Sop Berkecamuk Ekonomi Merudum Di Tahun Baharu



Tahun Baharu Cina 2021 buat pertama kali sambutan dilaksanakan secara terbatas dengan amalan Prosedur Standard Operasi (SOP) yang berkecamuk dan sering kali ditukar oleh pemerintah.
Dalam perutusan Tahun Baharu Cina, Ketua Penerangan KEADILAN, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin menegaskan rakyat berketurunan Tiong Hua perlu terus meraikan perayaan dengan penuh kreatif, bersemangat muhibah di samping mengekalkan adat resam.
“Sudah pasti yang paling janggal ialah menyambut perayaan dalam norma baharu. Segalanya serba lain menyambut di kala pandemik. Acapkali saya memikirkan nasib rakan-rakan kita yang kehilangan punca pendapatan, besar ujian mereka.
“Namun dalam kelainan ada kemeriahannya, kerana inilah makna perayaan, mensyukuri nikmat yang diberikan. Kita sambut dengan penuh kelainan sambil mengekalkan adat resam yang ada.
“Tetapi amatlah tidak wajar, bila mana kita sedaya kreativiti menyambut perayaan ini dalam suasana norma baharu, kerajaan gagal mewujudkan SOP yang jelas dan sensitif.
“Apa logiknya kita bersesak di pasar malam tetapi tidak boleh berkumpul bersama keluarga di rumah sendiri? Bagaimana mahu memimpin Malaysia yang majmuk sekiranya masih gagal memahami budaya setiap kaum di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya itu, beliau kecewa terhadap kerajaan Perikatan Nasional yang telah setahun memerintah namun masih belum cekap dalam menyediakan SOP yang relevan dan sesuai untuk semua.
Katanya, bagi Tahun Baharu Cina, selepas rakyat menyuarakan penentangan dan tular di media sosial, barulah kerajaan terhegeh-hegeh mengubah SOP. Akhirnya rakyat keliru dengan SOP yang berkecamuk di sana sini.
“Kita perlukan kerajaan kuat yang proaktif bukan reaktif seperti sekarang. Kita masih belum menang melawan pandemik, tsunami ekonomi pula menimpa kita.
“Segala statistik dan data ekonomi tidak menyebelahi ketika ini. KDNK menyusut 5.6% terburuk dalam sejarah sejak tahun 1998. Bagaimana mahu meyakinkan para pelabur sekiranya merangka SOP perayaan pun kerajaan kelam kabut.
“Saya cukup faham nasib rakan-rakan kita yang hilang punca pendapatan akibat perniagaan merosot dan banyak juga tutup. Setahun yang lepas saya bergaji timbalan menteri, sekelip mata hilang pendapatan tersebut. Alhamdulilah masih ada gaji Ahli Parlimen, dan dapatlah membantu rakyat. Tetapi amat sedih nasib mereka yang hilang terus punca pendapatan.
“Sampai bila kita hendak bimbang dengan pencaturan kerajaan pada hari ini? Berapa kali lagi kita perlu masuk ke gelanggang media sosial untuk mengajar kerajaan mengenai SOP yang betul?” tanyanya lagi.
Bagaimanapun, Shamsul berharap agar Tahun Baharu Lunar kali ini akan mendatangkan tuah dengan berakhirnya pandemik serta negara mendapat kepimpinan yang lebih memahami ekonomi.
“Perayaan ini menyambut kedatangan Tahun Lembu Emas. Lembu atau seladang isyarat keuntungan yang ditunggu-tunggu oleh para pelabur dan semoga tahun lembu ini menghadirkan kekayaan, kemakmuran dan kesejahteraan buat kita semua,” katanya lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/31481

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sop Versi Baharu Tahun Baru Cina Diumum Isnin Ini

Sop Versi Baharu Tahun Baru Cina Diumum Isnin Ini

papar berkaitan - pada 7/2/2021 - jumlah : 328 hits
KUALA LUMPUR 24 Jamadilakhir 1442H Sabtu Versi terbaharu prosedur operasi standard untuk perayaan Tahun Baru Cina kemungkinan akan diumumkan pada hari Isnin kata seorang pemimpin kumpulan agama Presiden Gabungan Persatuan Taois Ma
Video Filem Pendek Tahun Baharu Cina Tnb Terima Sambutan

Video Filem Pendek Tahun Baharu Cina Tnb Terima Sambutan

papar berkaitan - pada 12/2/2021 - jumlah : 297 hits
KUALA LUMPUR Filem pendek Tahun Baharu Cina terbitan Tenaga Nasional Berhad Nian tastic New Start menarik perhatian luar biasa selepas ditonton lebih 6 08 juta kali selepas seminggu dimuat naik di media sosial Ketua Pegawai Perkhidmatan Kor...
Sistem Monorel Berusia 120 Tahun Di Jerman Menerima Koc Generasi Baharu

Sistem Monorel Berusia 120 Tahun Di Jerman Menerima Koc Generasi Baharu

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 244 hits
Wuppertal Schwebebahn ialah sistem monorel tergantung tertua di dunia kerana telah beroperasi sejak 1901 Ia terletak di bandar Wuppertal Jerman dan mempunyai rangkaian trek sepanjang 13 kilometer Walaupun berusia lebih seabad ia masih berop...
Masyarakat Tionghua Akur Sambut Tahun Baru Cina Dalam Suasana Norma Baharu

Masyarakat Tionghua Akur Sambut Tahun Baru Cina Dalam Suasana Norma Baharu

papar berkaitan - pada 12/2/2021 - jumlah : 326 hits
Tahun Baru Cina kali ini disambut dalam suasana norma baru disebabkan dunia dan negara ini masih diselubungi penularan Covid 19 Walaupun tidak dapat merayakan Tahun Baru pada tahun ini perkara paling utama dititiberatkan oleh kerajaan ialah...
Agong Permaisuri Ucap Selamat Tahun Baharu Cina

Agong Permaisuri Ucap Selamat Tahun Baharu Cina

papar berkaitan - pada 12/2/2021 - jumlah : 267 hits
Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mengucapkan selamat Tahun Baharu Cina kepada rakyat Malaysia yang menyambut perayaan itu U...
Ekonomi Negara Menguncup 5 6 Tahun Lalu

Ekonomi Negara Menguncup 5 6 Tahun Lalu

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 331 hits
Ekonomi mencatatkan pertumbuhan negatif sebanyak 3 4 pada suku keempat terutamanya berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di beberapa negeri sejak pertengahan bulan Oktober Pada tahun 2020 secara keseluruhan ekonomi men...
Lima Resipi Comfort Food Ayam Brand Untuk Melangkah Ke Tahun Baharu

Lima Resipi Comfort Food Ayam Brand Untuk Melangkah Ke Tahun Baharu

papar berkaitan - pada 8/2/2021 - jumlah : 673 hits
Lima Resipi Comfort Food Ayam Brand untuk Melangkah ke Tahun Baharu Comfort food adalah makanan ringkas yang pernah menjadi kegemaran di masa lampau Ia mampu membawa kita kembali ke zaman sewaktu kecil melangkah ke dapur melihat ibu atau ne...
Lemang Daun Lerek Laris Sempena Tahun Baharu Cina

Lemang Daun Lerek Laris Sempena Tahun Baharu Cina

papar berkaitan - pada 12/2/2021 - jumlah : 351 hits
Oleh NOR AINNA HAMZAH SEBAHAGIAN daripada 10 bersaudara giat menyiapkan tempahan lemang daun lerek sempena musim perayaan Tahun Baharu Cina ketika ditemui Utusan Malaysia di Kampung Chenaga Repah Tampin Negeri Sembilan semalam FOTO NOR AINN...
Tiada Penutupan Ekonomi Pm Ingatkan Hargai Ia Dengan Patuh Sop

Tiada Penutupan Ekonomi Pm Ingatkan Hargai Ia Dengan Patuh Sop

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 227 hits
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sekali lagi mengingatkan orang ramai supaya mematuhi prosedur operasi piawai bagi mencegah penyebaran Covid 19 Kerajaan mendengar pandangan anda dengan tidak menutup ekonomi semasa perintah kawalan pergeraka...
Salah Siapa Kerana Semakin Menakutkan

Program Pemerkasaan Usahawan Wira Ltat Catat Peningkatan Pendapatan 216 Dalam Kalangan Veteren Atm

Resepi Sup Ayam Simple Sedap Tak Sampai 30 Minit Dah Siap

Vietjet Dinobatkan Sebagai Syarikat Penerbangan Terbaik Asia Untuk Pengalaman Pelanggan

The Need For Economic Literacy

Kenaikan Kes Influenza Di Kedah Tinjauan Isu Data

29 Contoh Kata Kata Buat Orang Yang Suka Ngurusin Hidup Orang Lain Yang Ngena Tapi Tetap Elegan

6 Resipi Roti Sandwic Sedap Untuk Guna Roti Hampir Tamat Tempoh


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mihun Sup

Hiburan Makcik Blower Dengan Makcik Gayong Bergaduh Polis Sahkan Terima Laporan

Anggota Polis Antara Didakwa Terlibat Pemerdagangan Orang

Polis Siasat 5 Wanita Bergaduh Akibat Selisih Faham

Rasa Taiwan Kembali Ke Kuala Lumpur Bersama 6 Jenama Hadiah Terkenal Taiwan Dalam Satu Pameran Unik

Byd Panggil Semula Lebih 115 000 Unit Kereta Akibat Masalah Reka Bentuk Bateri