Ekonomi Negara Menguncup 5 6 Tahun Lalu



Ekonomi mencatatkan pertumbuhan negatif sebanyak 3.4% pada suku keempat (S3 2020: -2.6%), terutamanya berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di beberapa negeri sejak pertengahan bulan Oktober.
Pada tahun 2020 secara keseluruhan, ekonomi menguncup sebanyak 5.6%, kata Bank Negata Malaysia (BNM).
Sekatan pergerakan terutamanya perjalanan antara daerah dan antara negeri, menjejaskan kegiatan ekonomi pada suku keempat, bagaimanapun permintaan luaran yang terus bertambah baik telah menyokong pertumbuhan.
Kesannya, kesemua sektor ekonomi kecuali perkilangan terus mencatatkan pertumbuhan negatif.

Dari segi perbelanjaan, aktiviti penggunaan swasta dan pelaburan awam yang sederhana menjejaskan permintaan dalam negeri.
Pada asas suku tahunan terlaras secara bermusim, ekonomi mencatatkan penurunan sebanyak 0.3% (S3 2020: 18.2%).
Pada suku tersebut, inflasi keseluruhan menurun kepada -1.5% mencerminkan sebahagiannya penurunan harga bahan api runcit yang lebih besar berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun sebelumnya.
Inflasi teras menjadi sederhana sedikit kepada 0.8% disebabkan terutamanya oleh inflasi yang lebih rendah untuk perkhidmatan komunikasi dan sewa.
Menurutnya, ringgit menambah nilai sebanyak 3.6% berbanding dengan dolar Amerika Syarikat (AS) pada suku keempat 2020, dipacu terutamanya oleh aliran masuk portfolio bukan pemastautin apabila kesanggupan pelabur mengambil risiko terus meningkat.
Sentimen pelabur yang positif pada suku itu didorong oleh berita kejayaan ujian penggunaan vaksin dan program pemvaksinan yang mula dilaksanakan di negara-negara utama, serta halu tuju dasar di AS yang semakin jelas susulan keputusan pilihan raya presiden AS.
Secara kolektif, faktor-faktor ini membentuk asas prospek pelaburan yang lebih positif untuk pemulihan krisis kesihatan global, lantas memperkukuh jangkaan kegiatan ekonomi akhirnya akan kembali normal.
Dari 1 Januari hingga 8 Februari 2021, ringgit menurun nilai sebanyak 1.2% berbanding dengan dolar AS, sejajar dengan penurunan nilai mata wang utama dan serantau secara keseluruhan, berikutan pengukuhan dolar AS dalam keadaan prospek pemulihan ekonomi AS bertambah baik, katanya.
Kebimbangan mengenai peningkatan kes jangkitan Covid-19 dan kesannya terhadap kegiatan ekonomi dalam negeri juga mempengaruhi sentimen pelabur.
Pelaburan portfolio mencatatkan aliran keluar bersih yang lebih kecil sebanyak RM6.9 bilion pada suku keempat (S3 2020: -RM23.1 bilion), sementara FDI bersih mencatatkan aliran masuk sebanyak RM6.1 bilion (S3 2020: -RM0.8 bilion).
Bagi tempoh jangka pendek, masih wujud risiko bahawa volatiliti kadar pertukaran akan meningkat disebabkan oleh ketidakpastian yang berlarutan berhubung dengan momentum pemulihan ekonomi global yang akan terus mempengaruhi sentimen pelabur.
Manakala pembiayaan bersih kepada sektor swasta terus berkembang pada asas tahunan sebanyak 4.4%.
Jumlah pinjaman terkumpul meningkat 3.7% (S3 2020: 4.7%) disokong oleh pertumbuhan yang berterusan dalam segmen isi rumah dan perniagaan.
Jumlah pengeluaran pinjaman untuk sektor perniagaan dan isi rumah meningkat pada suku tersebut dan pertumbuhan pembayaran balik pinjaman perniagaan juga lebih tinggi, iaitu mengatasi pengeluaran pinjaman.
Permintaan terhadap pinjaman pula terus menggalakkan terutamanya dalam segmen isi rumah.
Ekonomi Malaysia akan pulih disokong oleh permintaan luaran yang lebih baik dan langkah-langkah Belanjawan 2021
Walaupun pertumbuhan jangka pendek pada tahun 2021 akan dipengaruhi oleh pelaksanaan semula langkah-langkah pembendungan yang lebih ketat, namun kesannya tidak seteruk yang dialami pada tahun 2020.
Trajektori pertumbuhan diunjurkan bertambah baik dari suku kedua dan seterusnya.
Peningkatan ini akan didorong oleh pemulihan permintaan global, apabila Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) telah menaikkan unjuran pertumbuhan global tahun 2021 sebanyak 0.3 mata peratusan kepada 5.5%.
Pertumbuhan ini juga akan disokong oleh perubahan perbelanjaan sektor awam dan swasta berikutan sokongan yang berterusan daripada langkah-langkah dasar termasuk PENJANA, KITA PRIHATIN, Belanjawan 2021 dan PERMAI, serta pengeluaran yang lebih tinggi daripada fasiliti perkilangan dan perlombongan yang sedia ada dan baharu.
Pemberian vaksin yang akan bermula pada bulan ini juga diharapkan dapat meningkatkan sentimen.
Bank Pusat itu menambah, sejajar dengan penilaian sebelum ini, purata inflasi keseluruhan adalah -1.2% pada tahun 2020 disebabkan terutamanya oleh harga minyak dunia yang ketara lebih rendah.
Bagi tahun 2021, purata inflasi keseluruhan diunjurkan lebih tinggi, terutamanya disebabkan oleh kenaikan harga minyak dunia. Inflasi asas dijangka kekal rendah dalam keadaan lebihan kapasiti yang berterusan dalam ekonomi.
Walau bagaimanapun, prospek pertumbuhan ini bergantung pada perkembangan harga minyak dunia dan komoditi. MG

The post Ekonomi negara menguncup 5.6% tahun lalu appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/02/11/ekonomi-negara-menguncup-5-6-tahun-lalu/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=ekonomi-negara-menguncup-5-6-tahun-lalu

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerugian Ekonomi Negara Dianggarkan Rm12 Billion Tahun Ini

Kerugian Ekonomi Negara Dianggarkan Rm12 Billion Tahun Ini

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 266 hits
February 1 2021 Malaysia mungkin mengalami kerugian ekonomi yang dianggarkan sebanyak RM12 bilion pada tahun ini jika diandaikan negeri negeri yang terjejas akan berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan hingga akhir bulan depan Jangkaan ...
Sop Berkecamuk Ekonomi Merudum Di Tahun Baharu

Sop Berkecamuk Ekonomi Merudum Di Tahun Baharu

papar berkaitan - pada 12/2/2021 - jumlah : 231 hits
Tahun Baharu Cina 2021 buat pertama kali sambutan dilaksanakan secara terbatas dengan amalan Prosedur Standard Operasi yang berkecamuk dan sering kali ditukar oleh pemerintah Dalam perutusan Tahun Baharu Cina Ketua Penerangan KEADILAN Datuk...
Wamen Suahasil Ekonomi Tahun Ini Tak Boleh Hanya Sekedar Selamat Dari Krisis

Wamen Suahasil Ekonomi Tahun Ini Tak Boleh Hanya Sekedar Selamat Dari Krisis

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 194 hits
Wakil Menteri Keuangan Suahasil Nazara mengatakan tahun ini merupakan pemulihan dan kebangkitan ekonomi setelah terpuruk sepanjang tahun lalu akibat pandemi Virus Corona Indonesia tidak boleh hanya keluar dari krisis tetapi harus mampu mela...
Menteri Yakin Program Vaksin Covid 19 Pulih Ekonomi Negara

Menteri Yakin Program Vaksin Covid 19 Pulih Ekonomi Negara

papar berkaitan - pada 29/1/2021 - jumlah : 331 hits
BERITA SEMASA 29 JANUARI 2021 Menteri Kewangan Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz melahirkan keyakinan bahawa program vaksinasi negara Covid 19 yang dijangka selesai pada suku pertama 2020 akan membantu memacu pemulihan ekonomi Mal...
Pm Puji Petugas Barisan Depan Kritik Ahli Politik Semasa Lancarkan Rangka Tindakan 10 Tahun Perpaduan Negara

Pm Puji Petugas Barisan Depan Kritik Ahli Politik Semasa Lancarkan Rangka Tindakan 10 Tahun Perpaduan Negara

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 193 hits
MALAYSIA NOWMuhyiddin Yassin berkata kerajaannya tidak akan bertolak ansur dengan pihak yang menggugat keharmonian kaum Perdana Menteri Muhyiddin Yassin Gambar BernamaPerdana Menteri Muhyiddin Yassin menjadikan petugas barisan hadapan yang ...
Rentasan 825 Parlimen Digantung Rancangan Pembangunan 5 Tahun Negara D

Rentasan 825 Parlimen Digantung Rancangan Pembangunan 5 Tahun Negara D

papar berkaitan - pada 12/2/2021 - jumlah : 222 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 8251 JANGAN BERKOKOK KUAT TAPI EKOR PENUH TAHI 2 HARGA BARANGAN NAIK NAK MENGAMPU PUN AGAK AGAKLAH 3 RMK12 PERIKATAN NASIONAL JANGAN BERANGAN 4 SARAWAK TOLAK PAS DAN BERSATU
Tiada Ruang Sorok Kebejatan Ekonomi Negara

Tiada Ruang Sorok Kebejatan Ekonomi Negara

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 171 hits
Menurut beliau penyusutan KDNK 5 6 pada tahun 2020 ini tidak memungkinkan berlaku suatu lonjakan luar biasa KDNK tahun 2021 kepada 6 5 7 5 seperti yang turut telah dibentang oleh Menteri Kewangan dalam Laporan Tinjauan Ekonomi 2021 Menteri ...
Usia 0 7 Tahun Bermainlah Dengan Anak Umur 8 14 Disiplinkanlah Mereka Baru Sempurna

Usia 0 7 Tahun Bermainlah Dengan Anak Umur 8 14 Disiplinkanlah Mereka Baru Sempurna

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 236 hits
Waktu kecil anak hanya sekali saja Terlepas momen ini dah tak boleh diulang semula Sebab itulah antara usia 0 7 tahun bermainlah dengan anak Umur 8 14 tahun disiplinkanlah anak Jika ibu bapa rajin meluangkan masa bermain dengan anak ketika ...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri