Sop Pkpb Dilaksanakan Bermula 4 Mei


SOP PKPB DILAKSANAKAN BERMULA 4 MEI

Bermula 4 Mei 2020, kerajaan akan melaksanakan SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat(PKPB)  untuk semua aktiviti ekonomi dan aktiviti sosial . Apakah SOP PKPB?
APA ITU PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB)?
Kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat(PKPB) bermula 4 Mei 2020. Selain itu, kerajaan juga akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan-kawasan tertentu untuk mengelakkan penyebaran wabak Covid-19.
Atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM), berdasarkan data yang dikumpul, dan amalan terbaik yang ditentukan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), kerajaan telah memutuskan untuk membuka semula sektor ekonomi secara berhati-hati dengan menguatkuasakan SIP yang ketat.
PKPB bermaksud Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat adalah satu langkah untuk membuka semula sektor ekonomi dan sosial dengan berhati-hati tertakluk kepada syarat-syarat dan SOP oleh pihak berkuasa. Aktiviti yang melibatkan sentuhan badan  dan perhimpunan ramai tidak dibenarkan.
CONTOH  SOP YANG AKAN DIGUNAKAN SEMASA PKPB
SOP ini termasuk penjarakan sosial, kerap mencuci tangan, memakai topeng muka, melaporkan segera kepada Jabatan Kesihatan jika terdapat maklumat mengenai jangkitan COVID-19, keutamaan melindungi kumpulan berisiko seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan OKU, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan, bilangan penumpang dalam kenderaan awam perlu mengambil kira penjarakan sosial dan menggalakkan transaksi secara online.
SOP PKPB DILAKSANAKAN BERMULA 4 MEI
CONTOH PELAKSANAAN SOP PKPB DI KEDAI MAKAN
Saya ingin memberikan beberapa contoh mudah bagaimana SOP ini hendak dilaksanakan. Misalnya, mulai 4 haribulan Mei, iaitu hari Isnin minggu depan, Pak Salleh boleh buka semula restoran yang ditutup. Jadi dalam sehari dua ini Pak Salleh boleh pergi ke restoran untuk bersihkan restoran, bersihkan pinggan, sudu, periuk dan lain-lain alat memasak, susun meja dan kerusi, dan beli stok barang-barang mentah.
Pastikan meja disusun dengan jarak sekurang-kurangnya 2 meter antara satu meja dengan meja yang lain. Ini penting supaya di tengah-tengahnya ada ruang yang agak luas untuk pelanggan dan pekerja lalu, dan ada jarak yang selamat antara pelanggan yang makan di situ.
Untuk pastikan penjarakan sosial ketika pelanggan makan, Pak Salleh boleh letak notis di setiap meja hanya satu orang, dua orang atau tiga orang dibenarkan makan bergantung kepada saiz meja. Kalau meja kecil  mungkin satu orang atau dua orang sahaja dibenarkan. Kalau meja besar, mungkin tiga orang atau empat orang. Ini Pak Salleh kena tentukan.
Keduanya, buatkan garisan di lantai depan kaunter bayaran. Ukur garisan sekurang-kurangnya satu meter antara satu sama lain. Ini untuk memastikan pelanggan beratur dengan jarak sekurang-kurangnya satu meter di depan atau di belakang pelanggan yang lain ketika mereka hendak membuat bayaran.
Ketiganya, sediakan hand sanitizer di kaunter bayaran. Pelanggan yang dah bayar boleh gunakan hand sanitizer untuk bersihkan tangan. Sediakan juga sabun atau hand wash yang mencukupi di tempat basuh tangan.
Ketiganya, beli penyembur pembersih meja yang mencukupi. Setiap kali selepas pelanggan makan, beritahu pekerja supaya bersihkan meja cepat-cepat sebelum pelanggan lain duduk.
Keempat, beli face mask. Beri kepada pekerja dan pastikan mereka pakai face mask setiap masa. Pak Salleh pun kena pakai face mask.
Kelima, pada hari pertama restoran dibuka, seboleh-bolehnya periksa suhu badan pelanggan sebelum dia dibenarkan masuk ke restoran. Boleh guna alat pengimbas suhu yang sesuai untuk periksa suhu badan pelanggan.
Keenam, catat nama dan nombor telefon pelanggan serta tarikh dan masa mereka datang ke restoran. Ini penting kerana jika ada kes positif COVID 19 yang melibatkan salah seorang pelanggan, pelangganpelanggan lain yang datang pada hari itu boleh segera dikesan.
CONTOH SOP PKPB SYARIKAT & TEMPAT KERJA
Syarikat-syarikat pengangkutan awam juga mesti bersedia. Sudah tentu jumlah pengguna akan meningkat. Dalam keadaan kita nak mengawal penularan COVID 19, kita mesti elakkan kesesakkan di stesen-stesen bas, LRT, MRT dan sebagainya. Mesti ada tindakan diambil oleh pengendali syarikat pengangkutan awam untuk kawal pergerakan orang ramai.
Untuk membantu mengelakkan kesesakan di stesen-stesen pengangkutan awam dan di dalam kenderaan awam, saya mencadangkan supaya semua majikan melaksanakan waktu bekerja  yang anjal. Tak semua pekerja mesti masuk bekerja pada waktu yang sama. Jadi sedikit sebanyak kita boleh elakkan semua orang daripada berkejar-kejar untuk masuk pejabat pada waktu yang sama.
Kerajaan menasihatkan semua pengguna pengangkutan awam supaya memakai penutup hidung dan mulut. Anda akan sentiasa terdedah kepada penularan wabak COVID 19. Jadi ambil langkahlangkah untuk lindungi diri sendiri. Pakai penutup hidung dan mulut dan simpan juga satu atau dua lagi dalam beg. Sentiasa bawa hand sanitizer untuk digunakan jika perlu.
Di tempat kerja, majikan mesti periksa suhu badan pekerja setiap hari. Kalau suhu badan tinggi, nasihatkan pekerja supaya balik atau pergi ke klinik dengan segera. Selain itu, anda sebagai pekerja pastikan meja, kerusi dan peralatan yang digunakan di pejabat sentiasa bersih. Elakkan sentuhan atau body contact dengan rakan sekerja yang lain.
Ini adalah antara langkah-langkah yang mesti dibuat untuk lindungi diri anda daripada jangkitan COVID 19. Mustahil saudara-saudari boleh berkurung di dalam rumah selama-lamanya. Saudara-saudari perlu juga keluar untuk bekerja, berniaga dan membeli barang-barang keperluan harian. Yang penting jaga kebersihan diri. Jaga keselamatan dan keluar rumah hanya untuk urusan-urusan yang perlu sahaja.
TARIKH PELAKSANAAN KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB)
Mulai 4 MEI 2020
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Rujuk kepada laman web Majlis Keselamatan Negara(MKN)
 
The post SOP PKPB DILAKSANAKAN BERMULA 4 MEI appeared first on KekandaMemey.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kekandamemey.com/sop-pkpb-dilaksanakan-bermula-4-mei.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Abdul Wahid Omar Dilantik Pengerusi Bursa Malaysia Bermula 1 Mei 2020

Abdul Wahid Omar Dilantik Pengerusi Bursa Malaysia Bermula 1 Mei 2020

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 347 hits
Bursa Malaysia Bhd hari ini mengumumkan pelantikan Abdul Wahid Omar sebagai pengerusi bukan eksekutif barunya berkuat kuasa 1 Mei ini Dalam satu kenyataan Bursa Malaysia berkata perlantikan itu dibuat oleh menteri kewangan mengikut Seksyen ...
Cpu Desktop Amd Gen 3 Ryzen 3 Akan Tiba Pada Mei Bermula Dari Rm449

Cpu Desktop Amd Gen 3 Ryzen 3 Akan Tiba Pada Mei Bermula Dari Rm449

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 366 hits
62 Kongsikan AMD Malaysia mengumumkan dua CPU Desktop baharu mereka yang akan hadir pada pasaran Malaysia kelak CPU AMD Ryzen 3 3100 dan Ryzen 3 3300X menandakan CPU Ryzen 3 Generasi ke 3 yang pertama menggunakan binaan arkitektur Zen 2 Cip...
Bpn Fasa 2 Untuk B40 M40 Dibayar Bermula 4 Mei

Bpn Fasa 2 Untuk B40 M40 Dibayar Bermula 4 Mei

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 440 hits
Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional Fasa 2 untuk B40 dan M40 dibuat bermula 4 Mei Perkara berkenaan dikongsikan oleh BERNAMA dalam satu tweet sebentar tadi Menurut tweet itu lagi pembayaran berkenaan melibatkan dana sebanyak RM 3 68 bilion...
Itali Longgarkan Sekatan Pergerakan Bermula 4 Mei

Itali Longgarkan Sekatan Pergerakan Bermula 4 Mei

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 338 hits
ROM 27 April Perdana Menteri Giuseppe Conte berkata Itali akan melonggarkan sekatan pergerakan di seluruh negara pada 4 Mei membolehkan beberapa perniagaan utama disambung semula selepas tujuh minggu tidak beroperasi lapor agensi berita Ana...
Sop Pembukaan Semula Ekonomi Mulai 4hb Mei 2020

Sop Pembukaan Semula Ekonomi Mulai 4hb Mei 2020

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 690 hits
Mulai 4 Mei 2020 Kerajaan Malaysia akan membuka semula ekonomi negara dengan membenarkan industri dan aktiviti perniagaan untuk beroperasi secara menyeluruh Kebenaran ini tertakluk kepada persediaan dan langkah langkah yang diambil oleh per...
Pkpb Sabah Akan Umum Pendirian 12 Mei Ini

Pkpb Sabah Akan Umum Pendirian 12 Mei Ini

papar berkaitan - pada 6/5/2020 - jumlah : 444 hits
Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menjelaskan buat masa ini kerajaan negeri kekal dengan keputusan untuk meneruskan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dalam usaha membendung penularan COVID 19 SABAH AKAN UMUM PENDIRIAN TERHADA...
Pkpb Taska Dibenar Beroperasi Perlu Patuhi Sop Ketat

Pkpb Taska Dibenar Beroperasi Perlu Patuhi Sop Ketat

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 1093 hits
Taman Asuhan Kanak kanak di seluruh negara dibenarkan beroperasi menggunakan 100 peratus kapasiti pekerja mulai Isnin ini tertakluk kepada pematuhan prosedur operasi standard yang ketat seperti digariskan Majlis Keselamatan Negara Kelulusan...
Pendengaran Kes Mahkamah Bermula 13 Mei Secara Berperingkat

Pendengaran Kes Mahkamah Bermula 13 Mei Secara Berperingkat

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 268 hits
Pendengaran kes mahkamah bermula 13 Mei secara berperingkat nbsp Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 3 May 2020 11
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization