Sop Prn Johor Dilonggar


agendaily.com12/2/2022
PRN Johor boleh diteruskan dengan Kementerian Kesihatan mencadangkan prosedur operasi standard dilonggarkan.

Prosedur operasi standard bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan lebih longgar berbanding PRN Sarawak dan Melaka, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Menurutnya kelonggaran itu berdasarkan kepada kajian daripada Kementerian Kesihatan (KKM) yang mengambil kira kesan varian Omicron terhadap kesihatan awam dan liputan vaksinasi negara yang tinggi pada masa ini membolehkan SOP PRN Johor dilonggarkan sedikit.

“KKM sudah muktamadkan (SOP PRN Johor). SOP masih lagi ketat, tapi ada perkara yang KKM tidak benarkan ada yang dibenarkan tapi lebih banyak kita benarkan. Kita tidak boleh jelaskan lagi, tunggu pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) nanti.

“Kita tengok dari PRN Melaka dan Sarawak sebelum ini, tiada lonjakan tidak ada kluster… dari segi kesihatan awam kita dah berjaya. Kita masih lagi yakin bahawa PRN boleh dilangsungkan sekali lagi,” katanya memetik laporan Bernama.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani pemeteraian kerjasama promosi kesihatan antara Wellness Hub KKM dan rakan strategik yang turut dihadiri Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan Datuk Dr Harlina Abdul Rashid di Port Dickson, hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata kepatuhan SOP dalam kalangan masyarakat termasuk pemimpin politik berdepan PRN Johor itu nanti amat penting bagi mengawal penularan Covid-19.

SPR menetapkan 12 Mac sebagai tarikh pengundian bagi PRN Johor manakala tarikh penamaan calon bagi pilihan raya itu ditetapkan pada 26 Februari dan pengundian awal pada 8 Mac.

Dalam pada itu, Khairy berkata sela masa lapan minggu antara dos pertama dan kedua bagi pemberian vaksin kanak-kanak masih dikekalkan susulan keberkesanan dan perlindungannya dalam tempoh berkenaan selain mendapati kesan sampingan lebih rendah sekiranya dijarakkan masa kedua-duanya.

“Saya dah rujuk perkara ini dengan jawatankuasa kerja teknikal dan kita masih kekalkan lapan minggu walaupun ada gelombang Omicron, namun apa-apa kedudukan dan pendirian jawatankuasa ini boleh disemak dari masa ke masa,” katanya.

Mengulas permintaan doktor kontrak berhubung perjawatan tetap disertakan dengan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Khairy berkata pihaknya ketika ini menawarkan skim berpencen kepada mereka.

“Ia melibatkan 4,186 jawatan tetap tambahan yang akan diwujudkan di KKM menjelang Jun ini, mungkin pengambilan baharu (kakitangan) pada masa akan datang kita tawarkan KWSP,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata KKM akan terus mempertingkatkan penguatkuasaan larangan merokok di tempat awam terutama di premis makanan dengan kerjasama agensi dan orang ramai


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/02/sop-prn-johor-dilonggar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sop Prn Johor Hampir Selesai Kata Khairy

Sop Prn Johor Hampir Selesai Kata Khairy

papar berkaitan - pada 4/2/2022 - jumlah : 404 hits
BERNAMA KKM masih meneliti SOP PRN Johor dari segi penilaian risiko memandangkan pilihan raya itu akan dilaksanakan dalam persekitaran berbeza berbanding PRN Melaka dan Sarawak Petugas kesihatan melakukan sanitasi ketika pembuangan undi sew...
Spr Tetapkan Sop Prn Johor Kata Hishammuddin

Spr Tetapkan Sop Prn Johor Kata Hishammuddin

papar berkaitan - pada 9/2/2022 - jumlah : 258 hits
Kerajaan hanya boleh memberi pandangan kepada SPR berhubung SOP PRN Johor kata Hishammuddin Hussein PETALING JAYA Kerajaan boleh memberi pandangan berhubung pelaksanaan SOP pilihan raya negeri Johor namun keputusan terakhir terletak di tang...
Prn Johor Pengundi Harap Sop Lebih Ketat

Prn Johor Pengundi Harap Sop Lebih Ketat

papar berkaitan - pada 17/2/2022 - jumlah : 393 hits
JOHOR BAHRU Bahang Pilihan Raya Negeri Johor semakin dirasai dengan pelbagai parti politik telah memulakan gerak kerja masing masing meskipun hari penamaan calon berbaki 10 hari lagi Beberapa pemilih berdaftar yang ditemui akur dengan ketet...
Prn Johor Cawangan Bubar Keluar Parti Kes Biasa Menjelang Pilihan Raya Wan Fayhsal

Prn Johor Cawangan Bubar Keluar Parti Kes Biasa Menjelang Pilihan Raya Wan Fayhsal

papar berkaitan - pada 8/2/2022 - jumlah : 295 hits
SHAH ALAM 8 Feb Dakwaan ada cawangan parti terbubar dan ahlinya meninggalkan parti adalah perkara biasa berlaku setiap kali menjelang pilihan raya sama ada pilihan raya negeri atau pilihan raya umum kata Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda Ber...
Kedudukan Bersatu Muhyiddin Tak Menentu Menjelang Prn Johor

Kedudukan Bersatu Muhyiddin Tak Menentu Menjelang Prn Johor

papar berkaitan - pada 8/2/2022 - jumlah : 309 hits
Ahimsya KaruPETALING JAYA Kedudukan Bersatu dan Presidennya Muhyiddin Yassin dilihat berada dalam keadaan yang tidak menentu ketika persediaan menjelangnya pilihan raya negeri Johor kata penganalisis politik Menurut penganalisis parti itu m...
Isu Utama Prn Johor Rasuah Hassan Karim

Isu Utama Prn Johor Rasuah Hassan Karim

papar berkaitan - pada 8/2/2022 - jumlah : 294 hits
Gejala rasuah yang semakin berleluasa atau pun sistemik di Malaysia perlu dihadam oleh pengundi Johor untuk diterjemahkan ke dalam peti undi pada bulan Mac ini Menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim gejala rasuah yang telah m...
Prn Johor Bn Digesa Letak Calon Ikut Majoriti Kaum Pengundi Bukan Kerusi Tradisi

Prn Johor Bn Digesa Letak Calon Ikut Majoriti Kaum Pengundi Bukan Kerusi Tradisi

papar berkaitan - pada 8/2/2022 - jumlah : 275 hits
PETALING JAYA Seorang Ketua Umno Bahagian menggesa Barisan Nasional lebih terbuka dalam pemilihan calon untuk pilihan raya negeri Johor dengan mengikut selera pengundi berdasarkan majoriti kaum di setiap kerusi Dewan Undangan Negeri Ketua U...
Mgnews Prn Johor Pejuang Enggan Bersama Ph Mukhriz Ada Orang Ajak Dia Ka Nampak Gaya Lambat Laun Join Umno Balik Ni

Mgnews Prn Johor Pejuang Enggan Bersama Ph Mukhriz Ada Orang Ajak Dia Ka Nampak Gaya Lambat Laun Join Umno Balik Ni

papar berkaitan - pada 9/2/2022 - jumlah : 239 hits
Presiden Parti Pejuang Tanahair Datuk Seri Mukhriz Mahathir bercakap pada sidang media selepas selesai Program Sepetang Bersama Pejuanita Wilayah Perseketuan di D Sultanaa Bazaar Kuala Lumpur
Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Happy Deepavali 2025

Majlis Khatam Hafazan Perdana

Peace No Excuse To Neglect Nation S Defence Says Pm

I Ve Already Told Cabinet Members Not To Appeal Says Ewon


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Safety Wins The Behind The Scenes Standards Keeping Moab Tours Secure

Sarawak Jalin Kerjasama Dengan Korea Selatan Bangun Cip Ai Dan Semikonduktor

Ahmad Jais Untuk Bungamu Lirik

Terima Syarat Putin Atau Rusia Akan Musnahkan Ukraine Kata Dua Trump Kepada Zelenskyy

Dr Reshma Nair Prakash Mrs Universe 2025 3rd Runner Up Dari Malaysia Simbol Kekuatan Dan Kecantikan Wanita Asia

Sumbangan Pakaian Terpakai 3 0