Solusi Banjir Kembalikan Semula Projek Bandar Terusan Khir Toyo



SHAH ALAM – Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo menggesa kerajaan negeri dan pusat mengembalikan semula pelaksanaan projek Bandar Terusan yang pernah diluluskan sewaktu pentadbiran beliau dahulu sebagai solusi tuntas dalam menangani masalah banjir di negeri itu secara menyeluruh.
Jelas beliau, projek Bandar Terusan yang sepatutnya dilaksanakan pada tahun 2007 adalah projek pembinaan satu terusan besar yang menghubungkan dua tasik di daerah Petaling dan Kuala Langat dengan kepanjangannya mencapai 17 kilometer.
Tambahnya, sekiranya projek Bandar Terusan ini berjaya disiapkan, terusan besar berkenaan mampu menyimpan ratusan juta liter air limpahan sungai yang tidak dapat dialirkan ke laut akibat kejadian air pasang besar dan hujan lebat luar biasa.
Ujarnya lagi, inisiatif itu yang mengambil inspirasi reka bentuk pembinaan terusan di Belanda, sekali gus meminimumkan sepenuhnya impak banjir di kawasan Lembah Klang dalam jangka masa 100 tahun akan datang.
“Sewaktu saya menjadi Menteri Besar Selangor, kami berusaha membuat kajian menyeluruh bagaimana untuk mengelakkan berlaku banjir di Selangor memandangkan kejadian banjir kilat kerap terjadi di kawasan Taman Sri Muda, Batu Tiga, dan Seksyen 13 di Shah Alam; Taman Puteri Puchong serta sebahagian kawasan Klang.
“Hasil kajian kita mendapati isu banjir kerap berlaku di negeri ini disebabkan masalah paras air laut kerap meningkat saban tahun dan jika berlaku hujan lebat ditambah fenomena air laut pasang, maka akan berlaku situasi di mana air sungai tidak mengalir ke laut selain air laut pula memenuhi kuala sungai.
“Keadaan ini akan menyebabkan kawasan-kawasan rendah seperti Taman Sri Muda, Batu Tiga dan Seksyen 13 ditenggelami air dan berlaku banjir sangat dalam di kawasan berkenaan,” katanya kepada Sinar Premium pada Khamis.
 
Rakaman gambar situasi banjir di sekitar kawasan Sri Muda yang ditenggelami air banjir
Mengulas lanjut, Mohamad Khir menjelaskan idea pelaksanaan projek Bandar Terusan timbul setelah beliau dan kerajaan negeri ketika itu mengenal pasti kaedah terbaik menangani banjir adalah mewujudkan platform yang membolehkan air hujan tidak dapat dialirkan ke laut untuk jangka masa tertentu, disimpan buat sementara bagi mengelakkan banjir berlaku.
Malangnya, beliau mendedahkan projek itu dibatalkan oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR) pimpinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim pada tahun 2008, dengan kawasan terlibat projek sebaliknya diserahkan kepada pemaju untuk pelaksanaan projek pembangunan.
“Dengan pembatalan projek itu dan tiada projek alternatif susulan bagi mendepani isu banjir, kita telah terlepas peluang keemasan untuk meminimumkan impak banjir besar di Selangor pada masa akan datang dengan projek Bandar Terusan ini sepatutnya disiapkan sekitar tahun 2017 sekiranya tidak dibatalkan.
“Bagi saya, kejadian banjir besar yang berlaku adalah musibah yang kita boleh elakkan dengan perancangan teliti dan saya yakin pelaksanaan projek Bandar Terusan adalah solusi terbaik yang selari dengan prinsip kejuruteraan awam moden.
“Selama ini, kita boleh berbangga dengan pembinaan menara pencakar langit yang dianggap antara tertinggi di dunia, namun kini kita sewajarnya malu apabila rakyat menderita akibat banjir menenggelamkan kawasan bandar yang mempunyai kepadatan penduduk tinggi dan kerajaan pula masih tiada perancangan jitu untuk mengatasinya,” katanya.
Solusi banjir, kembalikan semula projek Bandar Terusan: Khir Toyo
Baca Artikel Menarik:
Henti ‘game’ salah-menyalah – Najib Zul rapat dan mesra dengan saya – Ruhainies Pembalasan Tuhan, Ebby Yus maafkan segelintir netizen Peguam Long Tiger U-TURN Wan Saiful bangang, Latiff perlu bertanggungjawab – Nazri Kertas A4 Selamatkan Mercedes A45s Daripada Banjir Payudara aku kecil macam kau punya – Sharifah Sakinah Saya nak sekolahlah MB Selangor, dia tak faham MKN – Noh PSUAM buat laporan dakwa cubaan sorok bukti dalam kes mahkamah Najib Kediaman di Mentakab ‘lenyap’ tenggelam air banjir Intan Ladyana, suami dikejarkan ke hospital Layari Laman Facebook MYKMU.NET
ASB: Dividen dan bonus 5% untuk 2021

Patin banjir! Rezeki menjala dapat saiz 15kilogram seekor

The post Solusi banjir, kembalikan semula projek Bandar Terusan: Khir Toyo appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/12/23/solusi-banjir-kembalikan-semula-projek-bandar-terusan-khir-toyo/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pasca Banjir 2021 Kerajaan Sedia Selaraskan Semula Bajet 2022 Maxisbiggestsales

Pasca Banjir 2021 Kerajaan Sedia Selaraskan Semula Bajet 2022 Maxisbiggestsales

papar berkaitan - pada 25/12/2021 - jumlah : 332 hits
Kerajaan sedia selaraskan semula Bajet 2022 jika diperlukan untuk usaha pemulihan pasca banjir untuk membangunkan semula penempatan dan infrastruktur Kata Pengarah Belanjawan Negara Datuk Johan Mahmood Merican peruntukan untuk pemulihan itu...
Canal City Projek Bn Bukan Jawapan Masalah Banjir Selangor

Canal City Projek Bn Bukan Jawapan Masalah Banjir Selangor

papar berkaitan - pada 28/12/2021 - jumlah : 225 hits
Banjir luar biasa yang melanda Selangor pada 18 Disember lalu lebih kepada fenomena perubahan iklim atau climate change dan memerlukan kajian mendalam sebelum memutuskan pembinaan insfrastruktur sesuai pada masa hadapan Sedangkan projek Can...
Kalau Dahulu Ph Tak Batalkan Projek Canal City Masalah Banjir Di Selangor Sudah Selesai

Kalau Dahulu Ph Tak Batalkan Projek Canal City Masalah Banjir Di Selangor Sudah Selesai

papar berkaitan - pada 24/12/2021 - jumlah : 222 hits
SHAH ALAM Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berpendapat projek Canal City seperti dicadangkan oleh kerajaan Barisan Nasional Selangor harus dikaji semula berikutan banjir besar yang berlaku di negeri itu Ahli Parlimen Pekan i...
Warga Emas M4ngsa Banjir Minta Ardell Aryana Datang Semula Nak Balas Budi Dengan Buah Hasil Pokok Depan Rumah

Warga Emas M4ngsa Banjir Minta Ardell Aryana Datang Semula Nak Balas Budi Dengan Buah Hasil Pokok Depan Rumah

papar berkaitan - pada 25/12/2021 - jumlah : 240 hits
PENGALAMAN turut serta membantu mangsa banjir di sekitar Labohan dan Bukit Changgang Banting Selangor cukup membuatkan pelakon Ardell Aryana seb4k mengenang nasib mereka yang terkesan Menurut Ardell 31 yang juga aktivis kebajikan kisah dila...
Kaji Semula Rancangan Tebatan Banjir Secara Holistik

Kaji Semula Rancangan Tebatan Banjir Secara Holistik

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 195 hits
Ir Ts Lukman Al Hakim Belajar dari kejadian banjir besar yang telah melanda 1971 dan 2021 1 RAMAI tertanya tanya kenapa kejadian banjir yang sama berulang ulang saban tahun di Malaysia tanpa sebarang solusi yang berkesan dilakukan oleh piha...
Lori Hantu Muncul Selamatkan Mangsa Banjir Di Bandar Seri Ehsan

Lori Hantu Muncul Selamatkan Mangsa Banjir Di Bandar Seri Ehsan

papar berkaitan - pada 21/12/2021 - jumlah : 190 hits
Penduduk lega berjaya keluar ke tempat lebih selamat selepas terperangkap sejak banjir melanda pada Jumaat SHAH ALAM Penantian penduduk yang terkepung akibat banjir di Bandar Seri Ehsan Banting berakhir apabila dua buah lori hantu berjaya m...
Banjir Cecah Paras Leher Peniaga Pisang Goreng Sanggup Cari Dan Cuci Semula Bekalan Dihanyut Arus Deras

Banjir Cecah Paras Leher Peniaga Pisang Goreng Sanggup Cari Dan Cuci Semula Bekalan Dihanyut Arus Deras

papar berkaitan - pada 26/12/2021 - jumlah : 292 hits
DEMI kelangsungan hidup rakyat yang terjejas tervk akib4t banjir sanggup melakukan apa saja Dalam situasi banjir mencecah paras dada seorang bapa bersungguh sungguh membersihkan beberapa tandan pisang yang dihanyutkan arus deras Tandan pisa...
Beri Moratorium 3 Bulan Kepada Pks Terjejas Banjir

Beri Moratorium 3 Bulan Kepada Pks Terjejas Banjir

papar berkaitan - pada 21/12/2021 - jumlah : 209 hits
Beri moratorium 3 bulan kepada PKS terjejas banjir Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana menggesa kerajaan memberikan moratorium bayaran balik pinjaman selama tiga bulan kepada perusahaan kecil dan sederhana yang terjejas akibat banjir b...
Mydin Halalkan Barang Dicuri Ketika Banjir

Mydin Halalkan Barang Dicuri Ketika Banjir

papar berkaitan - pada 21/12/2021 - jumlah : 188 hits
Mydin halalkan barang dicuri ketika banjir Pengarah Urusan Mydin Ameer Ali Mydin menghalalkan tindakan individu yang memecah masuk cawangannya di kawasan banjir di Sri Muda Shah Alam semalam Beliau berkata kemaafan itu berdasarkan niat mang...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Petronas Nusa Perintis

Hypothyroid Dan Keletihan Adakah Sukar Dipisahkan

Prasangka Buruk Ku Di Bayar Tunai

Rojak Tauhu

Pengertian Tujuan Serta Proses Manajemen Strategi Penting Dalam Sebuah Perusahaan

Malaysia Jadi Negara Pertama Yang Izinkan Bayar Zakat Pakai Kripto