Sop Untuk Golongan Antivaksin


TIMMY SAY 

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
Golongan antivaksin mempunyai hak untuk bergerak ke sana, ke sini.
Mereka juga mempunyai ahli keluarga, dilahirkan ibubapa dan juga merupakan manusia.
Tindakan mereka untuk tidak menerima vaksin Covid-19 adalah satu jenis kekejaman ke atas diri, ahli keluarga, sahabat handai dan yang perlu bertemu atas segala apa urusan.
Akan tetapi, tindakan memaksa golongan ini untuk menerima vaksin adalah satu tindakan yang sangat sukar.
Menyukarkan hidup golongan antivaksin hanya akan menyebabkan timbulnya kes pemalsuan sijil vaksinasi dan juga ruang-ruang penyelewengan yang tidak terbayangkan.
Sebenarnya, hanya golongan yang divaksin dapat melindungi daripada mereka belum divaksin.
Umpamanya, apabila ada sahabat karib atau ahli keluarga terdekat ingin bertandang ke rumah, apakah kita sanggup bertanya soalan terus-terang dan menyemak MySejahtera masing-masing sebelum mengizinkan pertemuan itu berlaku?
Di institusi pendidikan dan tempat kerja, apakah pihak pengurusan berani bertindak memastikan para pekerja yang enggan divaksin untuk melakukan ujian Covid-19 dengan tanggungan mereka sendiri setiap hari sebelum hadir untuk melaksanakan tugas?
Prosedur operasi standard (SOP) untuk golongan antivaksin hanya satu, mereka perlu menjalankan ujian antigen Covid-19 setiap hari di mana-mana klinik bertauliah, dan sekurang-kurangnya satu ujian PCR setiap minggu.
Kos ini perlu ditanggung mereka sendiri.
Dan keputusan ini perlu dilaporkan ke aplikasi MySejahtera.
Golongan antivaksin dibenarkan menikmati kebebasan yang sama dengan golongan yang divaksin setelah 14 hari pertama keputusan negatif.
Status di MySejahtera akan berubah kepada status oren sementara yang bermaksud risiko rendah, hampir sama seperti golongan penerima vaksin.
Jika mana-mana hari keputusan menjadi positif atau tidak dilaporkan keputusan terbaru, status MySejahtera akan terus berubah balik ke status belum divaksin.
Cadangan ini adalah adil kerana golongan penerima vaksin perlu dilihat sebagai golongan yang sanggup mengambil risiko kesihatan dengan mencuba vaksin yang dianggap “bahaya” di mata golongan antivaksin demi melindungi orang ramai.
Sebagai timbal balas, golongan antivaksin pula dilihat sebagai golongan yang sanggup mengambil tindakan proaktif yang ekstrem dengan membuat ujian Covid-19 sendiri setiap hari untuk melindungi orang ramai.
Maka dengan demikian tidak timbullah soal kekejaman terhadap golongan antivaksin.
SOP untuk rakyat hanya dua.
Pertama, tanya dan semaklah status MySejahtera pihak yang ingin ditemu, dan kedua, lakukan ujian Covid-19 kendiri secara berkala sebelum berjumpa ahli keluarga dan sahabat tersayang.
Kerajaan sebenarnya tidak boleh berbuat apa-apa melainkan mewujudkan SOP yang membantu mengekang penularan Covid-19 dalam kalangan masyarakat.
Segala apa yang kerajaan buat terhadap golongan antivaksin tidak akan berkesan jika rakyat sendiri tidak mengambil tindakan.
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/10/sop-untuk-golongan-antivaksin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Golongan Antivaksin Tidak Akan Dianiaya Hishammuddin

Golongan Antivaksin Tidak Akan Dianiaya Hishammuddin

papar berkaitan - pada 19/10/2021 - jumlah : 207 hits
Golongan antivaksin tidak akan dianiaya Hishammuddin Pendirian kerajaan mengenakan tindakan terhadap golongan enggan divaksin bukan bertujuan untuk menganiaya sebaliknya ingin mengelakkan mudarat lebih besar dalam mendepani wabak Covid 19 d...
Kj Redha Digelar Dajjal Oleh Golongan Antivaksin Maaf Saya Perlu Tegas

Kj Redha Digelar Dajjal Oleh Golongan Antivaksin Maaf Saya Perlu Tegas

papar berkaitan - pada 19/10/2021 - jumlah : 268 hits
October 18 2021 Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin membidas Presiden PKR Anwar Ibrahim yang mendakwa kerajaan menggunakan pendekatan mengugut golongan antivaksin dengan undang undang Katanya beliau perlu bertegas mengenai isu antivaksin se...
Kdn Teliti Laporan Polis Terhadap Golongan Antivaksin Sebelum Ambil Tindakan

Kdn Teliti Laporan Polis Terhadap Golongan Antivaksin Sebelum Ambil Tindakan

papar berkaitan - pada 17/10/2021 - jumlah : 422 hits
KDN sedang teliti seksyen atau akta yang bersesuaian LARUT Kementerian Dalam Negeri akan meneliti laporan polis yang dibuat terhadap golongan antivaksin sebelum mengambil sebarang tindakan Menteri berkenaan Datuk Seri Hamzah Zainudin berkat...
Video Saya Tak Raikan Pendapat Mereka Tapi Yasin Rasakan Golongan Antivaksin Bukanlah A N C A M A N

Video Saya Tak Raikan Pendapat Mereka Tapi Yasin Rasakan Golongan Antivaksin Bukanlah A N C A M A N

papar berkaitan - pada 22/10/2021 - jumlah : 266 hits
Penyanyi dan komposer Yasin Sulaiman berpendapat kewujudan golongan yang masih belum atau menolak vaksin adalah bergantung kepada pendirian dan hak masing masing Menurut Yasin disekelilingnya ramai orang yang tidak mengambil vaksin lagi den...
Kerajaan Bertegas Dengan Sekatan Kepada Golongan Antivaksin

Kerajaan Bertegas Dengan Sekatan Kepada Golongan Antivaksin

papar berkaitan - pada 19/10/2021 - jumlah : 331 hits
MALAYSIA NOW Hishammuddin berkata walaupun golongan antivaksin berhak untuk tidak divaksinasi namun ia tidak bermaksud kelonggaran akan turut diberikan kepada mereka Menteri Kanan Hishammuddin Hussein Gambar Bernama Menteri Pertahanan Hisha...
Antivaksin Serang Kerajaan Puad Kata Pelajar Meninggal Setelah Divaksin

Antivaksin Serang Kerajaan Puad Kata Pelajar Meninggal Setelah Divaksin

papar berkaitan - pada 23/10/2021 - jumlah : 382 hits
AGENDA DAILY Tangkap layar kenyataan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Puad Zarkashi di Facebook beliau dan ulasan warganet Kumpulan antivaksin Covid 19 hari ini mengambil kesempatan menyerang kerajaan terutama Kementerian Kesihatan susulan ...
Ugut Antivaksin Saya Harus Tegas Panggillah Saya Dajjal Atau Apa Saja Kata Kj

Ugut Antivaksin Saya Harus Tegas Panggillah Saya Dajjal Atau Apa Saja Kata Kj

papar berkaitan - pada 19/10/2021 - jumlah : 327 hits
Kerajaan sudah kemukakan segala bukti saintifik tentang keberkesanan vaksin Covid 19 dari awal lagi kata Khairy Jamaluddin PETALING JAYA Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin membidas Presiden PKR Anwar Ibrahim yang mendakwa kerajaan mengguna...
Ugut Antivaksin Ini Jawapan Balas Ds Anuar Ibrahim Kepada Kerajaan

Ugut Antivaksin Ini Jawapan Balas Ds Anuar Ibrahim Kepada Kerajaan

papar berkaitan - pada 18/10/2021 - jumlah : 238 hits
RAWANG Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kaedah digunakan oleh Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar menggunakan ugutan dan menghukum golongan antivaksin sebagai cara yang sombong
Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Kerajaan Diseru Untuk Menaikkan Gaji Penterjemah Mahkamah Bagi Mengatasi Kekurangan Mereka

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Tahun 2025

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan

Kerajaan Cari Jalan Turun Harga Kereta Ckd Untuk Rakyat

Top Commentators Of October 2025 Tahniah Blogger Lydia

Cara Jana Income Tanpa Perlu Kedai Ebook Bisnes Makanan Delivery Untuk Semua


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rambut Gugur Lepas Bersalin Klinik Estetik Kuala Lumpur Ini Buktikan Rawatan Boleh Pulihkan Keyakinan Wanita

Delicious Recipe Beef Marinade Tenderizer

Diam Tak Bertegur Sapa

Doa Malam 9 Nov 2025

Lelaki Maut Tiga Termasuk Kanak Kanak Cedera Kemalangan Di Laluan Berhampiran Sekolah Kebangsaan Desa Bakti Mentakab

Talking The Indian Girder Concept With Ola Steneg Rd