik di atas bridesmaid tapi nggak sampai ngebalap mantennya Kamu setuju nggak
10 Kebaya Pink Yang Nggak Cewek Banget Dan Luwes Dipakai Kondangan Sampai Lamaran Manis

10 Kebaya Pink Yang Nggak Cewek Banget Dan Luwes Dipakai Kondangan Sampai Lamaran Manis

papar berkaitan - pada 24/11/2019 - jumlah : 522 hits
Bahkan kamu yang biasanya ogah ogahan pakai baju pink bakalan jatuh cinta setelah melihat deretan kebaya cantik ini Awww manis
10 Kreasi Uang Mahar Pernikahan Dengan Tema Rustic Manis Kekinian Dan Instagramable

10 Kreasi Uang Mahar Pernikahan Dengan Tema Rustic Manis Kekinian Dan Instagramable

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 437 hits
Sst nggak melulu harus memasukkan uang beneran lo Ada triknya biar maharmu tetap cantik tapi juga nggak menyalahi aturan
Makan Makanan Manis Ketika Hamil Memang Happy Tapi Ia Punca Kepada Penyakit Ini

Makan Makanan Manis Ketika Hamil Memang Happy Tapi Ia Punca Kepada Penyakit Ini

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 462 hits
Ramai wanita yang mengalami masalah sakit kepala semasa hamil Tidak ramai yang mahu mencuba mengambil ubat tahan sakit yang banyak dijual kerana bimbang kesan sampingan pada diri mereka atau anak dalam rahim Malah ramai yang mendapat ubat t...
Kedah Juara Penghidap Kencing Manis Diikuti Perlis Johor

Kedah Juara Penghidap Kencing Manis Diikuti Perlis Johor

papar berkaitan - pada 24/11/2019 - jumlah : 329 hits
Umum mengetahui jumlah penghidap kencing manis atau diabetes di Malaysia berada di tahap membimbangkan Pasti ramai diantara anda tertanya tanya negeri manakah yang ramai penghidap kencing manis Apa yang mengejutkan negeri Kedah menjuarai ca...
Rasa Kebas Di Kaki Dan Tangan Antara Tanda Kencing Manis

Rasa Kebas Di Kaki Dan Tangan Antara Tanda Kencing Manis

papar berkaitan - pada 21/11/2019 - jumlah : 578 hits
Setiap manusia menginginkan tubuh badan yang sihat Oleh itu penjagaan kesihatan amatlah penting bagi memastikan diri sentiasa sihat dan cergas Penyakit kencing manis telah diketahui semenjak tamadun purba lagi dan telah direkodkan oleh tama...
Resepi Kek Batik Premium Bersama Golden Churn Butter

Sarawakians Reject Patronising Calls For Unity On O G Rights Demand Full Respect For Ma63

Let Zapin Feat Altimet Maharani Chord

Tim Leissner Najib Razak Dan 1mdb Kenapa Peguam Negara Berdiam Diri

Shahril Laments Radical Rafizi Being Sidelined Patronage Rewarded

Setiausha Agong Veteran Umno

Thailand Piyamit Tunnel Terowong Persembunyian Komunis Di Betong

Pemilihan Pkr Masih Tiada Pencalonan Jawatan Presiden Timbalan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Berjaya Buka Kelas Silat Di Sekolah

Tiada Sebab Klinik Swasta Farmasi Dapat Keistimewaan Sinar Harian 08 05 2025

Makan Santai Siakap Penyet Dan Mee Jawa Secukup Rasa

Terbeli Aviary Jacquard Beaded Handle Bag Charles Keith

Mi Hailam Simple Tapi Sedap Luar Biasa

Dolar Bertindak Secara Merugikan Diri Sendiri