Sonaone Suka Berkolaborasi






Meskipun perkenalan penyanyi rap, SonaOne dengan Alif bermula ketika usianya 16 tahun, mereka hanya mula berkolaborasi sekitar setahun lalu.

Bukan tiada keserasian sebaliknya masing-masing menunggu masa yang sesuai selain mencari muzik terbaik.

“Kami mula berkawan pada usia 16 tahun. Ketika itu Alif baru sahaja menapak dalam industri seni bersama Sleeq, manakala saya pula belum berkecimpung dalam genre rap.

“Bagaimanapun, disebabkan kecintaan terhadap muzik yang serupa, kami kerap berkongsi pendapat.

“Komunikasi sangat penting kerana kami tidak iri hari atau mempunyai apa-apa muslihat, sebaliknya meluahkan semua yang terbuku di hati. Biarpun ada yang berpendapat sukar mencampuradukkan persahabatan dengan kerja, buat masa ini saya selesa bekerjasama dengan sahabat yang sudah dianggap seperti keluarga sendiri.

“Malah, saya menjadikan Alif sebagai rujukan jika menghasilkan sesuatu produk kerana sikapnya yang jujur,” katanya.

SonaOne dan Alif mula berkolaborasi menerusi lagu Obvious. Selain itu, mereka mempunyai lebih 50 lagu dalam koleksi hasil perbincangan bersama.

SonaOne, yang pernah memenangi Anugerah Juara Lagu menerusi Apa Khabar (bersama Joe Flizzow), mahu lihat pemuzik lain sama-sama menghasilkan karya berkualiti dan memberi impak.

“Meskipun kebelakangan ini ramai mengatakan saya sering tampil dengan projek kolaborasi, saya okey saja. Sekurang-kurangnya, kerjaya seni saya tidak senyap begitu sahaja.

“Saya ada perancangan untuk menghasilkan album solo, malah empat lagu sudah dipilih untuk dimuatkan dalam album berkenaan.

“Saya lebih bersemangat untuk bekerja apabila berada bawah satu bumbung dengan beberapa rakan yang memperjuangkan genre sama. Selain berkongsi idea, saya berharap kolaborasi ini dapat mengembangkan lagi muzik hip hop,” katanya.

Beralih sisi peribadi, penyanyi berusia 30 tahun ini mengakui belum bertemu wanita pilihan hati kerana sibuk menghabiskan masa di studio rakaman.

SonaOne berkata, tiada perkara menarik dapat dikongsikan bersama peminat kerana kehidupan yang dilalui ketika ini amat membosankan.

“Kehidupan peribadi saya amat membosankan. Kalau boleh memang nak berkongsi berita gembira dengan semua tetapi jujur saya katakan, tahun ini masa saya banyak dihabiskan di studio.

“Bayangkan setiap hari saya bangun pagi, kemudian makan dan selepas itu berada di studio sehingga jam 3 pagi.

“Sampaikan berat badan juga makin susut. Saya rasa tahun ini fokus saya banyak di studio menyiapkan lagu dan mencari ilham,” katanya.

Beralih mengenai kehadiran penyanyi rap wanita seperti Zamaera yang mewarnai dunia muzik hip-hop, SonaOne berkata, dia tumpang gembira melihat kejayaan penyanyi itu.

“Saya gembira tengok dia semakin mendapat perhatian peminat muzik hip hop. Tidak dinafikan, kehadiran Zamaera memberi keyakinan kepada wanita lain yang meminati genre rap untuk keluar dan memperkenalkan muzik mereka.

“Sebagai contoh, penyanyi rap Bunga, Hullera dan Loca B antara wanita yang saya lihat menyerap aura dan keyakinan tinggi dimiliki Zamaera.

“Malah saya juga tidak malu untuk kongsi yang penyanyi rap wanita berkemampuan untuk rap seperti lelaki dan saya melihat Zamaera lebih hebat daripada beberapa penyanyi rap lelaki sedia ada,” katanya.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://artismeletop.blogspot.com/2019/10/sonaone-suka-berkolaborasi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Orang Yang Suka Mengeluh Dan Merungut Boleh Merosakkan Kesihatan Anda Jauhi Mereka

Orang Yang Suka Mengeluh Dan Merungut Boleh Merosakkan Kesihatan Anda Jauhi Mereka

papar berkaitan - pada 6/10/2019 - jumlah : 399 hits
Pada 2 September 1998 Anwar Ibrahim diterajang keluar dari kabinet Dia disiasat terhadap aduan kesalahan meliwat Seluruh Malaysia terkejut lagi Terkejut lagi selepas kejutan pertama di mana tersebarnya buku 50 Dalil Kenapa Anwar Tidak Boleh...
Masyarakat Lebih Suka Minum Kopi Jadi Salah Satu Penyebab Pepsi Hengkang Dari Ri

Masyarakat Lebih Suka Minum Kopi Jadi Salah Satu Penyebab Pepsi Hengkang Dari Ri

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 261 hits
Anggota Dewan Pembina Gabungan Pengusaha Makanan dan Minuman Seluruh Indonesia Thomas Darmawan menilai perubahan konsumsi masyarakat yang bergeser ke minuman kopi menjadi salah satu alasan hengkangnya PepsiCo dari Indonesia
Jawaban Robby Purba Tentang Tudingan Suka Sesama Jenis

Jawaban Robby Purba Tentang Tudingan Suka Sesama Jenis

papar berkaitan - pada 6/10/2019 - jumlah : 320 hits
Robby Purba hingga saat ini diketahui masih asyik dengan status lajangnya padahal usia nya sudah terbilang matang untuk membina biduk rumah tangga
Senarai Semua Rating Filem Dari Ahli Komuniti Suka Filem

Senarai Semua Rating Filem Dari Ahli Komuniti Suka Filem

papar berkaitan - pada 7/10/2019 - jumlah : 351 hits
Para ahli juga tidak kurang hebatnya apabila mereka diberi peluang untuk memberikan rating kepada filem filem yang sedang ditayangkan di pawagam Inisiatif ini ialah bagi memudahkan para penonton membuat pilihan berdasarkan skor sesebuah fil...
Disebut Suka Pamer Di Medsos Ini Jawaban Menohok Hengky Kurniawan

Disebut Suka Pamer Di Medsos Ini Jawaban Menohok Hengky Kurniawan

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 251 hits
Hengky Kurniawan kerap mengunggah aktivitasnya di instagram Namun salah satu postingannya Hengky mendapat sorotan dari salah satu warganet karena dinilai pamer Hengky pun memberikan jawaban menohok
Pesan Menohok Aming Untuk Orang Yang Suka Pamer Barang Branded Dan Harta Kekayaan

Pesan Menohok Aming Untuk Orang Yang Suka Pamer Barang Branded Dan Harta Kekayaan

papar berkaitan - pada 9/10/2019 - jumlah : 273 hits
Komedian Aming turut mengamati fenomena tersebut Dia mengaku geram dengan tingkah orang yang kerap pamer harta kekayaan Aming pun memberikan pesan menohok untuk orang yang doyan pamer
Ternyata Orang Pelit Dan Suka Perhitungan Kehidupannya Tidak Akan Bahagia

Ternyata Orang Pelit Dan Suka Perhitungan Kehidupannya Tidak Akan Bahagia

papar berkaitan - pada 9/10/2019 - jumlah : 296 hits
Pelit dan terlalu perhitungan adalah tipe orang yang selalu dipinggirkan dan selamanya tidak akan memperoleh kebahagiaan Selalu dihindari masyarakat di sekitarnya mereka yang hidup di sekeliling orang tersebut tidak akan membantu dan menolo...
Jangan Suka Suka Urut Orang Nanti Ada Benda Masuk Badan

Jangan Suka Suka Urut Orang Nanti Ada Benda Masuk Badan

papar berkaitan - pada 3/10/2019 - jumlah : 1322 hits
jangan suka suka urut orang nanti ada benda masuk badan Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua Siapa kat sini yang pandai urut orang Suka massage orang Siapa pula yang suka diurut Eh ada ke orang yang tak suka diurut Ada Tapi bukan nak...
Vape Dealers Fear Rm5mil Losses Urge Terengganu To Postpone Ban

Sarapan Pengantin Rumah Terbuka Aidilfitri Mengopi Di Hari Sabtu

Jdt Dinobatkan Juara Unifi Piala Malaysia Selepas Sewaskan Sri Pahang Fc 2 1 Di Stadium Nasional Bukit Jalil

Pakej Percutian Turki

Boleh Tak Jangan Bagi Banyak Tanda Soal

Lelaki China Melompat Dari Tingkap Hotel Dan Melarikan Diri Selepas Bergaduh Dengan Kekasihnya

100 Jenis Style Gambar Lukisan Kartun Yang Boleh Dihasilkan Menerusi Chatgpt

Penang Water Supply 83pc Restored Amid Scheduled Outage


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mengandungi Dna Babi 9 Produk Halal Indonesia Ditarik Balik

Hidupringkas Com Akan Ditutup Pada Bulan June 2025 Yang Akan Datang

Sabtu Cerdas Finansial Literasi Keuangan Jadi Kunci Hadapi Tantangan Ekonomi 2025

Bitcoin Overtakes Google Apa Artinya Untuk Dunia Digital

Chamber Hyperbarik Terobosan Pengobatan Modern Kini Hadir Di Rsud Dr Soedarso

Kaya Sebab Duit Banyak